Nikmatnya Wong Solo tu macam kau menang 1 juta! kahkah

Hai.. 

nah!! nama pun tajuk entri wong solo. so, tempek gambar dekat sini dulu apa2 pun sebelum nak bebel lagi panjang dekat bawah ni. :d


Ya Allah, kempunannya nak makan wong solooo.. dah mengalahkan orang mengandung! kahkah. serius wei wong solo ni macam letak racun, tapi racun bukan untuk mati la. haha.. sebab aku tak pernah miss kalau ke shah alam untuk makan wong solo. yang aku dapat tau, ayam di wong solo, dorang gunakan ayam kampung. aku yang tak makan ayam kampung pun jadi makan kalau dekat wong solo. apa aja untukmu sayang. haha. bila lagi dapat makan macam niiii... 

dulu study dekat uitm shah alam boleh la selalu ke sana. dekat sangat, jalan kaki pun sampai. kalau dah tak tahan sangat la kan. kalau mampu bertahan tu tunggu la teksi ataupun tumpang la sesiapa. hahahah. eh! jangan buat main tau. baru2 ni kan wedding kawan diploma aku di palong, negeri sembilan. so aku dan sorang kawan aku dari kedah naik bas dan turun di shah alam. sebab esoknya tu nak ke palong sama2 dengan kawan yang lain naik kereta. nak dijadikan cerita kami berdua sampai malam di terminal bas. 

pastu ambil teksi terus ke uitm numpang lerrr kolej sesiapa yang hado disitu. buat macam pengemis. haha. sementara nak tunggu kawan aku yang memang stay di damansara balik dari kerja dan akan ambil kami, sooo malam tu jalan kaki dari kolej ke wong solo. semata nak makan di situ. memang kerja gila! tapi itulah kenangan bersama. ecewahhh!


bila dah dapat makan tu, nikmatnyaaa macam memang 1 juta k. jangan nak cakap 1 juta tu lagi mahal dari wong solo. hahahaha


 bila time balik, nak jalan tu jadi penat. semput sebab makanan dah masuk perut. huhu. rehat dulu la. selfie lagi. haha. perempuan perempuan


perkongsian semata untuk hiburkan hati sendiri. haha. k bai!


8 comments:

  1. rasa nak makan wong solo pulak tengah tengah malam buta ni ya Allah laparnyaaaaa haaa

    ReplyDelete
  2. Mai kalau ke restoran gitu lebih suka order lele. hehehe...Sedap kan, pernah sekali pergi berbuka puasa dengan geng masa study dulu.

    ReplyDelete
  3. dekat area bangi ke? huhu..pernah rasa sekali je, tu pun tapau bawak blk kongsi berdua..kononnya nak saya rasa kesedapan wong solo ni la..huhu..ok laa..tak menghampakan..hhe

    ReplyDelete
  4. Alaaaa eee sedapnyaaaa memalam niii. Nak nasi ayam penyet sekarang jugak! Fuh.

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. Tajuk tu tak menahan...
    Tapi memang best eh.. Kalau dekat boleh gak akak terjah..

    ReplyDelete

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-