Sedap Kerabu Maggi di Kin Arai Restaurant Jitra

Monday, April 22, 2024

 
Kin Arai Restaurant Jitra, Kerabu Maggi, Tomyam tom kha, Resepi tomyam thai, pulut mangga,

Aku memang ratu kerabu maggi. haha.. Bagi la kerabu maggi time bila pun tak pernah tolak.. Aku akan compare kedai mana sedap, rasa apa yang kurang.. Nama ja orang melayu tapi tekak siam.. hehe. Makanan thai memang carta no satu.. Lunch baru-baru ni aku try kerabu maggi di Kin Arai Restaurant Jitra.. Tengok dalam Tiktok nampak orang makan sedap.. So kena try sendiri, betul ke sedap.


Portion dia banyak, tak kedekut bahan.. Udang dan sotong semua besar.. Aku ambil kerabu maggi seafood..sedap wei 4.5/5.. Ada rasa masam, manis, pedas.. Semua cukup.. Satu pinggan boleh makan dua orang..

Order sangkaya!.. Roti dia lembuttt! Korang kalau mai sini wajib try sangkaya juga. Aku suka cara dorang plating.. Cantik dan kemas..

Kin Arai Restaurant Jitra, Kerabu Maggi, Tomyam tom kha, Resepi tomyam thai, pulut mangga,

Pulut mangga ni kawan aku order.. Aku tak suka sangat.. Tapi mangga dia fresh. Aku rasa sesuap. Mangga dia sedap cuma pulut dia kalau boleh lembutkan lagi, lagiii sedap..

 

Kin Arai Restaurant Jitra, Kerabu Maggi, Tomyam tom kha, Resepi tomyam thai, pulut mangga,

Kalau nak compare teh ais dengan kopi dia, aku lebih prefer kopi.. Sedap! Teh ais tu manis sangat, kena biar lama sikit baru boleh minum.. Kopi dia secukup rasa! 4/5.. of course aku paling suka packaging nya, nampak mahal dan exclusive..


BACA SINI : LEPAK DI ART NATURE GALLERY CAFE ALOR SETAR


Kin Arai Restaurant Jitra, Kerabu Maggi, Tomyam tom kha, Resepi tomyam thai, pulut mangga,

Dekat sini ada macam-macam lagi menu. Dari nasi, tomyam, daging bakar.. semua lah.. Banyak betul menu dorang.. Ini kali ke empat rasanya aku ke sini.. Pernah try tomyam dia.. pun sedap! Tomyam dia lain dari yang lain. First time aku rasa tomyam macam restoran dorang..


Kin Arai Restaurant Jitra, Kerabu Maggi, Tomyam tom kha, Resepi tomyam thai, pulut mangga,

📍15, Jalan Seri Tunku 1, Plaza Seri Tunku, 06000 Jitra, Kedah

⏰Buka setiap hari kecuali Jumaat (1.00 petang - 11.00 malam)

Read More

Mengopi Buttercream Latte di Simpol Cafe Alor Setar

Saturday, April 20, 2024

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Hai semua.. Semalam lepas balik kerja aku singgah Simpol Cafe di Alor Setar. Cantik betul vibes cafe ni dan sangatlah luas. Memang selesa lah orang yang datang mengopi. Boleh pilih nak duduk di dalam cafe ataupun menikmati coffee di luar. Tengok langit dan pokok-pokok hijau. Sebelum adanya Simpol cafe, tempat ni pernah diambil Banana Bro Restaurant tapi sekarang dorang bertempat di Aman Central pula.

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Mungkin sebelum ni orang-orang Alor Setar ada yang kenal Simpol Cafe di Pekan Cina. Itu tempat lama dorang, disitu premis kecil dan susah untuk orang nak parking. Maybe sebab tu sekarang ni dorang dah pindah tempat baru disini. Lebih selesa. Haaa kalau tempat baru sekarang memang luaslah parking. Sangat mudah!

Aku order Croissant dan Iced Buttercream Latte.. Sumpah sedap korang! Ini satu-satunya cafe yang jual pastri paling sedap aku pernah rasa di Alor Setar. Korang wajib cuba kalau ke sini.. Even croissant yang aku ambil ni kosong je tak ada apa-apa flavor tapi cukup buatkan dia sedap dengan rasa manis tepung yang dibakar.. 5/5 rating aku bagi! 

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Croissant tu aku biarkan lama, dekat 15 minit tapi still lembut dan tak keras langsung. Cicah pulak dengan buttercream latte. Sedappp! Aku bukan orang yang sukakan pastri tapi kalau bagi yang ni memang tak boleh tolak.. haha. Kawan aku order Chocolate croissant, punnn sedap!

BCL.. Iced Buttercream Latte lagi ye, bukan Bunga Citra Lestari. Haha.. 5/5 jugak rating aku bagi.. Aku suka coffee yang tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit.. Rasa creamyyy.. Untuk harga, korang boleh usha list dibawah.

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Ini kali kedua dah aku ke Simpol Cafe. Keduanya tak mengecewakan.. Rasa pastri tetap sama! Mesti dorang masuk kelas belajar kan. Effort dorang tu berbaloi sebab dapat hasilkan pastri sesedap ni.. Ahhh aku fikir sampai ke belajar eh.. hahaha..

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

Memang layan coffee sampai kemalam.. Vibes malam lagi best koranggg.. Dengan suasana sejuk, sembang santai. Borak pasal life dengan bestie. Feeling tu best sangat.

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar, Iced Buttercream Latte,

📍12-C, Jalan Istana Kuning, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

⏰Buka setiap hari kecuali Jumaat (12.00 tengahari - 9.00 malam)

Read More

Blogger atau Youtuber lagi best?

Wednesday, April 17, 2024

blogger, youtuber, idea blog,
 
Ada orang tanya aku Blogger atau Youtuber lagi best? Jawapan aku dua-dua ada special tersendiri.. Aku ada dua-dua platform ni tapi personally aku pilih blog. Even gaji blogger tidak setanding youtuber. Audience lebih sukakan video berbanding penulisan yang hanya membaca dan melihat gambar, ianya lebih bosan.

Nak jadi kedua-dua kerjaya ni kena ada minat yang mendalam. Macam aku cakap aku suka Blogger. Semestinya aku perlukan minat yang cenderung pada penulisan. Susah tau sebenarnya nak buat readers suka dengan hasil penulisan kita.  
 
Jiwa aku memang sangat minat dengan penulisan, cuma kalau hari malas tu datang memang tak sign in pun akaun blogger. haha.

blogger, youtuber, idea blog,

Aku pernah aktif youtube 3 tahun lepas. Mostly video aku tentang braces. Pernah capai view 20k untuk satu video. Masa tu happy bila banyak view dan ramai yang komen. Rasa macam video kita tu beri satu kebaikan pada orang lain.. 
 
 
 
Then aku stop lama sampailah keharini.. Bukan sebab tak minat tapi untuk hasilkan video kita kena setting phone, diri sendiri kena lawa dalam camera dan edit video.. Semua benda tu perlukan komitmen yang tinggi.

Sedangkan Blogger hanya duduk depan laptop dan menaip saja.. Pakai baju kelawar pun tetap onz.. haha. Income Blogger dan Youtuber sama saja, iaitu dari AdSense.. Aku pun tak pandai nak explain pasal benda ni.. Kena tanya yang lebih pakar dalam AdSense..

Walaupun sekarang Blog suam-suam kuku tapi ia tetap no 1 dimata aku. Macam selalu aku cakap, selagi ada Google selagi itulah Blog masih kekal relevan..
Read More

Cara Claim Towing Kereta dengan Etiqa Auto Assist Care

Cara Claim Towing Kereta, Etiqa Auto Assist Care, hotline insurans etiqa, 
Hai semua.. Kejadian kereta rosak jadi lepas aku balik kerja. Betul-betul traffic light. Ujian sehari sebelum raya. Benda ni jadi pukul 6.00 petang, dah nak dekat berbuka. Aku memang nak cepat haritu sebabnya dah janji dengan mak nak ke bazar last puasa. Time ni aku cuba call pihak Etiqa berkali-kali untuk towing kereta dari Jitra ke Pendang.. Yela kita ada insurans kan, dapatlah free.. Tapi, customer service cakap dorang dah cuti. Aku pun pelik sebab katanya towing 24 jam. 

Rupanya Etiqa ada banyak nombor. Sepatutnya aku call bahagian Etiqa Auto Assist Care.. Benda ni jadi cepat sangat dan ini pengalaman pertama aku. Jadi kelam kabut dan tak tahu nak call ke nombor Etiqa yang mana lagi. Aku call towing personal dekat 3 orang tapi semuanya tak boleh. Sampailah towing keempat, barulah ada sorang abang ni setuju nak towing kereta aku. Alhamdulillah.. 
 
Cara Claim Towing Kereta, Etiqa Auto Assist Care, hotline insurans etiqa,

Cas yang dia kenakan RM330.. Amaun tu sangat banyak bagi aku. Singkatkan cerita, kereta pun dah selamat sampai rumah dan aku dah hantar bengkel. Total repair RM280.. Rosak sebab plug dah terlalu lama.

Korang jangan risau kalau guna towing personal, tetap boleh claim dekat Etiqa Auto Assist Care.


Cara-cara claim towing kereta dengan Etiqa Auto Assist Care
 
1. Snap gambar kereta rosak ada di atas towing
2. Resit bukti pembayaran dekat towing personal
3. Screenshoot call ke number Etiqa pada hari kejadian
4. Hantar ketiga-tiga bukti tersebut ke email autoassistcare@etiqa.com.my
 
Korang cerita lah sedikit masalah yang korang hadapi sampai terpaksa call towing personal. Aku hantar email dekat dorang, hari yang sama jugak email tu berbalas.. Pihak Etiqa cakap dah luluskan permohanan claim tu. Dorang pun mintak details nama dan bank akaun. Alhamdulillah dipermudahkan. Dalam tempoh 5 hari bekerja duit akan masuk ke dalam akaun..

Cara Claim Towing Kereta, Etiqa Auto Assist Care, hotline insurans etiqa,

Korang lepas ni kalau ada masalah nak claims towing kereta, ikut cara ni ye. Semoga perkongsian ni mempermudahkan urusan korang dimasa akan datang. Details Etiqa Auto Assist Care dibawah.

Cara Claim Towing Kereta, Etiqa Auto Assist Care, hotline insurans etiqa,

Read More

Wordless Wednesday 7 : Kereta Rosak

kereta rosak, towing kereta,

Simpan sini sebagai kenangan.. 9 April 2024 (6.00 petang) Sehari sebelum raya aidilfitri..

Read More

Puisi #35 Takdir

Tuesday, April 16, 2024

 
koleksi puisi cinta, kata pujangga, puisi busyra takiyudin,

Puisi #35 Takdir | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian.. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 


Puisi Takdir

Melangkah walau esok tak pasti

Jangan toleh ke belakang lagi

Terus menulis apa yang ada dihati

Kerana yang pasti Allah selalu disisi


Harung semua yang ada

Apa nak kata hadap saja

Tak perlu fikir apa orang nak kata

Bangkit jangan menyerah anak muda


Takdir Allah itu pasti

Teruslah bersangka baik seikhlas hati


-busyratakiyudin-

Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI
Read More

Iced Butterscotch Latte ZUS Coffee

Monday, April 15, 2024

Butterscotch Latte ZUS Coffee. Zus Coffee edisi baru,

Hari raya kedua haritu aku dan kakak cuba menu baru dari Zus Coffee.. Disebabkan aku suka Buttercreme Latte, so try lah kan.. Nampak lebih kurang sama ja. Zus keluarkan edisi Butterscotch! Ada 3 jenis menu air. Korang tau tak, time nak order ni kan, outlet ni Pendang dah tak boleh order. Dah full.. Gila lah penangan raya.. Jadi aku order di Simpang Kuala, Alor Setar. Kebetulan lalu disitu, boleh lah terus selit order..


Butterscotch Latte ZUS Coffee. Zus Coffee edisi baru,
 
Iced Butterscotch Latte. 3.5/5 rating. Aku lebih suka Buttercreme Latte. yang tu aku bagi 4.5/5.. Bukan cakap tak sedap cumanya ia agak manis. Aku jenis tak suka coffee yang manis. Biar pahit-pahit sikit tak pa.. Korang dah cuba ke belum? Kalau pendapat kakak aku dia suka. Lain orang lain tekaknya kan..

Butterscotch Latte ZUS Coffee. Zus Coffee edisi baru,

Tukar Dairy milk ke Almond milk.. Aku memang akan tukar jenis susu kalau beli di Zus.. Almond milk rasanya lebih berlemak berbanding dairy milk yang hanya susu biasa..

Korang kenal tak Izzati Suza.. First time aku kenal selepas beliau collab dengan Zus. Semua kartun jenis ni semuanya dari Izzati Suza. Lukisan kartun yang unik dan menarik perhatian orang yang tengok.. Haritu sempat juga lah grab sampul raya edisi beliau.. Cantik sangat!

Read More

Resepi Begedil Ayam paling sedap

Saturday, April 13, 2024

resepi-begedil-mudah

Hai semua.. Begedil antara makanan favorite aku. Kalau goreng tiga biji memang tak kan cukup nak makan. Mesti kena goreng lebih. Nak buat tak susah pun. Bahan-bahan juga simple dan senang nak cari. Lama dah aku tak buat sendiri, asyik beli di kedai. Tapi di kedai tak sama dengan air tangan sendiri. Ada setengah kedai bila aku rasa, kentang yang dicampur tepung.. Begedil jadi keras sikit..

Bahan-bahan:

10 biji kentang (direbus)
Daun bawang (dihiris)
Bawang goreng
Isi ayam (direbus)
Serbuk lada putih
Garam dan serbuk perasa (pilihan)

resepi-begedil-mudah
Aku guna serbuk lada putih yang thai punya. sedap!


resepi-begedil-mudah
Lapik plastik antara layer begedil tu supaya tak melekat.

Cara-caranya:

1. Rebus kentang sehingga empuk (lenyekkan).
2. Masukkan hirisan daun bawang, bawang goreng, isi ayam.
3. Perisakan dengan serbuk lada putih, garam dan serbuk perasa.
4. Gaul rata dan bentukkan sampai jadi bentuk begedil.
5. Sejukkan sekejap dalam peti sejuk sebelum goreng.
6. Celup begedil dengan telur dan goreng dalam api panas. Tak perlu lama, asalkan telur bertukar keperangan.  Siappp!

resepi-begedil-mudah
10 biji kentang yang digunakan, aku dapat 22 biji begedil.

Read More

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 2024

Friday, April 12, 2024

raya aidilfitri 2024, salam lebaran 2024,

Hai semua.. Baru sempat nak menulis disini. Paling laju kalau update di Instagram. hehe. Alhamdulillah syukur sangat dapat jumpa lagi Aidilfitri 2024.. Banyak benda yang aku belajar, yang baik dan yang memberi pengajaran.. Selepas Ramadan, semua orang mesti ada niat nak ubah diri kearah yang lebih baik kan? Begitu juga aku sendiri. Ramadan banyak mengajar kita dari semua aspek dalam kehidupan. Sabar, sayangi orang terdekat, tidak mengeluh dalam sesuatu perkara.. Haaa bab mengeluh ni, aku nak story sikit dekat korang..

Sehari sebelum raya iaitu hari last puasa (Selasa), kereta aku buat hal. Mati tepi jalan.. Allahu Akbar, dugaan yang besar untuk aku pada hari tu. Dekat sejam jugak aku disitu tanpa aircond. Time tu pukul 5 petang.. Singkatkan cerita, towing datang dan kawan aku pun sampai untuk ambil aku.. Aku ni manusia biasa, yang tak lari dari sifat mengeluh sebab penat sangat, dengan puasa lagi haritu.. Tapi lepas settle semua, malam tu terus muhasabah diri.. 

Allah bagi ujian sebab dia sayang. Selalulah berprasangka baik pada DIA.. Kita ni pendosa, dengan ujian yang diberi pada kita adalah untuk menghapus segala dosa yang ada. "Jangan mengeluh Busyra".. Itu ayat yang aku kata untuk pujuk hati.. 

Tahun ni adalah tahun ketiga tanpa sosok seorang ayah.. Rindu sangat. Tapi rindu tu mengajar aku untuk lebih menghargai mak.. Al-fatihah ayah..
Read More

Masak Bihun Soto Ayam di Pagi Aidilfitri 2024

Thursday, April 11, 2024

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Hai korang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua readers aku. Thanks sebab sudi baca blog yang tak seberapa ni. Alhamdulillah dah selesai Ramadan. Semoga dapat jumpa lagi Ramadan akan datang.. Malam raya aku baru pergi beli bahan untuk persiapan masak bihun soto. Hari raya pertama aku tak kemana, sibuk melayan tetamu saja. Hari raya kedua, haaa baru nak berjalan. hehe

10 April 2024 (9.00 pagi)

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Aku buat kuah versi cair.. setengah orang suka pekat sikit. Aku nak buat rasa rempah kurma tu light je. Dalam ni aku letak fish ball dan ayam. Resepi nanti aku buat entri lain ye.. 

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Ini lah dia bahan-bahan yang ada dalam bihun soto ayam! Begedil tu aku buat sendiri. yang ni pun aku akan share resepi di entri lain.. InshaAllah.. Taugeh tu tak celur. Lagi sedap makan fresh macam tu.. Nak buat Bihun soto ni mudah saja sebenarnya tapi jadi malas bila nak buat begedil. Kena ambil masa sikit untuk siapkan semuanya..

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Resepi sambal kicap ni, aku ikut sebijik sama macam dalam Tiktok. Sedap sangat! Ada orang share.. Cili padi dan bawang putih goreng dulu.. Jangan letak air ye, guna kicap saja.. Pastikan guna kicap lemak manis. Baru lagi sedap.. Secret ingredient adalah bawang goreng. Korang masukkan sikit je, then blend!

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Ayam tu bila lagi lama masak dalam kuah soto lagi sedap dan lembut isinya.. 

Bila hari raya macam ni, sesekali buat makan. Adik beradik makan bersama. Rasa nikmatnya tu tak kan dapat dimana-mana. Moment indah bersama dengan family. 
Read More

Resepi Udang Sambal letak daum kesom. Naik selera makan

Tuesday, April 09, 2024

Udang Sambal letak daum kesom, resepi daging goreng,

Hai korang.. Resepi campak-campak kembali lagi. haha.. Memang betul la orang cakap daun kesom menaikkan lagi selera makan. Dengan bau dia yang harum tu, boleh tambah nasi. Resepi ni ala-ala asam pedas juga sebenarnya. Bila time sahur ada saja la resepi aku nak buat. Asalkan sedap. Simple sangat resepi ni.. Lepas tu ada daging goreng, memang favorite aku lah..


Bahan-bahan:

1. Udang
2. Cili kisar 
3. Daun kesom
4. Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Tumis cili kisar dengan minyak. 
2. Masukkan udang
3. Masukkan air ikut korang nak kuah banyak mana. Cili kisar tu pun ikut tahap kepedasan sendiri.
4. Masukkan daum kesom. Siappp!

Udang Sambal letak daum kesom, resepi daging goreng,


Udang Sambal letak daum kesom, resepi daging goreng,

Selamat mencuba!
Read More

Makan Chicken Mango di Warung Hujung Pekan Alor Setar

Sunday, April 07, 2024

chicken-mango, warung-hujung-pekan-alor-setar, shellout,


Hai semua.. Ramadan tinggal berapa hari saja lagi.. Aku dan kawan sempat iftar di Warung Hujung Pekan, Alor Setar. First time sampai  sini. Tempat dia serius cantik! Vibes zaman-zaman dulu, klasik gitu.. Disini, mereka buat konsep ala foodcourt. Kena order sendiri. Time aku sampai ni, aku random ja cuba nasib tanya ada tempat kosong lagi ke tak. Sebabnya sekarang ni kan bulan puasa, takut lah kena booking dulu.. Rezeki kami, ada tempat kosong. 


chicken-mango, warung-hujung-pekan-alor-setar, shellout,


Aku order set shellout. Ada nasi untuk 2 orang makan. Korang tau tak, aku datang sini pun disebakan teringin nak cuba chicken mango. Aku baca beberapa komen di Tiktok cakap chicken mango sedap.. Rupanya memang betul sedap. Aku bagi 5/5 rating.. Masam manis pedas semua cukup rasa. Shellout ni portion dia memang banyak. Ada udang besar 6 ekor, sotong dan kepah.. Untuk shellout aku bagi 4/5 rating. Not bad rasanya. Sedap juga.


chicken-mango, warung-hujung-pekan-alor-setar, shellout,


Sebenarnya nak cuba baby pancake tapi lepas makan nasi perut terus rasa kenyang. Maybe next time pulak cuba. Memang nampak menarik bila tengok banner nya.. Dengan ada kain batik hiasan tu.. haha. cantik!


chicken-mango, warung-hujung-pekan-alor-setar, shellout,

Selain dari menu aku order ni ada bermacam jenis masakan lagi. Antaranya ada dessert, western, masakan melayu, thai dan korea.. Haaa korang pilih ja yang mana teringin nak makan. Memang mudah mereka gunakan konsep macam ni.. Customer boleh buat banyak pilihan. Lagi uniknya bila tulisan setiap kedai ditulis dalam bahasa jawi.. Cantik!


chicken-mango, warung-hujung-pekan-alor-setar, shellout,

View dari gambar dibawah ni memang cantik korang. Sebab nampak langit. Aku buat time-lapse, nampak lah perubahan warna langit macam entri aku yang berbuka di Masjid Zahir..

chicken-mango, warung-hujung-pekan-alor-setar, shellout,


📍Jalan Teluk Wanjah, Taman Tunku Majid, 05200 Alor Setar, Kedah

Buka setiap hari (5.00 petang - 12.00 malam)

Read More

Mug ZUS Coffee boleh masuk microwave!

Thursday, April 04, 2024

zus-coffee mug-zus goodday-susu-segar

Hai semua.. Sebenarnya koleksi terbaru ZUS Coffee dah sampai minggu lepas.. Mug!!! Sumpah cantik gila korang.. Expectation aku dalam 80% macam tula time aku tengok live mereka di Tiktok.. Bila sampai.. Lebih lagi dan lagi dari expectation aku.. Letopss habis dengan warna biru mahal tu.. Nampak eksklusif! 

Baru malam ni nak rasmi mug baru. Buat coffee sambil layan hujan renyai.. Best sangat! Tau tak apa yang lagi menarik minat aku? Bilamana mug ni boleh masuk microwave.. nanti aku tunjuk dekat korang. buat kek moist yang pernah viral dulu tu.. Hanya letak dalam mug, then masuk microwave. Bagi aku banyak kelebihan mug ni.. Ia besar dari saiz mug biasa. Cumanya mug ni agak berat. Korang kalau berminat boleh beli di Shop ZUS.



zus-coffee mug-zus goodday-susu-segar

Sedap gila buat air macam ni.. Tak letak air panas tapi letak susu! Rasa macam di cafe.. Sebenarnya aku nak guna serbuk nescafe tapi habis pulak dirumah. Jadi aku guna 2 in 1.. Kena letak gula sebab dalam tu tiada campuran gula macam 3 in 1.

zus-coffee mug-zus goodday-susu-segar

Korang wajib cuba!

