Sarapan Pagi di Roti Bakar Hutton Lane, George Town |Hai korang.. Minggu lepas aku ke Penang dan sasaran utama adalah makan! aku bertolak jam 7.30 pagi dari Pendang, Kedah.. Excited betul nak ke sana disebabkan dah lama sangat sibuk bekerja sampai tak ada masa untuk diri sendiri.. sebelum aku ke roti bakar hutton lane, aku sempat singgah makan di Canning Dimsum (yang ni next post)..
Orang ramai juga masa aku sampai tu.. kena beratur dan order sendiri.. macam-macam menu roti bakar yang ada.. aku ni dah la peminat roti bakar.. minum pulak dengan kopi o panas.. huh memang kena!
Roti Butter Kaya
Roti Goyang Garlic Cheese
Roti Telur Goyang
Harga untuk ketiga-tiga roti bakar ni anggaran RM10 ringgit ke bawah.. aku terlupa nak buat noted di phone.. haha. tengokkkk dah terlupa harganya.. sorry guyss.
Rating kesedapan aku bagi 8/10 star.. sebab sedap! penggemar roti bakar confirm suka! korang yang tak sampai lagi di sini, boleh lah cuba ye..
Alamat: 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Operasi: Buka setiap hari (5.00 am - 1.00 pm)
Nasi Kandar Giling, Butterworth.. Rasa sedap sangat! | Hai korang.. selama seminggu ada di Penang atas urusan kerja, boleh dikatakan hari-hari makan nasi kandar. bertukar-tukar kedai.. haha sampai dah muak.. tapi rupanya masih ada nasi kandar lagi sedap dari yang pernah makan.. Nasi Kandar Giling di Butterworth, Penang.. Rasa dia tuuuu fuhhh sedap! serius tak tipu.. korang wajib try kalau sampai disana.. Kedai dia buka seawal 11 pagi..
Sebelum ni memang tak pernah dengar nasi kandar giling.. rupanya famous jugak di Penang.. Orang Penang mesti tau kan? yela sebut je nasi kandar memang dah serasi dengan orang penang, anak mami.. haaa tak bau tangan kari memang bukan depa la kann..
Menu aku ambil sayur kacang panjang, kentang sambal, ayam madu dan kuah banjir.. time aku singgah situ tak ramai lagi orang sebab kedai pun baru buka.. mungkin aku customer pertama.. haha.. nasi kandar dia memang kena dengan tekak.. aku ambil nasi separuh pun dah kenyang.. harga untuk portion nasi tu RM11.00.. aku rasa berbaloi sebab sedap!
Alamat: 12a, Lorong Telok Permai 1, Taman Telok Permai, 13050 Butterworth, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Buka setiap hari (11.00 am - 11.00 pm)
Bijak uruskan duit, belajar main game di mortgagecalculator.org | Hai korang.. Aku nak kenalkan games terbaru yang aku pernah try baru-baru ni.. Games yang aku main selalunya tak download di phone tapi hanya bermian di laptop/ komputer saja.. yang ada tab pun boleh.. Bukan tak boleh di phone, cumanya kalau buka di laptop baru puas sikit kan.. screen pun besar..
Orang dewasa pun boleh main games ni.. sebab bagi aku, ia bukan sekadar games biasa tapi ia mengajar kita cara mengira dan uruskan duit dengan bijak.. masa main games ni sel-sel otak kena berhubung.. haha. yang tak pandai matematik tu lagilah disarankan untuk cuba..
Cash Back Game
Game pertama yang aku try adalahCash Back Game .. dimana game ni mengajar kita cara kira baki duit untuk diberikan kepada pelanggan berdasarkan penyata ayat yang mereka sediakan.. yang bestnya game ni ada tahap permainan dari mudah, sederhana dan susah.. korang boleh pilih sendiri..
Cooking Street Game
Game kedua Cooking Street.. animation dia memang cantik.. rasa macam duduk kat kedai sebenar.. tetiba lapar steak lepas main game ni.. haha. ia mengajar aku seberapa cepat tahap mata kita bermain.. sebab ada timing.. then kita boleh tengok berapa sales kita untuk 1 level.. berapa plates yang telah dijual.. dalam game ni ada 150 stages.. haaa main lah sampai puas.. seronok!
Salted Caramel Frappe di ZUS Coffee, Alor Setar | Minggu ni aku busy sangat, sampaikan kena berkampung di kilang pencetakan untuk semakan buku kertas undi. Kerja di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), time busy tu terpaling lah busy sampaikan nak tidur pun tak cukup.. tapi aku enjoy dengan kerja sekarang.. Jadiii dengan kopi je dapat kembalikan mood jadi normal.. haha
Harini aku cuti, sebab tu lah ada sikit masa nak menaip, kalau tak jangan harap dapat duduk depan laptop.. Dah berapa lama Zus Coffee buka di cawangan Pekan Simpang Kuala, Alor Setar.. baru kali ni aku singgah ke sana. Sebelum ni aku dah pernah minum ZUS Coffee di cawangan Penang..
Aku order 2 air.. keduanya frappe..
Salted Caramel Frappe
Japanese Matcha Frappe
Harga untuk kedua air ni lebih kurang saja.. aku lupa nak snap resit.. tapi tidaklah mencecah rm20.. rasa untuk keduanya sedap! for sure aku suka salted caramel lagi lah.. matcha bukan pilihan hati.. hehe
my bestie merangkap my model.. haha. yang mana belum pernah cuba coffee di ZUS coffee, boleh lah try.. kopi dia rasa premium.. sedap!
Guna Kalkulator Khas untuk buat kiraan saving sebulan - Bercuti ke Yogyakarta, Indonesia |Aku pernah jejakkan kaki ke Indonesia tahun 2016, rasanya dah lama sangat dah.. Masa tu ada projek studio uitm ke Bali.. Macam semua tau la kan, Bali memang tak asing lagi dengan pecutian untuk orang yang baru kahwin.. haha.. memang sweet habis lah sapa yang bulan madu dekat sana!
Kali ni, aku terlintas nak share dengan korang satu website yang boleh buat pengiraan untuk kita yang nak buat saving.. Aku sendiri pun guna website ni untuk rujukan sebabnya ada plan untuk ke Yogyakarta kalau duit dah cukup.. masih dalam perancangan.. hehe. Kalau dapat ke sana tahun depan pun best jugak kan.. haha . hopefully duit cukup! Untuk pengetahuan korang, kalkulator khas ni bukan saja untuk buat kiraan nak bercuti tapi untuk pengiraan apa saja yang korang nak.. contohnya nak simpan duit pergi umrah, simpanan untuk anak-anak dan sebagainya..
Korang boleh terus ke sini https://www.savingscalculator.org/ ..first time guna website ni pun akan rasa senang ja.. korang just masukkan jumlah yang nak saving, berapa tahun.. then terus dapat tau berapa jumlah yang nak kena simpan sebulan..
Korang juga boleh buat kiraan goal untuk setiap bulan..
https://www.savingscalculator.org/goal/
Mudah sangat nak guna wesbite ni kan.. tekan-tekan.. haaa siap dapat tau semua benda.. contohnya saving, goals, collage, retirement.. Jom korang saving sama-sama! keee nak join aku sekali ke Indonesia.. haha..
Kawan baik masuk hospital disebabkan stress. Aku suggestkan Eskayvie Mindtropic | Hai semua.. Harini aku nak kongsikan sedikit pengalaman kawan baik sendiri masuk hospital di zon merah disebabkan stress yang melampau.. Soal stress ni bukan boleh buat main ya rakan-rakan semua. Sebabnya, bila seseorang tu dalam tekanan, dorang tak boleh nak fikir panjang dan terkadang tu yang jadinya tindakan di luar jangkaan dan kadang-kadang tu sampai kita tak boleh terima akal.
Banyak dah kita dengar berita sama ada di akhbar dan media sosial berkaitan kes bunuh diri dan bunuh ahli keluarga kerana stres dan tekanan hidup yang melampau sehingga mereka ini tidak dapat berfikir secara rasional lagi. Bagi yang tak pernah mengalaminya pasti akan kata ianya tidak benar, mengada-gada dan terlalu ikut perasaan tapi lain pula pada yang mengalaminya. Kita tidak tahu apa yang mereka alami dan rasa. Stress & depression is real ya!
Berbalik pada kawan aku tadi, bila dapat tau dia masuk hospital, terus aku ke sana esoknya tu. Sesampai je aku di hospital, memang keadaan dia agak lemah tapi masih boleh bergelak tawa lagi.
Aku sangat faham situasi dia di mana perasaan dan masalah yang bercampur baur.. Apa yang aku boleh sampaikan pada dia.. "Allah tak kan uji hambaNya melebihi dari kemampuan seseorang". Apa saja masalah yang dia hadapi sekarang yang aku sendiri tak dapat mention disini, aku harap dia tabah dan selalu berlapang dada.
Kita perlu ingat, semua orang ada masalah. Sama ada masalah besar atau pun kecil ianya terpulang pada kita, bagaimana kita nak atasi masalah itu. Sokongan daripada kawan-kawan dan ahli keluarga sangat penting untuk mereka yang stres dan alami tekanan hidup ni. Jangan sesekali kita abaikan mereka dan tidak ambil tahu apa masalah yang mereka alami.
Kenapa Terjadinya Stres?
Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi atau tertekan dengan masalah yang dihadapi. Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.
Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi. Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti. Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.
Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.
Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan mengamalkan kaedah dibawah:
1. Bertenang
Setiap kali merasa stres atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.
2. Bernafas dengan dalam
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.
3. Beribadat
Sekiranya mengalami tekanan atau stres, kita boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
4. Berkongsi Perasaan Dengan Seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat yang dipercayai dan dapat memahami perasaan. Luahkanlah dan kongsi perasaan dengan mereka.
Apabila berkongsi perasaan dengan orang lain, kita akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Kita akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.
5. Berurut
Apabila stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.
6. Berehat dan Mendengar Muzik
Apabila stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan akan mula relaks serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat diri berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.
7. Beriadah & Bersenam
Luangkan sedikit masa ntuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang disukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin dan kita akan berasa lega dan tegang.
8. Berfikiran positif
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana kita cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.
9. Kenal Pasti Punca
Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Kita juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.
Kawal Emosi & Stres Dengan Eskayvie Mindtropic
Baru-baru ni Eskayvie telah melancarkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Mindtropic yang dihasilkan oleh Dr Syid Ayob, yang telah memformulasikan produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz.
Siapa pendengar radio Suria FM kat sini sila angkat tangan! Kalau korang salah seorang pendengar Suria FM pasti 2-3 minggu ni korang ada dengar iklan Eskayvie Mindtropic oleh Pak Nil.
Eskayvie Mindtropic dihasilkan untuk membantu mengatasi masalah susah tidur dan mendapatkan tidur yang lebih lena. Bukan sahaja ia membantu untuk tidur, malah juga mampu membantu mengawal stres, mengawal tekanan dan mengatasi gejala brain fog akibat Long Covid.
Manfaat Eskayvie Mindtropic
1.Mengatasi gejala brain fog
2.Meningkatkan Perkembangan sel otak
3.Menguatkan memori
4.Lebih Fokus & daya tumpuan yang lebih baik
5.Menjadikan mood & emosi yang lebih terkawal
6.Dapat tidur lebih lena
7.Lebih ceria & gembira
8.Membantu atasi masalah Anxiety dan kemurungan
Kelebihan Eskayvie Mindtropic
1.100% bahan semula jadi
2.Sesuai untuk 18 tahun ke atas
3.Rasa tropika yang enak
4.Tanpa perasa & pewarna tiruan
5.Tanpa gula tambahan
6.Pengiktirafan kilang oleh European Quality Award
5 Bahan Utama Eskayvie Mindtropic
Kat sini aku nak kongsikan 5 bahan utama Eskayvie Mindtropic. Korang boleh tengok sendiri bahan-bahan yang digunakan dalam produk ni. Memang terbaik!
PHOSPHATIDYLSERINE
Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.
Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar.
Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak spt neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.
ASHWAGANDHA KSM-66
Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan. Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression. Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.
BACOPA MONNIERI
Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog. Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
Bagi yang mengalami gejala Long Covid, bahan ni memang sesuai untuk merawat masalah yang dihadapi oleh korang.
MAGNESIUM
Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak. Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).
SELENIUM
Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak dari kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb. Juga menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.
Maklum balas Pengguna Eskayvie Mindtropic
Kalau korang nak tahu, Eskayvie Mindtropic ni dah ramai yang amalkan sekarang ni ya dan banyak maklum balas yang dikongsikan. Jom kita tengok apa kata pengguna-pengguna ni.
Nadia Bakhtiar pengguna Eskayvie Mindtropic, perasaannya jadi lebih tenang dan emosi terkawal selepas mengamalkannya. Bangun pagi pun rasa cergas dan ceria. Bila dapat tidur yang secukupnya memang kita akan kurang stress.
Ain pengguna Eskayvie Mindtropic sejak makan produk ni minda jadi lapang bila bangun pagi. Tidur memang lena dan dapat deep sleep.
Jom tonton video perkongsian dari Puan Siti Zubaidah, 39 tahun dibawah ni. “Bila Tak Cukup Tidur, Asyik Nak Marah Je” tapi lepas amalkan Eskayvie Mindtropic beliau dah mudah tidur dan dapat tidur lena serta boleh kawal emosinya.
Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic
Kesimpulan
Kalau kita tak cukup tidur ni atau tidur tak lena badan kita memang tak akan dapat rehat yang secukupnya. Untuk orang dewasa, kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam tidur untuk dapatkan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup juga boleh meningkatkan fungsi imun ya. Kalau kita tidak mendapat tidur yang secukupnya itu yang jadi cepat stres dan asyik nak marah je.
Bayangkan lah aku sendiri yang tak cukup tidur ni pun boleh stress. Badan terkadang rasa lemah. Nak bangun pagi setiap hari ke tempat kerja pun rasa malas melampau. Alhamdulillah lepas 2 minggu aku amalkan Eskayvie Mindtropic, badan rasa lebih bertenaga dan rasa mengantuk terkawal. Di ofis pun rasa semangat dari biasa dan lebih ceria.
Aku memang nak suggestkan Mindtropic ni pada kawan aku. Harapnya lepas dia consume produk ni, perasaan stres dan anxiety dia semakin berkurang. Tidaklah aku cakap yang penyakit stress ni akan hilang terus, cuma kita usaha ke arah yang lebih baik dan yang penting kita ikhtiar untuk cari penawarnya.
Bagi korang yang nak cuba Eskayvie Mindtropic ni boleh klik pada link di bawah ni dan dapatkan Eskayvie Mindtropic hari ni juga. Jangan stres stres tau!
Kali ke-3 makan di Lot 21 Cafe, Pekan Cina Alor Setar | Dah 3 kali aku ke cafe ni disebabkan makanan dia boleh tahan sedap dan suasana cafe yang menenangkan.. Macam biasa lepas balik kerja terus lepak tenangkan fikiran, chill dulu.. siapa setuju dengan makan boleh happy kan diri? hehe.. bak kata orang tua, makan lah selagi lalu (ada selera makan).. Nanti kalau dah demam, selera pun berkurang..
Korang dah baca belum entri sebelum ni? First time makan disini, aku order aglio olio.. memang tak tinggal la makanan wajib bila ke cafe.. haha. Lot 21 Cafe Hipster di Pekan Cina Alor Setar ..so untuk entri kali ni aku tulis simple je. Korang nak tau lebih lanjut boleh ke entri aku yang lepas tu ye..
Untuk yang nak buat kerja guna laptop dalam keadaan yang santai-santai, haaa cafe ni aku suggest! tenang dan tak ramai orang.. nak ala-ala hipster, inilah tempatnya.. hehe.. sebab ada cafe jenis yang ramai orang, sampai rasa tak tenang, bising.. cafe ni aku puji, terbaikkk! layanan dorang pun okay, so far..
Homemade Meatball - 7/10
rasanya up ke satu level sebab makin sedap! haritu bagi rate 6 ja..
Waffle Cheese Burger - 6/10
(tak berapa pasti namanya) hehe. sorry
Korang yang belum pernah cuba cafe ni.. try la! mana tau kena dengan citarasa.. Harganya pun berpatutan. Haritu kawan aku order buttermilk chicken.. sedap jugak, cumanya kuah dia agak cair.. tapiiii rasa semua cukup.. macam-macam lagi menu lain yang boleh dicuba..
Aku dan Kopi sahabat rapat.. | Kami adalah dua sosok yang berbeza.. tapi tak pernah terlepas untuk berjumpa meski setiap kali berjumpa pasti dengan rasa yang berbeza. Ada yang manis, ada juga yang biasa saja, yang pahit teramat dan ada yang terlalu sempurna..
Tanpa Kopi aku gelisah dan rasa tidak sempurna hari itu.. Kopi pelengkap segala hari. Kuatkan mata dan hati.. Aku boleh pergi sendiri semata ingin mencari Kopi.. berjumpa dengan Kopi di tempat yang berbeza, antara di tepi jalan atau cafe mewah..
sedikit luahan hati Aku dan Kopi.. hehehe. aku menaip pukul 1.40 pagi.. sambil-sambil baring nak lelapkan mata.. kebetulan gambar kopi ni ada dalam ipad.. cafe biji kopi (lokasi di Pendang, Kedah)..
InshaAllah ada masa nanti, aku akan tulis dan kumpulkan seberapa banyak entri berkaitan kopi di mana pun aku cuba.. tak kisah di cafe ataupun kedai tepi jalan..