SHOPPING DI MOOD REPUBLIK KEDAH DENGAN DUIT HASIL JOB REVIEW

Tuesday, February 28, 2017

Hai semua..


Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelumnya, aku nak share dengan korang barang yang aku shopping di mood republik minggu lepas.. tak banyak pun sebenarnya yang aku shopping, dalam 5 barang seperti gambar dekat atas tu.. di tambah pulak dengan goodies bag yang aku dapat masa majlis perasmian mood republik. ada bermacam-macam goodies bag yang pihak mood republik sediakan, dan alhamdulillah aku dapat sesuatu yang best dan boleh diguna setiap hari. tak salah aku grab goodies bag yang tu. hehe.. gift dalam goodies bag tu semua lain-lain tau. dan aku tak tau la apa yang ada dalam goodies bag orang lain. cuma kawan aku yang pergi sekali tu dia dapat 2 pek susu. tak ingat jenama apa. okay, jom, aku nak tunjuk satu-satu barang yang aku beli..

Dyxy Mineral Face Mist Green Tea


aku first time try beli Dyxy face mist ni. sebelum ni guna jenama lain. apa yang boleh aku katakan pada korang, jenama Dyxy ni memang best! time sembur pada muka tu rasa segar dan bau yang wangi.. aku sembur pada muka time pagi dan malam.. dan before aku pakai krim dan selepas siap pakai bedak semua. then sembur lagi sekali. memang muka nampak licin. if korang yang belum cuba. should try!

Maskara Skinny Microcara


halus sangat bulu maskara ni dan memang best sebab bila kita letak pada bulu mata, bulu mata nampak banyak dan cantik! sebelum ni aku guna maybelline.. saja la nak tukar-tukar.. tapi aku jenis yang jarang guna maskara. time rajin ja guna. time malas tak sentuh langsung. hehe

Huda Beauty Lipstick Matte


Huda lipstick ni memang aku beli untuk readers kesayangan aku.. sapa suka lipstick ni? bagi yang tak pernah cuba lagi, lipstick ni memang matte dan susah sikit nak hilang. tapi bila di basuh lama-lama hilang jugak la.. aku beli 2 warna.. satu warna trendsetter (ala-ala nude) dan satu lagi warna kiss of fire (memang terang gituewww uolss) hehe.. sapa nak angkat ibu jari tangan je. :p memang nak bagi gift pada korang ni..

lagi 2 barang yang aku beli adalah shawl yang dalam gambar dan soft lipmatte Fame (boleh baca dalam entri aku yang lepas).. untuk shawl tu memang best kain dia. mudah bentuk dan tak perlu iron! itu yang penting.. haha. dan lagi satu aku suka sebab warna latar yang soft..

Goodies Bag (Cardigan/Baju) dan Inner scarf


ini gift yang ada dalam goodies bag yang aku dapat tu.. yang warna purple gelap tu adalah baju or cardigan.. boleh pakai mana yang kita suka. kalau nak pakai untuk jadikan dia baju, kena ikat dengan tali yang sama warna jugak dengan baju tu (purple gelap). then if nak pakai untuk jadikan dia cardigan, just lepaskan saja tak perlu nak ikat-ikat bagai.. korang bayangkan la sendiri bentuk rupa cardigan/baju ni.. hehe.. then inner scarf tu senang nak pakai dan warna mustard yang cantik!

itu saja lah barang yang aku shopping di mood republik.. alhamdulillah duit shopping ni adalah hasil dari job review aku.. terima kasih blog kesayangan! <3 dapat juga reward pada diri.. dan ini untuk korang jugak tau..hehe (huda beauty).. okay lah, jumpa lagi. bai! :)


**aku belum sempat nak blogwalking ke blog korang.. nanti aku blogwalking ye. ni pun baru sempat update blog, lepas anak buah aku balik rumah dia dah.. kalau tak, jangan harap aku nak pegang laptop. hehe.. asyik main dengan dia ja..

Read More

FAME COSMETICS - SOFT MATTE LIP CREAM NUDE COLOUR MEMANG MENAWAN!

Saturday, February 25, 2017

Hai..


pagi tadi aku jejak kaki ke Mood Republik yang diadakan di TH Hotel, Kepala Batas, Kedah.. memang masa pembukaan rasmi tu, orang ramai gila. but then, bila dah makin lama, makin sikit. tak tau la time petang nak ke malam pulak kan. sebab aku pergi pagi.. memang nak ke sana, target utama nak beli fame soft matte lip cream! dah lama berkenan, cuma tunggu masa ja nak beli.. sebab kalau beli by hand lagi murah dari nak pos bagai.. siapa dekat sini pernah cuba fame matte lip cream? aku first time nak cuba sebab before ni pakai nyx soft matte lip.. memang teruja gila time pakai. nak cakap kering tak kering sangat. nak cakap lembap tak lembap sangat. sedang-sedang ja.. before beli fame soft matte lip ni memang aku selalu usha instagram dorang.. tengok warna apa yang cantik dan terpaut di hati. hehe..  


memang dari dulu sampai sekarang aku tak suka pakai warna selain nude.. sebab bila aku try pakai warna terang, rasa pelik sangat muka aku. haha. so, better pilih yang soft-soft saja.. fame soft matte lip ni dulu ada 5 warna saja, tapi sekarang semakin laris permintaan, sampaikan dah ada 9 warna.. semuanya gorgeous! cod warna untuk nude ni adalah 002


ini lah warnanya. seakan warna kulit.. bila apply dekat bibir nampak sweet gitueww.. hehe.. packaging dia pun nampak exclusive sangat! before ni, bagi sesiapa yang pernah beli masa first fame soft matte lip ni dilancarkan, packagingnya lain.. sekarang dah lain. lawa!


belanja sikit gambar model tak berbayar. haha. itu lah warna favorite aku yang aku beli di mood republik pagi tadi.. sangat-sangat jatuh cinta dengan warna dia.. best pakai, tak melekit. aku bagi 4.5/5 markah! memang superb! ada before ni, aku pernah cuba matte lip juga, bibir kering gila.. memang dah namanya matte kan. sebab tu aku kalau nak beli selalu survey habis-habis dulu. tapi fame soft matte lip ni, aku tak menyesal beli.. <3

harga aku beli ni adalah RM25 saja.. tapi kalau harga asal RM29. then di campur pulak kalau korang pos. jadinya RM36.. jimat banyak kan? so, korang yang duduk di kedah, boleh la pergi harini ke mood republik, last harini tau! pukul 10 pagi sampai 12 malam. pergi beli sendiri dekat booth fame cosmetics!

ni adalah jenis warna fame soft matte lip! cantik-cantik kan warna dia? gambar ni aku ambil dalam instagram fame cosmetics.. nak share dengan korang, biar korang tergoda. hehe :p ..tadi aku try semua warna di booth fame cosmetics.. kalau yang suka warna terang, warna wild tu cantik!.. if nak campur warna pun boleh dekat bibir korang tu.. ambil la 2 warna yang korang suka then match kan..  

nak tau tak barang apa lagi aku shopping di Mood Republik tadi? tunggu di entri seterusnya ye.. nanti aku share dengan korang. story-story sikit. 


FAME COSMETICS

Read More

PRINT GAMBAR MURAH DAN CANTIK DENGAN DROPRINT

Thursday, February 23, 2017

Hai semua..



sesiapa dekat sini suka print gambar dan simpan buat kenangan? kalau sama kita geng! hehe.. bagi aku kan, kalau kita asyik snap pic banyak-banyak tapi last sekali terpaksa delete sebab banyak sangat gambar, so apa kata korang print gambar korang tu dan simpan. banyak tau sebenarnya boleh buat dengan gambar yang korang dah print nanti.. dan tak ada la phone korang pun nak hang tetiba kannn, sebab berat sangat dengan gambar-gambar selfie korang tu. hehe.. okay ke kalau print gambar? last sekali simpan jugak! ehhh,, korang boleh buat macam-macam tau lepas print tu, hari-hari korang boleh tengok memori korang yang lepas-lepas.. boleh letak dalam album, frame, boleh hias dekat dinding bilik (macam yang tengah trend sekrang tu) cantik tau! simpan dalam kotak ke.. macam-macam lah boleh buat..


habis tu dekat mana nak print gambar-gambar murah dan senang ni? okay meh sini aku nak jerit kuat-kuat dekat korang, DROPRINT.. hehe. apa tu? website ke aplikasi ke? nak tau? korang kena baca sampai habis dulu.. okay, Droprint ni adalah satu aplikasi dalam phone yang korang boleh guna untuk print gambar dengan mudah dan senang.. macam mana caranya? korang boleh ikut step di bawah ye..


1. Muat turun applikasi droprint dari Playstore / Appstore
2. Buka droprint dan log masuk menggunakan Facebook atau korang boleh sign up baru 
3. Pilih favorite style print yang korang suka (ada 3 jenis: print biasa, photobook, dan ada jenis yang dapat giftbox) boleh pilih 20 gambar atau lebih dalam gallery phone korang tu
4. Isi no phone dan alamat penghantaran, then terus upload gambar yang dipilih tadi
5. Bila dah 100% selesai upload gambar, boleh terus buat payment!


mudah ja kan? lepas tu tunggu dalam 2-3 hari, gambar dah sampai depan mataaa! serius cantik! applikasi droprint ni memang sesuai untuk android dan ios.. semua pengguna boleh guna.. lupa nak cakap pasal harga.. untuk style photobook RM48 (perfect bind untuk 32 pages), style prints biasa RM21 untuk 20 pieces, dan untuk style giftbox RM28 untuk 20 pieces.. nak cuba ke? haa meh aku nak bagi voucher RM5 untuk korang if korang print gambar guna applikasi droprint (voucher code: 2Q8W9Y)

cepat-cepat download applikasi Droprint ni dalam phone korang! jangan lupa guna voucher aku bagi tu ye. btw lupa nak bagitau yang kotak hitam tu tidak disediakan oleh pihak droprint, itu kotak aku sendiri, aku bagi tau ni sebab tak nak ada yang salah paham nanti.. hehe. tapi jangan risau droprint pun ada sedia kotak jugak if korang pilih yang style giftbox tu.. kotak droprint lagi comel! 


lepas korang print gambar korang tu, boleh la share dengan rakan-rakan yang lain, kebahagiaan korang bersama DROPRINT :)


Official website: http://www.droprint.my/

Read More

RESEPI MEE GORENG BASAH

Hai..


sambil berblogging ni tetiba rasa lapar pulak. hee.. tengok dalam peti ada mee, so, masak la campak-campak.. asalkan ada rasa mee goreng basah.. :p taugeh pun ada dalam peti, sebab mak beli siang tadi masak sayur taugeh.. bagi aku kalau tak ada taugeh tak sodap.. mee goreng basah ni tak boleh buat banyak-banyak sebab rasanya cepat muak dan cepat dahaga air.. lepas makan mee terus melingkar macam ular sawa. haha. kekenyangan! so dalam entri kali ni, aku nak share dengan korang resepi yang kalau korang rasa macam nak tambah 2 pinggan lagi. hahaha.. korang kena cuba! hehe. sangat simple dan semua bahan-bahan yang aku guna ni, semuanya favorite aku, if kalau korang tak suka taugeh ke apa ke, tak payah la letak.. boleh ganti dengan benda lain

Bahan-bahan:

1. udang
2. isi ayam
3. 2 sudu besar cili kering kisar (yang dah diblend dengan bawang merah.. ini mak aku akan buat stok letak dalam peti, senang kan.. boleh guna bila-bila saja nak masak)
4. 1 sudu besar cili sos
5. sedikit kicap
6. taugeh
7. sebelah tomato (di potong dadu)
8. daun sup/bawang (untuk ditabur akhir sekali)
9. 3 ulas bawang putih diketuk
10. mee kuning

Cara-caranya:

1. Letak sedikit minyak dan bawang putih
2. Masukkan ayam dan seterusnya udang, biar sampai agak-agak dah masak
3. Seterusnya masukkan tomato 
3. Masukkan cili kisar, sos,  dan kicap (kalau nak masukkan perasa boleh masukkan sedikit)
4. Masukkan mee dan taugeh (jangan masak lama sangat) dan angkat
5. Taburkan dengan daun sup/bawang


Selamat mencuba! :)

p/s: nak start blogwalking ke blog korang.. tunggu ye.. hehe 
Read More

BRIM DAH MASUK DALAM AKAUN WALAUPUN TIADA REKOD STATUS KREDIT

Wednesday, February 22, 2017


Alhamdulillah brim dah masuk hari ni pada 22 Februari 2017 dalam akaun maybank.. walupun tiada status pengkreditan tapi duit dah selamat masuk dalam bank.. ada kawan aku yang belum masuk, dorang guna bsn dan cimb bank.. mungkin lambat sikit untuk proses duit masuk dalam bank tu.. seronok sangat ke dapat duit rm450? eh mesti la seronok. bukan senang nak dapat duit, apatah lagi sekarang tengah tanam anggur dekat rumah ni. hehe. dalam masa yang sama hari ni jugak duit hasil job review pun masuk jugak rm100.. alhamdulillah rezeki dari Allah.. duit ni aku nak gunakan untuk bayar duit konvo aku.. banyak jugak la yurannya tu rm175. huhu.. InshaAllah konvo akan diadakan di uitm shah alam pada bulan 4 ni.. dan ada satu lagi, yang belum aku langsaikan.. amboi, macam hutang along tu. hehe.


