Kerabu Maggi Sedap Warna Hijau di Alor Setar.. unik sangat!

Friday, November 26, 2021

kerabu maggi city plaza alor setar, kerabu maggi sedap di kedah, daun ketumbar, dekat mana kerabu maggi sedap di alor setar,

Kerabu Maggi Sedap Warna Hijau di Alor Setar.. unik sangat! | siapa suka kerabu maggi baik mengaku cepat… busyra memang tekak thai, tak kisah la mana-mana kedai yang singgah kalau ada menu kerabu maggi confirm akan cuba.. benda wajib! then akan compare dengan semua kedai yang pernah cuba..


kerabu maggi city plaza alor setar, kerabu maggi sedap di kedah, daun ketumbar, dekat mana kerabu maggi sedap di alor setar,

korang yang stay di kedah tapi belum pernah try kerabu maggi di City Plaza, Alor Setar, wajib p cuba sekarang. hehe. tak tau la kalau rasa tekak kita tak sama kan.. busyra boleh cakap dekat sini antara yang tersedap di Alor Setar.. korang boleh request nak pedas ke tak.. selalunya busyra ambil yang biasa je, sebab kalau pedas jenoh menahan air mata turun.. haha.

busyra terlupa nak ambil gambar kedai.. kedainya kecik je dalam City Plaza ni haaa. orang Alor Setar kalau tak tau CP tu tak tau nak cakap lah.. hahah. famous dari zaman sekolah lagi, dulu mai sini naik bas.. adoi laaa teringat zaman budak-budak dulu.. haishhh. rindu! 


kerabu maggi city plaza alor setar, kerabu maggi sedap di kedah, daun ketumbar, dekat mana kerabu maggi sedap di alor setar,

busyra jenis yang tak makan daun ketumbar.. so kena request tak nak letak.. makcik ni punya la baik siap cakap lagi kalau tak mau ketumbar, daun sup ada.. bagus betul dia! bukan setakat ada udang, tapi sotong, fish ball, crab stick.. memang banyak bahannya.. harganya RM6.. rating busyra bagi 8/10 .. tips makan kerabu maggi, jangan bungkus bawak balik.. haha confirm dah tak sedap, maggi jadi kembang!
Read More

Cornetto Dark Chocolate Brownie & Brown Sugar Boba Cheese

Friday, November 19, 2021

Cornetto Dark Chocolate Brownie, Cornetto Brown Sugar Boba Cheese, Cornetto baru sedap ke,

Panas tengahari memang sedap kalau basahkan tekak dengan aiskrim kan.. Busyra dah terpengaruh dengan beberapa blogger yang buat review pasal cornetto rose.. Terus esoknya pergi 7E nak beli aiskrim tu... ehhhh alih-alih ternampak aiskrim baru dari cornetto jugak.. lain kali lah beli yang cornetto rose tu.. hehe. terus grab cornetto dark chocolate brownie dan cornetto brown sugar boba cheese.. 


Cornetto Dark Chocolate Brownie, Cornetto Brown Sugar Boba Cheese, Cornetto baru sedap ke,


packaging dari Wall's memang tak pernah mengcewakan, cantik betul design dorang! banyak sebenarnya flavor aiskrim yang dah dorang keluarkan.. busyra grab mana yang sempat je ni.. masa busyra sampai di 7E memang banyak sangat aiskrim cornetto, mungkin baru topup masuk.. rambang mata nak pilih flavor.


Harga untuk 1 aiskrim RM3.60.. Busyra tak tau la kalau tempat korang harga berapa.. sebab lain tempat rasanya lain harga.. harga 7E memang akan mahal sikit dari kedai biasa.. 


Cornetto Dark Chocolate Brownie, Cornetto Brown Sugar Boba Cheese, Cornetto baru sedap ke,


Cornetto Dark Chocolate Brownie

Terasa sangat dark chocolate dia tu.. dicampur pula dengan ketulan brownies. yang penting dia tak manis sangat. cuma kalau makan lebih dari 1 mesti akan rasa muak.. 8/10


Cornetto Brown Sugar Boba Cheese

Rasa cheese dan masin-masin sikit.. ketulan kecil-kecil atas aiskrim tu pun rasa cheese.. rasa macam makan keropok super ring.. haha. 7/10..


Korang dah try ke belum?


Read More

Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake di Gatto Cafe Alor Setar

Tuesday, November 16, 2021

Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,

Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake di Gatto Cafe Alor Setar | Minggu lepas dekat timeline facebook busyra ada orang share minuman menarik di Gatto Cafe.. apa lagi terus ke sana sebab nak rasa sendiri sedap ke tak.. Nama Gatto memang tak asing lagi dengan busyra disebabkan owner yang sama menjual makanan kucing dan buat servis gromming.. haaaa kaya tak kaya owner nya.. sekarang buka cafe pulak!


