Koleksi Mug Kit Kat Malaysia X Mimpi Kita

Friday, March 31, 2023

Kit Kat Malaysia, Mug Kit Kat, Mimpi Kita, Lotus Malaysia,

Koleksi Mug Kit Kat Malaysia X Mimpi Kita | Rutin setiap bulan akan restock barang dapur.. Family aku jenis beli barang untuk sebulan terus. Banyak juga barang yang dapat less. Aku beli hari ketiga puasa, mungkin Lotus bagi diskaun sempena awal ramadan. 


Kit Kat Malaysia, Mug Kit Kat, Mimpi Kita, Lotus Malaysia,

Masuk je pintu Lotus terus nampak mug Kit Kat.. Weyhh sumpah cantik sangat. Susah nak jumpa mug yang transparent macam ni. Ada 3 jenis corak sebenarnya. Aku pilih design rose. Dalam box ni ada mug dan 2 paket Kit Kat dengan harga RM12.50.. Bagi aku ia sangat berpatutan.


Kit Kat Malaysia, Mug Kit Kat, Mimpi Kita, Lotus Malaysia,

Rekaan mug ni eksklusif dari Mimpi Kita brand.. Bila design mug macam ni baru lah nampak air dalam tu.. dapat jugak simpan koleksi Kit Kat. Maksud aku dari Kit Kat Malaysia sendiri. Kalau dalam shopee memang pelbagai jenis mug dari brand ternama tapi mostly yang copy ori.. 


Kit Kat Malaysia, Mug Kit Kat, Mimpi Kita, Lotus Malaysia,

Dulu aku ada mug milo original dari brand Milo Malaysia. tapi sekarang dah pecah. haha. sayangnya lah.. retak seribu. huhu

Read More

Tempah Jersey Sublimation Murah Di KedaiJersi.com, Penghantaran Seluruh Malaysia

Thursday, March 30, 2023

tempah jersey, jersey murah, kedai jersi,

Tempah Jersey Sublimation Murah Di KedaiJersi.com, Penghantaran Seluruh Malaysia | Ada tak di antara korang kat sini yang nak tempah jersey sublimation murah direct kilang? Kedai printing jersey direct kilang yang boleh buat macam-macam jenis printing baju dan jersey sublimation dengan harga murah, berkualiti serta boleh buat penghantaran ke seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak? 


Aku nak kenalkan satu kedai printing ni yang ada tawarkan bermacam-macam servis printing baju dengan harga yang murah sebab diorang ada kilang printing sendiri. Korang nak print baju apa je. Semua kedai ni boleh buat. Baju kelab, baju hari keluarga, jersey sublimation, uniform, baju korporat dan macam-macam lagi la.


tempah jersey, jersey murah, kedai jersi,

Zaman sekarang ni memang dah jadi trend dan kemestian untuk tempah baju syarikat, baju kelab, baju persatuan, baju aktiviti sukan, baju konvoi, baju family day. Lagi-lagi kalau kelab persatuan dan syarikat. Memang wajib kena buat sebab ia adalah penjenamaan dan marketing untuk untuk orang kenal kelab persatuan dan syarikat kita. Baru nampak satu keunikkan dan kelainan kat situ kan?


tempah jersey, jersey murah, kedai jersi,

KedaiJersi.com Perkhidmatan Printing All In-House Production

KedaiJersi.com ni kalau korang nak tau, semua penghasilan jersey adalah All in-house production. Maksudnya semua pengeluaran dikawal sepenuhnya oleh syarikat terus dari kilang sendiri dan bukannya sub atau hantar ke kilang lain ya. Jadi kualiti printing pastinya terjamin dan siap pada masa yang ditetapkan. 




Untuk pengetahuan korang semua, KedaiJersi.com ni dimiliki oleh Mafeya Sdn Bhd iaitu syarikat printing t-shirt yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang printing custom jersey, printing t-shirt, uniform & cenderahati korporat. Kalau nak tahu, mereka ni ada 3 kilang printing dan 1 kilang jahit pukal di Shah Alam, Selangor iaitu: 


1. Kilang Printing T Shirt Silk Screen 

Printing T-Shirt Silk Screen banyak digunakan oleh kedai printing baju. Biasanya kalau korang nak print baju rewang, family day, baju kelas, baju persatuan, baju kelab atau sebagainya boleh gunakan perkhidmatan ini sebab boleh dicetak dengan kuantiti yang banyak dan harganya juga lebih murah berbanding dengan teknik printing yang lain.


tempah jersey, jersey murah, kedai jersi,


tempah jersey, jersey murah, kedai jersi,


Banyak juga syarikat, kelab dan persatuan yang gunakan perkhidmatan printing Silk Screen ni untuk print baju kerana kosnya yang lebih murah. Korang yang nak buat baju Family Day atau baju syarikat tu boleh la guna printing jenis ni.


2. Kilang Custom Jersey Sublimation 

Jersey sublimation ni memang tengah trending sekarang ni. Bukan setakat geng-geng motor je yang pakai, geng kereta, geng kelab dan persatuan pun ada yang pakai tau. Sebabnya boleh print full color & unlimited design. 


tempah jersey, jersey murah, kedai jersi,


Ramai yang pilih untuk print baju jenis ni sebab boleh dicetak dengan grafik yang tinggi hampir keseluruhan baju. Nak senang cerita, baju yang selalu geng-geng motor pakai time konvoi tu la jersi jersey sublimation. Cantik kan baju-baju diorang tu! Macam-macam design ada dan yang best, colorfull keseluruhan bahagian baju.

Baru nampak gempak dimata orang lain hehe. Yang tengok baju jersey kita pun akan rasa wow dan teruja. Baru la bertambah-tambah hensem dan cantik! 

So, lepas ni kalau nak tempah baju aktiviti, baju kelab, baju persatuan, baju syarikat, baju family day dah tak payah pening-pening nak cari kilang yang boleh buat. Korang boleh tempah kat KedaiJersi.com je. Nak design jersey sublimation ready made atau custom pun diorang buat tau. Dari design sampai lah ke jahitan semuanya diorang buat.


3. Printing Cenderahati Korporat

Selain printing t-shirt dan jersey sublimation, mereka juga ada tawarkan servis printing cenderahati korporat, medal dan trofi. Kalau korang ada buat pertandingan dan perlukan hadiah cenderahati seperti medal dan trofi boleh la gunakan perkhidmatan mereka ni. Nak buat barangan korporat untuk syarikat pun boleh macam lanyard, pen, beg, cawan dan macam-macam lagi la pun boleh.


tempah jersey, jersey murah, kedai jersi,


Ha... Macam-macam kan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KedaiJersi.com dan Mafeya Sdn Bhd ni. Semuanya ada dalam satu syarikat je! Kalau korang ada buat acara atau pertandingan, memang mudah kerja korang nak cari macam-macam perkhidmatan printing dan cenderahati. Tak perlu dah merata nak cari servis yang berbeza. Jimat masa!


4. Kilang Jahit atau Sulaman Berkomputer 

Nak cari kilang jahit yang boleh jahit dengan kuantiti yang banyak atau secara pukal? Ha… Mereka juga ada tawarkan perkhidmatan tempahan menjahit Uniform, T-Shirt, Jubah, Blouse, Seluar, Tudung, Baju Melayu, Kurta dan pelbagai jenis pakaian secara ready made atau pun custom made dengan harga kilang. Butik-butik yang nak cari kilang jahit pukal untuk stok Ramadan dan Raya nanti boleh la dapatkan perkhidmatan dari mereka ni.


tempah jersey, jersey murah, kedai jersi,


Selain daripada perkhidmatan menjahit, mereka juga ada buat perkhidmatan sulaman berkomputer atau embroidery ya. So korang tak perlu risau kalau tempah uniform & custom jersey kat sini, sebab company ni memang ada kilang jahit dan mesin printing sendiri. Harga kat sini korang faham-faham lah, mesti terlajak murah. Harga direct kilang kan!!!


6 Sebab Kenapa Korang Kena Print Jersey Sublimation Di KedaiJersi.com!


1. Harga murah terus dari kilang (Jimat beribu-ribu duit korang)


2. Cepat siap dan berkualiti sebab kilang sendiri dan bukan sub kilang syarikat lain.


3. All in-house production. Memiliki kilang jahit, Kilang printing Silk Screen, Kilang Jersey Sublimation dan Kilang Sulaman Berkomputer sendiri. (Kualiti, harga & masa dikawal sepenuhnya oleh syarikat)


4. Khidmat nasihat percuma berkenaan tempahan (Mesra pelanggan)


5. Penghantaran ke Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak


6. Dipercayai oleh banyak syarikat-syarikat swasta & Jabatan Kerajaan seperti Media Prima, KarangKraf, Ninja Van, UiTM, UNISEL, UMP, UIA, Sime Darby, Pos Malaysia, Maybank, KASTAM, Imigresen, MBSA, MPS dan banyak lagi.


tempah jersey, jersey murah, kedai jersi,


Buat Duit Tambahan Jadi Ejen KedaiJersi.com


Berita baik untuk korang yang nak cari duit tambahan. Mereka juga ada buka pendaftaran ejen untuk usahawan serta individu yang nak buat duit tambahan dengan bisnes printing tshirt, printing baju & custom jersey. Latihan dan bimbingan akan diberikan sepenuhnya oleh syarikat. 


Jadi, kalau korang berminat nak jadi ejen tu cepat-cepatlah daftar kat website mereka atau boleh hubungi nombor telefon yang ada kat website mereka.

Tawaran ejen ni terhad tau… Siapa cepat dia dapat. Inilah masanya peluang untuk korang buat duit tepi. Tak salah kalau kita mencuba mana tahu rezeki korang ada kat situ kan!


Buat Part-Time ejen printing ni mana tahu boleh cover korang punya bayaran bulanan bil utiliti, duit rumah dan duit kereta tanpa perlu usik duit gaji. Suri rumah pun boleh buat ya. Boleh tampung perbelanjaan isi rumah. Zaman sekarang ni kos hidup semakin meningkat. Harga barangan keperluan seperti sayur-sayuran, ayam, telur, minyak masak dan macam-macam lagi barangan naik harga. Kita kena cari alternatif lain untuk tingkatkan pendapatan kita.


tempah jersey, jersey murah, kedai jersi,


Jika korang nak printing baju murah, nak custom Jersey sublimation murah, uniform atau cenderahati korporat harga kilang lepas ni, boleh lah terus hubungi mereka melalui laman-laman dibawah.


SENARAI WEBSITE & RAKAN NIAGA



tempah jersey, jersey murah, kedai jersi,


Atau korang boleh datang terus ke showroom mereka pada alamat dibawah.

MAFEYA SDN BHD (TEAM CETAK)
32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor.
TEL: 03-55236690 / 017-2290994
Email: ohtshirtselangor@gmail.com 


MAFEYA SDN BHD (KEDAI SUBLIMATION)
30, Jalan Keluli AN 7/AN, 
Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan,
40000 Shah Alam, Selangor


MAFEYA SDN BHD (OH! TSHIRT)
17-A, Jalan Kristal K7/K,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Read More

Menu Berbuka Udang Masak Lemak Cili Padi Ala Sheila Rusly

Saturday, March 25, 2023

Menu Berbuka Udang Masak Lemak Cili Padi Ala Sheila Rusly | Alhamdulillah dah hari ketiga berpuasa dan aku masih belum ke bazar ramadan. InshaAllah esok baru nak membeli di bazar. Sebabnya esok dah start kerja setelah cuti 3 hari. Balik je dari office boleh lah singgah nanti.


Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi, Ketuk-ketuk ramadan, Resepi Sheila Rusly,

Tahun ni adalah tahun paling sederhana aku rasa. berbuka pun hanya satu atau dua lauk.. Maklumlah sekarang tinggal aku dan mak je. Sejak ayah tak ada, sunyi betul rumah ni. 

Al-fatihah buat ayah.


Aku memang penggemar masak lemak cili padi tapi kali ni aku cuba ikut style Sheila Rusly. Bahan rahsia yang dia masukkan adalah hirisan daun limau purut.. terus masak lemak bertambah sedap. Sedap sangat! korang kena cuba. Aroma daun limau tu rasa nak tambah nasi lagi. hehe


Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi, Ketuk-ketuk ramadan, Resepi Sheila Rusly,

Resepi masak lemak semuanya sama je. then aku tambahkan kacang panjang.. Kalau ada nenas pun sedap jugak.. dalam masakan ni aku letak 2 biji cili padi merah. sebabnya tak mau terlalu pedas.

Read More

Mascara Chriszen X Rozyana Lash- thethic mesra wuduk.. Mudah cuci

Mascara Chriszen X Rozyana, Lash-thethic,

Mascara Chriszen X Rozyana Lash- thethic mesra wuduk.. Mudah cuci | Hai korang.. Lama rasanya aku tak share tentang kecantikan kan? So harini aku nak story Mascara Chriszen X Rozyana. Kenapa aku baru cuba ehh padahal dah lama ada di pasaran.. Sebelum ni aku cuba bermacam-macam jenis mascara tapi mostly yang waterproof. Apa yang lainnya dengan mascara ni?


Paling penting adalah mesra wuduk.. Aku pernah cuba Maybelline & Loreal.. Bukan aku nak compare kan ye, just nak bagitau korang.. 2 brand ni memang bagus. Aku suka Loreal tapiii dia tidak mesra wuduk. korang kena cuci muka betul-betul di bahagian bulu mata. Bagi aku ia sangat susah bila nak solat.. 


Mascara Chriszen X Rozyana, Lash-thethic,

Aku beli di Guardian dan hanya tinggal satu ni je time aku ambil tu. Aku tak sure berapa harga asalnya tapi dapat harga promo dalam RM23 macam tu. Aku ingat-ingat lupa dah. dekat 2 minggu aku jadi pengguna Mascara Chriszen dan pastinya aku puas hati.


Sini.. aku close up sikittt..

Mascara Chriszen X Rozyana, Lash-thethic,

Korang tak perlu pun nak sental bulu mata tu kuat-kuat untuk hilangkan.. just letak air dekat muka, then tarik perlahan dan dia akan keluar. langsung tak sakit dan tak hitamkan bawah mata.. mascara sebelum-sebelum ni memang hitamkan bawah mata aku. Sumpah best sangat. haaaa kalau korang pernah try mascara Kekasih Syatilla Melvin tu, yes! cara nak cuci dia memang sama. just letak air je. Aku tak pernah beli mascara Kekasih cuma pernah try sekali yang kawan punya..


Mascara Chriszen X Rozyana, Lash-thethic,

Packaging nya pun aku suka sebab warna dia cute! dan berkonsepkan shining.. then dia sangat mudah bila apply dekat bulu mata.. smooth je. lentikkan bulu mata tak? of courseee.. bukan saja lentikkan tapi ada effect panjangkan bulu mata.. kalau nak pakai mascara, aku akan kepitkan dulu dengan mengepit. 


Korang pakai mascara brand apa? 


Kalau orang tanya apa 3 benda yang aku perlukan di muka kalau keluar jalan.. First lipstick, second highlighter, third mascara! foundation tak penting ke? aku tak pakai foundation, aku pakai suncreen je. Suncreen aku pakai pun best.. nanti ada masa aku share. Baru petang semalam sampai, aku order baru sebab yang lama dah habis.

Read More

Menu Sahur Resepi Sambal Ketuk

Thursday, March 23, 2023

Menu Sahur Resepi Sambal Ketuk | Hai korang.. Alhamdulillah dah selesai puasa pertama. Bukan mudah nak bersahur sampai lah habis 30 hari.. Aku ni pulak jenis yang tak berapa nak selera kalau sahur. Jadi semalam aku masak menu super simple.


Resepi Sambal Ketuk, Menu Simple Sahur,

Korang sahur apa semalam? Aku dah lama tak makan sambal ketuk dengan nasi, jadi semalam terus fikir nak masak disebabkan menu ni mudah dan cepat. Sambil masak ni teringat dekat sahabat seperjuangan aku time study dulu "Hazrin".. Reen... Aku tau reen tak baca blog aku (rindu reen sangat)

Kami dah lama tak jumpa. contact pun jarang sekali, masing-masing ada komitmen. Aku kenal Reen time study tahun 2011 di uitm seri iskandar. Reen lah yang kenalkan aku dengan sambal ketuk. rajin memasak orangnya. Balik je dari kuliah, terus masak. haaaa ni lah favorite kami zaman dulu. aku pernah share di blog sebelum ni tahun 2015 (Sambal Ketuk Negeri9) ..penulisan pun pendek-pendek je masa tu.. haha


Resepi Sambal Ketuk, Menu Simple Sahur,

Okay! Jom tengok resepi mudah sambal ketuk, guna 3 bahan je! 

1. Sebiji bawang besar dipotong empat 

2. 6 biji cili padi 

3. Segenggam ikan bilis 

4. Limau nipis (optional) 


Caranya:

1. Goreng kesemua bahan tersebut 

2. Kemudian tumbuk 

3. Perah limau nipis (ikut selera korang) 

4. Masukkan satu sudu minyak masak (yang panas) 


Aku tak letak garam sebab ikan bilis dah masin.. Siappp!  Selamat mencuba

Read More

Waktu Berbuka dan Imsak 2023 Negeri Kedah

Wednesday, March 22, 2023

waktu berbuka dan imsak 2023, waktu berbuka negeri kedah,

Waktu Berbuka dan Imsak 2023 Negeri Kedah | Hai korang.. InshaAllah esk iaitu hari Khamis adalah hari pertama kita berpuasa. Alhamdulillah kita dapat merasai puasa lagi pada tahun ini. Excited nak bangun sahur dan nikmat menunggu waktu berbuka. 


Aku kongsikan disini waktu berbuka dan imsak bagi tahun 1444H/ 2023M (Negeri Kedah) . Mudah untuk kita rujuk bersama.. Rujukan dari mysumber.com


Zon 1 (Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena)

waktu berbuka dan imsak 2023, waktu berbuka negeri kedah,


Zon 2 (Pendang, Kuala Muda dan Yan)

waktu berbuka dan imsak 2023, waktu berbuka negeri kedah,


Zon 3 (Padang Terap dan Sik)

waktu berbuka dan imsak 2023, waktu berbuka negeri kedah,


Zon 4 (Baling)

waktu berbuka dan imsak 2023, waktu berbuka negeri kedah,


Zon 5 (Kulim dan Bandar Baharu)

waktu berbuka dan imsak 2023, waktu berbuka negeri kedah,


Zon 6 (Pulau Langkawi)

waktu berbuka dan imsak 2023, waktu berbuka negeri kedah,


Zon 7 (Puncak Gunung Jerai)

waktu berbuka dan imsak 2023, waktu berbuka negeri kedah,


Selamat berpuasa semua..

Read More

Sedap betul Harold’s Coffee harga RM3.90 je..

Tuesday, March 21, 2023

Sedap betul Harold’s Coffee harga RM3.90 je.. | Hai korang.. pernah rasa tak Harold’s Coffee? sebelum ni, aku hanya kenal Harold’s dengan roti yang super lembut je. rupanya ada coffee jugak. 


Harold’s Coffee, roti sedap di Harold’s,


Hanya ada 2 jenis air je dekat sini. Iced Lemon Tea & Iced White Coffee.


Korang kena beli roti dulu baru dapat harga macam ni.. sebiji roti pun dah okay. korang save RM2.00. Dengan harga macam ni aku rasa sangat berbaloi. Even cup kecil tapi dengan kesedapan kopi tu, rasa puas hati. Kopi rasa pekat tapi tak manis sangat.. Rating 5/5.


Korang dah pernah cuba?

Read More

Gigi Coffee Aman Central.. first time minum Buttercream Latte

Friday, March 10, 2023

Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Gigi Coffee Aman Central.. first time minum Buttercream Latte | Hai korang. Gigi Coffee dah buka di Aman Central, Alor Setar.. Aku dah lama nak try, tapi setakat ni favorite aku Zus Coffee lah. Cawangan Gigi Coffee tak menyeluruh lagi di semua negeri.. Dekat kedah rasanya ada dua ja, satu lagi di Amanjaya Mall. 


Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Nampak yang aku ketinggalan zaman.. haha. Orang lain dah lama cuba tapi aku baru nak merasa. ahhhh pedulikan. yang penting dapat merasa. haha. Kawan aku ada cakap yang Gigi Coffee lebih sedap dari Zus Coffee. 


Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Warnanya pun lebih kurang Zus! tak tau la kalau owner nya adik beradik ke apa kan. hehe. yang pastinya aku suka gila warna brand dorang. biru tuuu nampak premium! 


Antara menu yang popular adalah Buttercream Latte. Moh ler kita try!


Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Harganya RM12 dan rasanya sangatlah berbaloi.. kena dengan harga. Rasa lemak-lemak buttercream tuu.. huhh sedap! Rating 4.5/5.. Untuk aku yang first time, aku sangat berpuas hati dengan rasa kopi sesedap ni. Cumanya air dia tak boleh nampak sebab packagingnya macam tu. bukan cup yang lut sinar.


Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Then tengah-tengah layan perasan minum menghadap menara Alor Setar, rasa teringin pulak nak try Tom Yam Chicken Puff.. 


Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

Harganya RM6. sedapp! Rating 4/5.. Rasa tomyam dia tuu kena. Roti dia pun lembut.. tapi untuk yang tak makan daun limau, memang tak boleh telan puff ni sebab bau daun limau dia agak kuat.. tapi untuk aku yang pencinta tomyam, memang suka lah.. 


Gigi Coffee Aman Central, Buttercream Latte,

korang yang peminat coffee tu dah try belum Gigi Coffee?

Read More

Hiking Gunung Keriang, dari atas puncak nampak sawah padi!

Friday, March 03, 2023

Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Hiking Gunung Keriang, dari atas puncak nampak sawah padi! | Hai korang.. Last aku hiking tahun 2020 tapi minat ni tak pernah hilang sampai lah tahun 2023 kembali lagi.  Nak hiking kena ada team, kalau ramai-ramai baru seronok. Gunung Keriang paling dekat dengan office, aku dan kawan sekerja plan nak naik ke puncak pada hari khamis disebabkan hari khamis half day..


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Kami sampai sini pukul 4.30 petang. Risau jugak sebab aku dah lama tak hiking. lutut ni tak kuat mana, maklumlah semakin meningkat usia ni kan.. haha. 11 orang jugak lah yang join dari 30 lebih officemates.. laluan naik keatas puncak susah tak? haaa jom tengok!


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Bagi aku Gunung Keriang sesuai untuk newbie.. Tidak lah terlalu susah, cuma penat tu biasa lah kan.. nama pun hiking. Tapi tidak sesusah Gunung Mok Cun yang aku naik 3 tahun lepas.. 


Ini belum sampai ke kemuncak lagi. Masih panjang perjalanan kami. Naik keatas ambil masa satu jam disebabkan kami ada berhenti dekat beberapa check point.. Kalau tak berhenti mungkin lagi cepat sampai.


Gunung Keriang merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Gunung Keriang ini tersergam setinggi 217.92 meter dari paras laut dan 99 meter dari paras jalan. Terletak di tengah-tengah jelapang padi di Kedah. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun).


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Tenang nyaa tengok langit. Terbentang luas.. seronoknya duduk di Kedah sebab dapat tengok sawah padi. orang utagha kata "bendang".. tapi sekarang ni dah menguning.. kalau hijau memang lagi cantik!


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Masih dalam perjalanan naik keatas.. "sikit ja lagi" .. ini lah ayat yang kami pegang dari bawah sampailah keatas.. haha. jom aku share view dekat atas!


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Subhanallah.. Alhamdulillah time kami naik ni, cuaca sangat baik.. tak hujan. Bandar atau Kampung? semestinya suasana kampung yang aku pilih.. tenang dan nyaman. Penat naik dekat atas tapi bila sampai then tengok view macam ni, rasa lega..


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Gambar ni tak edit, memang original lighting. 

Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Walaupun gambar aku nampak buruk, tapi nak jugak letak.. haha. sebab ini view kemuncak dan ada tulisan Gunung Keriang. Matahari memang kena tepat pada mata. sebab tu masing-masing muka tahan panas.. 


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Nak duduk sini kena hati-hati sebab bahaya. Aku pun gayat jugak time bergambar. Best betul dekat sini sebab angin kuat. Nasib tuan badan tak terbang.. haha. 


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Kami turun pada pukul 6 macam tu.. dan sampai di bawah pukul 6.30.. cepat jugak time turun cumanya perlu ada stamina yang kuat sebab masa turun bermain dengan lutut. rasa nak tercabut jugak lah lutut ni.. haha. apapun perjalanan turun kena teruskan jugak.. 


Alhamdulillah semuanya selesai.

Read More