Sedap betul Chicken Grill di Cafe Kopi & Seni, Alor Setar

Saturday, February 25, 2023

Cafe Kopi & Seni, Resepi Chicken Grill, Cafe best di Alor Setar,

Sedap betul Chicken Grill di Cafe Kopi & Seni, Alor Setar | Hai korang.. Dah lama sebenarnya aku nak singgah ke Cafe Kopi & Seni ni cumanya masa tak mengizinkan. Petang semalam ada masa sikit, so dapatlah singgah dan merasa menu di sini.. Lokasinya memang mudah nak jumpa sebab memang berhadapan dengan jalan utama.


Cafe Kopi & Seni, Resepi Chicken Grill, Cafe best di Alor Setar,

Cafe Kopi & Seni, Resepi Chicken Grill, Cafe best di Alor Setar,

Cafe nya agak unik sebab berunsurkan Islamik.. Ada beberapa tulisan jawi. Menggunakan meja dan kerusi kayu.. Aku suka konsep macam ni. Nampak klasik gitu. 


Cafe Kopi & Seni, Resepi Chicken Grill, Cafe best di Alor Setar,

Time aku sampai ni waktu lunch.. Cafe Kopi & Seni lebih kepada minuman sebabnya buku menu dorang tu ada 5 page kalau tak silap.. satu page je menu makan, yang lain semuanya minuman.. ada macam-macam jenis air yang dorang sediakan. yang bestnya air signature dorang! Jom tengok apa aku order.


Kopi Seni Kita - RM15.00

Cafe Kopi & Seni, Resepi Chicken Grill, Cafe best di Alor Setar,

Ni lah yang aku cakap tadi, air signature cafe ni.. Kopi Seni Kita.. bagi aku harganya agak mahal sebab kalau nak bandingkan dengan brand terkenal macam Zus Coffee, boleh dapat harga RM10.. but its okay. yang penting airnya sedap juga.. cumaaa ia tak sesuai untuk bukan pencinta coffee sebab ia kurang manis.. tapi aku suka! Rating 4/5

Kek Batik - RM12.00

Cafe Kopi & Seni, Resepi Chicken Grill, Cafe best di Alor Setar,

Kek batik ni sumpah sedap! tak manis sangat dan kena bila aku makan dengan air coffee.. Ada 6 slices dengan harga macam ni bagi aku berbaloi.. aku memang peminat tegar kek batik. Rating 4/5


Chicken Grill - RM17.90

Cafe Kopi & Seni, Resepi Chicken Grill, Cafe best di Alor Setar,

Haaa inilah menu yang aku paling suka.. terpaling sedap weyhh! korang wajib try kalau ke sini.. Ayam yang di marinated ni rasanya semua cukup.. ayam masih terasa juicy.. yang penting sos black pepper diaaa! aku selalu akan compare kan sos chicken grill dekat mana-mana cafe yang aku pernah makan. So far ada 2 cafe yang sedap.. satu cafe ni dan satu lagi Cafe Pepak AOR ..Rating 4.5/5


Rice Chicken Buttermilk - RM15.00

Cafe Kopi & Seni, Resepi Chicken Grill, Cafe best di Alor Setar,

Aku bukanlah penggemar buttermilk tapi untuk yang ni, rasanya sedap! sayur tu semua fresh dan dicelur tidak terlalu lama.. kuah dia rasa pedas, manis, masin semua cukup.. tapi makan banyak-banyak terasa muak juga. yelah kan nama pun buttermilk.. Rating 4/5


Baca Ini : Kena dengan citarasa Ayam Gepuk Utaqa, Sungai Petani


Waktu Operasi : Setiap hari buka kecuali Rabu (10.00 am - 11.00 pm)

Alamat : Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, No. 126 Kompleks, 

Persiaran Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar, Kedah.

Read More

Tiktok Viral : Hannah Cookies Cafe, Kangar Perlis

Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Tiktok Viral : Hannah Cookies Cafe, Kangar Perlis | Hai koranggg.. kembali lagi kita dalam rancangan jalan-jalan cari makan sedap. heee.. Banyak juga cafe yang ada di Negeri Perlis rupanya.. Orang cakap negeri dorang kecil, tapi kecil berbisa.. haha. Apa yang bestnya, makanan dorang tak mengecewakan.. Korang jangan lupa marathon entri-entri aku di Perthlis!


Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Cafe ni betul-betul tepi jalan.. tapi kan korang even tepi jalan, aku boleh terlajak jugak lah nak sampai ni pun.. haha. sebab kalau tengok sekali imbas, memang tak perasan cafe nya.. so kena slow sikit time nak sampai tu..


Bagi aku bahagian dalam cafe agak sempit kalau ramai orang.. tapi nasib baiklah dorang sediakan banyak kerusi di luar.. time aku sampai, cuaca agak panas lagi.. so kenalah duduk dalam. mana tak nya aku kan puteri lilin.. haha.


Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Dessert diaaaa tuu. menggugat iman ku.. semua nampak sedap! Ada kek, ada cookies! macam-macam ada, korang sebut ja semua dapat.. hehe. bukan saja ada manisan macam ni tapi main course pun ada. jom tengok apa aku order..


Grilled Chicken  Burger - RM16.00

Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Ayam tu dibakar degan perapan dan rasa dia sedap.. then dorang letak sos warna kuning tuu. aku lupa namanya.. haha. Rasa semua cukup. Portion dia besar juga, if nak share berdua pun kenyang.. dihidangkan dengan fries dan salad. Rating 4/5


Fish & Chips - RM13.00

Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Ikan dia tak hanyir! itu yang penting.. sebab aku pernah makan di beberapa cafe yang ikan tu agak bau sikit.. ni menu kawan aku yang order. Aku kurang sikit fish & chips cuma kalau nak buat raso-raso tu boleh lah. Sos yang disediakan sesuai, kena dengan ikan tu.. Rating 4/5


Mushroom Soup & Garlic Bread - RM7.00

Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Haaa yang ni aku suka.. sedap! mushroom soup dia pekat. cicah pulak dengan roti garlic tuu.. panas-panas, memang kena. Rahsia menu ni jadi sedap adalah sup dia tu kena pekat.. Rating 4/5


Chezzy Meatball - RM10.00

Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Meatball dia menepati taste aku.. Sedap! tak keras dan tak lembut sangat.. sedang-sedang je. Sos black pepper dia nampak cair tapi cukup rasa. Salad dia pun segar. 5 ketul meatball dengan harga macam tu, berbaloi.. Rating 4.5/5


Dessert

Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Untuk dessert ni harga dia aku tak ingat dah sebab kami add on lepas buat order menu main course.. Ada Macaroon, Creme Brulee dan Mini Tartlet (Dark Choc Callebaute & Biscoff),  .. Semua aku suka kecuali macaroon sebab manis sangat. tapi macaroon memang manis pun kan.. kalau nak makan kena minum dengan air coffee baru hilang manisnya tu..


Baca Ini : Belajar mewarna batik di Batik Inderawasih Perlis


Waktu Operasi : Buka Setiap Hari kecuali Isnin (12.00 pm - 9.30 pm)

Alamat : Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis

Read More

Restoran Bakul Cheh Cha Alor Setar berkonsepkan Chinese Food

Friday, February 17, 2023

Bakul Cheh Cha Alor Setar, resepi dimsum, dimsum sedap di alor setar, mee wantan,

Restoran Bakul Cheh Cha Alor Setar berkonsepkan Chinese Food | Siapa peminat dimsum disini? Korang wajib cuba makanan di Bakul Cheh Cha, Alor Setar.. Antara kedai makan ala makanan chinese yang sedap aku pernah rasa.. Mereka baru saja launching pada 31 Januari 2023.


Sebelum ni aku pernah cuma dimsum di salah satu restoran di Penang.. memang tak kena dek tekak.. huhu. tapi yang ini aku recommend dekat korang. Untuk 2 orang makan RM60. Berbaloi sebab kami order banyak juga sebabkan lapar. hehe. Kalau korang order sikit lagi murah la.


Bakul Cheh Cha Alor Setar, resepi dimsum, dimsum sedap di alor setar, mee wantan,

Bakul Cheh Cha Alor Setar, resepi dimsum, dimsum sedap di alor setar, mee wantan,

Restoran ni agak tersorok sikit.. Korang kena perhati betul-betul. huhu. sebab aku pun boleh terlajak, padahal dah lalu tapi terlepas jugak.. Kawasan luar memang cantik. Kerusi dan meja menaikkan lagi seri restoran..

Dekorasi dalam restoran pun cantik, chinese style..


Bakul Cheh Cha Alor Setar, resepi dimsum, dimsum sedap di alor setar, mee wantan,

Bakul Cheh Cha Alor Setar, resepi dimsum, dimsum sedap di alor setar, mee wantan,


Char Koay Kak - RM 9.00

Bakul Cheh Cha Alor Setar, resepi dimsum, dimsum sedap di alor setar, mee wantan,

Kombinasi fish cake, udang, taugeh dan telur.. di goreng. sedap! Rasa lain dari lain.. tak pedas sangat. udang dia besar-besar dan dah dibuang kulit.. senang nak makan.. Rating 4/5


Won Ton Mee - RM 9.90

Bakul Cheh Cha Alor Setar, resepi dimsum, dimsum sedap di alor setar, mee wantan,

Mee kicap dan wantan goreng.. disajikan dengan sup dan cili kicap. Walaupun hanya mee kicap tapi rasa semua cukup. tak masin sangat.. ada rasa manis sikit.. Nak pedas boleh makan dengan cili padi. Rating 4/5

 

Siew Mai (Dimsum) - RM 7.50 

Bakul Cheh Cha Alor Setar, resepi dimsum, dimsum sedap di alor setar, mee wantan,

Dimsum ni sedap weyh! rasa dia cukup.. kombinasi ayam dan udang tuuu, fresh.. korang kalau datang sini, wajibbb cuba dimsum! ada 3pcs. Makan dengan chili oil dia, fuhhh mantap.. Rating 4.5/5

 

Chee Cheong Fan Chicken - RM7.80

Bakul Cheh Cha Alor Setar, resepi dimsum, dimsum sedap di alor setar, mee wantan,

Menu ni tak kena dengan tekak aku.. huhu. kombinasi terung dan ayam.. kuah dia tu kot, maybe letak minyak bijan terlebih.. sesetengah orang mungkin suka. lain tekak kan.. Rating 2.5/5


Kam Kua Mai - RM 7.20

Bakul Cheh Cha Alor Setar, resepi dimsum, dimsum sedap di alor setar, mee wantan,

Dimsum ni paling sedap. sumpah sedap.. 3pcs memang tak cukup. ada ayam, seaweed dan crabstick. Lembut gila isinya.. Tak cicah sos pun dah cukup rasa semuanya.. Rating 5/5


Bakul Cheh Cha Alor Setar, resepi dimsum, dimsum sedap di alor setar, mee wantan,



Waktu Operasi : 8.00 am - 11.00 pm

Alamat : 288D, Jalan Lumpur, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah

Read More

Sarapan pagi, suasana nostalgia lama di Ngulang Kopitiam Perlis

Wednesday, February 15, 2023

Ngulang Kopitiam Perlis, sarapan pagi di cafe viral perlis,

Sarapan pagi, suasana nostalgia lama di Ngulang Kopitiam Perlis | Hello koranggg.. Aku singgah sarapan pagi di Ngulang Kopitiam, Perlis.. Dapat juga merasa suasana zaman dulu-dulu.. Cafe yang sangat cantik dan rasa macam era 60-an.. Dekorasi yang unik, dorang guna barang-barang lama sebagai perhiasan..


Sebelum aku lanjutkan cerita sarapan pagi ni.. Ada story lain nak story ni.. haha. Nak jadikan cerita nasib baiklah aku terlintas nak tengok roadtax kereta aku tamat tempoh bila.. rupanya hujung tahun lepas dah tamat.. hahaha. wehhh selama ni aku dok naik kereta tuuuu.. then sepanjang bulan 1 tahun ni, ada 2 roadblock.. jpj tengok kereta, aku siap buka cermin tingkap lagi.. tapi tak kena tahan pun.. Allahhhh alhamdulillah.. semua tu Allah yang selamatkan.. huhu.. 


So pagi tu memang aku kena renew dulu lah roadtax kereta.. nasib baik ada UTC, Alor Setar.. hari jumaat kan.. kalau tak, kedah mana kerja.. sebab tu lah sampai ke Perlis lambat sikit.. haha. perut ni tak payah cakap lah kan, bunyi lagu macam-macam dah.. tak mau sarapan apa-apa lagi sebab nak makan kat Ngulang Kopitiam..


Ngulang Kopitiam Perlis, sarapan pagi di cafe viral perlis,

haaaa nampak tak vibes depan kedai pun dah macam zaman dulu-dulu... eeeshhh suka sangat suasana macam ni.. Aku sampai dalam pukul 10 pagi, tempat memang agak crowded.. nasib la ada juga kosong untuk kami..


Ngulang Kopitiam Perlis, sarapan pagi di cafe viral perlis,

Ngulang Kopitiam Perlis, sarapan pagi di cafe viral perlis,

Walaupun orang ramai tapi makanan yang kami order cepat juga sampai.. tak ada la tunggu terlalu lama. Makanan yang disajikan memang dah ready made kan, just letak dalam pinggan je.. Mudah jugak konsep menu macam ni..


Ngulang Kopitiam Perlis, sarapan pagi di cafe viral perlis,

Lontong : Harga around RM7 (aku tak berapa ingat, resit dah hilang.. hehe) ..Rating 3/5 sebab lontong tu agak kosong.. maksud aku tak ada sayur dan sambal merah dia tak ada ikan bilis.. sooo, kurang umphhh.. tapi kuah kuning tu sedap!.. 


Ngulang Kopitiam Perlis, sarapan pagi di cafe viral perlis,

Mee Kari : Kuah dia sedap, pekat.. Bahan dia okay, cukup semua..harganya pun lebih kurang lontong juga. Ada fish cake dan ayam.. sedap! telur pun letak sebelah.. Rating 4/5..


Ngulang Kopitiam Perlis, sarapan pagi di cafe viral perlis,

Pek Nga (Lempeng Kelapa) : Sedap! Biasa lah kan rasa pek nga mestilah tepung dan kelapa.. Cicah pula dengan gulai ikan temenung.. Cuma rasa gulainya tu biasa saja.. tapi masih sedap dimakan.. Rating 3.5/5.. 


Ngulang Kopitiam Perlis, sarapan pagi di cafe viral perlis,

Ahh lupa nak cakap.. kopi ais dia padu! sedapp.. selain dari teh ais, aku juga penggemar kopi cap gantang.. hehe.. macam orang tua! petang-petang minum kopi o panas dengan roti hup seng.. haha


Ngulang Kopitiam Perlis, sarapan pagi di cafe viral perlis,

Ngulang Kopitiam Perlis, sarapan pagi di cafe viral perlis,

Baca Ini : Kali ke-3 makan di Lot 21 Cafe, Pekan Cina Alor Setar

Waktu Operasi : Buka Setiap Hari kecuali Rabu (8.00 am - 3.00 pm)

Alamat : 410, Jalan Jejawi-Tok Kayaman, 01000 Kangar, Perlis

Read More

Belajar mewarna batik di Batik Inderawasih Perlis

Sunday, February 12, 2023

Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

Belajar mewarna batik di Batik Inderawasih Perlis | Hai korang.. ni trip kedua aku datang ke Perlis.. Banyak lagi tempat menarik di sini yang masih tak sempat pergi dan ada dalam list.. Nak habiskan sehari ke semua tempat, memang tak sempat lah kan.. So hari jumaat, aku kesana. Hari cuti jela sempat jenjalan..


Selepas sarapan pagi, aku terus ke Batik Inderawasih. Memang dekat sangat dengan tempat makan (Ngulang Kopitiam).. Aku akan story di next post nanti.. Sarapan pagi yang aku singgah tu pun adalah tempat makan viral di tiktok.


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

Masuk ke sini percuma je, kita boleh tengok dorang ajar cara mewarna batik.. kita hanya mewarna je dekat sini bukan mencanting batik.. canting guna lilin cair untuk buat corak garisan dulu sebelum kita mewarna..


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

Gambar diatas tu adalah hasil warna dari pelancong yang datang belajar mewarna.. semua boleh cuba sikit-sikit.. banyak tangan dalam satu kain.. Aku sebenarnya kekok sangat nak mewarna.. haha. maklumlah dah lama tak pegang berus.. dan nak mewarna tu memang kena ada skill. bukan main hentam je nak buat kombinasi warna. make sure tangan kena lembut.. 


Aku memang excited sangat nak cuba.. sebelum ni kalau korang tengok entri-entri aku yang lepas, aku tak sempat nak ke sini.. haaa finally sampai juga.. sumpah tenang gila bila dapat mewarna! 


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

okayyy jom-jom mewarna!! haaa aku dah macam budak sekolah dah. haha. kelas seni! lukisan tu kena beli RM10.. corak boleh pilih, cuma time aku pilih tu dah tak banyak corak, maksudnya corak yang sama je ada. but its okay, kita pilih mana yang ada jela.


tempat duduk untuk mewarna boleh pilih nak duduk dimana.. aku pilih duduk diatas, mula-mula agak panas, maybe kami sampai tengahari.. tp bila dah duduk mewarna, then relax relax.. sambil kita menikmati warna lukisan, terus rasa angin tu dan tak panas dah..


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

tempat di atas tak sesuai kalau korang bawak anak kecil.. sebab tak ada safety.. aku tak tau la yang memang ini konsepnya atau memang tengah renovation.. tapi cantik dengan adanya kayu dan bata merah!


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

Pihak Batik Cenderawasih ada sediakan lukisan yang dah siap warna untuk kita jadikan contoh.. tapi aku main bedal kepala aku jela.. sumpah buruk aku warna. hahaha. tapi tetap ku simpan dalam bilik nanti. hehe. kenangan!


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

wehhhh celah mana pulak sayap burung campur warna.. hahaha.. eshhhh aku yang tengok lukisan sendiri pun cannot brain.. layan kan jela aku mewarna.. aku siap rasanya dalam 15 minit kot.. watercolor ni cepat meresap dekat kain. jadi korang tak perlu nak warna terang-terang sebab letak sikit je warna terus terang..


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

Siappp.. nak mewarna batik ni kena banyak praktis. lama-lama pegang berus tu mesti pandai punya lah.. Bagus sangat idea owner yang buat macam ni.. at least pelancong boleh cuba mewarna walaupun sikit dan boleh bawak balik hasil tangan sendiri. 


Baca Ini : Ladang Kenaf ala Oversea di Perlis jadi tumpuan pelancong


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

Waktu Operasi : 10:00 am - 5:00 pm (Buka Setiap Hari)

Alamat : KM 6, Jalan Dato' Kayaman, Kampung Ngulang, 02450 Kangar, Perlis

No Telefon : 012-590 2633

Read More

Lepak with Deeba | Starbucks Alor Setar Airport

Friday, February 03, 2023

Starbucks Alor Setar Airport,

Lepak with Deeba | Starbucks Alor Setar Airport | Hai korang, semalam aku singgah di Starbucks Alor Setar Airport. Kebetulan memang dekat dengan office.. Penat bekerja and reward untuk aku adalah kopi.. 


We share everything pasal daily life.. Zaman sekarang kena kecilkan circle. kawan tak ramai tak apa yang penting memahami kita.. cipta lah seberapa banyak kenangan bersama dia. Kawan yang baik itu seperti saudara sedarah..


Starbucks Alor Setar Airport,


Aku tersalah order air sebenarnya.. salah kombinasi. haha. siapa suruh order sambil cakap phone.. iced caramel macchiato tak sesuai add on whipped cream.. kalau frappe okay kalau nak letak.. 


Starbucks Alor Setar Airport,

makan petang.. sebenarnya harga makanan di Starbucks lebih kurang harga di cafe-cafe.. Kadang tu, harga di cafe lagi mahal.. letak harga kaw-kaw punya. btw pasta tu tak sedap.. haha. sori la terjujur.. rasa sangat plain. Croque Monsieur (roti gardenia letak cheese) haaa ini favorite aku.. sedap! tapi kena makan panas-panas..

Read More