Kali ke-3 makan di Lot 21 Cafe, Pekan Cina Alor Setar

Monday, October 10, 2022

cafe hipster alor setar, cafe best di kedah,

Kali ke-3 makan di Lot 21 Cafe, Pekan Cina Alor Setar | Dah 3 kali aku ke cafe ni disebabkan makanan dia boleh tahan sedap dan suasana cafe yang menenangkan.. Macam biasa lepas balik kerja terus lepak tenangkan fikiran, chill dulu.. siapa setuju dengan makan boleh happy kan diri? hehe.. bak kata orang tua, makan lah selagi lalu (ada selera makan).. Nanti kalau dah demam, selera pun berkurang.. 


cafe hipster alor setar, cafe best di kedah,


Korang dah baca belum entri sebelum ni? First time makan disini, aku order aglio olio.. memang tak tinggal la makanan wajib bila ke cafe.. haha. Lot 21 Cafe Hipster di Pekan Cina Alor Setar ..so untuk entri kali ni aku tulis simple je. Korang nak tau lebih lanjut boleh ke entri aku yang lepas tu ye..


cafe hipster alor setar, cafe best di kedah,

Untuk yang nak buat kerja guna laptop dalam keadaan yang santai-santai, haaa cafe ni aku suggest! tenang dan tak ramai orang.. nak ala-ala hipster, inilah tempatnya.. hehe.. sebab ada cafe jenis yang ramai orang, sampai rasa tak tenang, bising.. cafe ni aku puji, terbaikkk! layanan dorang pun okay, so far..

Homemade Meatball - 7/10
rasanya up ke satu level sebab makin sedap! haritu bagi rate 6 ja..

cafe hipster alor setar, cafe best di kedah,


Waffle Cheese Burger - 6/10
(tak berapa pasti namanya) hehe. sorry

cafe hipster alor setar, cafe best di kedah,

Korang yang belum pernah cuba cafe ni.. try la! mana tau kena dengan citarasa.. Harganya pun berpatutan. Haritu kawan aku order buttermilk chicken.. sedap jugak, cumanya kuah dia agak cair.. tapiiii rasa semua cukup.. macam-macam lagi menu lain yang boleh dicuba..

Read More

Aku dan Kopi sahabat rapat..

cafe kopi, kedai kopi sedap di alor setar

Aku dan Kopi sahabat rapat.. | Kami adalah dua sosok yang berbeza.. tapi tak pernah terlepas untuk berjumpa meski setiap kali berjumpa pasti dengan rasa yang berbeza. Ada yang manis, ada juga yang biasa saja, yang pahit teramat dan ada yang terlalu sempurna..


Tanpa Kopi aku gelisah dan rasa tidak sempurna hari itu.. Kopi pelengkap segala hari. Kuatkan mata dan hati.. Aku boleh pergi sendiri semata ingin mencari Kopi.. berjumpa dengan Kopi di tempat yang berbeza, antara di tepi jalan atau cafe mewah..


sedikit luahan hati Aku dan Kopi.. hehehe. aku menaip pukul 1.40 pagi.. sambil-sambil baring nak lelapkan mata.. kebetulan gambar kopi ni ada dalam ipad.. cafe biji kopi (lokasi di Pendang, Kedah).. 


InshaAllah ada masa nanti, aku akan tulis dan kumpulkan seberapa banyak entri berkaitan kopi di mana pun aku cuba.. tak kisah di cafe ataupun kedai tepi jalan..


Read More

Tuah hilang terlepas dari sangkar..

Sunday, October 02, 2022

kucing gebu, sangkar kucing murah, kucing comel,

Tuah hilang terlepas dari sangkar | Random story untuk kali ni.. Hari Jumaat macam biasa aku ada OT di ofis.. tak sampai sejam aku di ofis, mak call cakap Tuah dah tak ada dalam sangkar.. Mak cari keliling rumah pun tak jumpa.. Apa jadi dengan Tuah?


Tuah hanya kucing jalanan yang aku jumpa 4 tahun lepas.. Korang boleh tengok entri DISINI.. Ada yang cakap, sayang betul aku dengan Tuah.. empat tahun dia hidup dengan aku, tak menjadi satu persoalan kenapa aku sangat sayangkan dia.. Dialah peneman aku even sekarang ni aku sangat busy bekerja.. Sebab tulah terpaksa letak dia dalam sangkar.. Tapi sangkar yang aku sediakan untuk dia sangatlah besar.. Aku custom made sangkar tu.. (arwah ayah yang upah orang).. 

kucing gebu, sangkar kucing murah, kucing comel,


Pagi Jumaat, aku tak sempat bagi dia makan disebabkan lambat nak ke kerja.. So, mak yang akan letak makan.. Mungkin mak terlupa nak selak sangkar dengan sebetulnya.. Jadi biasalah Tuah memang kucing yang lasak.. hahaha. dia tolak2 pintu tu confirm dapat keluar.. Bila dapat call dari mak tu, memang jantung ni Tuhan jela yang tau.. Aku sangat risau bila Tuah ke jalan raya besar.. sebab rumah aku seberang jalan je..


Aku nak terus balik rumah time tu pun memang tak sempat.. rumah dengan ofis agak jauh.. Jadi aku tawakal jela.. harapnya Tuah selamat.. actually dia terlepas dengan wife dia.. hehehe (Luna).. Pendekkan cerita.. pukul 6 petang aku sampai dirumah.. aku cari dorang, tapi still tak jumpa.. puas pusing satu rumah.. Bila aku jerit je nama "Tuahhhhhhh".. hahhhh terkedek-kedek dia jalan ke aku.. dengan Luna sekali.. amboiii pandai betul sembunyi sampai aku tak jumpa..


kucing gebu, sangkar kucing murah, kucing comel,
Tuah masa kecik (2018)

Alhamdulillah semuanya Allah permudah.. Tuah dan Luna tak kemana.. Dorang kucing indoor jadi aku sangat risau kalau dorang hilang sebab kucing indoor tak pandai cari makanan sendiri..


Sekian cerita pendek Tuah & Luna

Read More