Bercinta dengan orang tua tapi smart bergaya??

Tuesday, September 27, 2016

Hai..



serius best cerita ni. sebab lain sikit dari cerita sebelum2 ni di slot akasia tv3. selalunya asyik bercinta dengan orang muda sado hensem ja kan. tapi kali ni dah duda ada dua anak lagi uolss. tapi still hensem. memang tak miss la aku tengok cerita ni sebabkan heronya zamarul hisyam. haha. kay bai!


Read More

Cara nak licin kan kulit muka dengan cara DIY

Hai selamat malam semua..

before tido ni aku nak share dengan korang cara yang aku selalu amalkan before tido. korang mesti pernah rasa kan terkadang rasa kulit muka tak selesa dan menggerutu (tak licin).. bukan sebab apa tu, ianya mungkin disebabkan blackhead mahupun whitehead di muka korang. if korang cuci muka pun still ada tau kotoran dekat muka tu. sebab kita hanya sapu menggunakan tangan. so macam mana nak rasakan kulit muka licin? sini............ nak bisikkan. hehe




nampak sangat aku excited nak bisik dekat korang tu.. nasib baik gigi jarang dapat diselindung. haha.. mata pun dah sembab. sebab aku baru saja cuci muka dan get ready untuk tidooo.. bunyi macam pelik sikit kan. guna pakai berus gigi. tapi korang jangan la pergi guna berus gigi yang keras bulunya tu dekat muka korang. pergi la beli yang bulu berus yang lembut gitu... yang aku guna ni memang lembut (tapi rasa la sakit jugak sikit, nama pun berus gigi.. haha) korang sapukan fevret cleanser korang dekat muka dan lepas tu jangan cuci dulu, korang beruskan dekat bahagian dahi, hidung dan dahi. disitu sebenarnya banyak kotoran. jangan berus kuat2 tau. nanti luka pulak. kulit muka kan lembut. 

ini lah cara yang aku buat before tido. tapi bukan setiap malam tau, semiggu sekali saja. if korang nak cuba boleh la pergi beli berus gigi lepas ni. macam mana sebelum ni aku boleh tau pasal guna berus gigi dapat rasakan kulit muka licin? selalu tengok u-tube (penjagaan muka) hehe. 

kay bai!


Read More

AKHIRNYA BERJAYA NAIK SKYBRIDGE, LANGKAWI

Monday, September 26, 2016

Hello semua..

entri ni sebenarnya dah lama sangat di draft post. tapi disebabkan aku tak ada masa nak update, terpaksalah aku biarkan entri tu terkubur beberapa bulan lalu. huhu. sadis betul! saja nak share dengan korang pengalaman naik skybridge di langkawi. serius best!

eh kejap! macam mana aku boleh sampai ke sana? di sebabkan ada seminar yang di anjurkan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) semasa aku praktikal di sana dulu.


setibanya di sini kami menginap di hotel HIG





dan seterusnya majlis seminar bermula, serius agak penat masa ni sebab baru saja sampai


budak2 praktikal bersama staf JPBD.. :D  hari kedua terus dengan seminar, hari ketiga baru kami ke skybridge! 


laluan untuk ke atas jambatan. penat sebab jauh jugak. haha. al maklum jarang bersenam. hehe


akhirnya sampai jugak! eh eh jumpa omputih laa. haha


pemandangan yang agak kabur sebab kami berada di ketinggian yang tinggi. haha. tak ingat berapa ketinggian jambatan ni..


serius pemandangan yang cantik! rasa nyaman. 




pemandangan dari atas cable car


nak romantik kejap dengan pasangan. haha


masa ni aku agak sedikit gemok. haha. sebab setiap hari time praktikal asyik bekfes dengan nasi lomak ja. so badan pun dah naik lomak la jawabnya. heee. 


sekarang ni berat badan dah kembali ke normal. but i miss badan masa praktikal. :(




sebelum balik kami singgah ke pantai duluuuu.. 


best sangat ke sana! tapi sebenarnya pengalaman bersama staf JBPD lagi best. rindunya dekat dorang. :(

korang ada pengalaman ke sana? share la.. okay bai!


