RESEPI UDANG MASAM MANIS PENAMBAH SELERA MAKAN SAHUR - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Friday, May 10, 2019

RESEPI UDANG MASAM MANIS PENAMBAH SELERA MAKAN SAHUR

resepi udang masam manis, penambah selera sahur, resepi ringkas, udang masak cili kering, udang celup tepung,

RESEPI UDANG MASAM MANIS PENAMBAH SELERA MAKAN SAHUR | Resepi ini agak ringkas saja, tak ada sukatan yang khusus. Sesedap rasa tekak korang sendiri. Tapi power sedap dia tu boleh tambah nasi dua kali. hehe. Tak percaya korang kena cuba sendiri. Busyra kongsikan cara-cara nak masak udang masam manis di entri kali ini. 

Bahan-Bahan:

1. Udang (kuantiti terpulang pada korang)
2. Tepung beras (untuk salut udang)
3. Sos masam manis **jenama life** (ikut banyak mana pun, agak-agak saja)
4. 3 sudu besar sos plum **jenama life**
5. 6 tangkai cili kering (potong dua)
6. 1 ulas bawang besar (potong)
7. 1 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih (hiris dan ditumis)
7. Garam secukup rasa

Cara-caranya:

resepi udang masam manis, penambah selera sahur, resepi ringkas, udang masak cili kering, udang celup tepung,

1. Salut udang dengan tepung. Tak perlu guna telur. Salut manjew-manjew gitu.. haha. Nanti minyak korang tu penuh dengan tepung. Jangan risau, yang tu la penyedap kuah nanti. Goreng udang satu-satu tau jangan gaul semua nanti tak jadi. Disarankan guna udang yang besar sikit. Lepas dah siap menggoreng, ketepikan. **lupa pula nak cakap gaul kesemua udang dengan kunyit sikit sebelum gaul dengan tepung, untuk warna yang cantik!**

resepi udang masam manis, penambah selera sahur, resepi ringkas, udang masak cili kering, udang celup tepung,

2. Jom buat kuahnya pula! Guna minyak yang sama, kalau banyak minyak tu, kurangkan sikit. Ambil sekali dengan tepung-tepung yang ada dalam minyak tu. serius sedap kuah tu nanti! Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih. Bila dah naik bau , masukkan cili kering.

resepi udang masam manis, penambah selera sahur, resepi ringkas, udang masak cili kering, udang celup tepung,

3. Masukkan sos masam manis dan sos plum. Bila kuah tu pekat sangat masukkan sedikit air. Agak-agak ye.. kemudian masukkan bawang besar dan perasakan dengan garam.

4. Tutup api dan barulah masukkan udang celup tepung tadi.. resepi ni memang tak ada kuah sangat. Kuahnya dah melekat pada udang.. 

5. Siap! makan dengan nasi panas-panas, gigit pula cili kering tu.. perfect!

resepi udang masam manis, penambah selera sahur, resepi ringkas, udang masak cili kering, udang celup tepung,

SELAMAT MENCUBA!!

Jom baca resepi lain: 

4 comments:

  1. tengok gambar pun dah terliur ni macam mana.. huaaaa.

    ReplyDelete
  2. ala dapnya busyra akak suka ni lagipun masam manis hii.. next menu untuk berbuka pulak. :)

    ReplyDelete
  3. Sedap juga ni kalau dapat makan dengan bubur nasi..

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved