Sea Salt Mcflurry Mcd! Masin Ke?

Friday, October 30, 2020

sea salt mcflurry, blueberry cream cheese pie, aiskrim terbaru mcd, aiskrim mcd,

 Hai semua!


Semalam busyra ke mcd, beli sea salt mcflurry untuk content youtube terbaru.. Alhamdulillah siap juga dan post di channel. Busyra sertakan link di bawah ye. Tak lupa jugak untuk update di sini macam mana rasa aiskrim terbaru mcd.. masin ke?


Kalau diberi pilihan oreo mcflurry or sea salt mcflurry, of course busyra pilih oreo. Forever favorite! Bukan nak cakap sea salt tak sedap.. Apa rasanya? Aiskrim flavor vanilla dan dicampur dengan garam laut satu kombinasi yang bagus.. Cuma rasa tu tak ada la orang cakap boommm gitu. Just nice! Part mana yang rasa masin? haaaa dekat biru-biru di aiskrim tu. Bukanlah masin melampau, tp ada sikit rasa masin. Bila dicampur dengan manis, tersangatlah kena!


Blueberry cream cheese pie tu pulak, okay lah.. Busyra tak suka sangat pie cuma gabungan blueberry dan cream cheese tu masuk.. masam dan manis. Haritu busyra dah try yang salted caramel & chocolate tu pun padu..

Read More

Meja Laptop Murah Dari Shopee! Boleh Santai Atas Katil

Monday, September 21, 2020

meja lipat, meja laptop, product review, meja lipat serbaguna, shopee,

MEJA LAPTOP MURAH DARI SHOPEE! BOLEH SANTAI ATAS KATIL | Hai guys! Hampir 3 bulan busyra tak update blog.. huwaaaa rindu sebenarnya! Tapi mood jadi hilang bila ingatkan link blog masih tak boleh share di facebook dan instagram. Sayang, blog yang kita bina hampir 10 tahun jadi macam ni. Apakan daya, busyra dah cuba bermacam cara untuk aktifkan semula link but still macam ni. sedih! 

Okay! teruskan dengan topik kali ni, busyra nak share pasal meja lipat untuk laptop. Nak beli nya tu dah lama cuma asyik tangguh ja. Busyra lebih suka buat kerja atas meja. Even orang cakap tak bagus. haha. Tapi kalau bab kerja design memang busyra kena duduk atas meja kerusi cumanya kalau setakat nak buka laptop santai-santai tu boleh stay atas katil. 

meja lipat, meja laptop, product review, meja lipat serbaguna, shopee,

meja lipat, meja laptop, product review, meja lipat serbaguna, shopee,

Why busyra nak share pasal meja ni?? SEBAB MURAH!! Ya Allah murah wei. Berbaloi dengan apa yang kita dapat. Busyra tak akan share benda yang tak bagus dan kualiti tak elok. Eh lupa nak cakap awal-awal, post ni bukan paid review tau. Ini review tak berbayar. Busyra memang nak share dengan semua. Boleh la korang nak santai-santai sambil update blog. Tak rasa rugi pun beli sebab meja ni banyak fungsinya selain boleh letak laptop, boleh juga letak phone dan botol air di tempat yang disediakan. 3 in 1 la orang cakap. hehe

meja lipat, meja laptop, product review, meja lipat serbaguna, shopee,

Harga asal meja ni RM36.00 tapi after less RM17.50.. Sapa nak bagi meja kukuh macam ni dengan harga yang murah? Busyra terus grab sementara tengah diskaun. Bab kualiti memang betul-betul puas hati. Risau juga mula tu, betul ke okay ni sebab takut bila beli kualiti tak cun. Jenis perangai busyra kalau nak beli akan godek seberapa banyak review customer untuk dijadikan rujukan. Alhamdulillah komen orang ramai di situ yakinkan busyra yang meja ni memang terbaik. 

meja lipat, meja laptop, product review, meja lipat serbaguna, shopee,

Pelbagai jenis warna yang ada. Biru, corak kayu, pink, hijau, hitam dan cream.. Masa busyra beli ni tinggal 2 warna saja. Nasib baik warna yang busyra nak memang ada. Cream! Cepat betul laku kan? barang baik mesti cepat habis. Busyra tak rasa yang harganya murah macam tu sebab kualiti tidak setanding harga. kualiti macam harga RM50. cantik..

Okay lah, busyra share link shoppe dekat korang ye. So sesapa nak beli boleh terus ke kedai mereka. Sementara stok masih ada. Oh lupa pulak nak cakap pasal masa penghantaran. Busyra order 15/9/2020 dan sampai pada 17/9/2020.. Cepat ke tak? hehe. Padu dorang buat kerja. Barang pos dari johor.. Busyra bagi 5star.


Shopee Link: Meja Serbaguna

Read More

Kopi Hutan, Bukit Bendera Penang | Hidden Places

Monday, July 06, 2020

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

KOPI HUTAN, BUKIT BENDERA PENANG | HIDDEN PLACES | Assalamualaikum semua. Lama rasanya busyra tak update blog, adey rindu sebenarnya tapi apa kan daya perasaan malas tu lagi tinggi dari rajin. hihi. Lagi satu yang buatkan emosi tak menentu kesnya link blog still tak dapat share di fb dan ig. huh! 

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Minggu lepas busyra ke Penang dan singgah di Kopi Hutan, Bukit Bendera. Harini ada sedikit kerajinan nak update. Sebelum ni memang pernah dengar pasal Cafe ni cuma tak sampai-sampai. Kali ni pergi Penang memang kena naik tak kisah apa jadi. haha. Nasib tak salah buat pilihan. Sumpah best! 

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Okay busyra story dari first naik Bukit Bendera k. Tiket nak naik atas RM6/ orang. Busyra tak tau kalau student harga dia macam mana. maybe murah lagi. Kami naik 6 orang. Total RM36. Naik tu tak sampai 10 minit pun dah sampai di atas. Dekat atas tu macam-macam ada, suasana memang cantik. Walaupun panas tapi tak rasa panas sangat. Faham tak maksud I. haha. 

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Eh sempat lagi la buat inai dekat sini. RM10, boleh pilih design yang kita suka. Dekat atas ni ada macam-macam jenis kedai cuma kami kan nak naik ke Kopi Hutan jadi tak singgah pun makan kedai di sekitar situ. 

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Tujuan utama kami naik ke Bukit Bendera adalah sebab nak ke Kopi Hutan. tanpa lengahkan masa kami terus ambil buggy untuk naik ke atas sana. RM6/ orang. Satu buggy RM30. Pandai-pandai la kalau korang nak naik ni. Jangan pulak naik 2 orang. rugi!

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Kami sampai naik ke sini ambil masa lebih kurang 10-15 minit. Seram jugak naik buggy, sebab kawasan berbukit. Alhamdulillah sampai jugak kami. Suasana di sini tersangat lahhhh best! busyra suka tempat macam ni. Sunyi, tenang dan nyaman. Warna hijau daun pokok boleh relaxkan mata kita. Tempat ni nak kata sejuk tu tak sejuk sangat dan tak panas. Di kawasan sekitar sini ada rumah orang tau. Tapi rumah orang have have la. hehe. Rumah semua besar-besar. Ada kelebihan dan kekurangan kalau buat rumah disini. Tapi entah kenapa busyra rasa lagi banyak kekurangan dari kelebihan. haha.

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Orite kami sampai terus order air kopi 4 cawan, air coklat dan roti. Satu cawan RM8. Komen busyra pasal air kopi, rasa dia kalau tak campur gula dan creamer pahit! sama macam kopi yang kita pernah minum di hotel. Busyra tak tau apa yang membezakan dia dengan kopi yang lain, kata mereka kopi ni adalah campuran dari 5 negara. Tak pulak I tanya banyak-banyak. haha. But apa pun rasa kopi, busyra still suka sebab kalau orang suruh pilih kopi atau milo. of course kopi! 

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Sorry guys banyak gambar orang dari kopi! haha :p

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Masa untuk mereka siapkan order tu tak terlalu lama, servis tiptop. Lepas makan macam biasa kerja orang perempuan mesti selfie! Bergambar lebih lama dari makan. haha. Dengan suasana hutan yang cantik tu buatkan gambar bertambah cantik dan nampak lain. Yela selalunya kita bergambar dekat bangunan je kan. Apalah salahnya menikmati kejadian Allah. 

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

InshaAllah aku akan repeat lagi next time! Korang yang nak p boleh sangat-sangat. Yang sukakan nature silakan lah jejakkan kaki anda. hehe. btw korang boleh tengok video di youtube channel busyra  > First time datang Kopi Hutan

Thank you for reading! <3

Info Lanjut

Alamat: Summit road, Penang Hill, Penang, Malaysia 11500
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am - 6.30 pm)
Rating: 4/5 

Read More

Luna Selamat Melahirkan 5 Anak!

Sunday, May 31, 2020

LUNA DAH SELAMAT MELAHIRKAN 5 ANAK! | Hai korang. 16 Mei 2020 Luna dah selamat melahirkan 5 anak weiii! I lah bidan terjun dia. hahaha. Alhamdulillah rezeki bulan ramadan. haha. Btw kan ini bukan pertama kali beranak, ini dah second time. Tapi ada yang lainnya cara dia beranak kali ni. Busyra sayang gila dekat Luna, kucing yang sangat-sangat baik. Dari kecil tak pernah pun dia cakar busyra. Lembut gila, That's why I letak nama dia Luna Serra.. Gituuuu! kah kah

cara kucing beranak, kucing melahirkan, kucing sakit ketika melahirkan,

Dia start meraung sakit tu pukul 4.30 pagi semalam. Masa tu busyra dah boleh tau yang dia dah nak beranak. Dulu masa first time Luna beranak busyra tak sempat nak tengok pun, tengok-tengok dah beranak. Busyra baru balik kerja, baring sekejap then dengar ada suara kitten meow.. Tapi kalini kan Luna lain sangat-sangat, dia terlalu manja. Dia nak busyra temankan dia belai-belai sentiasa. Bila busyra bangun pergi dari sangkar dia terus mengiau tapi bila busyra duduk dekat sangkar terus diam. Weiiii tak kan mommy nak kena jadi bidan hang Luna?? hahaha

Pukul 8.10 pagi, masa tu dia dah keluar air dan sedikit darah. Dia dah mula angkat-angkat buntut dia. Busyra kesian tengok dia. Bila tangan busyra belai dia, dia nampak macam lega. Busyra tak tau nak explain macam mana, orang yang ada kucing saja yang dapat baca reaction kucing pada kita. Sampai 8.30 pagi, Luna berjaya keluarkan anak yang pertama. Keluar sekali dengan kantung lendir tu tau. omg ini pertama kali busyra tengok kucing beranak. Setiap anak keluar sekali dengan uri, ala macam manusia. Tapi bezanya kucing ni dia makan uri dia sendiri. Dia jilat darah anaknya sampai bersih. 

cara kucing beranak, kucing melahirkan, kucing sakit ketika melahirkan,

Jangka masa anak pertama, kedua dan ketiga dalam 20 minit macam tu. Yelakan benda ni ambil masa sebab dia nak makan uri lagi, nak jilat darah lagi. Bukan mudah. Anak pertama warna putih, anak kedua warna oren (ada putih sikit pada hidung) dan anak ketiga warna hitam. Bila tiba nak keluarkan anak keempat, dia dah tak larat. busyra bagi dia air sebab kucing ni bila dia beranak dia perlukan air dan tempat sejuk. Dekatkan sangkar dia pada bilik beraircond. Tempat yang panas boleh buatkan dia lagi bertambah penat. 

Jam 10 pagi macam tu dia baru dapat keluarkan anak keempat warna hitam juga tapi ada tompok putih dibelakang. Luna nampak letih sangat-sangat. Busyra ingat dah last dah 4 tu, tapi dia asyik dok jilat lagi buntut dia. Rupanya busyra nampak macam ada lagi. haha. Haihhhh 5 la jawabnya anak dia. 10.45 pagi macam tu keluar anak ke lima warna orennn! 

cara kucing beranak, kucing melahirkan, kucing sakit ketika melahirkan,

Huhhh lepas dia beranak tu busyra asingkan anak dia sekejap ja untuk bersihkan tempat dia beranak tu (busyra alaskan dengan kain, nanti terus basuh dan buang). Tukarkan dengan kain yang baru, supaya dia selesa susukan anak dia dan tempat dia pun sentiasa bersih. Settle semua dalam pukul 12.. Letih wei.. haha. Bila busyra masukkan semula anaknya tu, dia susukan anak dia dan tidur sebab letih sangat. 

Busyra ada 2 ekor kucing (sepasang) Luna & Tuah. So anak mereka tak dikacukkan dari mana-mana kucing lain. Dari benih mereka sendiri. haha. Nak tengok Tuah? Baca di SINI ..Okayyy! nanti busyra update lagi untuk tengok perkembangan anak Luna Serra.. Ehhhh kelas nama kau jahhh. :p


Thank you for reading!

