CARA DIY UNTUK HILANGKAN JERAWAT DAN JADIKAN KULIT CANTIK - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Monday, August 14, 2017

CARA DIY UNTUK HILANGKAN JERAWAT DAN JADIKAN KULIT CANTIK

Hai..

Dah bermacam cara korang cuba untuk nak hilangkan jerawat tapi still tak menjadi? dah habis beratus ringgit tapi still kulit tetap sama, berjerawat.. so apa kata korang try cara diy pulak.. tak perlu nak berhabis duit bagai. tak salah kan untuk kita mencuba.. Tips ni memang di amalkan oleh adik busyra sendiri.. setiap pagi dan sebelum tidur.. apply tiap-tiap hari sampai lah kulit rasa okay.. nak cakap flawless tu idok la ye.. tapi untuk hilangkan whitehead, blackhead itu ya!.. kulit adik busyra ni memang ada problem sikit.. sampailah busyra suruh dia try buat cara ni..

Dipaksa photoshoot untuk entri akaknyaa. hehe

3 bahan mudah yang digunakan adalah, 1 sudu serbuk kunyit, 1 biji telur (ambil putih telur saja) dan 1 sudu tepung beras.. Gaulkan ketiga-tiga bahan tu dan terus tempek/sapu dimuka.. Biar selama setengah jam dan bilas.. buat 2 kali sehari ye.. amalkan selalu.. untuk muka yang berjerawat macam adik aku ni, memang masa first pakai dia rasa gatal-gatal di bahagian muka.. biarkan je, tahan la kejap.. hehe. 


Kelebihan Putih Telur

1. Menghaluskan kulit
2. Menghilangkan minyak di wajah
3. Menghilangkan jerawat
4. Menyembuhkan kulit sunburn
5. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata *boleh tengok tips ni lagi detail >>DISINI
6. Mengecangkan dan melembapkan kulit

Kelebihan Kunyit

1. Sebagai masker wajah untuk kulit berminyak/ kering
2. Menghilangkan kedutan
3. Menghilangkan sel kulit mati
4. Mujarab untuk buat krim malam

Kelebihan Tepung Beras

1. Menyerap minyak
2. Mengurangi jerawat
3. Mengecangkan kulit
4. Menjadikan kulit lebih cerah

Kalau korang nak tau, ketiga-tiga bahan ni hampir sama kelebihannya.. sebab tu bila digabungkan lagi meletop-letop.. hehe. So, sesiapa yang rasa ada jerawat degil tu boleh la cuba.. 

12 comments:

  1. Malunya dgn adik busyra. Pandai jaga muka. Kak ana beli mask je. Tu pun in off pakai. :)

    ReplyDelete
  2. a'ah la alang, nampak makin hari makin ok la... good2, kipidap!

    ReplyDelete
  3. Orang kata pakai kunyit hitam tu bagus,yang selalu india dok guna tu,tapi tulah,bila dah buat macam ni,nanti muka jadi kuning..Nak hilangkan kena basuh betul-betul...hehehe

    ReplyDelete
  4. Haha. Muka redha je adik awak tu. But tak apa, pengorbanan untuk akak. Hahaha.

    Anyway, great info untuk those kat luar sana yang nak jaga kulit muka. Keep it up!

    ReplyDelete
  5. 3 bahan je tapi alahai malasnya nk bancuh haha . tp tula biasanya ada kunyit2 ni bagus utk skin

    ReplyDelete
  6. x kuning ke nanti busyra? cam srnok wat ni

    ReplyDelete
  7. bahan yang mudah untuk didapati di rumah.. mungkin boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  8. tepung beras je takde lagi. Nanti boleh la try :D

    ReplyDelete
  9. wah terbaik , bahan-bahan pon ade di rumah :D

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved