Ticker

6/recent/ticker-posts

PUISI#29 Kamu Anugerah Terindah

siti elizad, puisi kamu anugerah terindah, siti elizad tabah penantian anak,


PUISI#29 Kamu Anugerah Terindah | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 


Puisi Kamu Anugerah Terindah


Tuhan tolong bantu jiwa ku

Ku merayu padamu

Berikanlah "dia" dalam rahimku

Agar terhenti segala pilu


Saban hari penantian "dia" aku nanti

Puas aku menangis malam hari

Ku telan segala cerca dan maki

Biarpun hati ini terus tersakiti


Andai ada salahku

Berilah aku ruang dan waktu

Yakini jiwa dan hatiku

Agar terus bertahan dengan jalan takdir darimu


Puisi ni busyra tujukan khas untuk Akak Siti Elizad.. Sekarang ni kecoh di facebook ada seorang hamba Allah memaki dan mengata buruk tentang akak Siti Elizad. Busyra tak nak mention disini.. Cuma busyra nak cakap satu je soal jodoh, anak, ajal, kita tak kan pernah tau.. Jadi stop la mempertikaikan peraturan Allah. Allah dah susun baik-baik untuk setiap hambanya. Jadi, jangan sibuk kerja Allah. Semoga hamba Allah yang perangai macam ni cepat-cepat lah sedar.. Jaga mulut, jaga hati..


-busyratakiyudin-

Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI

Post a Comment

0 Comments