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,


Gatto Cafe telah dibuka pada bulan Mei lepas, tahun ni.. baru lagi lah kan.. bila tengok menu di kedai dia terus rasa nak beli semua.. tapi setelah berbincang dengan perut dan hati, dua jenis minuman je yang termampu.. tak pasal-pasal perut kembung.. hehe


Nasib baik lah time ke sini orang tak ramai, ada dalam 3 orang macam tu je.. tak da la nak menunggu terlalu lama kan.. yang bestnya dekat cafe ni, kita boleh scan bar code di kaunter untuk tengok list menu.. sangat memudahkan customer.. nak order dari situ pun boleh or nak terus order di kaunter.. 


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,


Review🌟


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake memang betul-betul terasa biskut biscoff tu.. Dengan campuran susu pulak lagi lah bertambah sedap.. cuma agak manis sikit.. maybe kalau kurangkan sikit lagi manis tu akan buatkan rasa dia bertambah padu.. busyra memang dah suka rasa biskut dalam minuman tu.. lain dari yang lain.. 8/10


Iced Blended Salted Caramel Cappucino kena sangat dengan tekak.. sebab busyra suka rasa pahit-pahit.. Bila dicampur dengan salted caramel.. haihhh syahdu! serius sedap.. yang ni busyra suka, tak manis sangat.. rasa cukup.. 9/10


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,

Waktu operasi pada 11.00 a.m - 8.00 p.m dan buka pada setiap hari kecuali selasa.. Korang yang stay alor setar tu cepat kaihh p try! serius tak rugi.. rasa berbaloi sangat dengan harga.. Nanti busyra nak repeat lah kali kedua dannnn yang pastinya nak try pulak menu air yang lain.. Untuk pengetahuan korang, dorang bukan saja menyediakan minuman tapi makanan pun ada, western..


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,


Read More

Sedap Betul Origina Coffee Latte by Remy Ishak

Thursday, November 04, 2021

Origina Coffee Latte by Remy Ishak, Tamar Milk, Origina Teh Tarik, Susu Origina Remy Ishak, khasiat minum susu,

Origina Coffee Latte by Remy Ishak | Lately ni busyra agak letih dengan apa yang dah jadi, sebab tu la busyra agak lama tak update blog.. Masa yang ada tersangatlah terhad. Nanti ada masa busyra akan story dengan korang semua.. First time rasa Origina Coffe Latte by Remy Ishak. Sebelum ni pernah rasa flavor kurma, teh tarik, dan coklat je..


Origina Coffee Latte by Remy Ishak, Tamar Milk, Origina Teh Tarik, Susu Origina Remy Ishak, khasiat minum susu,


Susu Origina memang kena dengan tekak sebab rasa pekat tapi for sure tak manis sangat.. Flavor Teh tarik dia rasa padu!.. Pagi tadi busyra ke 7e dan ternampak flavor Coffee Latte, terus grab.. tambah pulak tuan punya blog ni memang peminat coffee kan.. haha, tak mungkin dilepaskan peluang itu! 


Origina Coffee Latte by Remy Ishak, Tamar Milk, Origina Teh Tarik, Susu Origina Remy Ishak, khasiat minum susu,


Coffee Latte dan Strawberry antara flavor terbaru dari Origina.. Harga 1 pek ni dalam RM3.50.. Minum time sejuk-sejuk memang layannn. Kalau tanya busyra akan repeat tak lagi nanti? yes! Bukan sebab peminat remy tapi sebab sedap!.. cuma agak mahal harganya tapi boleh tutup mata lah sebab kesedapan dia tu..


Origina Coffee Latte by Remy Ishak, Tamar Milk, Origina Teh Tarik, Susu Origina Remy Ishak, khasiat minum susu,


Sedikit perkongsian/ ilmu dari wikipedia


Latte atau Caffè latte (Bahasa Italia yang artinya kopi susu) adalah espresso atau kopi yang dicampur dengan susu dan memiliki lapisan buih yang nipis di bahagian atasnya. Di Amerika Syarikat kombinasi latte terdiri dari sepertiga espresso dan dua pertiga susu panas, sehingga lebih terasa susunya berbanding cappuccino. Minuman ini pertama kali ditemukan di Italia pada akhir 1950 oleh Lino Meiorin. Ia merupakan pemilik dari sebuah cafe dan merupakan barista pertama dari Italia.


Korang! busyra nak share sikit ni, for those yang nak baiki kerosakan iPhone, boleh ke  https://chamo.my di Seri Kembangan. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo: 

017-282 8089

118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor


Read More