Read More

Khairul Aming bagi bonus dan bawa staff shopping raya

Wednesday, April 03, 2024

Khairul Aming, dendeng nyet khairul aming, sambal nyet,

Hai korang.. Terpanggil nak share kisah Khairul Aming (KA). Happy dapat tengok KA semalam di Tiktok sebab bagi hadiah dekat anak-anak buah dia. Cerita KA boleh kita jadikan satu teladan dan inspirasi dalam kehidupan. Tak semua orang mampu buat macam mana dia buat untuk bahagiakan semua orang. Sangat berinspirasi pada semua anak muda diluar sana yang dimana berkongsi rezeki tidak membuatkan kita susah malah mendapat lebih dari itu.

Khairul Aming, dendeng nyet khairul aming, sambal nyet,

Sepanjang aku tengok video yang dah pun fyp tu, tersenyum aku! Seronok sebenarnya tengok wajah-wajah pekerja dia yang happy bila dapat reward sebanyak itu.. Hasil titik peluh mereka susah payah bekerja, finally dapat bahagiakan keluarga. Orang ramai hanya tengok mereka dapat reward tapi tak pandang macam mana jalan kerja mereka. Struggle siapkan order pelanggan.

Khairul Aming, dendeng nyet khairul aming, sambal nyet,

Untuk KA pulak, dia sangat menjaga kebajikan pekerja dia. Boleh je seorang bos hanya bagi gaji semata-mata. Tapi KA tak.. Dia bagi lagi reward sebab nak pekerja happy lepas penat bekerja. Allah sentiasa permudahkan urusan kita jika kita mudahkan urusan orang lain.. Semoga KA terus menerus menjadi inspirasi untuk aku dan semua..

Read More

Produk yang aku pernah review satu ketika dulu

Tuesday, April 02, 2024

Hai semua.. Bila nak delete draft yang ada, nak sort balik entri apa yang patut, maka terbacalah beberapa review produk yang aku pernah buat dulu.. Vibes berblogging dulu sebenarnya lagi best. Banyak paid review (produk) yang dapat. Sebab sekarang ni kalau dapat mostly tak ada produk. Client just bagi tajuk dan dapat bayaran.. 


Aku sendiri memang kalau dapat job aku akan buat sehabis baik.. Sampaikan gambar pun aku edit. Nak bagi nampak kelainan dan of course memang itu minat aku sendiri. Rasa satu kepuasan dapat edit gambar dan buat sehabis baik.


Antara review dibawah:


blogger buat review, kitsui, hansaegee nature, 24k gold piolang,

blogger buat review, kitsui, hansaegee nature, 24k gold piolang,


blogger buat review, kitsui, hansaegee nature, 24k gold piolang,

blogger buat review, kitsui, hansaegee nature, 24k gold piolang,

blogger buat review, kitsui, hansaegee nature, 24k gold piolang,

Ada banyak lagi tapi aku malas nak save dan letak disini banyak-banyak. Cukuplah lima gambar.. Review ni since 2018. Jadi kalau tengok muka aku lain tu, maknanya zaman dulu-dulu lah tu. haha.. Paling banyak produk review aku pernah buat adalah Kitsui.. Client sangat mudah berurusan. Jenis aku suka cuba produk sendiri. Paling cepat seminggu untuk aku rasa sendiri best ke tak produk yang diberi. Barulah aku boleh share dengan readers.


Kawan aku pernah tanya "Best tak jadi blogger?" Aku jawab "Mestilah! dapat bayaran dan produk sekali. Produk free pulak tu."


Read More