More by Arang Coffee | Cafe Hipster Penang

Monday, December 13, 2021

salted egg chicken chop, more by arang coffee, lemon chicken chop, cafe hipster Penang, cafe best di Georgetown,

More by Arang Coffee | Cafe Hipster Penang  | Hari Sabtu lepas busyra ke Penang jumpa dengan kawan time study dulu.. lama sangat tak jumpa dia. so decide jumpa tengah-tengah negeri.. dia orang Perak, busyra orang Kedah.. nasib baik dua-dua orang utara jugak.. kami stay 2 hari 1 malam di sana.. 


Cafe di Penang bukan macam negeri-negeri lain yang sememangnya ada ruang yang luas.. sangat crowded disini.. ikut map pun kadang cari tak jumpa.. haha.. puas jugak mencari, tengok-tengok ehhhh ada dekat sini rupanya.. lalu dah 2 kali.. hehe..


salted egg chicken chop, more by arang coffee, lemon chicken chop, cafe hipster Penang, cafe best di Georgetown,


salted egg chicken chop, more by arang coffee, lemon chicken chop, cafe hipster Penang, cafe best di Georgetown,

Suka sangat tengok design cafe ni, serius cantik! nampak elegan sangat.. berkonsepkan warna hitam dan putih.. Time busyra p ni tak ramai sangat orang, sebab tu nampak kerusi meja kosong je.. besar jugak cafe nya. tapi kalau dari luar tak perasan sangat.. maybe sign board nya kecik..


tapi malangnya, busyra bungkus makan di hotel... disebabkan masa tak mengizinkan . jam pukul 6.30 petang waktu kami sampai.. jadi nak cepat balik ke hotel, terus bungkus je lah.. kami berdua perempuan pulak, tak nak la sampai hotel malam.. tak pe, asalkan dapat rasa menu di cafe ni.. 


Salted Egg Chicken Chop

salted egg chicken chop, more by arang coffee, lemon chicken chop, cafe hipster Penang, cafe best di Georgetown,

Tak ingat dah nama betul untuk menu yang busyra order.. biasa lah kalau menu cafe namanya pelik-pelik sikit.. untuk Salted Egg Chicken Chop ni, mula-mula makan rasa sedap! tapi bila dah ke doploh kali makan terus rasa muak.. haha.. 


Portion dia sumpah banyak gila! dalam set ni dapat wedges, sos dan salad! ayam dia besar sangat.. berbaloi la dengan harganya RM26.. kenyanggg.. dan sebenarnya sesuai untuk 2 orang makan.. busyra bagi 3.5/5.. kalau pedas lagi sedap.

Lemon Chicken Chop

salted egg chicken chop, more by arang coffee, lemon chicken chop, cafe hipster Penang, cafe best di Georgetown,

Maaf lerr gambar pun tak clear sangat sebab dalam bilik hotel.. alahai lampu punnn romantik! untuk menu ni busyra tak suka.. haha. cakap terus terang je senang.. sebabbb sos dia terlalu masam.. maybe dorang boleh kurangkan sikit.. masam sangat.. bukan busyra je rasa macam tu. tapi kawan busyra pun cakap benda yang sama.. set ni sama ja macam salted egg chicken chop, cuma bezanya tukar sos..


Rating untuk menu ni 2/5... haihhh memang tak kena lah dengan tekak.. tapi bab portion memang tak dinafikan lah banyak.. harganya RM20.. udah ler masam, disertakan dengan lemon lagi.. huihhh tak tau nak cakap macam mana.. hehehe.. mungkin ada orang yang boleh terima dengan menu ni.. lain tekak lain rasanya..

salted egg chicken chop, more by arang coffee, lemon chicken chop, cafe hipster Penang, cafe best di Georgetown,


Baca Ini: Makan dalam kereta di Aorora Cafe Alor Setar


Masa Operasi: Buka setiap hari kecuali Khamis (11 pagi - 8 malam)

Alamat: 170G-2 Livingston Tower Argyll Road, 10050 George Town, Pulau Pinang

4 comments

  1. Kat Perlis ada Arang Kitchen . Hehe . Btw tempat dia memang nampak suasana elegent

    ReplyDelete
  2. Sedap-sedap semuanya. Tengok je pun dah terliur.

    ReplyDelete
  3. Luas betul cafenya Busyra. Selesa kalau lepak lama lama mengopi kat sini. Sedapnya menu chicken chop tu.

    ReplyDelete
  4. Ok akak yg duk penang pun xsampai2 lagi ni

    ReplyDelete