hutang ptptn aku yang belum aku mula bayar sikit pun.. huhu. so bulan ni nak start bayar, rm135 kalau tak salah. kenapa nak start bayar cepat sangat? ini tak cepat sangat pun, dah lama sangat ptptn untuk diploma aku, tahun 2013.. kalau tak bayar jugak, nama akan di blacklist dari semua pinjaman. dari aku biarkan terus blacklist baik aku bayar. aku dah cek dengan ptptn, yang nama aku akan di blacklist, akannn ye, belum lagi.. hehe. kalau bayar bulan ni, bulan depan nak cari duit mana pulak dengan aku tak keja lagi ni? ermmm ada la tu rezeki dari DIA.. cari lah dekat mana pun. :p janji kena bayar jugak.. apapun  Alhamdulillah dapat brim tahun ni.. untuk pertama kalinya tau aku apply brim, sebelum ni tak pernah.. okay la, dah penat membebel. jumpa lagi di entri seterusnya. :)
Read More

7 LIFE GOALS SEORANG BUSYRA TAKIYUDIN

Tuesday, February 21, 2017

Hai semua..


dah 2 hari blog tak ber update.. bukan busy, bukan malas but I have no idea what to write about. Absolutely no idea :( dah la aku ni jenis cepat sangat rindu pada blog.. :p haha.. kalau boleh setiap masa nak buka tengok blog sendiri.. biar la orang nak cakap syok sendiri ke apa pun, yang penting aku happy. :) dalam masa 2 hari tu, bila buka button new post, then taip padam taip padam.. sebab aku rasa entri yang aku taip tak ada kualiti langsung.. dan rasanya tak seronok la share benda yang buang masa orang untuk baca.. actually, malam ni pun aku tak ada idea nak update.. tapi kalau nak tunggu sampai ada idea, alamatnya tahun depan pun tak ber update blog aku ni.. aku salute dengan blogger yang hari-hari ada idea untuk update blog. dulu before masuk tahun 2017, azam bukan main nak update blog setiap hari.. sekarang ni? hampeh. haha.. dah miss banyak hari dah ni..

so dalam entri kali ni aku nak share dengan korang life goals aku.. nak sangat benda ni tercapai.. yap! hopefully.

1. Dapat kerja yang sebetulnya dengan bidang yang aku ambil selama 5 tahun (diploma + degree) (Town & Regional Planning) maksud aku kerja yang sebetulnya tu (masuk government dan tetap, bukan kontrak)

2. Bawak mak dan ayah ke tanah suci Mekah (tak dapat buat haji pun, buat umrah pun dah besar rahmat dari Illahi)

3. Simpan banyak duit poket sendiri.. bukan duit dari hasil family beri tapi hasil titik peluh sendiri bekerja.. so dengan duit tu boleh beli rumah dan kereta sendiri (sebab sekarang pakai kereta ayah)

4. Travel satu dunia dengan family or kawan.. dan semestinya tempat idaman aku adalah Istanbul, London, Paris dan banyak lagi lah! satu dunia kannnn.. hehe

5. Jadi seorang "travel photographer" yang bagus.. guna kamera yang power like DSLR. sebab aku tak pernah nak pandai ambil gambar yang cun! semuanya gambar yang kadang tu blur, tak cerah dan macam-macam lah.

6. Bantu orang yang kurang bernasib baik.. maksud aku tolong orang miskin, anak-anak yatim, homeless.. memang aku ada impian besar! aku nak buka sebuah yayasan untuk orang-orang macam ni.. aku pegang satu kata-kata dari dulu sampai sekarang "Aku belajar memberi bukan kerana aku ada 'lebih' tapi kerana aku faham bagaimana rasanya tidak ada apa-apa"..

7. Get married!! siapa tak nak kawin kan? semua orang nak ada bahagia dengan pasangan sendiri.. macam tu jugak aku. cuma sekarang bukan masanya mungkin. sebaik-baik perancangan tu datang dari DIA.. so, aku just follow the flow.. usaha, doa, tawakal pada Allah yang one day, dia izinkan aku untuk kawin dengan orang yang mirip dengan remy ishak! haha. tak da la, sesiapa saja.. janji pilihan dia adalah yang terbaik. InshaAllah :)


itu lah antara 7 life goals aku.. sebenarnya kalau nak list, memang banyak.. semua nak! doakan busyra takiyudin untuk capai semuanya ye.. <3 korang macam mana? apa life goals korang? share la sikit.. nak buat entri pun boleh di blog masing-masing :)


Thank you for reading :)

Read More

GOOGLE ADSENSE TERIMA PERMOHONAN UNTUK KALI PERTAMA

Saturday, February 18, 2017

Assalamualaikum, hai..


hari ni nak borak dengan korang pasal google adsense.. aku pasti yang korang semua memang familiar dengan google adsense sejak korang jadikan diri korang as blogger kan.. hehe. skemanya ayat aku,. :p aku sebenarnya belum tahu sepenuhnya pasal google adsense ni, setakat ilmu cetak yang aku ada belum cukup memadai nak cakap pasal adsense.. yang aku paham tentang Google Adsense ialah sebuah website pengiklanan online yang dikuatkuasa oleh Google sendiri.. so kalau kita as blogger nak cari duit lebih dengan berblogging, bolehlah apply Adsense ni.. macam mana caranya nak dapatkan duit? korang just letakkan banner iklan Google Adsense di blog masing-masing, then bila ada readers yang masuk dan klik iklan korang tu, automatik korang akan dapat duit.. best kan? 

Alhamdulillah Google Adsense dah terima permohonan aku weiii... hehe.. seronok lebih kau busyra! saja nak happy, nak senyum senyum sendiri.. sepanjang aku berblogging since 2010 sampai lah tahun 2017, aku tak pernah cuba sekali pun untuk mohon Google Adsense.. aku just banyak membaca blogger-blogger lain tulis tentang Adsense ni., teringin tu teringin jugak, cuma mungkin masa tu tak terasa nak buat duit sendiri lagi.. sampailah 10 Februari 2017, aku try untuk mohon.. dan alhamdulillah 4 hari kemudian, google hantar email cakap dah approved! thank you google! sebab sudi terima blog buruk aku ni.. so pada 14 Februari 2017, iklan-iklan dari google dah pun keluar dalam blog aku. happy nyaaa!


sebenarnya takut google tak terima dan tolak permohonan aku ni.. tapi sebaliknya. sebab tu sayang lebih dekat google dari yang lain! hehe :p berita ni tak berapa nak happy lagi berbanding dengan blogger di luar sana yang dah terima surat dari Google Adsense! itu lagi happy.. terima surat macam mana tu? Okay macam ni, permohonan Adsense ni banyak fasa tau. first diterima dekat email, then nanti kalau korang dah dapat $10 USD, barulah terima surat pengesahan dari Adsense.. so, aku ni lambat lagi la nak dapat surat tu, sebab baru start.. doakan aku untuk dapat kumpul sampai $10 USD! :) sekarang berapa? hahaha. sekarang baru $0.57 USD! sikit sangat.. dah 4 hari dah bersama Adsense..

korang mesti dah banyak kan? berapa? share la sikit.. :p if yang belum apply, boleh la apply ye.. dari kita asyik berblogging, apa kata kita kumpul duit tabung.. macam mana nak apply? pergi dashboard, then dekat tepi sebelah kiri ada tulis "Earnings".. ha tekan situ.. ia sebaris dengan posts, stats, comments tu... selamat mencuba untuk melamar Adsense! :) nanti boleh la share dengan blogger lain tentang cerita Adsense korang..

Read More

ROTI GARDENIA BAKAR LETAK TELUR

Friday, February 17, 2017

Hai.. Selamat malam semua..


banyak resepi yang aku teringin nak buat! semuanya dari facebook.. aku ada follow satu page resepi masakan, macam-macam post makanan setiap hari.. bukan saja masakan western tapi masakan kampung pun ada. banyak sangat resepi! semua teringin nak buat! tapi tak pandai pun. haha.. tadi tengok roti bakar letak telur plus cheese.. tapi mana nak dapat cheese memalam ni. so tak letak la cheese.. aku tukar ikut sedap mulut sendiri. aku letak serbuk chili flakes dan serbuk lada putih! sebenarnya orang cakap kalau telur separuh masak baru sedap kan.. tapi aku tak boleh nak telan telur separuh masak. haha.. sebab tu buat sampai masak..
Read More

NUTELLA CUPCAKES HANYA GUNA 3 BAHAN!

