7 LIFE GOALS SEORANG BUSYRA TAKIYUDIN

Tuesday, February 21, 2017

Hai semua..


dah 2 hari blog tak ber update.. bukan busy, bukan malas but I have no idea what to write about. Absolutely no idea :( dah la aku ni jenis cepat sangat rindu pada blog.. :p haha.. kalau boleh setiap masa nak buka tengok blog sendiri.. biar la orang nak cakap syok sendiri ke apa pun, yang penting aku happy. :) dalam masa 2 hari tu, bila buka button new post, then taip padam taip padam.. sebab aku rasa entri yang aku taip tak ada kualiti langsung.. dan rasanya tak seronok la share benda yang buang masa orang untuk baca.. actually, malam ni pun aku tak ada idea nak update.. tapi kalau nak tunggu sampai ada idea, alamatnya tahun depan pun tak ber update blog aku ni.. aku salute dengan blogger yang hari-hari ada idea untuk update blog. dulu before masuk tahun 2017, azam bukan main nak update blog setiap hari.. sekarang ni? hampeh. haha.. dah miss banyak hari dah ni..

so dalam entri kali ni aku nak share dengan korang life goals aku.. nak sangat benda ni tercapai.. yap! hopefully.

1. Dapat kerja yang sebetulnya dengan bidang yang aku ambil selama 5 tahun (diploma + degree) (Town & Regional Planning) maksud aku kerja yang sebetulnya tu (masuk government dan tetap, bukan kontrak)

2. Bawak mak dan ayah ke tanah suci Mekah (tak dapat buat haji pun, buat umrah pun dah besar rahmat dari Illahi)

3. Simpan banyak duit poket sendiri.. bukan duit dari hasil family beri tapi hasil titik peluh sendiri bekerja.. so dengan duit tu boleh beli rumah dan kereta sendiri (sebab sekarang pakai kereta ayah)

4. Travel satu dunia dengan family or kawan.. dan semestinya tempat idaman aku adalah Istanbul, London, Paris dan banyak lagi lah! satu dunia kannnn.. hehe

5. Jadi seorang "travel photographer" yang bagus.. guna kamera yang power like DSLR. sebab aku tak pernah nak pandai ambil gambar yang cun! semuanya gambar yang kadang tu blur, tak cerah dan macam-macam lah.

6. Bantu orang yang kurang bernasib baik.. maksud aku tolong orang miskin, anak-anak yatim, homeless.. memang aku ada impian besar! aku nak buka sebuah yayasan untuk orang-orang macam ni.. aku pegang satu kata-kata dari dulu sampai sekarang "Aku belajar memberi bukan kerana aku ada 'lebih' tapi kerana aku faham bagaimana rasanya tidak ada apa-apa"..

7. Get married!! siapa tak nak kawin kan? semua orang nak ada bahagia dengan pasangan sendiri.. macam tu jugak aku. cuma sekarang bukan masanya mungkin. sebaik-baik perancangan tu datang dari DIA.. so, aku just follow the flow.. usaha, doa, tawakal pada Allah yang one day, dia izinkan aku untuk kawin dengan orang yang mirip dengan remy ishak! haha. tak da la, sesiapa saja.. janji pilihan dia adalah yang terbaik. InshaAllah :)


itu lah antara 7 life goals aku.. sebenarnya kalau nak list, memang banyak.. semua nak! doakan busyra takiyudin untuk capai semuanya ye.. <3 korang macam mana? apa life goals korang? share la sikit.. nak buat entri pun boleh di blog masing-masing :)


Thank you for reading :)

18 comments

  1. Cantiklah gambar tu, buat header pun sesuai.

    Rindu blog busyra juga, hihihi. Macam banyak sama ja life goals kita ni, tapi takpa, ni kira sejenis idea jugaklah untuk cek update entry baru nanti.

    ReplyDelete
  2. Kak Ana doakan mudah-mudahan tercapai semua impian Busyra tu. InsyaAllah satu demi satu akan tercapai bila tiba masanya ❤❤❤.

    No 2 & 4 sama dgn kak Ana 😘😘.
    No 1 & 7 Alhamdulillah dah capai 😊😅

    ReplyDelete
  3. Amin semoga impian dan harapan Busyra dimakhbulkan..

    Impian no. 2, 4 & 6 Busyra sama dengan akak..😍

    ReplyDelete
  4. Hi dear, semoga semua life goals awak dipermudahkan ...
    ada yang senang nak capai, ada yang sukar,
    whatever it is, be patience and be grateful.
    have a nice day, cheers.

    ReplyDelete
  5. WAHHH macam sama je life goals busyra dengan kc hahaha. kc pun target nak capai ketujuh-tujuh tu. inshaaAllah ~ semoga kita dua dapat capai goals dalam hidup kita amin. :D

    ReplyDelete
  6. Remy Ishak... erm.. hehehe... Susah nak jumpa tu... InsyaAllah semoga semua impian tercapai ya..

    ReplyDelete
  7. Semoga life goal Busyra akan tercapai suatu hari nanti. Mungkin tak semua at least dua atau tiga perkara yang mampu membanggakan diri dan keluarga. Goodluck girl :)

    ReplyDelete
  8. Bawak mak ayah ke Mekah. Sangat-sangat nak laksanakan impian tu jugak. Huhu.

    Goal ke tujuh tu macam dah ada calon je? Ehem ehem. :P

    ReplyDelete
  9. kite mengalami simtom yg same tapi malangnya belog sy lagilah lama tidak berupdate hahaha :D

    ReplyDelete
  10. bagus ada life goal ni. good luck ya

    ReplyDelete
  11. good luck. yg paling penting, jadikan impian kita suatu kenyataan.

    ReplyDelete
  12. Semoga dimakbulkan olehNYA ketujuh-tujuh impian BT tu.
    In Sha Allah

    ReplyDelete
  13. Hi busyra..
    Lala follow dekat sini and put you as my blog list too.
    Nice blog.

    via: http://lalarahim.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. no 2, 3, 4, 6... tu life goal saya. saya doakan kita dapat mencapai life goal yg kita impikan, ameeen 😍

    ReplyDelete
  15. Smoga smua dipermudahkan busyra ;) mek life goals ade yg 5 years, 10 years and 10 years before pancit eyh silap - pencen ;)

    Disebabkan umo dh tk berapa nk muda sgt jd perlu la merancang cam tu :)

    In this 5years which will end this becoming 2019 - mek nk merasa umrah dengan kluarga. At least bwk ank ank pegi same. And within that jugak mek kne put more effort on that.

    After 2019 - start pulak dengan 10 years. Within that time mek nk kne rumah sndiri dh. And within that jugak mek nk pegi istanbul and another country :)

    10 years before pencen tu mek nk tukar kreta :) and before pencen nk sttle smua loan yg ade sebab time pencen nk duk diam tk nk pkir pasal hutang lg dah ;)

    Ckup la kot ;) bnyk sgt takot tk trcapai :)

    Tetiba tulis kat blog org hihi. Nanti nk rjuk kne tgk blog busyra :)

    ReplyDelete
  16. Insya Allah.. Semoga Allah mempermudahkan segala perancangan Busyra..

    ReplyDelete