Menu berbuka Asam Pedas Ikan Jenahak
Saturday, March 30, 2024
Bersahur dengan Sup Ayam. Simple tapi sedap
Thursday, March 28, 2024
Air segar tekak di Casacuppas Bazar Aidilfitri Pekan Rabu
Wednesday, March 27, 2024
Berbuka di Masjid Zahir Alor Setar. Cantik sungguh!
Tuesday, March 26, 2024
Dapat 9 kuntum bunga mawar dari Flower Chimp
Monday, March 25, 2024
Cookies cicah susu! Inspired Aunty Ja Suka Dessert
Sunday, March 24, 2024
Puasa ni semua benda teringin nak makan. haha. Siang tengok tiktok makan-makan, teringin terus. Nasib lah senang ja nak cuba.. Baru-baru ni Suka Dessert ada keluarkan menu baru, cookies cicah susu.. Kebetulan dekat rumah ada cookies, cuma tadi lepas balik kerja singgah beli susu kotak.. Aku cari farm fresh tapi tak jumpa, hmm dapat goodday pun jadi lah! Asalkan susu..
Letak ais sikit.. Rupanya sedap weh! Tapi korang kalau nak cuba kena cari cookies yang tak manis sangat. yang aku makan ni sea salt cookies. rasa masin-masin sikit. sedap!
Macam-macam selera lah kan, puasa-puasa ni. hehe. layankan je la tekak nak makan. Nasib simple ja..
Selagi rumah itu bercahaya, pulanglah..
Wednesday, March 20, 2024
Suria kata malam tadi masa berbuka cakap dekat mak.. tiba-tiba mak dia kata "terima kasih kerana balik berbuka dengan mak"..Jadi Suria jawab, "Eh apa mak, tak dak nak terima kasih mak, memang orang balik berbuka dengan mak kalau cuti". Mak diam dan teruskan makan.Tiba-tiba mak cakap, "Terima kasih potongkan rambut mak, mak dah tak sampai tangan nak ikat rambut"... ye mak sama-sama, jawab Suria..Aku rasa suasana itu hening dan sunyi. Ada perasaan sedih menyelinap dalam hati.. Sedih sebab aku tak sentiasa ada dengan mak. Sampaikan aku balik sekejap itu pun, mak berterima kasih.. Aku ni jenis malu kalau orang cakap terima kasih. Apatah lagi mak, siapalah aku ni mak nak berterima kasih.. Nak banding dengan jasa dan pengorbanan mak, apa sangatlah aku buat untuk mak.. Sikit pun tak dapat balas semua jasa dia.Mak dah makin tua, banyak benda mak lupa. Mak ayah ni bukan harap kita balik bagi duit. Tapi mak ayah ni harap masa dan perhatian kita untuk mereka.. Mereka pun faham anak-anak ada kehidupan sendiri. Usahalah susah macam mana pun balik jenguk mak ayah..Apatah lagi dibulan puasa ni. Vibes sedih dan sayu sangat meruntun jiwa.Selagi rumah itu bercahaya, pulanglah..
Lepak di Art Nature Gallery Cafe Alor Setar
Hai semua.. Cafe hunting lagiii. cuma bezanya aku pergi sebelum ramadan lagi.. Harini baru godek phone gallery. tengok rupanya banyak lagi cafe yang aku belum post. Snap gamabr rajin, laju ja. haha. Kalau nak menaip alahaiii malasnya lah. First time cuba coconut latte disini. Rasa dia lain dari yang lain. Kopi dekat sini strong, bagi aku tak sesuai untuk bukan coffee lover.
Sumpah aku suka vibes dekat sini.. Cantik. Ala-ala vintage. Kombinasi warna putih, hijau pokok dan coklat lembut.. Ruang cafe sangat luas. Korang boleh ja pilih nak duduk dekat mana. Banyak tempat dan kerusi yang santai, layan kopi.
Makanan disini pricey bagi aku.. Plant Meat Burger antara menu popular (RM22.90). Sedap! 4/5. Rasa sos dia tu yang lain dari lain.. Lepastu kongsi pulak dengan kawan aku, memang berebut la. haha.
📍Pekan Melayu, 46, Jalan Sultan Muhammad Jiwa, 05000 Alor Setar, Kedah
⏰Buka setiap hari kecuali Rabu (12.00 tengahari - 8.00 malam)
Doa Rasulullah SAW ketika berbuka puasa
Sunday, March 17, 2024
Mustafa Murrad dalam buku 'Umar ibn al-Khaththab sebagaimana diterjemahkan Ahmad Ginanjar Sya'ban dan Lulu M. Sunman mengisahkan bahwa Perang Badar terjadi pada suatu senja di hari ke-8 bulan Ramadan tahun ke-2 Hijriah. Umat Islam meninggalkan rumah mereka dan menyatakan ikut membela Rasulullah SAW melawan kaum Quraisy.Suara gemuruh dan ringkik kuda bercampur aduk dengan suara pedang, tombak, perisai yang silih beradu. Debu lembah berpasir Badar membumbung meliut-liut bersamaan dengan muncratan darah.Perang dahsyat itu akhirnya dimenangkan oleh pasukan Muhammad SAW. Mereka berhasil memukul mundur dan menjadikan pasukan Makkah terpecah dan lari kocar-kacir. Dari Perang Badar inilah, umat Islam memperoleh kemenangan pertamanya sekaligus menjadi tonggak eksistensi dakwah Islam.Hal itu dapat dibuktikan dengan kekuatan umat Islam yang setelah lebih dari tiga belas tahun ditindas oleh kaum Quraisy akhirnya menang. Tentu saja kemenangan ini mendorong umat Islam untuk semakin mengukuhkan dakwah dan meraih kemenangan-kemenangan berikutnya.
