Richiamo Coffee pengganti ZUS.. Terpaksa beralih arah.

Wednesday, May 29, 2024

 
richiamo coffee, zus coffee, gg coffee, free palestine,

Hai korang.. Macam korang tau, aku peminat tegar Zus Coffee.. Boleh dikatakan banyak koleksi Zus, aku ada.. Tak kisah lah samaada yang kena beli atau memang dapat dengan pembelian air.. Tapi apakan daya ada isu macam sekarang ni.. Aku memang kecewa dengan tindakan ZUS Coffee.. 


Inilah jihad kecilku untuk saudara disana.. Kalau dulu hampir setiap hari aku akan order Zus.. Tapi sekarang hanya mampu tengok saja.. Sorry untuk richiamo coffee sebab expectation aku terlalu tinggi.. huhu, aku tak berapa suka rasanya.. Tapi bukan aku kata tak sedap.. Cuma mungkin ada lagi yang perlu ditambah baik.. 

Kenapa aku cakap macam tu disebabkan sebelum ni, aku pernah order Hazelnut Coffee, rasa manisnya yang melampau dari rasa coffee.. Tapi semalam, aku order di outlet Pendang, alhamdulillah rasanya okay pula.. Pelik jugak kenapa rasa boleh berubah-ubah mengikut outlet.. 

Ada lagi satu coffee yang aku suka iaitu GG Coffee. Tak boleh nak minum selalu sebab tak ada di Pendang.. Nak minum kena ke Alor Setar ataupun Jitra.. Untuk penggemar kopi macam aku memang kena cari tempat baru yang boleh selalu beli..

richiamo coffee, zus coffee, gg coffee, free palestine,

Read More

Resepi Simple Vietnam Roll Udang dan Isi Ketam

Resepi Vietnam Roll Udang,

Hai korang.. Lamanya aku tak buat entri resepi.. Selalu je masak dekat rumah time weekend. Cumanya malas nak ambil gambar dan kadang tu sampai terlupa.. Untuk vietnam roll ni rasa nak share pulak dengan korang sebab memang sedap. Korang wajib cuba tau!
 
Resepi ni sangat simple dan yang penting makanan sihat. Siapa yang nak diet tu lagilah sesuai makan.. Aku siapkan bahan-bahan ni lepas balik kerja. Singgah supermarket terdekat.. Bahan-bahan dia pun mudah nak cari tak susah pun.. Tambah pulak untuk bahan kuah.. Memang dah sedia ada dekat rumah..
 
Bahan-bahan seperti dibawah..
 
Resepi Vietnam Roll Udang,

Resepi Vietnam Roll Udang,
 
1. Rice Paper
2. Udang / Isi ketam (rebus)
3. Salad
4. Bihun / Suhun (celur)

Haaa itu ja saja bahan yang digunakan. Tapi tak salah pun kalau korang nak add on timun dan lobak merah.. Hiris nipis-nipis.. Resepi aku ni terpaling simple lah orang kata.. Beli mana yang ada saja..
 
 

Resepi Vietnam Roll Udang,

Cara aku gulung tu tak cantik.. haha.. Ini kali pertama aku cuba buat sendiri. Selalunya beli je.. 

Cara-caranya:

1. Ambil rice paper dan celup-celup dengan air masak, biar dia lembut.. Senang nak balut.
2. Letak bihun/ suhun, salad dan udang/ isi ketam.. Udang tu aku belah dua..
3. Then gulung perlahan-lahan. Takut rice paper tu koyak sebab dia dah lembik.


Resepi Vietnam Roll Udang,

Untuk kuah pula, tumbuk 2 ulas bawang putih dan 3 biji cili padi merah.. Kemudian masukkan 3-4 sudu gula perang.. Perahkan limau nipis dan masukkan air suam.. Kacau-kacau, siappp! Korang agak-agak je masukkan air tu.. Kalau nak kuah cair masukkan banyak sikit airnya.. Pengganti gula perang, guna gula biasa pun boleh je..
 
Selamat Mencuba!
Read More

Lunch Set Ayam Goreng di Restoran Ulam Kampung Jitra

restoran ulam kampung jitra, set ayam goreng,

Harini lapar betul nasi.. Tak tau la sejak sekarang ni berselera betul aku makan. haha.. Lepas demam on off.. First time makan di Restoran Ulam Kampung, Jitra.. Dorang baru buka cawangan di sini. Aku ni memang sejenis suka masakan set ayam goreng, ulam dan sambal belacan.. Memang habis lah sepinggan!

Paling suka bila dapat ayam bahagian peha.. Lepas tu goreng garing, panas-panas. Ulam dia pun fresh! 5/5 rating. Sedap gila guys!

restoran ulam kampung jitra, set ayam goreng,

Dekat sini ada macam-macam jenis set nasi.. Aku dengan kawan order set nasi ayam goreng dan set nasi ayam cili ijo.. Dua-dua sedap! Jujur aku cakap, memang sedap. berapa kali dah aku puji. haha.. Hopefully dorang kekalkan masakan sesedap ni sampai bila-bila.. Next time aku akan try set asam pedas ikan pula..

 

restoran ulam kampung jitra, set ayam goreng,

📍Restoran Ulam Kampung Plaza Seri Tunku Jitra, Kedah

⏰Buka setiap hari kecuali Selasa  (11.00 pagi - 6.00 petang)

Read More

Selamat Hari Guru 2024, Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Thursday, May 16, 2024

 
Selamat Hari Guru 2024,

Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia.. Kakak dan abang ipar aku sendiri adalah seorang pendidik. Aku tengok sendiri penat lelah dorang bertungkus lumus mengajar. Bahkan bukan tu saja hari cuti pun kena ke sekolah sebab ada program itu dan ini.. Bagi aku selain mak dan ayah kita, guru adalah orang yang banyak kenalkan kita tentang dunia dan pengajaran hidup.. Bukan hanya mengajar semata-mata..

Rindunya aku pada cikgu-cikgu sekolah yang pernah mengajar dulu.. Ada yang dah pencen dan ada yang masih kekal disekolah yang sama. Hanya usia yang berubah tapi mereka masih tetap sama. Rumah aku pulak dekat dengan sekolah. Lagilah mengimbau kenangan lama.. 
 
Selamat Hari Guru 2024,

Sempena hari guru ni, kakak aku minta siapkan button badge untuk dia beri pada guru-guru yang lain.. Tema Hari Guru tahun ni adalah "Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani".
 
Tengok lah cikgu-cikgu pakai di baju
 
 
Selamat Hari Guru 2024,

Selamat Hari Guru 2024,

Semoga semua guru diberi kesihatan yang baik dan dapat terus mengajar dengan lebih semangat lagi!
Read More

Lunch di Ayam Gepuk & Tooyu Jitra Kedah

Tuesday, May 07, 2024

Aku teringin nak rasa ayam kicap 3 budak gemok tapi sampai sekarang tak dapat rasa. Baru tau di Jitra ada Ayam Gepuk & Tooyu. Even tak sama tapi boleh lah nampak lebih kurang. First aku singgah sebelum puasa, time tu dorang cakap ayam tooyu stop kejap. yang ada cuma ayam gepuk. Kena tunggu lepas rasa.. Dugaan betul. haha
 
Ayam Gepuk & Tooyu Jitra Kedah, ayam kicap 3 budak gemok,

Jadi ceritanya ni lepas raya lah baru aku dapat makan. Haa so minggu lepas dapat lah hilang craving tu.. Aku sempat ambil gambar nasi saja. haha. punyalah lapar sampai tak menyabar nak makan. Itu pun tak proper, just snap cepat-cepat. 

Untuk tekak aku, sedap juga.. Cuma aku tak suka sangat cili dia.. Tapi untuk ayam kicap tu sedap! 4/5.. Sebenarnya nak buat dekat rumah pun boleh. haha.. Malas dengan tak je. Cili tu dorang blend dan masak.. Macam style aku suka cili digoreng dulu baru gesek dengan lesung batu.. haaa itu baru ngam.. 

Tapi untuk korang yang teringin sangat nak rasa ayam kicap.. Boleh lah cuba disini. 

Ayam Gepuk & Tooyu Jitra Kedah, ayam kicap 3 budak gemok,
Sumber Gambar : Google 

📍No 63, Tingkat bawah, Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah

⏰Buka setiap hari kecuali Sabtu  (11.00 pagi - 6.00 petang)

Read More

Nak rasa Cromboloni sedap? Boleh ke Flour Crown Jitra

Saturday, May 04, 2024

Flour Crown Jitra, cromboloni sedap alor setar, resepi cromboloni,

Hai korang.. Selain dari dessert yang ada di Simpol Cafe, Flour Crown Cafe juga antara yang famous.. First time aku rasa disini. Dah lama sebenarnya nak pergi tapi tak berkesempatan sampailah ke harini.. Sekarang ni tengah hangat kes Ruhainies.. eh bukan! haha.. Tengah cerita pasal makanan ni, hangat cromboloni. Tak semua cafe tau yang pandai buat, ada yang gigit sikit pun dah rasa keras. 

Flour Crown Jitra, cromboloni sedap alor setar, resepi cromboloni,

Cafe dia cute sangat.. Pinky gitu.. Suka betul tengok. Feeling princess! haha. Disini segala jenis pastri ada. Korang yang peminat tegar pastri, boleh lah cuba disini.. Aku pergi time lunch, jadinya takda lah nak order banyak manisan.. Kena makan makanan berat juga.

Flour Crown Jitra, cromboloni sedap alor setar, resepi cromboloni,

Aku pilih Pistachio Cromboloni! 4/5 rating! Sedap korangg.. Bahagian luar rangup dan atas tu ada topping pistachio. Filling dalam dia agak manis, tapi manis boleh diterima. Nama pun dessert kan. Of course manis.. Untuk cromboloni ada 3 flavors. Lagi 2 flavors tu Biscoff & Callebaut Ruby.

Chicken Popcorn Pasta sedap! 4.5/5 rating.. Rasa semua cukup. Tak pedas sangat, masin cheese dan manis semua cukup.. Ada daging slice juga..Perah pulak lemon tuuu.. Tak terkata sedapnya gaisss.

Flour Crown Jitra, cromboloni sedap alor setar, resepi cromboloni,




Ini kawan aku order Nasi Kukus Ayam berempah. Aku review jujur ye.. Nasi ni aku kurang suka sikit.. Ayam terlebih masak, dan jadi agak keras.. Kuah gulai pun biasa saja bagi aku.. 3/5. Tapi korang, ni pendapat personal aku. Mana tau kalau korang rasa, korang akan suka.. 

Flour Crown Jitra, cromboloni sedap alor setar, resepi cromboloni,

Instagram : @flourcrown

📍Lot 10A, Persiaran Mahsuri, Taman Mahsuri, 06000 Jitra, Kedah

⏰Buka setiap hari kecuali Selasa - 12.00 tengahari - 11.30 malam

Read More