Burger Hero Pendang.. Sedap betul homemade patty!

Wednesday, January 31, 2024

burger hero, homemade patty, resepi burger,


Hai korang, minggu lepas aku ke Burger Hero Pendang.. Sebenarnya kan aku tak suka homemade patty disebabkan sebelum ni aku pernah makan dekat satu cafe area Kedah juga. Daging dia ada bau sikit. Jadi sejak dari tu lah aku tak berapa selera.. tapi baru-baru ni kawan aku ada ajak untuk cuba Burger Hero di Pendang..

Rupanya sedap gila! rugi aku tak pergi sebelum ni.. dalam 5 minit ja dari rumah aku, lokasi memang dalam pekan Pendang..

burger hero, homemade patty, resepi burger,

Sos pun dorang homemade tau.. yang warna terang sikit tu aku pilih yang spicy.. serius sedap gila! daging dia tak bau langsung.. Kalau ala carte (tak termasuk air) harganya dalam RM14.90 saja.. 

Sangat berbaloi bagi aku sebab sedap! Cuma aku minta dia untuk tak letak timun jeruk tu.. haha.. tak suka dan benda tu akan spoil kan rasa bila aku makan.. 4/5 rate! 




📍Lot 2057, Jalan Batu 16, Pekan Pendang. (berhadapan Dewan SMK Pendang)
⏰Buka setiap hari kecuali Selasa (5.30 petang - 11.00 malam)

Read More

Waffle Ais krim di Concubine Lane, Ipoh

Saturday, January 27, 2024

Concubine Lane Ipoh, Ais krim waffle,


Ipoh Perak antara tempat yang best selain Penang.. Aku ke Ipoh tahun lepas dan kami singgah banyak tempat menarik disana. Salah satunya adalah Concubine Lane.. Tempat ni macam street food. Tapi bukanlah makanan saja.. Baju dan aksesori pun ada.. Semuanya rare dan susah nak jumpa di tempat lain.. Kalau ada pun mesti lagi mahal.. Aku ada beli cincin aksesori rose gold RM20.. Kalau di Aman Central Kedah RM29 macam tu..


Concubine Lane Ipoh, Ais krim waffle,

Aku tertarik nak cuba sebab waffle dia unik.. Letak sekali ais krim. Memang confirm kenyang la.. Aku kongsi dengan kawan sebabnya memang besar.. Puas makan..

Concubine Lane Ipoh, Ais krim waffle,

Dorang ada sijil halal, InshaAllah.. Order dan bayar, baru dorang buatkan.. tengok lah tuuu cute kan waffle nya.. Even yang tu fake je. haha.. Serius best jalan-jalan Concubine Lane ni.. Macam-macam makanan ada.. Sampaikan tak tau nak beli yang mana.. Padahal nak rasa je, semua teringin..




Sambil makan waffle ni, boleh lah duduk dekat tepi stall. Dorang ada sediakan kerusi untuk customer duduk makan dulu.. Tapi tu pun kena ikut turn kalau ada orang lain jugak disitu.. Aku tak sempat nak ambil gambar sebab nak makan cepat-cepat, ais krim start cair..

Concubine Lane Ipoh, Ais krim waffle,

Sedap.. cuma agak manis dan bila makan banyak jadi muak.. Sebab tu lah kena kongsi dua orang.. Waffle tu memang panas-panas dorang buat.. Harga RM20.. 4/5 rate!


📍Waffle Ice Cream Concubine Lane, Ipoh
⏰9.00 pagi – 7.00 malam
Read More

Bukan senang nak konsisten blogging

blog ideas, blogging, cara dapat duit dari blog,


Hai semua.. Struggle untuk aku update setiap hari.. Azam tahun baru memang nk aktif blogging.. Orang nampak berblogging ni mudah tapi sebenarnya perlu ada strategi, konsisten dan idea.. Even aku dah ada blog since 2010 lagi tapi ada banyak sebenarnya yang aku kena improve. Pendapat orang berbeza-beza dari sudut blogging.. Ada yang buat blog untuk jana income, part time mahupun full time.. dan ada juga yang buat blog hanya sekadar hobi dan suka-suka..


Sebagai blogger setiap hari kena fikir konten apa yang nak ditulis di blog.. Jenis aku tak suka kalau tulis main-main (cincai) bak kata orang kedah.. Aku akan tulis benda yang betul-betul aku rasa kemas.. Aku cuba kemaskan dari segi tulisan dan penyusunan gambar.. Gambar pun penting untuk semua posting blog.. 


Plan untuk bulan 2 nanti, aku nak buat macam ni..


blog ideas, blogging, cara dapat duit dari blog,


Selalunya aku main random ja post.. Kali ni nak try tips macam ni.. Cuba untuk khususnya hari Ahad.. Contohnya post topik yang berkaitan tips kesihatan.. dan begitulah hari-hari lain berikutnya.. Kena kaji sendiri apa yang pengunjung suka tengok di blog kita. konten apa antara view tertinggi.. 


Kemudian aku tengok juga dari segi masa/waktu aku post entri.. Tengok pukul berapa yang bila kita post, view akan tinggi.. Tips lain untuk dapatkan idea dengan cara berblogging.. Korang boleh baca entri blogger lain dan olah dengan cara korang sendiri.. Ambil idea dorang untuk buat entri blog kita.. Bukan tiru tau..


Dulu aku berblogging pada asalnya memang sekadar suka-suka dan hobi.. Aku terjebak dengan kakak sulong yang dulunya dia pun minat blogging.. Tapi sekarang aku jadikan blog jugak sebagai side income.. Selain dari paid article, adsense jugak penyumbang income aku..


Semoga semua blogger terus semangat dalam berblogging kerana selagi ada Google selagi itulah blog masih relevan..


Read More

Makan Lontong di Kopi Tonggek Alor Setar

Friday, January 26, 2024

Kopi Tonggek Alor Setar, resepi daging bakar danok, resepi lontong,


Kedai ni memang antara kedai makan yang aku suka.. Makanan dia semua sedap.. Lokasi berdekatan dengan City Plaza Alor Setar.. Masuk ni dah 3 kali aku repeat disebabkan lontong dia sedap sangat.. Korang tau tak, dorang buka kedai setiap hari tau.. dah la dari pagi sampai malam. Kalau tak sempat pergi pagi, malam pun korang boleh singgah..


Kopi Tonggek Alor Setar, resepi daging bakar danok, resepi lontong,

Aku kesini time lunch.. Alhamdulillah ada tempat duduk even kedainya tidak terlalu besar tapi selesa.. Korang kena scan barcode untuk order dan buat payment dulu di kaunter.. 


Kopi Tonggek Alor Setar, resepi daging bakar danok, resepi lontong,


Kopi Tonggek Alor Setar, resepi daging bakar danok, resepi lontong,

Inilah yang aku order.. Actually banyak lagi menu lain, cuma yang ini antara yang famous di sini.. Lontong tu aku add on sambal sotong kering dia.. Fuhhh kena beb! sedapppp.. 4.5/5 rate!


Kopi tonggek butter dia pun sedap.. terasa butter tu.. 4/5 rate!


Daging Bakar Danok pulak rasanya sedap cuma daging bakar tu terlalu manis.. mungkin boleh kurangkan sikit rasa manisnya tu.. tapi sos dia sedap! 3.5/5 rate!


Alamat : 45, Jalan Tunku Ibrahim, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi : 8.00 pagi - 11.00 malam

Read More

Tomyam Gorang Pan di Dimsum Chabura Hatyai

Dimsum Chabura Hatyai, resepi tomyam gorang pan,


Siapa yang dah pernah ke Hatyai rugi kalau tak cuba Tomyam Gorang Pan di Dimsum Chabura Hatyai.. Sumpah sedap weh.. Makan dengan nasi panas-panas.. Sangat recommended.  Kiranya time aku sampai tu, mostly atas meja customer memang ada Tomyam Gorang Pan.. 


Ini menu baru di restoran dorang.. Aku pernah ke sini tahun 2020, tapi time tu tak ada lagi.. Banyak betul perubahan, yela kan dah 3 tahun.. Korang boleh baca entri lama aku disini. DIMSUM CHABURA TEMPAT MAKAN HALAL DI HATYAI


Dimsum Chabura Hatyai, resepi tomyam gorang pan,


Lokasi dia betul-betul tepi jalan.. Susah sikit nak cari parking, asyik full ja.. Nasib lah dapat juga disaat dah nak menyerah.. haha.. Sebab penat pusing-pusing. Dah la time tu memang betul waktu lunch, perut pun bunyi pelik-pelik dah. haha.


Dimsum Chabura Hatyai, resepi tomyam gorang pan,

Alhamdulillah nasiblah dapat tempat duduk. Kerusi meja dorang sediakan memang banyak.. Mana tak nya restoran ni terkenal di Hatyai.. Fokus aku kesini memang nak makan nasi.. Jadi aku tak ambil banyak sangat dimsum, just cuba sikit-sikit saja..


Dimsum Chabura Hatyai, resepi tomyam gorang pan,

Terasa dekat mulut rasa tomyam gorang pan ni.. sedap sangat.. Kuah dia tak banyak sebab dia buat jenis pekat.. tapi bila rasa tu terus melayang balik kedah.. haha. Aku bagi 5/5 rate.. Ada daun limau, serai, seafood dan mungkin lah dorang letak susu cair.. Aku teka ja ni. hehe.. Secret recipe dorang kita tak tau lah kan.. Paste yang dorang gunakan tu memang original Thai.. Harga 250 Bath / RM33..


Dimsum Chabura Hatyai, resepi tomyam gorang pan,


Dimsum Chabura Hatyai, resepi tomyam gorang pan,

Ok izinkan aku menikmati makanan dulu.. haha. Mesti mata korang fokus air teh ais tu kan? haaa itu lagi satu kenikmatan di sini.. Serius sedap gila teh ais dia.. 


Dimsum Chabura Hatyai, resepi tomyam gorang pan,

Comel betul packaging diaaa.. Bukan print sticker tampal tau, tapi dorang memang print atas bekas tu.. Puas hati dapat minum.. 5/5 rate! Harga 80 Bath / RM5..


Dimsum Chabura Hatyai, resepi tomyam gorang pan,

Pau salted egg ni rasanya sedap. Tak muak dan yang penting tak ada bau hanyir telur.. Tapi before ni aku pernah makan di Kedah memang rasa dia seakan sama.. 4/5 rate! Harga 35 Bath / RM4.50


Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (6 pagi - 2 petang)

Read More

Blogger buat duit dengan Intellifluence

Wednesday, January 24, 2024

Intellifluence, job blogger,


Hai korang.. Untuk blogger yang dah lama dalam dunia blog mesti dah tersangat kenal dengan Intellifluence kan? Bagi aku platform ni memang trusted dan sangat mudah untuk kita faham skop kerja yang diberi.. Aku dulu masa mula-mula nak daftar job dekat sini, rasa takut dan tak percaya, sebabnya Intellifluence dari luar negara..

Untuk blogger baru yang belum kenal apa itu Intellifluence, boleh tengok post aku yang lepas.. Korang baca dekat situ.. Job dari Intellifluence untuk semua Blogger | Buat Side Income!

Intellifluence, job blogger,


Bagi blogger lama tapi masih belum daftar untuk dapatkan job, try lah korang! Mencuba sesuatu yang baru untuk dapatkan job tak salah kan.. Kita kena usaha lebih sikit.. Tidaklah aku cakap job banyak dalam platform ni tapi dapatlah tambah duit poket sendiri.. Kita kena rajin apply job, check hari-hari profile kita. Mana tau hari kita check tu ada job baru masuk.. Rezeki namanya tu.

Aku nak kongsi dengan korang pendapatan aku disini hampir RM4000 untuk 2 tahun aku join.. Macam aku cakap tadi ianya bukan pendapatan bulanan tapi hanya menambah duit poket sendiri. Job yang aku dapat 100usd untuk satu posting..

Intellifluence, job blogger,


Korang boleh baca job pertama aku.. Perkembangan blog yang dulu hinggalah sekarang 

Ini adalah skop kerja yang aku kena buat selepas permohonan aku diterima:


We're pretty flexible on the topic to write about for this piece. It can be about the recent growth of lifestyle influencers & bloggers (or your own personal growth as an influencer/blogger over the last few years), personalities, influencer/data trends.


Itulah sedikit sebanyak perkongsian aku dengan korang.. yang mana nak daftar tu korang boleh ke sini.. Sign Up Intellifluence

If korang nak tanya apa-apa, boleh je komen dibawah atau email aku di itsmebusyra.work@gmail.com
Semoga posting ni bermanfaat buat korang semua..
Read More

Wordless Wednesday 6 : Rindu Arwah Ayah

doa buat ayah,

Gambar random dalam gallery (12 Disember 2023).. Al Fatihah Ayah

Read More

Simpan gambar kenangan dengan KPIX Photo Booth

Tuesday, January 23, 2024

KPIX Photo Booth, Aman Central Alor Setar,


Buatlah seberapa banyak memori dengan kawan kita sebab nanti akan ada haluan masing-masing. Ye korang inilah sahabat baik aku, dunia akhirat InshaAllah.. Banyak kali juga aku nampak KPIX Photo Booth ni tapi belum sempat nak cuba.. 

Terlupa pulak nak tangkap gambar kiosknya..Ala kiosk kecil tu then korang masuk dalam, buat payment dan selfieee.. Gambar instant akan keluar. Tak sampai 5 minit weh..


KPIX Photo Booth, Aman Central Alor Setar,

Puas hati betul dapat gambar ni.. Even agak pricey (RM15).. Gambar yang sama jadi kami potong dua.. Banyak sangat filter dan design yang korang boleh pilih. Aku pilih design ni sebab nampak minimalist 

Read More

Masak Sardin dan telur dadar. Menu simple

Monday, January 22, 2024

resepi sardin, sardin letak cili kisar,


Semalam tetiba rasa nak makan sardin dengan telur dadar.. Lama betul tak makan sardin. Menu simple macam ni pun tambah nasi dua kali. hehe. Selalunya kalau kat rumah asyik order foodpanda ja. yela nak masak pun aku dan mak ja ada. lebih baik beli saja. Tapi semalam bagitau mak tak payah beli la kita masak simple macam ni pun sedap.


resepi sardin, sardin letak cili kisar,

Haaa goreng pulak telur dadar.. uhhh tak pusing belakang makan.. Apa yang buatkan sardin tu lagi sedap sebab aku masukkan cili kisar.. letak dalam 3 sudu.. pedas semua cukup.. 


Masuk cili padi dan bawang sikit.. yang penting sardin tu kena goreng dulu.. kalau goreng sardin tu kena tutup kuali tu kalau tidak haaaa kucar kacir dapur menyembur.. haha


resepi sardin, sardin letak cili kisar,


Read More

Selesa buat kerja di Kedah Digital Library, Alor Setar

Thursday, January 18, 2024

Kedah Digital Library, Library Alor Setar,

Sekarang ni memang line Digi problem betul.. Sumpah geram lepas dorang gabung dengan Celcom. Padahal bayar every month tak pernah miss.. Aku belum call centre untuk buat aduan.. Sebagai freelance designer kena lah buat design kalau ada order, then bila jadi line kejap okay kejap tak ni.. haaa nak download apa pun slow.. 


