Resepi Sup Ayam mudah dan sedap

Thursday, June 20, 2024

Hai korang..

Lama tak share resepi disini kan. Banyak ja aku masak tapi tak berkesempatan nak share, plus of course malas! haha.. Petang tadi aku ke supermarket beli barang dapur dan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. gituwww! hehe.. Terus aku beli barang nak masak sup simple ni. yang penting sedap!

resepi sup ayam,

Bahan-bahan:

-Sebelah ayam (potong kecil)
-3 biji kentang (potong kecil) tak nak letak pun tak pa
-Halia (ketuk)
-Sup bunjut tulang
-Kiub pati ayam
-Daun sup
-3 ulas bawang merah (dihiris)
-3 ulas bawang putih (dihiris)

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih
2. Masukkan pekakas yang ada dalam sup bunjut tulang
3. Masukkan ayam, kacau sekejap
4. Kemudian masukkan air sebanyak mana yang nak
5. Masukkan sup bunjut tulang dan halia yang diketuk
6. Masukkan kentang dan biar air mendidih
7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
8. Bila kentang dah lembut, tutup api
9. Masukkan daun sup.. Siap!

resepi sup ayam,

Makan sup dengan nasi, ayam goreng dan air asam! perghhh sedap guys.. Aku masak satu periuk sebab esok nak makan dengan bihun pula.. buat sambal kicap.

5 comments

  1. Sup ayam mmg mudah dah sedap senang utk anak2 makan.. thanks share resipi sup ayam yg ini..

    ReplyDelete
  2. Gandingan yg mantap ..sup kena ada air asam baru ngammm

    ReplyDelete
  3. Menu sup memang comfort food sangat kan. Lagi tak enak badan, atau lagi sehat sekalipun sup tak pernah failed buat good mood 😄👍

    ReplyDelete