Read More

Selepas 2 Bulan Pakai Braces #Part 2

Sunday, May 17, 2020

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah braces, gold color,

SELEPAS 2 BULAN PAKAI BRACES #PART 2 | Hai korang, I'm back!! Braces story part 2.. Busyra malas gila nak menaip pasal braces, actually. Tapi disebabkan ini adalah satu content maka ayuhh update! haha. Entri pasal braces jadi lambat walhalnya busyra dah masuk kali ke empat appointment. But it's okayy. Slowly but surely. Entri akan menyusul even terlambat beberapa bulan. hihi.

Bagi busyra entri ni sangat berguna bagi sesiapa saja yang baru nak pakai braces, so that dia boleh refer disini. okay untuk appointment kedua busyra pada 6 Januari 2020. Selepas 2 bulan pakai braces, busyra datang lagi jumpa doc. Jangan harap la lepas ni nak lari dari jumpa doc. haha. For those yang belum baca entri pertama busyra boleh baca di SINI ..

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah braces, gold color,

2 minggu pertama saja lepas pakai tu busyra makan bubur. Lepas dari tu bedal segala macam makanan. tak tahan oiii.. hahaha. Busyra dah la sejenis yang tak suka bubur tapi apakan daya kena telan juga. lepas 2 bulan pakai, rasa kedudukan braces tu dah sesuai dengan mulut. Tak rasa janggal lagi. Rasa normal. Cuma sometime tu, dawai yang hujung gigi ni terkena dinding isi mulut. korang faham tak maksud busyra. macam tercucuk. Tapi tak adalah sakit yang melampau, cuma rasa pedih sikit. Doc memang dah sediakan lilin untuk kita letak pada dawai yang terbuka, cuma busyra malas nak letak lilin tu. rasa leceh.. So tahan la sikit.

Busyra jumpa Doc jam 2.30 pm. Masa ni proses untuk tukar warna getah baru.. Excited wei! Busyra kena bagi kad appointment untuk tunggu giliran. Tapi alhamdulillah, busyra orang first. Pembantu Doc suruh busyra pilih warna apa yang nak dan dia yang buang getah yang lama pada gigi.. Time buang getah tu tak rasa sakit cuma ada la rasa goyang-goyang gigi tu sebab nak tarik getah tu keluar. Then tunggu sekejap Doc masuk untuk cabut dawai dan gantikan dawai baru andd of course getah warna yang baru. 

Okay perasaan masa Doc letak getah baru tu tak sakit tapiiii masa ending dia tuuuuu, kan kena tarik dawai untuk simpulkan di hujung gigi, huhhh.. sakitnya tu tak boleh nak describe. haha.. Dont worry sakit dia tu beberapa saat ja masa Doc tarik dawai. Lepas tu dah okay. Siap dalam 30 minit macam tu.. Busyra tersalah pilih warna getah baru, sebab tak cantikkk.. omg nak nangis. huhu. Tapi apakan daya sebab dah terpilih. Busyra tak tau kenapa boleh terpilih warna ni. Entah! haha. Redha je la. nani tukar lagi kan. Gold? Yesss Gold! tapi nampak macam kuning. 

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah braces, gold color,

Time to payment! RM150. Ini kali pertama busyra buat bayaran bulanan. Busyra tak pakai cash tapi transfer. Lebih mudah. Sekali lagi busyra puji Doktor Norliza. Dia sangat baik. Alhamdulillah busyra tak salah pilih Klinik Gigi. Korang yang baru nak buat or tengah survey, busyra recommend klinik ni. Yang stay di kedah la ye. 

Lepas balik tu, Busyra tak boleh nak makan makanan macam selalu, rasa macam baru first pakai dulu, sakit untuk kunyah makanan. Maybe masa Doc tarik dawai untuk kejapkan gigi. Sehari je tak dapat makan macam orang normal, huhu. second day dah okay. yehuuu.. and one more thing lupa pulak busyra nak share, untuk kali ni busyra terpaksa telan panadol tahan sakit yang Doc bagi disebabkan sakit dia tu lagi sakit dari kali pertama pasang. Lain orang lain rasa sakitnya. Masa first dulu busyra tak telan panadol tau.. **muka bangga. hahhaha.. haaa nah ambekkk kali kedua terus outtt! Harapnya kali ketiga nanti okay la kan? okay ke? next appointment pada 9 Mac 2020 ..tunggu part seterusnya nanti busyra share lagi story. 