Wednesday, February 15, 2017

Hai..


petang tadi nampak nutella dekat atas meja and still banyak lagi, maklum la selalunya adik aku yang selalu habiskan nutella tu.. tapi ni dia dah balik ke politeknik dia, so tak da siapa la nak makan sangat. tinggal aku dengan mak dan ayah ja.. siapa lagi nak makan kan, mak dan ayah lagi la tak sentuh langsung. haha.. terus terlintas nak buat nutella cupcakes, sebab bahan-bahannya semua dah ada dekat rumah.. eh senang sangat ke nak buat ni? memang senang sangat! yang lelaki pun boleh buat, kacau-kacau sikit terus bakar! tengok tajuk pun dah cakap kannn, hanya guna 3 bahan saja.. tapi tadi terpaksa jugak keluar sebab nak beli bekas cupcakes tu.. so, jom meh tengok cara-cara buat nutella cupcakes!
Read More

SIAPA BLOGGER UTARA?? SILA BACA!

Tuesday, February 14, 2017


Hai.. sepanjang 6 tahun aku berblogging, macam-macam jenis blogger yang aku kenal even tak pernah jumpa sekalipun.. ada blogger utara, selatan, timur, semualah.. seronok kan sebenarnya jadi blogger ni, boleh dapat beribu riban kawan.. haha.. sepanjang korang jadi blogger ni dah berapa post yang korang dah post dalam blog? ada tak korang buat planning untuk blog korang? untuk jangka masa pendek dan panjang.. perlu ke? ehhhh.. jangan fikir main-main, blog ni macam satu career jugak tau! kena update setiap hari, kalau tak update macam buat kerja office tak selesai. hehe.. ke korang tak ada langsung plan untuk blog? macam kalau hari ni nak update, then update.. kalau esok tak nak, tak payah.. macam tu ke? tak kisah la apa pun yang korang buat, aku yakin korang ada aim korang sendiri dalam blogging.. 

berbalik pada tajuk entri aku ni, siapa dekat sini blogger utara? sebab aku tengah cari dan nak kumpul semua blogger dari utara.. 

kenapa nak cari blogger utara? 

tak ada apa yang penting pun.. salah satunya sebab aku adalah salah satu blogger yang berasal dari utara.. aku cuma nak kumpulkan semua blogger utara saja.. lepas tu aku nak letakkan semua link blogger utara pada satu ruangan khas dalam blog aku.. 

Ini satu giveaway ke?

eh tak da la.. ini bukan giveaway ke apa.. ni hanyalah suka-suka dan ingin kenal dengan blogger utara dengan lebih rapat lagi.. tapi inshaAllah, tahun ni aku nak langsung kan giveaway juga! stay tuned! tengah survey hadiah yang menarik. jangan risau sebab giveaway aku, tak ada sponsor or apa. semuanya dari aku sendiri. tujuan tak ambil sponsor? sebab aku tak berapa suka kalau sponsor banyak-banyak.. kalau satu okay la. hehe.. dan aku nak memudahkan semua blogger lain yang nak join giveaway aku nanti. :)


Nanti akan ada event ke untuk blogger utara?

itu tak tau lagi.. mungkin masa panjang sebab aku teringin sangat nak jumpa kawan-kawan blogger. thats why aku nak kumpulkan semua blogger dari utara. bukan tak nak blogger dari lain tapi untuk memudahkan proses perjumpaan.. yelakan tak semua blogger yang bekerja dan ada duit untuk jumpa. at least kalau sebelah utara ja tak da la jauh sangat kan.. korang teringin tak nak jumpa blogger-blogger lain? ke aku ja yang excited? hehe

Yang dah ada kelab blogger lain boleh join ke?

bolehhh.. tak ada masalah.. kita blogger untuk semua kan? tak kisah kalau korang dah ada kelab sendiri pun if nak drop link dekat bawah.. tak ada masalah.. 

Apa kelebihan kalau tinggalkan link di ruangan komen?

tak ada apa-apa kelebihan untuk jangka masa pendek ni.. tapi untuk jangka masa panjang, tak tau lah kan. mungkin kita dapat jumpa.. tak habis-habis nak jumpa.. haha. :p .. banyak tau kelebihan kalau blogger dapat jumpa sama-sama ni.. dapat borak lebih mendalam tentang blogging.. sebab kalau aku borak dengan kawan-kawan aku, dorang tak paham dan tak memahami pun pasal blogger. haha.. sebab dorang tak rasa nikmatnya jadi blogger. amboi kau! :p


itu saja beberapa soalan yang aku dah jawab kalau terlintas dekat fikiran korang.. if ada soalan lain, boleh tanya.. so, korang blogger utara? tunggu apa lagi, sila komen link korang di bawahh.. <3 blogger lain pun boleh nak komen untuk memeriahkan lagi kotak komen aku tu. hehe.. 

