CARA PRINT GAMBAR POLAROID UKURAN 2R DI PHOTOSHOP

Tuesday, January 09, 2018


Hai semua.. ada tak yang still pening-pening lalat nak print gambar ala-ala polaroid ukuran 2R? Untuk entri kali ni busyra akan share dengan korang cara print gambar polaroid ukuran 2R dengan mudah di photoshop. Bagi yang suka gambar polaroid tu, bolehlah try print dekat rumah. Macam-macam boleh buat.. Simpan dalam album, tampal dalam buku ataupun gantung comel-comel dekat dinding bilik.. 


1. Buka photoshop korang. Busyra guna photoshop version CS6.


2. Pilih File - New (untuk open page saiz A4)



3. Pilih International Paper - Saiz A4 - klik ok 



4. Siap untuk setup Saiz A4



5. Kemudian buka file gambar yang korang nak print ..Pilih File - Open



6. Klik pada gambar dan tekan ok



7. Jadi akan ada 2 tab iaitu satu page kosong dan satu gambar yang korang pilih



8. Pilih button di tepi sebelah kiri (Crop Tool C).. seperti dalam gambar.


9. Ubah saiz ukuran yang korang nak. kalau saiz 2R ukurannya adalah 6cm x 9cm.. Lepas tu tekan enter.



10. Kemudian tekan botton (Move Tool V) dibahagian sebelah kiri..



11. Drag masuk gambar dalam page kosong saiz A4 tadi.



12. Dah siap.. Save! So korang ulang lah step yang sama pada gambar yang lain untuk drag masuk ke dalam page saiz A4 tu.. Contoh seperti gambar diatas kalau dah siap susun.. 



Buat cara yang sama kalau nak saiz apa pun.. 3R ke 4R ke.. terpulang pada korang. Lepas siap susun, print dan potong gambar sendiri.. pastikan potong guna pisau yang tajam. Potong bagi ada lebihan kertas putih dikeliling gambar, baru cun!.. nak print gambar polaroid ni kena guna glossy paper tau. kertas khas untuk print gambar. okay gaiss, Selamat Mencuba! Bagi yang malas nak print sendiri tu boleh pm busyra je sebab busyra terima tempahan untuk print polaroid photo, sesiapa berminat boleh baca DISINI ye. :)

16 comments

  1. Tengok Busyra pakai Photoshop terus pening. Haha. Akak blur betul bab edit guna photoshop.

    ReplyDelete
  2. Teringin nak memiliki seketul Polaroid..

    ReplyDelete
  3. Busyra buat printing sendiri ke? Kalau tak kisah boleh share brand printer tak? sebab ira tengah duk survey printer yang elok untuk color printing huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. busyra pakai printer canon E510. ink didalam. setakat ni alhamdulillah tak rosak, jenama canon mmg tahan. busyra pakai dari start degree. dekat 4 tahun dah ira.. colour printing mmg cntik. boleh print pakai glossy/photo paper.

      Delete
    2. KALO GUNE PRINTTER CANON IX870 OK JUGA KAN
      TPI NK SETTING KECIK SIKIT DARI GMBR 4R TU MCM MNE..

      Delete
  4. Nak bookmark entri ni. Lama cari cara nk print gambar saiz Polaroid ni. Tq sharing dear.

    ReplyDelete
  5. menarik ni.. boleh cuba suka jugak polaroid. tapi akak ni kalo photoshop amek masa sikit. boleh guna tapi slow sket nak catch up hehe..

    ReplyDelete
  6. Lepas ni kena download photoshot boleh buat sendiri

    ReplyDelete
  7. psd jugak yg senang nk edit2 gambar.. lawa

    ReplyDelete
  8. SETTING DIE ADE BNYK JENIS TAPI NK KECIK SIKIT 4R TU SETTING CAM NE

    ReplyDelete
  9. Boleh dapat dekat mana ye glossy paper Tu?

    ReplyDelete