Tenang dapat tengok sunset di Batu Ferringhi, Penang

Sunday, June 23, 2024

sunset batu ferringhi, penang,

Hai semua..

Minggu lepas aku dan kawan berjalan ke Penang.. Tujuan utama kesana memang konon-konon nak healing tepi pantai.. gituww.. haha. Memang dapat lah view sunset tu.. Cantik sangat. Lama aku tak ke pantai.. Last pergi pantai di Hatyai. Itu pun dapat singgah sekejap ja.

Aku sampai di sini dalam pukul 6.30 petang hingga 7.00 malam.. tak stay lama pun sebab takut maghrib dekat pantai.. Kalau tunggu lewat sikit maybe lagi cantik.. Tapi yang ni pun dah cukup cantik bagi aku.. Tenang sungguh..

sunset batu ferringhi, penang,

sunset batu ferringhi, penang,

Tak sempat nak makan-makan tepi pantai sebabnya aku turun dari Kopi Hutan pun dah lewat.. Sampai je sini terus turun pantai. Kalau tak dapat la makan laksa dengan ais kacang sambil layan angin sepoi..

Dalam pukul 8.30 malam macam tu kami makan di satu cafe area Georgetown. Nanti aku share dalam entri seterusnya..

5 comments

  1. Subhanallah!
    Indah sungguh alam ciptaan-Nya, tiada bandingan. Cukup lengkap dengan cahaya matahari di senja hari, ditambah pula dengan deburan ombak mencecah di pasir pantai.

    ReplyDelete
  2. Dah lama jugak rasanya tak pergi Penang. Tenang kan bila dapat tengok laut. One of my favourite view!

    ReplyDelete
  3. Rindunyaa cari sunset di pantai batu feringhi 😍😍. Trakhir kesana dengan teman, makan mee udang , murah sedap. Tapi jangan tanya lokasi pasti di pantai sebelah mana. Dah tak ingat hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Sunset sini memang cantik .. tenanggg ribut jiwaaa

    ReplyDelete