So aku decide nak try buat keja dekat Kedah Digital Library. Sebelum ni aku selalu ke Starbuck sebab selesa, tapi dah boikot ni kena cari tempat baru..


Kedah Digital Library, Library Alor Setar,

Actually aku tak ambil gambar awal-awal nak masuk tu. Pintu utama.. Aku datang sini pun agak lewat dah.. so so so aku pun rushing takut tempat tak ada. haha.. Nak cepat nak cepat nak cepat..Library ni luas gila korang.. Ada ruangan meeting.. Bilik meeting besar, kecil, semua lah.. Ikut pada korang nak sewa yang mana.. 


Macam aku ni just nak buat keja ja, kena bayar RM3 untuk unlock charger.. Kena buat bayaran dan ambil kunci yang dorang lock pada tempat plug..


Kedah Digital Library, Library Alor Setar,

Tempat dia comel macam ni.. tapi selesa ja korang untuk duduk sorang.. Ada lagi tempat yang luas dari tempat aku duduk ni tapi dah penuh orang.. Depan aku tu stranger ja tu.. haha. tak kenal beb.. baru kenal dekat situ.. baik orangnya.. sempat bercakap jugak lah aku dan dia.


Untuk pengetahuan korang, Toilet dan Surau disediakan disini.. Surau dia tersangatlah selesa.. Cantik pulak tu.. Jadi tak risau lagi lah kalau nak stay dari pagi sampai petang pun..


Kedah Digital Library, Library Alor Setar,

Alhamdulillah settle lah jugak keja aku.. Even tak settle semuanya, tapi half pun jadi lah.. Dapat download apa yang nak sebab line sini laju gila.. Pakai wifi dorang.. Sambung balik story bab line phone aku tu.. sebelum ni line okay tau before dorang upgrade.. Arghh aku rasa bukan aku ja alami benda ni.. orang lain yang pakai Digi pun rasa apa aku rasa.. Hopefully lepas ni line akan okay.


Ehhh sempat lah buat videooo.. hehe.. Aku sejenis suka bab editing video. Rasa best dan enjoy.


Sampai ja tengahari, terasa la perut tu lapar sikit.. Moh ler kita turun ke OldTown White Coffee.. Keluar ja dari library terus nampak OldTown.. Jalan dua tiga tapak ja.. haha.. Aku first time cuba roti bakar kaya butter dorang.. sumpah sedap gila! Ada 4 dalam 1 pinggan tu.


Kedah Digital Library, Library Alor Setar,


Aku nak try lah buat sendiri nanti.. Roti dia rangup dan yang penting kaya dia tak manis.. Pernah ja sebelum ni makan roti kaya butter macam ni, tapi yang jadi tak sedapnya bila kaya tu manis sangat sampai hilang rasa butter..


Nahhh aku zoom sikit..


Kedah Digital Library, Library Alor Setar,

Alamat Kedah Digital Library: No.1, 5350, Jalan Menteri, Taman Jubli Perak, 05350 Alor Setar

Waktu Operasi : Buka Setiap Hari (tutup Khamis & Jumaat) / 9.00 pagi - 6.00 petang


Read More

Pastri dan Kopi paling sedap di Simpol Cafe, Alor Setar

Wednesday, January 17, 2024

Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar,

Hai.. Petang semalam aku singgah beli pastri dan kopi di Simpol Cafe, Alor Setar.. Lokasi cafe ni kurang startegik sikit disebabkan kedudukannya betul-betul tepi dan simpang jalan.. Al maklum lah kalau pekan cina lama memang kedainya agak kecil dan sempit.. Tapi disebabkan pastri dorang sedap, orang sanggup beli walaupun kena park kereta jauh sikit. dan orang tu termasuklah aku.. haha.


