Menu di Rabak Cafe Alor Setar Kedah - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Sunday, December 18, 2016

Menu di Rabak Cafe Alor Setar Kedah

Hai Assalamualaikum..


entri ini adalah sambungan hari yang sama dengan entri Keindahan Kota Kuala Kedah.. seharian di alor setar, apa kata kita singgah Rabak Cafe untuk rasa western menu di situ.. serius ramai orang yang datang hari tu! hari cuti kan lagi la ramai orang nak bawak family, sahabat handai semua! tak dinafikan Rabak Cafe antara cafe yang agak terkenal di Alor Setar. tempatnya yang strategik dan mudah untuk orang parking dan turun terus boleh order makan! hehe..

tengok2 menu makan dan minum! sebenarnya ramai yang cakap burger dia paling uhmmm dekat sini.. tapi aku tak berapa suka sangat burger dan aku tak kan lepaskan peluang untuk cuba grill chicken chop.. mana2 pergi mesti nak cuba grill chicken dulu!


akhirnya order sampai! nasib baik sampai cafe ni awal. kalau tak terpaksa tunggu la jawabnya. sebab ramai yang sampai lepas kami order tu.


Grill Chicken Chop > RM 12.90


Lamb Chop > RM 14.90


Fish & Chip > RM 13.90


bagi aku harga makanan di Rabak Cafe ni berpatutan di sebabkan konsep kedai ni ala-ala cafe kan. untuk chicken chop, aku kurang suka sikit dengan sos blackpepper dia sebab cair... huhu..sepatutnya sos blackpepper kena pekat sikit!.. yang lain okay, ayam di masak dengan lembut dan sedap! lamb chop pulak, agak keras sikit isinya.. ni komen dari kawan aku, sebab dia yang order. huhu.. fish n chip, so far okay! bab plating pulak, biasa2 ja cuma aku suka plate dia warna putih! lawa!


perut pun dah kenyang! so berapa rating aku nak bagi ni?? erm.. 3.5 / 5 saja.. apapun ini hanya pendapat aku, korang boleh la cuba sendiri nanti ye kalau singgah ke sini.. nak komen pasal menu lain, aku belum cuba lagi...haha.. eh lupa nak cakap pasal menu air! aku order lemon tea ja! :p

bagi sesiapa yang ingin cuba ke sini boleh lihat detail di bawah:

Waktu Operasi6.00 petang - 2.00 pagi.. Berdekatan dengan tesco mergong, masuk ikut jalan depan tesco mergong dan menghala ke pusat service toyota. rabak cafe ada di sebelah kanan.. okay! bubye :)

10 comments:

  1. OMG, sedapnyaaa. semua nampak menyelerakan T^T
    teringin nak makan fish n chips pulak XD

    ReplyDelete
  2. harga dia affordable la. sama la kita pergi mana2 suka ambil grill chicken chop hihi. blackpepper tu yg penting. kalau cair tak umpphhh la

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak ,,, kalo post pasal makanan .. harga pon berbaloi

    ReplyDelete
  4. Harga nampak berpatutan dengan portion makanan. Sedapnya nampak :)

    ReplyDelete
  5. Akak nak pergi merasa.. Memang tak dapat. Jauh nun di hujung sini.. :p

    ReplyDelete
  6. kat sini, buskers darulaman selalu jamming kan? hehe.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved