Cara mudah menanam tomato!

Hai semua..


dalam entri kali ni aku rasa nak share dengan korang cara menanam tomato dengan mudah! cepat dan sepantas kilat! haha.. dalam banyak2 sayuran, tomato memang menjadi salah satu favorite aku! buat ulam makan dengan nasi, buat air asam, buat gulai, dan buat kerabu tomato! fuhhh! hehe.. korang suka tak makan tomato? selain dari makan, tomato pun boleh buat kulit cantik tau! licin flawless gitu.. hehe .. okay la jom tengok step di bawah!


1. Potong tomato yang berwarna merah (potong jangan terlalu nipis)

 2. ambil bekas kecil yang memuatkan tomato tadi dan masukkan tanah serta letakkan tomato di atas tanah

 3. tutupkan tomato dengan tanah setebal 1cm dan tutup dengan plastik. 

4. benih bercambah selepas 1 minggu

5. selepas 3 minggu tengoklah hasilnya.. cepat kan ia tumbuh?

 6. keluarkan tomato dari bekas kecil tadi untuk dipindah ke pasu yang sederhana besar


7. dan sekarang masanya biarkan ia tumbuh dengan jayanya. hehe


8. selepas 1 bulan pokok semakin membesar

 10. Pindahkan pokok ke dalam bekas yang lebih besar iaitu baldi. tebukkan beberapa lubang supaya air keluar semasa disiram

 11. masanya untuk tunggu pokok keluarkan bunga

 12. taraaaaa. bunga dah keluar!! pokok semakin membesar

 13. dalam seminggu ke dua minggu, buah tomato pun dah jadi!! nak tomato tu lagi sihat jangan lupa letak baja! seronok kan tengok buah tomato lepas kita dah semai, tanam dan tunggu!.. inilah hasilnyaaa.. nak makan kena tunggu buah tu bertukar warna merah dulu ye. hehe


itu lah dia cara menanam pokok tomato. best kan berkebun ni.. aku rasa macam nak berkebun la di rumah. nak start dengan projek tomato ni dulu.. tengok menjadi ke tidak. haha.. sebab aku tak pernah menanam. orang cakap tangan tu kena pandai, baru jadi.. tapi tak pe la kan. tak salah untuk aku cuba. sebab senang sangat nak buat. cuma kena rajin jaga! korang pun kalau nak cuba berkebun di rumah boleh lah ikut cara ni ye.. okay. selamat mencuba! bai! :)

sumber: growerflow

Post a Comment

12 Comments

  1. benda yg nampak hasilnya ni..suka tengok bila da berbuah..

    ReplyDelete
  2. oh my !!!! senang nya !! ok nak try nnti, cari tanah dlu dekat pasar minggu =D

    ReplyDelete
  3. WAAHH... SENANG NYA, BARU TAHU BURSYA.. INGTKN KENA TANAM BIJI NYA JAK

    ReplyDelete
  4. Wah.. senang tu... boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  5. Best....boleh cuba ni...terima kasih Busyra :)

    ReplyDelete
  6. senangnya..suka aktiviti bercucuk tanam yang mudah ni. kecewa kalau tak menjadi..huhu

    ReplyDelete
  7. Yup.

    Memang senang sebenarnya.

    Tapi ramai orang tak tahu.

    Hehe

    ReplyDelete
  8. Yup.

    Senang aje sebenarnya.

    Cuma ramai aje yang tak tahu.

    ReplyDelete
  9. Akak ada tanam cili.. Kan biji cili kering, akak hanya campak atas tanah. Lepas tu pandai2 la kome nak membesar. :p

    Tadi akak tgk, ada anak pokok yang baru tumbuh. Cuma.. Tak tahu anak pokok cili atau rumput. Hahahahaa

    ReplyDelete
  10. wow ! mek nk buat jugak cuma ade ke mase nk tgk hari hari --'

    ReplyDelete
  11. HAHAHA macam kebetulan pulak dengan post busyra ni, Mak saya baru je semai tomato dan sekejap je dah naik pokok dia. Thanks for the knowledge Busyra! :D

    ReplyDelete