Read More

KORANG MESTI ADA LIFE QUOTE KAN??

Friday, September 23, 2016

Hai,

menjengah facebook tadi sesaja menggedik cuba app ni. bagus untuk orang yang tak dak keja macam aku ni. haha. serius boring! semua benda nak main. sampaikan aku yang tak minat main game. tetiba semalam install game. haha




okay apa pun saja nak share dengan korang, my life quote yang di create oleh app di facebook. ayatnya yang nice dan buatkan aku lebih semangat setiap hari dan lebih lebih lagi semangat untuk update blog. haha! poyo sangat!

memang kehidupan ni tak semanis gula yang seperti kita inginkan, kadang tu kita akan rasa pahit seperti peria. tapi sepahit apa pun peria itu, bila di campur dengan gula lama2 pahit tu akan hilang jugak kan? yes! sama juga dengan hidup. sebanyak mana pun masalah, tapi kalau kita usaha untuk selesaikan masalah itu, pasti lama-lama akan selesai juga. 

dan satu lagi.. korang penah tak rasa sakit yang melampau? i mean hati? ya memang kita boleh memaafkan semua kesalahan manusia yang dah buatkan kita sakit kan? kenapa perlu nak berdendam begitu lama sedangkan salah kita pada pada Allah setiap hari pun, Dia tak pernah menghampakan kita apabila kita memohon maaf. apa lagi kita hanya manusia biasa. aku sebagai manusia, memang mudah memaafkan salah orang lain. tapi untuk melupakan itu sangat payah. I really mean it. 

*persoalannya adakah quote diatas ada kaitan dengan bebelan aku tu. haha. kay bai!


Read More

KENAPA KITA PERLU BERWUDHU SEBELUM TIDUR?

Thursday, September 22, 2016

Selamat malam semua. before tidur aku sempat lagi untuk update entri, sebab time aku scroll twitter tadi terjumpa this photo..



kenapa kita perlu berwudhu sebelum tidur? okay ini pendapat aku. simple dan mudah!

1. Tubuh kita akan rasa rileks dan nyaman selepas ambil wudhu/ bebas dari segala kuman yang ada sebabnya air wudhu adalah air suci.

2. Wudhu adalah ubat yang paling mujarab untuk cerahkan/ putihkan kulit kita. tak ada tandingannya dengan segala produk kecantikkan di dunia ni.

3. Bila kita sentiasa dalam wudhu, malaikat akan sentiasa mendoakan kita

4. Semakin mendekatkan diri kita dengan Allah

5. Jantung kita akan sentiasa dalam keadaan tenang

6. Jika kita mati dalam tidur, kita dianggap mati syahid


Jadi sentiasalah berwudhu kerana banyak kelebihan dan manfaatnya. selamat malam semuaaa..

Read More

Lazada Affiliate Exclusive: Honor 8 Creative Blogging Contest

Tuesday, September 20, 2016

Hai semua!

ada good news ni. cepat2 get ready untuk update entri baru. Lazada Affiliate telah melancarkan satu contest untuk semua blogger di Malaysia. bagaimana caranya untuk join contest ni? mudah saja. ikut step di bawah. 




Berikut adalah detail peraduan:

Tajuk Entri Blog: 8 Reasons to Get an Honor 8
Bahasa: Bahasa Inggeris / Bahasa / 中文
Memenangi Kriteria: Kreativiti dan Kandungan (dipilih oleh Huawei dan Lazada Team)





Hadiah: 2 x Honor 8 (64 GB & 32GB)

Syarat:
1. Terbuka kepada Blogger Malaysia SAHAJA
2. Review yang akan di post pada September 26, 2016
3. Review mesti termasuk link affiliate yang di linkkan ke page produk di Lazada
4. Review mesti termasuk detail Lazada MYCyberSale 
5. Blogger mesti menyertai Program Lazada Affiliate.


Sila isikan borang ini untuk mengesahkan penyertaan anda > Borang Penyertaan

Selamat mencuba semua! mana tau kali ni rezeki korang kan! 

Read More

CARA MENYELESAIKAN DNS ADDRESS COULD NOT BE FOUND

baru-baru ni blog aku mengalami problem dns address yang tak dapat nak access. nak tengok aku stress tahap ke berapa, sila usha sini. hehe. Stress dengan dns blog yang selalu error

if blog korang ada jadi macam ni, sila ikut cara dibawah bagi mengatasi problem korang. (step mestilah mengikut bulatan merah) *klik pada gambar untuk lebih jelas


Step 1


Step 2


Step 3


Step 4


Step 5


Step 6


delete no yang sedia ada dan gantikan dengan no yang tertera di dalam gambar di atas

Step 7


last bila dah tekan okay. try balik buka blog korang. mesti dah boleh buka! dan boleh terus berblogging kembali. harap entri ini dapat membantu korang. 

Read More

FREE NAME CARD DARI PIXAJOY DAH SAMPAI!!

Monday, September 19, 2016

Hai semua

tengah tengok tv tengahari tadi, tiba ada dengar bunyi hon dekat depan rumah. telefon dari number tak kenal pun tetiba call. eh sapa pulak ni. hehe. saja buat suspen. rupanya abang skynet. elehh kau! acah acah abang konon. eh memang la sebab barang aku dah sampai. jadi seronok la kejap. kahkah. satu ja nak puji skynet ni. perkhidmatan dia memang bagus sebabnya dia akan call kita dan tunggu kita dekat depan pintu rumah dengan setianya. haha. okay2.. sebenarnya barang free yang aku order dah sampai. yeay!! pixajoy memang baik hati.. sebab bagi name card free


dengan hasil design sendiri. eceh! tak da maknanya design sendiri, memang layout dah diberi oleh pixajoy, kita just edit letak pap! muka kita setepek dekat situ and jangan lupa detail diri. memang macam macam design yang disediakan. pixajoy akan print dan akan pos terus sampai ke rumah. ini adalah promosi yang dilakukan oleh pihak mereka. so, kena la cepat2. takut nanti promosi dah habis. kualiti name card ni memang power! cantik! licin! best sangat! harga asal name card ni adalah RM35 sekotak iaitu 100pcs. tapi kali ni aku hanya dapat percuma tapi cuma bayar untuk pos sahaja RM8. aku pasti ramai lagi blogger di luar sana yang dah buat name card dengan pixajoy. 



bagi sesiapa yang belum, jom buat name card free. nak tau macam mana? tengok di sini. Cara nak dapatkan Name Card dari Pixajoy

untuk pertama kalinya aku ada name card. yalah kan, aku malas nak buat sebelum ni, sebab bukannya nak guna sangat pun. cuma kali ni dah free kenapa nak lepaskan peluang kan. hehe. sapa nak bagi free. nanti nak bagi dekat korang la name card ni. simpan elok2 tau dalam koleksi blogger korang. haha. bajet2 femes! :p

thanks Pixajoy!! bai semua. jumpa lagi. 

Read More

STRESS DENGAN DNS BLOG YANG SELALU ERROR 404 NOT FOUND

Friday, September 16, 2016

Assalamualaikum..


masuk ni dah 4 kali dah dns blog aku jadi macam ni. Ya Allah kenapa ni. stress betul la. serius stress. blog ni benda yang paling aku sayang antara semua media sosial. hehehe. tapi kenapa selalu jadi macam ni. nak kata sebab domain. aku dah contact syarikat yang aku beli domain tu. dia cakap okay. dia pun dah banyak kali tolong fixkan dns aku ni. rasa bersalah pulak nak mintak tolong banyak kali. malam ni jadi balik dns error 404 not found! weyhhh aku pun ada keja lain nak buat. bukan nak betulkan dns ni ja. hahaha. haaa marah ni marah. sakit hati la. 

aku dah try google cara nak atasi dns yang selalu error ni. alhamdulillah ada 1 blog tadi yang dapat bantu aku dalam betulkan benda ni. harapnya ia tak berulang lagi lepas ni. korang penah tak jadi macam aku? so apa yang korang buat? share la sini..

okay bai!

Read More

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN LOYA

Hai semua.. 

dalam masa beberapa hari ni, sepanjang entri ni tak berupdate, aku demam.. huhu. sendu betul! hari raya ketiga korban, aku terbaring atas katil sebab tak kuat sangat nak bangun. badan lesu tak bermaya. masa mulalah ingat indahnya sihat yang Tuhan bagi dulu. 

malam sebelum aku demam tu, memang perut ni dah rasa lain, perut rasa beralun dan tekak rasa loya sangat. baru aku teringat yang siang tu aku makan macam-macam. huhu. mybe makanan yang aku makan tu perut tak boleh terima. malam tu memang aku tidur dalam keadaan yang tak sedap perut. esoknya tu aku mintak tolong mak buatkan air limau panas. tapi mak cakap air limau tak elok minum pagi2. aku nak jugak. serius! memang aku loya sangat. aku terpaksa minum juga. 


lepas minum tu tak sempat 5 minit terus perut aku berbunyi dan terus nak ke toilet, nak beri-beri. sebabnya limau kan tajam. lepas tu aku muntah lagi. habes semua keluar pagi tu. lepas ja dari tu, mak buatkan aku teh o panas, terus lega dah tak loya lagi. perut pun dah tak beralun lagi. memang betul aku ada dengar orang cakap, kalau kita loya, kena muntah dulu baru perut dan tekak akan okay. kalau tak tetap loya macam tu jugak la. 


aku harap tips aku ni berguna untuk korang yang ada masalah macam aku. memang perit sikit la mula-mula tu. tapi lepas minum teh o panas buat kelat kelat sikit. nanti okay la tu. or korang ada pengalaman sendiri? meh la share dengan aku :)

okay bai! jumpa lagi!

Read More

RESEPI SARDIN MASAK PEDAS

Saturday, September 10, 2016

hari ni masak sendiri sebab mak sibuk nak buat rendang dan ketupat. setiap tahun tak kira la raya haji or raya aidilfitri, ketupat dan rendang memang tak boleh dipisahkan dari rumah ni. hehe. okay2. nak dijadikan cerita aku masak sardin ja hari ni. resepi tiru eina azman (tengok di instagram) cuma ada sedikit pengolahan pada resepi ni. hehe. sedap nauu nauu resepi dia.


Bahan-bahan:

1. Sardin - 1 tin
2. Serai - 3 batang (diketuk)
3. Bawang merah - 2 ulas (dihiris)
4. Cili padi - 2 biji (di potong serong)
5. Cili kisar - 5 sudu besar
6. Bawang besar - 1 ulas (dihiris bulat)
7. Asam Gelugor - 1 keping
8. Gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Masukkan sedikit minyak
2. Tumis bawang merah bersama serai
3. Masukkan cili kisar
4. Masukkan sardin (digoreng terlebih dulu sebelum dimasak) dalam 3-4 minit
5. Masukan gula, garam, dan asam gelugor
6. Masukkan cili padi dan bawang besar
7. Siap! sedia untuk dimakan dengan nasi putih dan telur dadar.


selamat menjamu selera!

Read More

CINTA DIRGAHAYU MEMANG BUAT AKU ULANG BERATUS KALI

Friday, September 09, 2016

lagu ni memang buatkan aku ulang banyak kali. setiap kali buka laptop. hehe. aku memang macam ni, kalau lagu baru then syahdu2 macam ni. memang akan dengar berkali-kali. lagipun lagu ni lain dari yang lain. lirik dia, muzik dia. lain lah! best. lagu ni ost untuk cerita Lara Aishah di astro prima. memang tak miss la aku tengok cerita ni. 


Lirik Lagu Dirgahayu - Faizal Tahir ft. Siti Nurhaliza

Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza
Ouhhh huwooo
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Andai takdir kita bertemu lagi
(Ku berdoa selalu)
Masihkah akan kau kenang kembali
(Takkan pernahku lepas)
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Tidak pernahku bersoalkan takdirNya
Dan ku percaya cintakan mengatasi
Semuanya

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Cinta dirgahayu
Dirgahayu
Cinta dirgahayu

*sangat mendalam lirik ni. hayati la sensorang dalam bilik. hehe. bai!

Read More

SIAPA NAK NAME CARD FREE 100 PCS??