Ini kali kedua aku beli di Simpol.. Sebelum ni beli tak sempat nak tulis di blog. Korang boleh tengok di Tiktok aku. kat situ aku ada buat video.. Jujur aku cakap, pastri dekat Simpol ni paling sedap aku pernah rasa pastri di cafe-cafe yang lain.. Dorang buat dan bakar panas-panas, terus serve dekat customer.. 


Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar,

Lepas beli, kami terus ke Taman Rimba, Alor Setar.. orang kesana nak jogging tapi kami kesana membina lemak. haha.. Asal bahagia jela dik. Makan boleh buat kita happy.. Sebenarnya aku nak beli croissant dorang tapi habis pulak.. Kami sampai dikedai pun dah lewat dalam 5.30 petang.. Jadi dorang pun dah tak buat lagi, nak habiskan apa yang ada ja masatu..


Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar,


BACA NI : SARAPAN PAGI DI WARONG.CAFE ALOR SETAR

Aku terlupa nama untuk kedua-dua pastri ni.. gambar diatas ni lebih sedap berbanding gambar dibawah.. dan lebih lembut.. yang bawah ni agak keras sikit. pastri ni macam-macam jenis. Aku pun tak kenal sangat.. makan ja tau.. haha. Rating 4/5 untuk keduanya.. masing-masing ada rasa tersendiri.. 


Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar,

Korang yang stay di Kedah wajib cuba pastri di Simpol Cafe.. Serius sedap.. 


Makan sambil tengok orang jogging, rasa insaf sekejap.. sekejap je la. lepas tu tak rasa apa dah. hehe.. Seronok petang-petang datang Taman Rimba.. Suasana pulak redup dan tak panas..


Simpol Cafe Alor Setar, croissant sedap di Alor Setar,


Alamat : Jalan Penjara Lama, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi : Buka setiap hati (Jumaat tutup) / 12.30 tengahari - 6.00 petang


Update terkini : Tempat baru Simpol Cafe

Read More

Kenapa Blogger perlu ada Rate Card? Penting ke?

Monday, January 15, 2024

Blogger Rate Card, rate card,

Assalamualaikum.. Dah lama sebenarnya aku nak share tentang Blogger Rate Card. Harini baru berkesempatan. Ramai kawan aku bertanya adakah blogger masih relevan zaman sekarang? Jawapan aku selagi masih ada Google, maka selagi itulah blogger masih relevan.. ye kan? Jujur aku katakan sampai sekarang aku masih dapat job dari blog. Banyaknya dari luar negara..


Untuk memudahkan aku berhubung dengan client, pastinya aku akan menggunakan rate card.. Dengan adanya rate card, korang tak perlu lagi nak explain panjang lebar kepada client. Apa yang korang perlu buat hanya beri rate card korang untuk client tengok dan nilai sendiri..


Blogger Rate Card, rate card,


Ini adalah contoh blogger rate card aku.. Apa yang perlu ada dalam rate card ni depends pada korang sendiri.. Nak letak apa pun boleh asalkan hanya satu page.. Client nak tengok yang simple tapi padat.. Korang hanya masukkan isi penting. 

Buat rate card ni sama macam korang buat resume kerja.. Kita nak minta kerja pada client.

Bagi aku rate card memang penting.. Untuk blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog mesti tahu bab ni.. Tapi untuk korang yang newbie, jom sesama kita buat rate card.. 


Banyak apps yang korang boleh guna untuk hasilkan rate card ni.. Antaranya, yang paling popular adalah Canva.. Macam design aku ni, aku buat menggunakan Adobe Illustration.. Korang kalau malas nak buat tu boleh terus order dengan aku. Cas RM15 saja untuk satu rate card..

Aku doakan korang dapat banyak job dari client lepas dah ada rate card.. InshaAllah.. Kita yang kena banyak cari job. Nanti aku nak share dengan korang satu website yang boleh jana pendapatan dengan blog pula..
Read More

Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu

Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu,

Hai korang.. Entri ni dah lama aku nak post, tapi belum sempat nak tulis panjang lebar.. Aku ke Kuala Terengganu tahun lepas dengan trip office.. Banyak juga tempat di Terengganu yang aku singgah. InshaAllah nanti aku kongsikan semua.. Ini adalah kali pertama aku sampai di sini..


Tak sangka ada nasi dagang sesedap ini.. Aku sebenarnya tak suka ikan tongkol sebab isinya terlalu padat.. Tapi kali ni makan di nasi dagang atas tol, sedap pulak.. Sesampai ja disini, uishh ramai betul orang. yela kan pergi pulak time cuti, of course lah ramai orang.. Kena beratur panjang jugak lah time nak order..


Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu,

Sebelum ni dengar orang cakap nasi dagang kat sini sedap.. Haaa dapat juga sampai kesini.. Untuk harga aku terlupa nak snap gambar sebab office yang bayarkan..


Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu,

Ayam goreng berempah pun ada guyss.. Bukan ikan saja. Tak semua orang makan ikan kan, so dorang sediakan ayam juga.. Nasi dia tak banyak dan tak sikit. sedang-sedang ja.. sesuai untuk sorang makan.. Simple! Ada nasi, lauk, acar timun dan gulai ikan..


Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu,

Rating 4/5.. Cuma manis sikit gulai dia.. tapi still okay.. Ada keropok lekor juga.. Sedap sangat, original Terengganu kan... yang uniknya nasi dia letak daun pisang, lagilah bertambah aroma sedap tu..


Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu,

Paling padu, teh ais diaaa! sedap sangat tapi aku tak habis. haha.. banyakk! Korang kalau datang sini wajib cuba teh ais dia. Overall puas hati makan di sini.


Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu,

Gambar kena ada, tanda hadir. hehe

Read More

Sedap betul Ayam Gepuk AG Sungai Petani..

Ayam Gepuk AG Sungai Petani, ayam gepuk sedap di sungai petani,

Nama busyratakiyudin memang tak lari dari ayam gepuk.. haha. muka pun lebih kurang ayam dah ni.. Kalau tanya nasi favorite apa? haaa ni dia lah jawapannya. Tak boleh ganti dengan yang lain. suka sungguh. Baru-baru ni ada naik dekat fyp tiktok aku. Ayam Gepuk AG di Sungai Petani..

Ayam Gepuk AG Sungai Petani, ayam gepuk sedap di sungai petani,

Ini adalah cawangan ke-4 mereka.. Lagi 3 ada di cawangan Kelantan.. Aku teringin gila nak rasa Ayam Gepuk Top Global. yang ni hanya ada di Kuala Lumpur.. huhu.. Lambat lagi lah nak dapat rasa pun. Kebetulan Ayam Gepuk AG ni nampak lebih kurang sama. boleh lah cuba dulu..

Rasa kacang gajus dia tuuu.. sedap wehh.. campur dengan cili pulak.. umphhh! Ada banyak pilihan yang ada disini. tapi aku ambil yang paling sama dengan Top Global.. yang ada kubis goreng..

Ayam Gepuk AG Sungai Petani, ayam gepuk sedap di sungai petani,

Aku datang dengan family.. Semua order yang sama.. puas hati dapat makan sini.. Aku bagi 4/5 disebabkan ayam tak boleh pilih.. huhu. sedih betul. Aku tak suka bahagian isi banyak..

Ayam Gepuk AG Sungai Petani, ayam gepuk sedap di sungai petani,

Korang dah pernah rasa Ayam Gepuk AG? haaa ada yang aku tengok di tiktok cakap Ayam Gepuk Selayang pun sedap.. kena masuk list jugak ni even jauh.. haha

Read More