CARA BUAT SCHEDULED POSTS DI FACEBOOK PAGE

Friday, October 06, 2017

Hai semua..


Pernah tak korang rasa malas dalam sehari tu nak up post di page facebook? mesti ada kan, sebab kita ni setiap hari bukannya rajin, bila datang time malas tu.. satu apa pun tak jalan.. haha. so, dalam entri kali ni busyra nak memudahkan korang untuk post korang tu selalu berupdate even ada hari korang malas nak tulis.. memang cara ni dah ramai yang tau.. tapi busyra pasti masih ramai yang belum tau tentang Scheduled posts! Jadualkan post korang tu hari ni, esok dan hari-hari seterusnya.. busyra sendiri memang selalu buat cara ni. So macam mana? meh sini busyra nak share tutorialnya..

1. Buka page macam biasa

2. Klik pada bahagian Publishing Tools


3. Klik pada Scheduled Posts


4. Kemudian klik button Create dan akan muncul box "create new page post"




5. Tulis apa saja yang korang nak tulis untuk post tersebut.. then tekan Scheduled!


6. Lepas tu akan naik box yang korang perlu set kan masa dan tarikh.. then klik scheduled lagi sekali! contoh macam busyra ni, busyra set kan pukul 8 pagi kejap lagi..


7. Settle! esok pagi korang tengok-tengok dah ada post korang yang dah set up semalam.. buat lah banyak mana yang korang nak kalau time rajin tu.. 


Tips untuk facebook page selalu aktif.. set kan 3 scheduled posts untuk sehari.. pagi, petang dan malam.. dan macam tu jugak la untuk hari-hari seterusnya.. 


sama juga macam blog. kalau time rajin tu, busyra akan buat schedule post.. mudah sikit kalau time hari malas tu.. hehe. okay! semoga entri ni berguna untuk korang! bai.

24 comments

  1. Nice info Busyra, buat masa ni saya pakai handphone tak dapat nak explore habis... office pula sekat FB.. haha....

    ReplyDelete
  2. Owh....facebook pages pun boleh ye schedule...sng la mcm ni...tq busyra

    ReplyDelete
  3. Kak ana tak buat lagi page FB sendiri. Ramai juga yang dah start ada page sendiri ni kan. Nak kena buat juga nampaknya.

    ReplyDelete
  4. Takde page FB lagi. Maybe nanti nak buat satu page for blog. Hehe.

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang guna juga kalau sempat..hihi

    ReplyDelete
  6. Awat akak baru tau. Haha.. Lepas ni akak schedule sajalah.

    ReplyDelete
  7. menarik juga..

    ada masa nak cuba juga..

    harap ada masa untuk mencubanya nanti

    ReplyDelete
  8. selepas ini senang nak jadualkan post2x yang berkaitan kat post. hehe

    ReplyDelete
  9. good.
    aida pom xde page for blog.
    blog kecik. segan nak buat page ha ha...

    ReplyDelete
  10. Memang selalu buat scheduled post untuk hari hari malas..haha..lagi satu kalau nak g holiday panjang pun boleh buat scheduled post jugak :-(

    ReplyDelete
  11. baru tau pasal ni busyra..thanks tau..nak cuba godeh2 nanti

    ReplyDelete
  12. Oo..saya baru tau boleh buat scheduled macam ni. Biasa download apps amcam hootsuite untuk schedule post. Thanks for the info. =)

    ReplyDelete
  13. Senang bila dah buat auto schedule ni xperlu masuk FB banyak kali nak update..:)

    ReplyDelete
  14. FB page AS memang lagi aktif dari personal timeline huhu..sebab schedule post ni la..
    #annursyuhadahdotcom

    ReplyDelete
  15. mek pun buat schdule post sebab mek tk ckup mase nak post hari hari :) tu yg BW lambat skit

    ReplyDelete
  16. kan.. senang kalau dah set schedule.. nice sharing..

    ReplyDelete
  17. wah bagusnya..mudah la pasni sesiapa yang busy

    ReplyDelete
  18. saya tak ada FB, apatah lagi FB page.. ermm.. btw, entry ni sangat berguna untuk para bloggers. TQ for sharing busyra

    ReplyDelete
  19. thanks share tuto ni Busyra. page biz akk da lama tak berupdate.huhu.
    ada cara ni leh aktifkan semula

    ReplyDelete