Read More

WATERMARK SIMPLE GUNA PHOTOSHOP

Monday, February 13, 2017

Hai..


baru-baru ni aku ada baca entri pasal watermark di blog kak Lea Azleeya.. memang selama ni nak buat watermark baru pun, cuma masa tu tak sempat. aku ni jenis lepas edit, nak edit lagi.. sampai lah puas hati.. even hanya simple, tapi cukuplah memadai ada watermark.. dah lama rasanya aku tak ada official watermark.. maksud aku, yang betul-betul punya.. gambar-gambar yang sebelum ni semua aku edit satu-satu ni photoshop.. contoh kalau entri semalam pasal makanan, so letak tajuk makanan pada watermark tu dan sebaliknya lah.. kalau pasal review, letak tajuk review... letih woooo gituuu. haha.. edit satu-satu.. sekarang ni bila dah ada watermark sendiri, just drag ja masuk dalam gambar, tak perlu nak edit lagi..
Read More

Resepi Maggi Udang Galah Simple

Sunday, February 12, 2017

Hai.. 


malam ni tak makan nasi pun and just masak maggi yang mudah dan apa yang ada dekat dapur.. so, dalam entri kali ni aku nak share dengan korang resepi aku sendiri yang aku main campak2 ja. :p ..tapi yang bestnya campak2 ni, yang tu yang sedap! tak percaya? haaa korang try esok masuk dapur dan campak2 ja apa nak masak. confirm sedap! hehe.. memandangkan dalam peti ada udang galah, boleh la letak dalam maggi nanti. selalunya kalau masak maggi aku akan masukkan telur or ayam.. tapi tak tentu jugak, kalau tengah malam time lapar, kadang tu aku bedal ja letak air panas then rendam. haha.. itu paling malas habis! resepi maggi ni aku tak letak cili kisar ke apa ye. abes tu letak apa? haaa meh tengok bahan-bahannya..
Read More

DIY BEAUTY | NAK CANTIK? KENA LA BERSEMUT DENGAN MADU SETIAP MALAM!!

Saturday, February 11, 2017

Hai..


tajuk tu mungkin macammmmm... hahhh. kena letak madu dan gula tiap malam sampai semut datang ke? haha.. tak ada la macam tu.. lepas pakai tu, jangan la terus tidur, main la phone dulu ke, buka laptop blogging ke.. then lepas beberapa minit cuci laaa.. mudah ja kan? amalkan tiap malam. confirm kulit lembap sepanjang hari.. ini organik punya rahsia tau.. mungkin lambat sikit nak jadikan kulit lembap tu. tapi InshaAllah dan dijamin selamat. tiada bahan kimia. so, apa salahnya cuba kan? melekit tak?? yep! tak dinafikan memang melekit. madu kotttt. haha. tapi kejap ja pakai. then bilas la dengan air.. aku tak selalu buat sangat. kadang tu seminggu hanya 2 kali.. malas nak buat setiap malam..
Read More

RAHSIA DAPAT SEO BLOG 100%

Thursday, February 09, 2017


setiap hari bila aku buka blog, aku akan usaha untuk pastikan yang blog aku akan capai score 100%.. sebab aku tak pernah capai score paling tinggi. penah dapat pun 80% ja.. macam2 dah aku edit dekat html tu sampai blur.. rujuk tuto sana sini. ada yang aku paham dan ada yang tak paham. mungkin dulu, aku ambil lewa pasal seo blog ni, sebab aku tak tau kuasa seo ni segalanya.. haha. melampau kau busyra! so, tadi still lagi godek google untuk nak pastikan blog mencapai 100%.. tengok dekat bloglist aku tadi, ada seorang blogger yang update entri blog pasal "Tips Edit Blog Seo Friendly".. terus aku buka link dan edit! then apa jadi??
Read More

BOAT NOODLE DI ALOR SETAR | KAFE HLM AUTHENTIC

Wednesday, February 08, 2017


Petang tadi pusing2 bandar alor setar, terus teringat Boat Noodle yang kawan aku cerita haritu.. so, cari punya cari, akhir jumpa jugak.. rupanya Kafe HLM Authentic ni tingkat satu. tak perasan.. first time sebenarnya rasa boat noodle dekat kafe ni.. ramai jugak yang menyinggah dekat situ dan order bertingkat2 mangkuk boat noodle. hehe. yelakan nama pun boat noodle, sikit sangat mee dalam mangkuk tu.. kalau time lapar memang tak kenyang la jawabnya. so, sedap ke tak sebenarnya boat noodle dekat sini? nak bagi berapa markah ni? hehe. haaa meh la teruskan baca, mana tau nanti korang boleh singgah ke sini.
Read More

