TERANG DAN BESAR SUPERMOON MALAM 14 NOVEMBER 2016 - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Monday, November 14, 2016

TERANG DAN BESAR SUPERMOON MALAM 14 NOVEMBER 2016

Assalamualaikum..


zoom, supaya nampak lebih jelas!

dah 4 hari blog tak berupdate. tak busy pun cuma malas nak buka blog. tak ada mood! :( okay sebenarnya update hari ni nak cakap yang aku dapat tengok supermoon! hehe. excited betul! yela rasa salah sorang yang bertuah dapat tengok kejadian terindah yang Allah jadikan. kawan aku yang duduk sebelah kl ada yang tak dapat tengok sebab hujan. malam ni aku dapat tengok di rumah sendiri. cantik? yes! cantik sangat2. bukan senang nak tengok supermoon tau! cahaya yang terang dari biasa. bulan yang penuh dan padat. masa first dapat tengok tu terlintas dekat hati ni "cantiknya ciptaan mu Tuhan!" entah aku dapat tengok lagi ke tidak macam ni.. *cakap sorang2 la sebab nengok pun sorang2.. hahaha




Lokasi: Pendang, Kedah 
Jam: 8.45 p.m


supermoon tepi rumah! memang terang keliling rumah ni. hehe


Jam: 9.45 p.m (zoom)

"Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Supermoon atau bulan penuh Perigee yang akan kelihatan pada hari Isnin 14 November 2016 bermula sekitar jam 7.24 malam serta diikuti dengan fasa seterusnya iaitu fasa bulan purnama pada jam 9.54 malam. Fenomena itu berlaku apabila bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (Perigee) yang membuatkan saiz bulan seolah-olah lebih besar daripada biasa."


12 comments:

  1. laju nya update.. terang kan, sini pun sama jgk..

    ReplyDelete
  2. tengok jugak.. terang sangat sampai nampak laluan kapal terbang di awan tadi .. hii subhanaAllah..kan Allah maha besar

    ReplyDelete
  3. xdpt tengok sbb tertidur letih sangat, hehe

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  4. Allah beri supermoon..dalam masa yang sama Allah beri rezeki hujan yang lebat juga...dua2 rezeki..

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaaa.... dapat tgk supermoon . Dkt umah Nadia tadi tak nampak pun . Bulan diliputi awan =(

    ReplyDelete
  6. Terangnya Busyra, baru nak bagi pickup line "walaupun kita jauh kita pandang bulan yang sama" tapi kulim hujan plak tadik. hahahaha.

    ReplyDelete
  7. tak nampak semalam... covered by the cloud

    ReplyDelete
  8. Ala.. sedihnya.. Tempat kak sha ujan..

    ReplyDelete
  9. sedih sebab tak dapat tengok. Tak nampak bulan dari rumah siqah.. cantik supermoon.

    ReplyDelete
  10. seyes cntik..besr dr yg bese ...sy tgk dri rooftop..hee

    ReplyDelete
  11. Tak dapat tengok waktu kejadian ni.. Ampang mendung. Awan menutupi langit.. Frust... :(

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved