5 PERKARA PENTING UNTUK MENJADI GRAPHIC DESIGNER

Wednesday, October 04, 2017

Hai..


Graphic designer memang tak asing lagi dengan diri busyra ni, bangun tidur mengadap komputer siapkan design customer.. selagi masih ada list job, selagi tu lah buat kerja.. kalau tak ada job kita cari job design.. cari lah sampai dapat.. hehe. Ramai yang cakap ambil kos lain di universiti tapi kerja kos lain.. rezeki semua tu kita tak pernah tau kan? dan rezeki tak pernah salah alamat.. siapa tak nak kerja dalam bidang government.. cuma sekarang ni sebelum nak dapatkan kerja yang berkaitan dengan kos busyra tu apa salahnya busyra jadi graphic designer dulu.. Nak hidup beb kena pandai berbisnes.. haha.. :p cari je la kerja yang hadooo..

Busyra bukanlah student dari graphic design. Tapi disebabkan minat yang menggunung, busyra belajar dan belajar.. seronok sebenarnya jadi graphic design.. memang lah kekadang tu pening nak buat design mengikut permintaan customer.. tapi itulah cabaran! i like cabar mencabar ni. hehe.. 


Korang minat tak dengan bidang graphic design? Mesti ramai yang diluar sana teringin nak try try design sendiri kan? Jadi dalam entri ni busyra nak share tentang 5 benda penting yang korang perlu ada kalau nak jadi graphic designer.. tak kisah lah kalau freelance pun.. Janji dapat duit.

1. Kreativiti

Ini perkara yang memang diperlukan dalam diri seorang graphic designer. Tapi jangan risau, kalau tak kreatif kita boleh asah.. macam pisau juga la kan, kalau tumpul lama-lama kita asah akan tajam. Banyak benda yang boleh dikatakan dengan kreativiti.. Antaranya bila korang tengok hasil kerja designer lain.. Mula-mula tu cuba korang tiru sikit idea dia.. dan lepas tu selitkan sikit kelainan.. pasti boleh! setiap manusia ada kreativiti masing-masing, idea tersendiri.

2. Komputer

Yang ni semestinya benda yang terpenting.. ya betul, ramai saja designer diluar sana yang cuma ada laptop saja. tak salah sama sekali.. tapi ingat ye, laptop tidak dapat menampung kesemua design yang ada.. busyra sendiri pun beli komputer murah-murah je. cukup lah sekadar memudahkan kerja design.. lebih praktik berbanding laptop.. tapi kalau nak yang lebih bagus lebih baik korang gunakan Graphic Card dengan kapasiti yang lagi besar.. ia sesuai untuk kerja-kerja graphic designer..

3. Software Graphic Design

Mana nak dapat software graphic design? ramai yang cakap boleh download saja di internet.. tapi bagi busyra lebih baik install di kedai.. lebih selamat.. masa busyra beli komputer dulu tu, busyra dah mintak abang kedai tu install dan set up kan siap-siap.. mudah la kerja busyra, balik rumah siap semua.. Antara software untuk graphic design adalah Adobe Photoshop (PS), Adobe Illustration (AI), Corel Draw dan sebagainya.. 3 software tu paling popular digunakan oleh ramai designer.. kalau macam busyra, hanya guna 2 saja, PS dan AI.. itu pun sudah memadai.. 


4. Kemampuan untuk belajar

Tak tau pasal graphic design tapi minat nak belajar? haaa inilah yang busyra maksudkan dengan kemampuan untuk belajar.. korang dah ada komputer, dah ada internet.. google laa beb, jangan malas.. dalam youtube tu banyak sangat-sangat tutorial.. busyra sendiri pun kalau tak tau apa-apa, terus youtube, confirm ada! tak perlu nak ke kelas untuk belajar, membazir je.. anggap je youtube tu cikgu korang, cuma bezanya tak boleh nak tanya soalan je.. hehe. guna youtube adalah cara yang terbaik dan cepat.. kalau tak pun tanya je kawan-kawan yang korang kenal dan pandai dalam bidang graphic.. InshaAllah diorang akan tolong..

5. Praktik

Last sekaliiii, Praktik! kalau keempat-empat di atas korang dah ada, tapi tak praktik kan, tak guna jugak kan? korang kena selalu praktik, buat lah macam-macam design dari mudah ke susah.. buat, buat, dan terus buat.. jangan putus asa. lepas dah siap satu design tu jangan delete pulak ye kalau nampak buruk.. simpan! mana tau buruk dimana kita tapi kreatif dimata orang lain.. ia boleh dijadikan koleksi di masa depan.. kalau korang kerja dari rumah.. boleh masukkan design tu dalam portfolio korang dan kalau ada job freelance dah boleh terus submit portfolio dekat clients. mudah kan? korang sendiri yang memudahkan diri korang.. :)

okay itu saja untuk kali ni.. If nak tanya apa-apa pasal design.. boleh komen di bawah ye.. yang mana busyra tau busyra akan jawab.. InshaAllah.

Post a Comment