Tempahan flyers murah tapi kualiti tiptop
Friday, March 15, 2024
Resepi Kerabu Mangga paling mudah
Hai korang.. Alhamdulillah harini Jumaat pertama bulan puasa.. Masak simple je. Tak ke bazar ramadan pun. Sebab malas sangat, dengan cuaca panas sekarang ni.. Semalam aku beli barang basah ketam dan udang, simpan buat stok.. Jadi harini buat ketam masak lemak cili padi dan kerabu mangga. Itu pun dah kenyang.. Bertambah nasi.
Bahan-bahan:
1. 2 biji mangga epal (dihiris cincang)
2. 4 biji cili padi (ditumbuk)
3. 1 atau 2 ulas bawang putih
4. 2 biji bawang merah (dihiris)
5. Segenggam ikan bilis (digoreng)
Cara-caranya:
1. Goreng ikan bilis dan ketepikan.
2. Tumbuk cili padi, bawang putih dan ikan bilis goreng.
3. Gaul semua bahan tumbuk dengan mangga dan bawang merah.
4. Masuk sedikit penambah rasa (pilihan).. kalau tak nak letak pun boleh. Tak perlu tambah garam sebab ikan bilis dah masin.
Selamat Mencuba!
Sedap betul Sambal Tumis Segera Kak Yang Gulai Temenung
Hai semua.. Sahur 15 Mac 2024, masak masakan cepat je. Sambal udang menggunakan pes sambal tumis segera Kak Yang Gulai Temenung.. Haaa siapa je orang alor setar tak kenal kan. Kak Yang ada kedai makan di Kuala Kedah.. Terkenal dengan gulai ikan temenung, makan dengan nasi panas-panas..
Aku baru tau yang Kak Yang ada buat pes sambal tumis.. Sumpah sedap weh!
Kawan pejabat aku bagi pes ni suruh masak dan rasa sendiri.. Tak perlu masukkan apa-apa lagi bila guna pes ni.. Gula ke garam ke, sekalipun penambah rasa.. haaa dah tak perlu.. jujur aku cakap. Sesuai semua jenis makanan laut.. Macam aku ni guna udang, if korang nak guna sotong atau ketam pun boleh.. Sambal telur pun sesuai.
Memang sedap. 5/5.. Untuk orang yang baru nak belajar masak ataupun nak masak dengan cepat. Gunalah pes ni korang..
Kak Yang ada banyak lagi pes yang dia keluarkan.. InshaAllah nanti aku nak cuba yang lain pulak.. Untuk harga aku lupa pulak nak tanya kawan aku. Maklumlah orang bagi free. haha..
Kurma Butter Viral.. Sedap! tapi tak boleh makan banyak
Thursday, March 14, 2024
Puisi #34 Tak Terulang
Puisi Tak Terulang
Berlari aku di tepi taman
Asyik seronok bersama teman
Aku toleh kiri dan kanan, senyum terasa nyaman
Sekilas lagi, rupanya 5 tahun lalu tinggal kenangan
Temanku sayang
Ini dunia, ada yang masih kekal, ada yang sudah hilang
Dulu aku pernah kata, jangan sampai masa terbuang
Kerana semalam pasti menjadi kenangan yang tak lagi terulang
Tempahan Sticker Murah Area Alor Setar
Tuesday, March 12, 2024
Bubur Berlauk di P10 Kopitiam Alor Setar
Aku tak tau lah berapa kali dah aku repeat bubur berlauk dekat abang ni.. Sedap sangat! Aku pernah rasa bubur dekat tempat lain tapi tak kena dengan tekak.. P10 Kopitiam ni lebih kurang sama macam Kopitiam Ukir Mall.. Untuk orang Alor Setar mesti tau.. Dorang buka banyak gerai-gerai, so pembeli ni banyaklah pilihan nak makan apa..
Harganya pricey sikit tapi bagi aku okay lah sebab semangkuk tu memang banyak.. Aku selalu request nak letak bubur separuh je.. Itupun dah kenyang.. Bubur dia tak pekat sangat dan tak cair sangat.. sedap-sedap je..
Aku ambil lauk daging bulgogi, RM10.. Korang boleh request nak lauk apa.. Ada 4 jenis.. Lauk basic yang memang akan ada dalam bubur adalah ayam carik, kacang, ikan bilis, telur masin, chili oil, lobak masin dan kangkung goreng. Rating 4.5/5..
📍10, Jalan Tengah, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah
⏰Buka setiap hari (7.30 pagi - 2.30 petang)