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah braces, gold color,

Thank you sudi habiskan masa untuk membaca!

**ramai tanya kenapa busyra pakai braces?**
1.Gigi atas tengah-tengah makin hari makin jarang (terbuka). bukan tengah saja, 
tepi-tepi semua ada gap yang luas. 
2. Gigi bawah busyra tak sama.

Read More

Peluang Kedua - Nabila Razali (Ost Seindah 7 Warna Pelangi)

Friday, April 17, 2020

LIRIK LAGU PELUANG KEDUA - NABILA RAZALI (OST SEINDAH 7 WARNA PELANGI) | Huh, bukan senang lirik lagu nak masuk dalam entri busyra. hehe. Disebabkan I minat sangat lagu ni so moh ler abadikan dalam blog. Busyra love sangat intonasi dalam lagu ni. Masa part sebelum chorus tu.. mendalam sampai ke hati. Tahniah Hael.

lirik lagu, nabila razali, peluang kedua, ost seindah 7 warna pelangi,

LIRIK LAGU PELUANG KEDUA - NABILA RAZALI

Sepi
Menghukum Diri kembali
Untuk Mengalirkan air mata
Tanpa Henti
Lagi

Sepi
Menghasut Diri kembali
Untuk Memikirkan tentang kita
Tanpa Henti
Lagi

Dan Tiada
Salah Darimu mengingatkanku
Bila Ku tak sempurna
Engkau Bisikkan ku yang paling sempurna
Di Matamu hanya aku

Maaf Andai kau terluka
Maaf Ku tak sengaja
Tanpa Sedar
Sakitimu
Sesalku

Maaf Kerna aku pun terluka
Pintaku Hanya
Peluang Kedua


Rasa Cinta darimu

Dan Tiada
Salah Darimu mengingatkanku
Bila Ku tak sempurna
Engkau Bisikkan ku yang paling sempurna
Di Matamu hanya aku

Dan Andai terbuka hatimu
Ku Di sini menunggu dan terus menunggu
Dirimu
Kembalilah Sayang
Kepadaku

Maaf Andai kau terluka
Maaf Ku tak sengaja
Tanpa Sedar
Sakitimu
Sesalku

Maaf
Kerna Aku pun terluka
Pintaku Hanya
Peluang Kedua
Rasa Cinta
Darimu

Rasa Cinta
Rasa Cinta
Darimu


Read More

Resepi Kek Batik Crunchy Boleh Buat Jual!!

Monday, April 13, 2020

RESEPI KEK BATIK CRUNCHY BOLEH BUAT JUAL!! | Hai koranggg. Sihat ke tu? Mesti boring kan dekat rumah. Tunggu apa lagi moh ler ke dapur. Memasak boleh hilangkan stress tau tak. Seronok. Kali ni busyra nak share dengan korang resepi turun temurun. Sedap wa cakap lu beb. hehehe. Resepi kek batik crunchy boleh buat jual! 

resepi kek batik, kek batik crunchy, milo, serbuk koko, kek batik untuk jual, buttercup,

Resepi ni dari Along(kakak) busyra, actually. Since busyra kecik lagi memang kek batik dengan kami tak boleh dipisahkan. Tak kisah lah musim raya ke tak selalu sangat buat. Kami 4 beradik memang hantu kek batik, makan berulang-ulang dari pagi sampai ke malam. hahaha! Tapi itu la orang cakap bila masing-masing dah besar, dah kawin semuanya dah berubah. Tak ada lagi dah air tangan kakak ku dirumah. Apatah lagi sekarang ni Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pulak kan, lagi lah tak boleh kemana. 

Busyra sebelum ni tak pernah ambil tau pun resepi dari Along. Tunggu tengok je, kalau tak pun tolong kacau adunan.. haha. Tapi sekarang bila dah teringin semua benda kena buat sendiri. Semalam whatsapp Along minta resepi. Harini pergi kedai beli barang. So jom tengok resepi super simple ni.

resepi kek batik, kek batik crunchy, milo, serbuk koko, kek batik untuk jual, buttercup,

Bahan-Bahan:

2 cawan milo
Sebiji telur
Setengah cawan susu pekat
2 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar butter
Biskut marie secukupnya

resepi kek batik, kek batik crunchy, milo, serbuk koko, kek batik untuk jual, buttercup,

Cara Penyedian:

1. Kacau sebati campuran milo, serbuk koko, telur dan susu.
2. Panaskan butter dalam kuali.
3. Masukkan semua adunan tadi ke dalam kuali panas dengan butter, kacau sampai pekat. Api sederhana perlahan.
4. Tutup api dan masukkan biskut marie yang di patahkan! Gaul sebati

resepi kek batik, kek batik crunchy, milo, serbuk koko, kek batik untuk jual, buttercup,

**Boleh guna setengah cawan air jika nak versi lembut. Kalau nak yang crunchy macam busyra buat jangan sesekali letak air tau. Bila dah siap, boleh letak dalam loyang berlapik plastik.. Tekan tekan bagi padat. Masukkan dalam peti sejuk. Siap untuk dihidang.




Selamat Mencuba!

Read More

RESEPI SAGU GULA MELAKA

Saturday, April 11, 2020

resepi sagu gula melaka, susu cair, gula melaka, sagu, resepi mudah, daun pandan,

RESEPI SAGU GULA MELAKA | Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni asyik post resepi memasak je la jawabnya. Masa terluang banyak kan. heee. Jadi manfaatkanlah.. Busyra memang suka sagu sejak azali lagi. sejak dari perut ibu.  hahaha. Okay korang, jom tengok resepi mudah sagu gula melaka.

Bahan Sagu:

1 cawan sagu (bilas dengan air dan toskan) 
3 cawan air 
5 titis pewarna merah / hijau
-Didihkan air, masukkan sagu dan pewarna. Masak dalam api perlahan dan korang kena sentiasa kacau sampai sagu menjadi kembang dan hilang semua warna putih. Bila dah masak, sejukkan dalam loyang.

Bahan Gula Melaka:

1 ketul gula melaka 
1 cawan air 
1 helai daun pandan 
-Masak kesemua bahan diatas api perlahan sehingga gula melaka cair dan menjadi pekat. Kemudian sejukkan. 

Bahan Lain:

1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak) *kalau korang nak guna santan pun boleh.

resepi sagu gula melaka, susu cair, gula melaka, sagu, resepi mudah, daun pandan,

Cara penyediaan:

1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk.
2. Tuang air gula melaka. Agak-agak je tau masukkan tu sebab kalau terlalu banyak letak nanti manis sangat. 
3. Kemudian tuang susu cair.
4. Sejukkan dalam peti ais dan siappp! Dah boleh makan. busyra suka letak ais ketul time nak makan tu, Serius sedap.

resepi sagu gula melaka, susu cair, gula melaka, sagu, resepi mudah, daun pandan,

Selamat Mencuba Korang!


Read More

PATUT LAH VIRAL DALGONA COFFEE, MEMANG PADUUU!

Thursday, April 02, 2020

dalgona coffee, gula, air panas, nescafe gold, resepi dalgona coffee,

PATUT LAH VIRAL DALGONA COFFEE, MEMANG PADU! | Haluuu haluuu.. hehe. kembali bersiaran di Busyra's Kitchen.. Seperti yang hangat diperkatakan Dalgona Coffee kini menjadi viral buat rakyat Malaysia.. hahahah. bosan weiii. Jom try resepi baru lagi! Busyra rasa busyra antara orang yang lambat untuk try Dalgona Coffee ni. Walhal nya bahan-bahan semua dah ada tapi malas nak buat. Harini diberi kerajinan sikit, moh ler kita buat..

Bahan-bahannya tersangatlah mudah dan super simple. Korang pun mesti dah tau kannn? Nak buat minuman ni korang kena ikut nisbah yang betul kalau tak, tak kan jadi. Ini adalah kali kedua busyra try. Sebabnya yang first try terlobihhhh airr. hahaha. 