Thursday, September 08, 2016

Hai semua readers kesayangan!

siapa yang belum ada name card sendiri untuk blog korang? jom2 sama2 design kad sendiri dan terus dapat name card free okayyy. especially kepada blogger baru.. jangan cakap blogger baru, aku pun baru nak rasa ada name card sendiri. walaupun bukan blogger baru lagi, dah dekat 6 tahun berblogging. tapi blog still suam2 kuku lagi. hehe.. tak pernah nak ada mane card sendiri. 


kalau nak name card free tu moh ler ke sini pixajoy .. nanti ikut flow nya okay. semua kita design sendiri mengikut pilihan hati, nak letak gambar sendiri pun boleh. nantikan rupa name card aku ya. hehe. bai!

Read More

MELAKUKAN TERAPI KETAWA BOLEH HILANGKAN STRESS

Sunday, September 04, 2016

Hai readers kesayangan!


                                                     ni diaaa! pegi mall pakai selipar hehe.

semalam keluar lepak dengan kawan yang rasanya dah 13 tahun bersama. kalau kawen dah ada anak 4 orang dah kan. hehe. tak pegi mana pun, keluar jalan2, makan.. yes! makan. itu paling penting, sebab perut aku tak boleh kosong nanti dia buat perangai. so baik jaga elok2. dekat aloq staq ada thai festival food. memang makanan semua orang2 thai yang buat. sodap2 semua! tapi before ke fest kita singgah sini dulu..


kita dating depan menara aloq staq!


memang lawa. nak tau sejauh mana lawa tu kena mai kedah dulu. 


lawa dari luar saja. tapi kalau naik atas menara tu, bagi aku kurang menarik sikit. boleh tengok2 macam tu jala. tengok bangunan, yang mana tak paham pasal bangunan2 pun terpaksa la tengok sebab dah naik. mungkin pihak menara kena naiktaraf lagi menara tu, bagi orang yang naik tu rasa syok lega bila turun. hehe. cadangan ja ni.. cadangan! kalau naik tu boleh tengok pantai best la jugak. tapi mana nak cari pantai tengah2 bandar aloq staq ni. haha.. merapu dah..


aku bukan penggemar kek moist coklat. tapi yang dekat cafe ni memang sedap gila! yang tak suka pun bila makan tiba2-tiba jatuh cinta dekat waiters tu. haha. dalam dia ada larva coklat. best!


kongsi berdua sebab nak bagi nampak sweet!


aku snaggup sengit2 ni demi hang! *mohon baca entri ni (sahira ahmad)


settle makan! 


lepas ni p thai food festival. tapi sempat amek gambar makanan 1 ja. tak sempat orang ramai. serabut sikit, pening..


 sedap ke ni? yes! sedap. 


kesimpulannya harini, aku asyik gelak ja. dah macam tak betul dah. tapi tak pa la kan, boleh hilang stress dalam kepala otak ni. huhu.. eh eh ada paparazi la. ada orang ketiga rupanya. hehe. okay bai! 

Assalamualaikum.. tq for reading :)

Read More

REVIEW LCD SCREEN CLEANING KIT

Saturday, September 03, 2016


review pasal spray untuk cuci laptop. bahkan bukan untuk cuci laptop ja tau, semua skrin boleh digunakan. phone, lcd tv, camera.. semua lah. semua! yang ada kaitan dengan skrin. hehe. sebelum ni aku cuci laptop dengan satu lagi jenis spray yang agak kurang memuaskan. tapi yang ni memang berkilat nauuu laptop dengan phone aku. cun! macam baru beli. serius cakap! cecair ni agak sedikit pekat likat. spray ni jenis gel cleaner.. tak macam sebelum2 ni spray yang cair macam air.. 


harga? tak sure sebab dapat free. beli laptop haritu. nanti aku review laptop baru! laptop aku? sure la tak. nak letak mana laptop lama ni.. lepas cuci guna sray baru ni tak jadi nak tukar laptop. haha!.. okay, kalau korang nak tau berapa berkilatnya laptop korang boleh la try sendiri. tapi kalau tanya aku memang puas hati la. 


next post nak review laptop baru pulak! memang best plus ringan! 

Read More