5 Koleksi Resepi Kuih Raya yang senang nak buat

Wednesday, February 24, 2021

kuih raya 2021, kuih raya senang nak buat, resepi kuih raya, resepi biskut raya 2021, biskut raya paling mudah nak buat, cornflakes madu, tart nenas, cookies, biskut mazola

5 Koleksi Resepi Kuih Raya yang senang nak buat | Hai, Assalamualaikum.. Masa yang terluang ni, busyra himpunkan 5 koleksi kuih raya untuk korang buat. Semua resepi ini diambil dari facebook.


1. Cornflakes Madu 

kuih raya 2021, kuih raya senang nak buat, resepi kuih raya, resepi biskut raya 2021, biskut raya paling mudah nak buat, cornflakes madu, tart nenas, cookies, biskut mazola

Bahan-Bahan:

> 500 g cornflakes

> 250 g butter @ 1 ketul yang dah siap pack

> 7 sudu besar susu pekat

> 5 sudu besar gula putih @ gula perang

> 5 sudu besar madu

> 1 sudu kecil esen vanilla

> Coklat urai untuk hiasan

> Optional- boleh juga masukkan ceri atau badam yang sudah dipotong kecil jika suka (gaul sekali bersama cornflakes)


Cara-Caranya:

1. Cairkan butter dalam kuali atau periuk..

2. Bila butter dah cair masukkan susu pekat, madu, gula dan esen vanilla

3. Gaulkan sebati sampai menggelegak

4. Tutup api.. masukkan cornflakes gaul sebati 

5. Masukkan ke dalam cup dan bakar pada suhu 150°c selama 10 minit..atau bergantung kepada suhu oven masing-masing.. Tapi sebelum bakar panaskan oven terlebih dahulu.. Ok siap.

Kredit: Eita Zakaria


2. Semperit Coklat

kuih raya 2021, kuih raya senang nak buat, resepi kuih raya, resepi biskut raya 2021, biskut raya paling mudah nak buat, cornflakes madu, tart nenas, cookies, biskut mazola

Bahan-bahan:

>  250 gm butter

> 3/4 cawan gula ising

> 1 sk coklat emulco (nak warna lagi gelap tambah lagi)

> 2 sb susu tepung

> 2 sb serbuk koko 

> 1 3/4cawan tepung jagung

> 1 cawan 1/2 tepung gandum, tambah sikit-sikit ikut kelembutan doh

> Hiasan: ikut citarasa masing-masing


Cara-caranya:

1. Mula-mula satukan butter, gula dan coklat emulco. Kacau sebati guna senduk

2. Dah sebati butter dan gula tu, masukkan susu tepung, serbuk koko.. Kacau sebati

3. Kemudian masukkan tepung jagung kacau rata perlahan

4. Terus masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil gaul lembut dengan hujung jari hingga rata.

5. Tak perlu habiskan semua tepung gandum tu kalau doh lembut cantik dan dah tak melekat pada tangan dan bekas.

6. Kadang tu kena taburkan sikit lagi tepung gandum kalau doh masih lembik melekat pada tangan. Ikut kesesuaian..  agak-agaklah ye. Tapi ingat, doh jangan keras sangat tau. Nanti susah nak tekan dalam acuan semperit.

7. Dah siap doh bolehlah teruskan step tekan dlm acuannya cantik-cantik

8. Letaklah hiasan apa pun asalkan sesuai

9. Bakar dgn suhu 150°c.. api atas bawah selama 20 -25 minit.. Boleh adjust suhu sendiri mengikut oven memasing.

Kredit: Azlina Ina


3. Tart Nenas tanpa telur

kuih raya 2021, kuih raya senang nak buat, resepi kuih raya, resepi biskut raya 2021, biskut raya paling mudah nak buat, cornflakes madu, tart nenas, cookies, biskut mazola

Bahan-bahan:

> 3 cawan tepung gandum

> 1 sudu besar gula icing

> 250gm butter 

> 2 sudu tepung jagung

> 1 sudu besar susu tepung 

> 1 sudu besar tepung castard


Cara-caranya:

1. Campurkan kesemua bahan tadi menjadi 1 dan boleh dibentuk.

2. Letakkan jem nenas di dalamnya, sapu kuning telur atas tart

3. Bakar 170°c atau bila tart dah nampak kuning keemasan, boleh angkat.

Kredit: Sofia Sarlinie Shukri


4. Biskut Mazola

kuih raya 2021, kuih raya senang nak buat, resepi kuih raya, resepi biskut raya 2021, biskut raya paling mudah nak buat, cornflakes madu, tart nenas, cookies, biskut mazola

Bahan-bahan:

> 2 cawan kacang kisar (sangai kacang tanah tanpa minyak, lepas tu blender kering)

> 1/2 cawan gula icing (kisar & ayak)

> 2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)

> 1 cawan minyak mazola


Cara-caranya:

1. Campurkan kacang kisar, gula icing & tepung gandum gaul sebati 

2. Kemudian masukkan minyak mazola sikit-sikit uli & gaul

3. Kalau dah okay, boleh uli dan bulatkan dia.

4. Hiaskan lebihan kacang tadi & sapukan telur kuning

5. Masak dlm oven suhu 150°c & masa 20min ikut oven masing-masing

6. Siap! tunggu sejuk baru masuk dalam botol boleh dapat 100 biji

Kredit: Layla Hashim


5. Almond Chocolate

kuih raya 2021, kuih raya senang nak buat, resepi kuih raya, resepi biskut raya 2021, biskut raya paling mudah nak buat, cornflakes madu, tart nenas, cookies, biskut mazola

Bahan-bahan:

> Badam panjang - 1 kg

> Milk compound coins - 550 gram (Nak guna dark atau white chocolate pun boleh)


Cara-caranya:

1. Bakar badam pada suhu 170°c selama 10 minit (bergantung pada oven masing-masing)

2. Bila badam dah masak, biarkan badam betul-betul sejuk

3. Sementara tu, boleh sediakan periuk untuk double boil coklat. Masak hingga coklat cair

4. Kemudian, satukan badam dan coklat. Gaulkan hingga sebati

5. Masukkan ke dalam paper cup

6. Sejukkan di dalam peti selama 10 minit. Siap!!!

Kredit: Suhaila Jafar


Read More

Y.ra Printing beroperasi seperti biasa | Banner & Bisnes Kad

Tuesday, February 23, 2021

banner, sticker, bisnes kad, kad kahwin, cop getah, buku resit, tempahan sticker murah,

Y.ra Printing beroperasi seperti biasa | Banner, Sticker, Bisnes Kad | Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah bisnes printing busyra masih berjalan seperti biasa.. Cumanya busyra kurang aktif sikit di facebook page buat masa sekarang..


Kenapa dah tak aktif? Sebab bisnes printing ni hanyalah secara online.. Bila banyak tempahan busyra tak sempat nak manage facebook page.. Dari proses design, printing, reply whatsapp customer, postage, semua busyra sendiri yang uruskan.. Jadi kekangan masa tak mengizinkan. Bagi sesiapa yang ingin buat tempahan boleh terus berhubung dengan busyra melalui whatsapp.. Ada saja mesej customer di page yang busyra tak sempat reply.. Mohon maaf. InshaAllah busyra akan lebih bijak membahagikan masa. 


banner, sticker, bisnes kad, kad kahwin, cop getah, buku resit, tempahan sticker murah,

Alhamdulillah Y.ra printing makin hari semakin mendapat regular customer.. Terima kasih sebab percayakan Y.ra Printing. "Kepuasan customer adalah keutamaan kami".. Untuk makluman yang belum tahu, Y.ra printing menerima segala tempahan iaitu banner, sticker, bisnes kad, keychain badge, buku resit dan sebagainya.. Boleh terus tengok di page ya..


banner, sticker, bisnes kad, kad kahwin, cop getah, buku resit, tempahan sticker murah,

📞www.wasap.my/60146729316/printing

📞www.wasap.my/60146729316/printing


Baca Ini: Tempahan 300pcs Bookmark SMK Teluk Kumbar

Baca Ini Juga: Tempahan Banting dari Sheitah Bzye Cafe

Read More

Resepi Roti Gardenia Garlic Sedap Weh!

Thursday, February 11, 2021

resepi roti gardenia garlic, resepi mudah roti gardenia, roti garlic,

Resepi Roti Gardenia Garlic Sedap Weh! | Menu macam ni memang sesuai untuk seisi keluarga layan drama petang-petang. Sometime kita jemu dah makan cekodok, jadi apa salahnya kita beralih makan ala-ala english style kan.. hehe. Even hanya menggunakan roti gardenia. Jom, busyra tunjukkan cara-caranya..


resepi roti gardenia garlic, resepi mudah roti gardenia, roti garlic,


Bahan-Bahan:

Roti Gardenia

Garlic Spread

Parsley Leaves

Planta

Sup Pekat Tin (Campbell's)


Cara-Caranya:

1. Potong roti menjadi 2 bahagian


resepi roti gardenia garlic, resepi mudah roti gardenia, roti garlic,

2. Sapu roti dengan planta, kemudian bakar atas pan (kuali tanpa minyak) 


resepi roti gardenia garlic, resepi mudah roti gardenia, roti garlic,

3. Bila roti dah berubah warna sikit, sapukan garlic spread dan taburkan parsley leaves.

4. Untuk sup tu, just panaskan dan masukkan sedikit air.. dah siapp!


resepi roti gardenia garlic, resepi mudah roti gardenia, roti garlic,

*Gambar Sup tak sempat nak ambil, hehe*

Selamat Mencuba! Serius sedap!


Baca Ini: Garlic Bread & Mushroom Soup

Baca Ini Juga: Makaroni Cheese Bakar


Read More

Download Video Dari Youtube Guna y2mate.com

Friday, February 05, 2021

Download Video Dari Youtube Guna y2mate, nak download video guna apa, youtube downloader, y2mate downloader,


Download Video Dari Youtube Guna Website y2mate | Hai korang! Pasti ramai sebenarnya yang mencari apps/website yang mudah untuk download video dari youtube. Korang pun mesti dah jumpa pelbagai jenis web.. Busyra nak share ni, dengan y2mate.com sangat mudah untuk download video dari youtube.. Asalkan internet korang strong.


Download Video Dari Youtube Guna y2mate, nak download video guna apa, youtube downloader, y2mate downloader,


Kita boleh buat pilihan sendiri untuk kualiti video.. samaada nak yang high quality or low quality. Busyra suggest kan kalau korang nak download ambil yang baisa je, 480p sbb tak tarik data banyak sangat.. Website ni memang mudah dan cepat je. hanya copy and paste link dahhh siap download. dan yang paling penting tak banyak sangat iklan.. Busyra dari dulu lagi suka guna y2mate untuk download.. Dah tu boleh pulak buat pilihan antara video, mp3 dan audio. 


Download Video Dari Youtube Guna y2mate, nak download video guna apa, youtube downloader, y2mate downloader,
Download Video Dari Youtube Guna y2mate, nak download video guna apa, youtube downloader, y2mate downloader,


Sebenarnya bukan saja dari youtube korang boleh download.. link dari facebook, dailymotion pun boleh.. Best kan? Selamat Mencuba!!


Baca Ini: Cara Bayar @ Topup Facebook Ads dengan Mudah

Baca Ini Juga: Cara Mengatasi Gambar Tumbnail Yang Tidak Muncul


Read More

RESEPI UDANG MASAK LEMAK CILI PADI PALING SENANG

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi | Hai korang! bertemu lagi kita dalam rancangan masak memasak! hehe.. Untuk entri kali ni busyra nak share resepi udang masak lemak cili padi..  Ramai yang dah mahir resepi ni tapi pasti ada yang belum tau lagi kan? So jom tengok.. Boleh tambah nasi berkali-kali weyhh! haha


resepi mudah, resepi udang masak lemak cili padi, udang, kacang bendi, kunyit,


Bahan-bahan kisar:

2 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

3-4 ulas cili padi (ikut pada tahap kepedasan)


Bahan-bahan lain:

3 ekor udang besar

1 batang serai (dititik)

1/2 santan kotak (kara brand)

1 sudu kecil serbuk kunyit

6 batang bendi

sedikit serbuk perisa


Cara-caranya:

1. Masukkan bahan kisar dan serai (tak perlu letak minyak)

2. Bila cili padi dah agak-agak masak, masukkan santan dan serbuk kunyit

3. Kemudian masukkan udang, biarkan seketika

4. Masukkan kacang bendi (lepas dah masukkan bendi, jangan biarkan lama..)

5. Perasakan dengan serbuk perisa dan siap untuk dihidang.


resepi mudah, resepi udang masak lemak cili padi, udang, kacang bendi, kunyit,

Selamat Mencuba!


Read More

Resepi Daging Masak Hitam Berempah terlajak sedap

Wednesday, February 03, 2021

resepi mudah, resepi daging masak hitam, daging masak hitam, daging masak pedas, cili kering, jintan manis, daging masak hitam berempah,

Hai semua.. Harini busyra nak share resepi daging masak hitam.. Bahan-bahan dia banyak jugak tapi berbaloi lah sebab sedap! Boleh tambah nasi tau.. hehe. Okay jom start! Resepi ni untuk masak sikit je (2 orang makan) kalau korang nak makan ramai, tambah la bahan-bahan tu..


Bahan-bahan kisar:


3 biji bawang putih

1/2 bawang besar

1 inci halia

6 tangkai cili kering

sedikit air


Bahan-bahan perapan daging:


Daging hiris sederhana nipis (jangan nipis sangat)

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk jintan putih


resepi mudah, resepi daging masak hitam, daging masak hitam, daging masak pedas, cili kering, jintan manis, daging masak hitam berempah,

Bahan-bahan lain:


1 batang serai (dititik)

Bunga lawang dan kulit kayu manis (kalau ada yang 4 sekawan tu lagi bagus) busyra tak dak pulak time nak masak ni. Jadi masukkan lah apa yang ada, asal boleh.. hehe

1/2 bawang besar (dihiris nipis)

1 sudu besar serbuk kari daging 

1/2 cawan kicap manis (busyra guna Jalen)

1 sudu besar sos plum (kalau nak ganti dengan sos tomato pun boleh)

sedikit serbuk perasa


Cara-caranya:


1. Panaskan minyak

2. Masukkan serai, bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang besar yang dihiris. Kacau hingga layu.

3. Kemudian, masukkan bahan kisar.. Kacau sehingga cili kering masak

4. Masukkan serbuk kari daging

5. Masukkan daging

6. Kemudian, baru masukkan kicap manis

7. Nampak kuah sedikit pekat masukkan sos plum.. Masukkan sedikit serbuk perasa.

8. Biarkan kuah pekat dan siap untuk dihidang.


resepi mudah, resepi daging masak hitam, daging masak hitam, daging masak pedas, cili kering, jintan manis, daging masak hitam berempah,


Read More