2 Sudu Nescafe : 2 Sudu Gula : 2 Sudu Air Panas

dalgona coffee, gula, air panas, nescafe gold, resepi dalgona coffee,


Ikut nisbah macam tu ye. Kalau korang nak buat 3 or 4 sudu pun boleh, so jadinya gula dan air panas pun kena sama. Baru jadi. Busyra kacau guna sudu je. ambil masa dalam 10 minit nak jadi macam ni.. Dekat rumah busyra tak ada mixer or pemukul telur. sadis betul! huhu.. pukul punya pukul, finally jadi la jugak. haha. usaha tangga kejayaan kan? 

dalgona coffee, gula, air panas, nescafe gold, resepi dalgona coffee,

Dalam banyak-banyak brand susu, busyra suka Goodday or Farm Fresh.. Busyra beli goodday full cream. Letak ais sikit, letak susu then last sekaliii.. treng teng tenggggg.. Letak la nescafe yang pulun dok kacau tadi.. hehe.. Siappp! Minum time panas-panas memang cool habesss!! Busyra bukan coffee lover, tapi untuk resepi ini boleh diterima. Sedap!!


Korang dah cuba ke belum Dalgona Coffee?


Read More

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG SUPER SEDAP!

Monday, March 30, 2020

resepi nasi goreng kampung, perencah nasi goreng, sawi, ayam, sotong, telur,

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG SUPER SEDAP! | Hai korang, waktu dirumah ni kerja apa saja yang boleh kita buat? Bosan wei, maka moh ler kita memasak. Penuhkan entri blog dengan resepi masakan. Jangan cakap "kita tak pandai masak" tapi cakaplah "saya akan cuba masak dan masak lagi sampailah pandai" haaa gituuu. Baru betul, always positive. hehe. 

resepi nasi goreng kampung, perencah nasi goreng, sawi, ayam, sotong, telur,

Bahan-bahan korang boleh tengok dalam gambar diatas ye..

Cara-caranya:

1. Tumbuk bawang putih dan cili padi, kemudian tumiskan
2. Masukkan ayam dan sotong
3. ketepikan dalam kuali dan masukkan telur. Jangan campurkan telur dengan ayam dan sotong lagi ye.
4. Bila dah masak ayam dan sotong masukkan nasi
5. Perasakan dengan perencah nasi goreng kampung
6. Masukkan sayur sawi, kacau sehingga sebati. Siappp!

resepi nasi goreng kampung, perencah nasi goreng, sawi, ayam, sotong, telur,

Kalau korang nak masukkan garam pun boleh tapi bagi busyra perencah nasi goreng tu dah sesedap rasa. cukup sempurna! Nama nasi goreng kampung kan? tapi tak ada kangkung dan ikan bilis? tak pa la kita buat new version. hehe. Janji guna perencah nasi goreng. Serius sedap! Resepi ni korang boleh lah masak kalau dah bosan makan nasi putih berlauk. Busyra kalau masak nasi goreng tak suka kosong, mesti letak banyak bahan melainkanlah memang dah tak ada. hahaha.

Selamat Mencuba Resepi Nasi Goreng Kampung!

Read More

BLUEBERRY SMOOTHIE CAIR MACAM NI PUN SEDAP TAU!

Blueberry Smoothie, resepi sihat, madu, cornflakes, pisang,

BLUEBERRY SMOOTHIE CAIR MACAM NI PUN SEDAP TAU! | Hai korang. Harapnya kita semua dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang musim Covid-19 ni. Jaga kesihatan, kerap basuh tangan, dan bila terpaksa keluar jangan lupa pakai mask, guna hand sanitizer dan selebihnya #stayathome ..Huhu mukadimah panjang betul.. Okay. So, jom tengok resepi Blueberry Smoothie! Actually busyra terlebih air then jadi cair sikit. haha. but it's sokay gaisss. Yang penting sedap dan sihat!

Bahan-Bahan:

1. 2 cawan air Bliss
2. 3 sudu besar madu
3. Blueberry (ikut korang nak letak banyak mana pun)
4. 3 sudu besar cornflakes (perisa pisang) **sepatutnya letak pisang tapi pisang tak ada so busyra gantikan dengan cornflakes.. Rasa juga pisang tu.
5. 1 cawan ais

Blueberry Smoothie, resepi sihat, madu, cornflakes, pisang,

Cara-caranya semudah abc, hehe.. korang blend la semuanya. Serius sedap! rasa masam-masam buah blueberry dan rasa manis cornflakes pisang. Memang superb! Lagipun resepi ni baik untuk kesihatan tubuh badan kita..