CARA ORDER COFFEE DALAM 8 BAHASA UNTUK KAKI TRAVEL

Tuesday, February 07, 2017

Hai..


dalam entri kali ni aku nak share dengan korang 8 bahasa yang boleh digunakan masa korang travel dekat oversea... especially pada yang kaki travel tu, boleh la hafal dan hadam. hehe. tapi ini cara untuk order coffee je la.. sebab mostly kalau kita ke cafe or kedai biasa dekat oversea mesti akan order coffee.. orang sana mana la faham bahasa kita..so nak tak nak kita kena la hafal word2 yang biasa dan mudah di sebut. susah ke nak hafal? bagi yang kaki travel tu, tak susah mana pun korang nak hafal, sebab kawan aku pun salah seorang kaki travel jugak. before nak ke oversea, dia akan study word2 yang mudah dan selalu digunakan di negara orang. so let's!
Read More

TAKOYAKI SEDAP DENGAN SOS MELIMPAH!!

Sunday, February 05, 2017

Hai..


petang2 macam ni, selalunya akan keluar cari makan. sebab perut dah lapar. so perlu diisi dengan makanan.. hehe. untuk petang ni, no cucur udang, no cucur pisang, no nasi lemak. tapiiii takoyaki!! dulu kan masa dekat uitm time study dulu. banyak ja makcik2 jual dekat dalam u, dekat pasar malam.. tapi aku tak terasa nak makan sangat... pernah sekali ja kot cuba dekat satu makcik ni. tapi kurang sedap.. mungkin bahan2 yang dia masukkan tak cukup. ada yang kurang.. tadi jenjalan cari makan, terus teringat takoyaki yang aku selalu beli.. memang sedap gila! tak tipu. terus bookmark muka makcik tu dengan kedai dia!.. haha :p ..resepi dia tu lain dari yang lain..
Read More

SKIN CARE PRODUCT REVIEW: SWISSVITA SERUM

Saturday, February 04, 2017

Hai..


korang ada mengalami masalah kulit? seperti kulit tak sekata? berjerawat? okay.. dalam entri ni aku nak share dengan korang 3 jenis serum yang mampu membantu korang mendapatkan semula kulit yang cantik dan jauh dari jerawat! Apa itu Swissvita? Swissvita ialah produk penjagaan kulit yang bebas dari parabens, alkohol, wangian dan pigmen.. so, tak perlu risau sebab produk dari Swissvita ni selamat digunakan oleh semua jenis kulit. Produk ni disimpan dalam tiub aluminium gred farmaseutikal untuk mengelakkan pencemaran/kuman2 dari masuk ke dalam.
Read More

REVIEW: GOLDEN MUSHROOM MASK SHEET

Thursday, February 02, 2017

Hai..


hari ni nak share dengan korang betapa lembutnya kulit aku lepas pakai Golden Mushroom Mask Sheet! terasa anjal pulak kulit ni. :p ..masa start letak dekat muka tu rasa sejuk sangat. melekit tak? rasa melekit la sikit masa start pakai, lepas dah kering tu, rasa selesa! aku letak dekat muka dalam 20 minit saja then bilas dan lap dengan tuala bersih. masa pakai tu korang duduk dekat depan kipas. fuhhh sejuk dia makin terasa. bagi sesiapa yang kulit kering, boleh lah selalu pakai mask ye, sebab mask melembapkan kulit kita. kenapa di panggil mushroom mask? kerana cendawan adalah baik untuk kulit dan bahkan untuk rambut dan kesihatan. 
Read More

WEDDING | E-DAY KAWAN SATU UNIVERSITI

Hai..

baru2 ni kawan satu uitm aku bertunang. Alhamdulillah selesai satu step dah boleh fikir step seterusnya. hehe. seronok sebenarnya tengok hari bahagia kawan2.. tema warna merah! maklumlah tahun baru cina kan. haha. baru ada ong! tapi seriously, she looks so beautiful. dengan makeup kena dengan muka. dengan baju warna merah. mana tak menyerlah! aku pun terpegun tengok tambah lah tunang dia. :p ..majlis diadakan di Jitra, Kedah dan berlangsung lepas zohor jam 2.30 pm

Read More