Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Sup Tauhu Telur Paling Sedap

Resepi Sup Tauhu Telur, Tofu telur, Sup telur,

Resepi Sup Tauhu Telur Paling Mudah dan Sedap | Sebelum ni asyik makan dekat cafe ofis je.. Tak pernah masak sendiri.. Haritu busyra ke tesco then terjumpa tauhu telur. Terus ambil sebab nak cuba masak.. Hentam je la resepi ikut tekak sendiri.. Tauhu ataupun Tofu telur diperbuat daripada soya dan telur. Baru google kaji sikit pasal ni. haha!


Resepi Sup Tauhu Telur, Tofu telur, Sup telur,


Bahan-bahan:

1 tiub tauhu telur (dipotong 5 atau 6 bahagian)

Isi ayam

1 biji telur

2 ulas bawang putih (diketuk)

kubis bunga

3 biji cili padi

1 sudu besar sos tiram

tepung jagung (untuk goreng tauhu telur dan untuk pekatkan kuah)

secubit serbuk lada hitam

sedikit garam/ serbuk perasa


Resepi Sup Tauhu Telur, Tofu telur, Sup telur,


Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak kemudian goreng tauhu telur yang telah disalut dengan tepung ubi (pastikan minyak betul-betul panas).. bila dah masak, angkat dan ketepikan.

2. Guna je sikit minyak lebihan goreng tauhu telur tadi, tumis bawang putih.. masukkan isi ayam dan cili padi.. Kacau seketika..

3. Kemudian masukkan air, ikutlah korang nak kuah banyak mana.. Bila dah mendidih sikit masukkan serbuk lada hitam dan sos tiram.. Kacau lagi dan masukkan kubis bunga.

4. Perasakan dengan garam/serbuk perasa.. Masukkan bancuhan tepung ubi. Perlahankan api dan mula tuang perlahan-lahan telur dan kacau..

5. Akhir sekali masukkan tauhu telur yang dah digoreng tadi.. Siap! 


Baca Ini: Resepi Mudah buat Donut lembut

Baca Ini: Resepi Tauhu Bergedil Rangup cicah Sambal Kicap


Post a Comment

9 Comments

  1. Sedapnya Busyra. Nanti nak try. Dalam peti sejuk ada tauhu telur. Hehe..

    ReplyDelete
  2. First time makan kakak ipar masak. Sedap rupanyaaa tauhu telur ni

    ReplyDelete
  3. Lama gila tak makan lauk sup tauhu telur macam ni. Ini buat ratah pun sedap dan kenyang.

    ReplyDelete
  4. Alamakkk nampak sedappp pulakk! Tak pernah cuba lagi setakat ni.

    ReplyDelete
  5. Aduh.. nampak menyelerakan.. Boleh cuba nanti ini..

    ReplyDelete
  6. tambah cendawan hitam shitake tu mesti tambah sedap kan...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Kalau badan rasa tak sihat suka menu ni

    ReplyDelete