Blueberry Smoothie, resepi sihat, madu, cornflakes, pisang,

Antara Khasiat Blueberry

Blueberry mengandungi Vitamin C dan pengambilan Blueberry dari awal usia mampu mengurangkan tahap kolestrol, menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko kanser.
➤ Anti Penuaan
➤ Anti Oksidan
➤ Mencegah jerawat
➤ Akar rambut subur
➤ Melambatkan rambut beruban

Read More

SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK MICELLAR SHAMPOO

Friday, March 06, 2020

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK MICELLAR SHAMPOO | Sejak dari dulu lagi busyra memang tak pernah berpaling dari Safi Shayla. Setia wa cakap lu.. hehe. Betul lah kata mereka yang syampu ini sangat sesuai untuk wanita bertudung. Dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ni kita perlukan syampu yang mampu menyegarkan kulit kepala sepanjang hari.

Alhamdulillah selama busyra gunakan syampu dari Safi Shayla ni memang kulit kepala tak ada kelemumur dan rambut kekal wangi walaupun selepas balik kerja. Sebab tu lah bila Safi ada keluarkan produk syampu terbaru busyra excited untuk cuba.. Penjagaan rambut tersangatlah penting buat wanita meskipun yang bertudung ataupun tak.. 

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Safi Shayla Botanical Silk Micellar Shampoo adalah produk terbaru yang dikeluarkan oleh Safi.. Serius menarik! Ia diformulasikan dengan 100% Botanikal Aktif dan 0% Paraben. Tambahan lagi, ia kaya dengan nutrien untuk memanjakan rambut dari akar ke ujung dengan aroma segar yang unik serta tahan lama sehingga 48 jam. Dengan adanya minyak argan, rambut lebih lembut dan terurus. Kulit kepala pun rasa segar dan sejuk selepas penggunaan. 

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Kandungan Safi Shayla Botanical Silk Micellar

Air, Natrium Lauryl Ether Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Fragrance, Natrium Klorida, Decyl Glucoside, Starch Corn Terhidrolisis, PPG-3 Caprylyl Ether, Glyceryl Caprylate / Caprate, Panthenol, Asam Citric, Polyquaternium-10, Natrium Citrate, Menthol,

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Busyra suka sangat packaging nya.. Botol besar dan berbentuk lut sinar. Lain dari yang lain. Nampak unsur kesegaran yang nak disampaikan buat pengguna Safi Shayla. 


Organik Habbatus Sauda
Kaya dengan sumber nutrien untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala.
Minyak Argan
Menjadikan rambut lebih lembut, sutera, lebih mudah diurus dan bertambah bersinar, sihat dan menarik
Minyak pokok teh
Berkesan membersihkan folikel rambut yang tersumbat untuk rambut ringan & fleksibel.


product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Cara Penggunaan

1. Picit syampu dan letakkan diatas rambut basah.
2. Urut perlahan-lahan di sekitar rambut sehingga berbuih.
3. Akhir sekali bilas rambut dengan air bersih dan keringkan. 
4. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan Safi Shayla Scalp Mask/ Conditioner rambut selepas syampu.

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Saiz produk: 480 gram
Harga: RM 22.41

Boleh dapatkan SAFI SHAYLA Botanical Silk Micellar Shampoo di mana-mana pasaraya besar berdekatan seperti Tesco, Giant, Watson, Guardian di seluruh Malaysia.

Maklumat Lanjut:


Read More

GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP

Monday, February 17, 2020

garlic bread, mushroom soup, resepi ringkas, resepi sedap,

RESEPI GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP | Hai korang!! selamat datang ke Busyra's Kitchen! hehe. hari ni busyra nak share resepi garlic bread & mushroom soup superr simple. Senang dan yang paling penting sedap dan kenyang! So let's.

Bahan-bahan:

garlic bread, mushroom soup, resepi ringkas, resepi sedap,

1. Roti (jenis panjang)
2. Buttercup
3. Italian herbs
4. Campbell's Soup

Cara-caranya:

1. Potong roti supaya jadi bentuk macam ni

garlic bread, mushroom soup, resepi ringkas, resepi sedap,

2. Sapu buttercup dan taburkan Italian herbs

garlic bread, mushroom soup, resepi ringkas, resepi sedap,

3. Kemudian bakar selama 2-3 minit dalam suhu 200 darjah celcius.

garlic bread, mushroom soup, resepi ringkas, resepi sedap,

4. Untuk sup cendawan pulak, tuang dan panaskan saja atas kuali. tambah air sikit. Siapp.. Sedia dimakan waktu pagi atau petang. Sambil tengok tv tu, kenyang!

garlic bread, mushroom soup, resepi ringkas, resepi sedap,

Selamat Mencuba!

Read More