3 CARA PENJAGAAN MUKA WAJIB DIBUAT SEBELUM TIDUR - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Thursday, July 05, 2018

3 CARA PENJAGAAN MUKA WAJIB DIBUAT SEBELUM TIDUR

skincare, cara penjagaan muka, tips menjaga muka waktu malam, pencuci muka, krim, primer water,

3 CARA PENJAGAAN MUKA WAJIB DIBUAT SEBELUM TIDUR | Hai semua. Malam ni rasa nak share dengan korang 3 penjagaan muka wajib dibuat sebelum tidur.. Hari-hari tak kan miss melainkan busyra terlalu penat sampai tertidur tanpa bersihkan muka. Serius lepas bangun tidur tu rasa menyesal sangat kenapalah mata ni terlelap. huhu

Pertama, Busyra akan CUCI MUKA. Tipsnya korang kena sapu betul-betul pencuci muka yang korang guna.. paling tidak dalam 2-3 minit. Muka pun perlu dibelai tau. Apa ingat kucing je ke perlu belaian. haha. Kenapa lama sangat? Sebab nak biarkan segala kekotoran krim dan segala bagai alat makeup yang kita pakai tu remove dengan baik. Then bila nak bilas dengan air, pastikan bilas dengan sebetulnya. Jangan basuh main-main je tau. 

skincare, cara penjagaan muka, tips menjaga muka waktu malam, pencuci muka, krim, primer water,

Busyra ambil pengajaran dari adik busyra sendiri. Dulu masa dia baru berjinak-jinak nak pakai pencuci, dia basuh ala kadar saja.. Dari situ timbulnya blackhead. Trust me! Cucilah muka dengan sebersih-bersihnya. Then lap dengan tuala bersih. Guna cleanser dalam 2-3 kali saja sehari okay! Sebab lagi kerap kita gunakan cleanser lagi berminyak muka nanti. Lupa pula nak cakap busyra guna pencuci Nivea Pearl White. Boleh refer >> SINI

Kedua, Busyra akan apply PRIMER WATER. Macam mana rupanya? Korang boleh google sendiri. Banyak ja jenama primer water yang boleh digunakan. Textur dia macam air tapi pekat sikit. Busyra pakai jenama Althea, boleh baca >> SINI .Lepas sapu dan manjakan muka. Biarkan ia kering sendiri. Ia akan meresap dan menghidrat liang pori wajah kita. Serius segar rasa muka!

Ketiga, akhir sekali busyra akan sapukan Fixer Cream! Kalau nak tahu jenama apa yang busyra guna korang boleh baca di entri yang sama di point kedua tadi ye. Letak sikit saja krim dibahagian muka dan sapu, mengurut muka dari bawah bawa ke atas. Buat sebanyak 5 kali dan lebih. Biar krim tu meresap kedalam muka. Esok pagi bangun muka fresh sangat! Sekarang ni banyak saja brand yang best-best. Korang cari saja krim yang bersesuaian dengan muka korang. Jangan skip tiap-tiap malam kena buat. Pasti muka licin peloless. hehe.

skincare, cara penjagaan muka, tips menjaga muka waktu malam, pencuci muka, krim, primer water,

Itu saja yang busyra nak kongsikan tentang penjagaan muka busyra setiap malam. Kalau bab scrub atau mask, busyra pakai juga tapi jarang-jarang. For me, apa yang penting, sebelum tidur ingat cuci muka, primer water, krim! 1 lagi paling penting doa tidur. Last sekali bummmm. zzzZZ. haha. Okay bai! Jumpa lagi.

11 comments:

  1. good tips. lain org lain caranya. what's important is utk saga kebersihan. make sure our face is really really clean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Betul. Lain org lain caranya. Its just randomly untuk perkara basic tentang penjagaan muka waktu malam.:)

      Delete
  2. Betul...cuci muka...tak kiralah sama ada kulit muka bermasalah..tidak bermasalah...cuci muka betul-betul sebelum tidur.

    ReplyDelete
  3. Cuci muka memang kena rajin expecially kalau lepas guna make-up sebelum tidur tu make sure bersihkan make-up tu dulukan...

    ReplyDelete
  4. good info.. mama pun akan cuci muka sebelum tidur

    ReplyDelete
  5. ptut la muka busyra cun melecun..hee
    kdg2 akk pun terlupa nak cuci muka,lagi2 kalau da kluar malam blik lwat.huhu

    ReplyDelete
  6. Kak ana pun apply fixer cream dan primer water tu. Rasa fresh je muka kan lepas tu.

    ReplyDelete
  7. Akak pun memang wajib cuci muka sebelum tidur lepas tu pakai face oil.. :) Maklumlah kulit berminyak dan berjerawat kan.. kena la rajin jaga..

    ...

    ReplyDelete
  8. Penting kulit muka bersih sblm tidur...

    ReplyDelete
  9. Good tips, Busyra. Ramai yang selalu take for granted pasal penjagaan muka ni especially apa yang mereka perlu buat sebelum tidur.

    Keep sharing informative article!

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved