Bau Aroma Nescafe White Coffee Pandan Menusuk Jiwa

Tuesday, November 29, 2016

Assalamualaikum..

Nescafe White Coffee Pandan

Malam ni terasa nak minum Nescafe White Coffee perisa pandan. Masa start letak nescafe ni dalam gelas dah bau dah aroma pandan dia tu.. haishh boleh lentok.. hehehe.. then letak air panas sikit, air masak sikit. kacau-kacau, letak ais! aku kurang sikit minum air panas. suka yang berais. memang kawww. 
Read More

Black Friday/ Cyber Monday Sale di Lazada diskaun sehingga 90%

Saturday, November 26, 2016

Hai,


Hari ni aku dekat hospital saja sepanjang hari. akak aku selamat melahirkan baby girl.. alhamdulillah. aku dah dapat anak buah yang kedua. sebab tu la tak sempat nak buka lappy dan buka blog tercinta ni. hee. so malam ni baru sempat nak buka. then maknanya aku dah terlambat sehari untuk bagitau semua yang Lazada ada buat sale sampai 90% diskaunnnnn!!!. tapi belum terlambat untuk korang shopping dan habiskan duit!! :p macam-macam barang yang korang boleh pilih daripada 4 kategori utama. jom tengok di bawah!

1. Beauty Fanatics
Read More

Makanan yang sesuai untuk pesakit kemoterapi

Friday, November 25, 2016


ada tak dikalangan saudara mara korang ataupun sahabat handai yang perlu menjalanai kemoterapi, jadi memang tak ada la istilah diet ataupun makan secara berlebihan. pemakanan seorang pesakit kemoterapi perlu dijaga dan tak boleh makan sesuka hati. Pesakit perlu makan makanan yang berkalori untuk menjaga tubuh badan bagi menangani tekanan dalam menjalani kimo. Kajian yang aku buat di hasil carian google dan menurut pakar adalah pesakit kemoterapi perlu mengelakkan diri dari makan makanan yang pedas, goreng dengan minyak yang berlebihan, dan terlalu manis iaitu banyak gula.

Menurut pakar lain, pesakit boleh makan makanan yang berkalori tinggi tapi perlu ditambah dengan buah-buahan ataupun makanan ringan yang lain. Senarai di bawah adalah makanan yang boleh dimakan oleh pesakit kemoterapi:
Read More

Kecantikan Pulau di Bali Indonesia

Thursday, November 24, 2016

Hai..


tengok gambar2 lama. teringinnya nak pergi lagi. serius best. pulau dekat sana memang terbaik! cantik. patut la ramai ke sana sebab honeymoon. haha. sesuai untuk pasangan yang sweet2 baru kawen. nak kesana lagi tapi mungkin dengan pasangan one day. hahahaha. :p berangan jap! eh! nama gambar dekat atas tu aku tak ingat nama tempat dia. tapi yang penting nak masuk ke situ kena pakai kain kuning. ada la adat dorang dekat sana. tapi dekat entrance nak masuk ni banyak sangat monyet. huhu. seram jugak lah dibuatnya.
Read More

Wordless Wednesday 2 : Sambut birthday dengan crush vs kawan baik

Wednesday, November 23, 2016

wordless wednesday, birthday, crush, best friend,

foto credit: PenMerah fb

Note: Wordless Wednesday ialah 'Hari Rabu Tanpa Perkataan'. Selain itu maksud sebenarnya ialah pada hari rabu, blogger seluruh dunia akan membuat suatu entri tanpa sepatah perkataan kecuali tajuk Wordless Wednesday dan gambar sahaja.

Read More

Dasboard blog dah style baru!

Hai..


buka2 ja blog tadi, tengok dashboard dah baru. selalunya boleh ke main dashboard tu tengok apa posting terbaru kawan2. then dah tak ada. rupanya ada dekat reading list tepi sebelah kiri tu. aku rasa cantik dan style. nampaknya pihak blogger memang nak nampakkan kelainan pada blog. eh satu lagi, aku suka bila dekat new post tu ada nama kita. :d
Read More

Pemilihan warna tudung beri kesan pada seri wajah

Hai!

*maaf tudung tak iron. hahaha. belit2 sudahhh.. mata bengkak sebab sekarang dah pukul 3 pagi. seriously, aku tak boleh nak lelap mata. so buka lappy update blog. okay! betul ke topik aku tu? yes! korang kena plus wajib percaya. nak tambah seri wajah selain korang dah makeup cantik2 letak blusher, letak mascara letak semua lah. last! korang kena pandai pilih warna tudung. sebab warna tudung ni mempengaruhi seri wajah tau. aku sendiri pun kalau salah pilih warna tudung, wajah jadi kusam tak bermaya. tapi kalau hari warna tudung kena dengan muka ni, nampak cantik berseri gitu. hahaha. puji sendiri!
Read More

6 Perkara yang perlu dibuat pada 3 bulan pertama menjadi blogger

Tuesday, November 22, 2016

Assalamualaikum..



rasanya 3 bulan pertama aku dah terlepas sangat lama, tahun 2010 aku start blogging. dan aku hanya sekadar ingin berkongsi pada newbie. yang baru nak start blog dan tak tahu apa yang perlu dibuat pada 3 bulan pertama. apa yang aku cuba kongsikan ini base pada apa yang aku pelajari sampailah sekarang. harapnya ini berguna pada korang

1. Tetapkan matlamat dalam blogging

Anggaplah dunia blog ni macam dunia belajar. mesti ada matlamat kan? so setiap apa yang kita buat perlu dimulakan dengan bismillah .. hehe. dan seterusnya matlamat korang. okay, cepat! apa matlamat korang dalam dunia blogging ni? adakah korang tulis blog ni nak berkongsi cerita korang, nak bantu orang lain, untuk buat wang ataupun untuk kongsi bisnis korang? So, bila korang dah tahu apa matlamat korang, ia akan membantu untuk memastikan korang berada di landasan yang betul dan berusaha lagi dan lagi dalam dunia blogger ni.

Read More

Pentingnya air masak untuk diri

Monday, November 21, 2016

Assalamualaikum..

dulu aku seorang yang susah nak minum air. kadang tu sehari sekali nak minum pun aku boleh kira dengan jari. aku memang susah nak minum air. lepas makan pun kadang tu aku tak minum air. mak ayah ada bagi nasihat yang air tu memang penting dalam badan. apatah lagi air masak. so start dari tazkirah panjang lebar dari ustaz dan ustazah pilihan, hehe. aku pun start minum air banyak2. belajar untuk minum air masak lepas bangun pagi dan sebelum tidur malam.

Read More

Barang wajib ada dalam beg tangan

Sunday, November 20, 2016

Hai..

terasa nak share dengan korang apa yang ada dalam beg tangan aku. jangan la cakap aku nak show off ke apa ye. sebab barang aku semua murah2. haha. sesaja nak share dengan rakan blogger aku. sebenarnyakan beg aku bersepah dengan barang yang tak sepatutnya. semua nak bawak. kalau boleh laptop pun nak masuk kan dalam beg tangan. sebab tak muat je. :p lepas tu kalau sakit bahu lenguh2 baru padan muka sendiri. siapa suruh bawak itu ini lagi. 

Barang2 yang ada dalam beg tangan aku, tak pernah keluarkan sejak dulu lagi. resit2 tu tak payah cakap la kan. korang pun perempuan. haha. bersepah. tapi tak tau jugak kan. ada perempuan suka bersihkan beg tangan dorang. aku pun ada. jangan la cakap aku malas. :p cuma tak selalu jewwww

Barang2 yang bersepah *eiffel tower tu tak ada la aku nak bawak kemana2. gila ke apa.. haha. just nak cantikkan gambar :d

Read More

Puisi#18 Lawan!

Saturday, November 19, 2016


7.38 pm

lawan itu perkara yang sangat umum
tapi andai kau tahu erti lawan
aku yakin kau pasti menang
mereka tak akan tahu soal lawan itu
yang tahu hanya kau!

aku tahu kata lawan itu susah
tak semudah seperti yang disebut
tak semudah untuk berlawan
tapi jika kau masih letak koma dalam lawan itu
aku yakin ia pasti tak akan ada noktah
Read More

Resepi Frozen Hot Chocolate


Ya Allah.. sebut ja hot chocolate memang fevret aku! walaupun aku bukan penggemar makan coklat bar tu *macam cadbury. tapi kalau kau bagi hot chocolate depan aku. memang habis la jawabnya. nak nak pulak yang ada whipped cream yang banyakkk.. lamanya tak makan. arrgghh craving nya.

selalunya aku selalu beli ja dekat luar. tapi tadi tengok2 fb jumpa satu resepi ni. serius sedap! korang pun boleh buat sendiri. meh sini aku nak share dengan korang. nanti try tau bagi penggemar hot chocolate. aku bagi resepi yang frozen punya... let it goooo.. let it gooo.. lalalala.. hahaha :p
Read More

TIPS DIET BERKESAN TURUNKAN BERAT BADAN 5KG DALAM SEMINGGU

Thursday, November 17, 2016

Hai..

rasanya ramai di luar sana yang inginkan bentuk badan yang ideal. nak kurus nak kurus nak kurus. tapi ingat! jangan sesekali la ambil ubat dengan jalan pintas. sebab takut kemudian hari ada effect yang kita sendiri tak jangka. so apa kata kita buat cara diet yang simple dan sihat. korang tak perlu nak habiskan beratus2 duit untuk beli ubat dan tak rosakkan bahagian dalam badan. memang tak dinafikan lambat kalau kita buat cara diet sihat ni. tapi biar lambat asal selamat kan? okay, mari sini aku nak bagi tips dekat korang. ikut tips ni setiap hari k. jangan skip. :)

1. Sebelum sarapan pagi

Read More

Cara masak telur dengan betul dan sempurna

Wednesday, November 16, 2016

Hai.. 

korang mesti suka makan telur kan? ke memang tak suka? tapi ada bermacam cara untuk memasak telur. okay disini. aku nak share cara untuk masak telur dengan cara yang betul dan perfect!

Cara Pertama

Read More

Ayam Panggang dan Sos Blackpepper

Tuesday, November 15, 2016

Assalamualaikum wbt..


petang tadi aku sempat buat ayam panggang makan bersama sos blackpepper. memang kalau ayam panggang, chicken chop yang makan dengan sos blackpepper adalah favorite aku. :) so disini aku nak share dengan korang resepi untuk buat ayam panggang. mudah dan senang. yang penting dirumah kena ada oven lah! kalau tak macam mana nak panggang kan. hehe. okay let's!

Bahan kisar untuk diperap bersama ayam:

1. 5 ulas bawang putih
2. 2 ulas bawang besar
3. 1 ketul kiub ayam knorr
4. 3 sudu besar sos lada hitam
5. 1 inci halia
6. secubit garam dan gula
7. sedikit air
8. Madu *jika nak lebih sedap dan manis (dekat rumah aku tak ada madu pulak, lupa nak beli tadi)
Read More

TERANG DAN BESAR SUPERMOON MALAM 14 NOVEMBER 2016

Monday, November 14, 2016

Assalamualaikum..


zoom, supaya nampak lebih jelas!

dah 4 hari blog tak berupdate. tak busy pun cuma malas nak buka blog. tak ada mood! :( okay sebenarnya update hari ni nak cakap yang aku dapat tengok supermoon! hehe. excited betul! yela rasa salah sorang yang bertuah dapat tengok kejadian terindah yang Allah jadikan. kawan aku yang duduk sebelah kl ada yang tak dapat tengok sebab hujan. malam ni aku dapat tengok di rumah sendiri. cantik? yes! cantik sangat2. bukan senang nak tengok supermoon tau! cahaya yang terang dari biasa. bulan yang penuh dan padat. masa first dapat tengok tu terlintas dekat hati ni "cantiknya ciptaan mu Tuhan!" entah aku dapat tengok lagi ke tidak macam ni.. *cakap sorang2 la sebab nengok pun sorang2.. hahaha

Read More

Hujan ketika Senja

Thursday, November 10, 2016

Assalamualaikum wbt..

petang tadi hujan lebat then bila nak ke senja dah renyai2. aku nak share dengan korang view yang aku ambil dalam pukul 7.10 pm tadi. cantik! tanpa edit apa2 pun. memang ciptaannya sangat indah belaka.


entri sebelum ni bulan 8 haritu, aku ada ambil gambar dari tempat dan kedudukan yang sama. waktu yang hanya beza beberapa minit. perbezaannya hanyalah satu iaitu warna :) *gambar diambil di depan rumah aku


Read More

Drama 7 Hari Mencintaiku Lakonan Shukri Yahya

Wednesday, November 09, 2016

Alahai walaupun dah berkahwin tapi tetap jadi pilihan no 2 aku. hahaha. no 1? confirm2 la remy ishak. biar hitam tapi macho. :p tiap2 petang tau mengadap tv3 tunggu drama ni. Ya Allah baiknya dapat suami macam ni. masalahnya ada lagi ke dekat luar drama perangai suami macam si shukri ni. dalam drama boleh la bertahan dapat isteri macam tu. hahaha. apapun aku bagi 5 star untuk lakonan dia! best!


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku

Mia adalah seorang wanita yang sangat angkuh dan ego. Malah sejak kecil lagi dia tidak akan bergaul dengan individu yang dirasakan tidak setaraf dengannya.
Read More

6 Idea Inspirasi Wedding dengan gabungan warna menarik!


Hai, aku nak share dengan korang tentang gabungan warna menarik untuk idea wedding korang. tak kisah la nak buat majlis tunang or majlis kahwin. semua boleh guna. warna yang neutral dan cantik! so korang tak payah nak pening2 kepala nak fikir lagi. hehe. bagi sesiapa yang belum kawen macam aku ni berpasrah la ye tengok gambar yang cantik2 ni. :p

Read More

Biggest challenge of the year

Tuesday, November 08, 2016

Hai readers kesayangan!

dalam tahun ni sebenarnya banyak jugak cabaran yang aku tempuh dalam study. yelakan sapa ja tak pernah susah time study. bila kita rasa kita dah down teruk gila time tu, but at last kita berjaya keluar jugak dari masalah yang macam sarang labah tu. berserabut! 

cabaran paling besar aku tahun ni adalah time aku struggled gila2 buat thesis. dengan kerja studio aku yang berlambak! subjek studio adalah 6 kredit hour. gila tak gila. tapi aku dah terbiasa gila sejak 2011 lagi. hahaha. yep! diploma! 

Read More

50 IDEA NAK UPDATE BLOG

Monday, November 07, 2016

Hai semua..


dunia blogger ni mesti selalu nak fikir everyday apa yang nak ditulis dalam blog kan? kadang tu sampai tak tau nak tulis apa. serabut nak fikir. haha. sama macam aku. ketandusan idea. so disini aku nak tolong korang create idea dari 50 topik yang aku cuba sampaikan nanti. aku nak tolong korang dan tolong diri aku sendiri. hahaha. 

1. OOTD (outfit of the day) -cerita apa saja yang korang pakai pada hari itu

2. Cara untuk hasilkan coffee yang sedap (lain dari yang lain)

3. Review something -buku, produk kecantikan, movie
Read More

Template blog masalah! Slider tak keluar

Sunday, November 06, 2016

Hai semua


template yang aku guna ni semua dah okay, tapi satu ja leceh! slider yang ada bawah header tak nak keluar. eshh. geram betul. puas aku godek sana sini, preview then edit balik. semua tak jadi. hmm. geram dan sakit hati dengan coding. aku dah la tak pandai coding. kalau bagi aku map, layout aku tau la. hahaha. 

entri kali ni memang aku khususkan buat kak reen. blogger yang sangat sangat baik. seriously! I've never seen blogger like this before. kak reen sanggup tolong aku. first aku tanya dia 2 soalan:
Read More

Tutorial tambah column atas header dan blog post

Saturday, November 05, 2016


bagi blogger baru mahupun blogger yang tukar template baru mesti perlukan this tuto. untuk korang tambah column baru di atas widget header dan di bawah blog post. tak kesah lah berapa pun korang nak tambah. terpulang k. okay jom ikuti step first sampailah habis.

Read More

LUNCH IKAN SIAKAP BAKAR

Assalamualaikum..


dah waktu lunch ni, korang lunch apa hari ni? aku tadi tolong mak bakar ikan siakap dekat tepi rumah. bakar cara kampung. guna sabut kepala. serius sedap! buat pes sikit, lumur dekat ikan tu. ikan siakap kan isinya manis. sebab tu la sedap. lepas tu mak buat air asam dengan tomato dan aku masak peria cili pedas. 

Read More

5 PERKARA BERMULA DENGAN "ANDAINYA"

Friday, November 04, 2016

Hi,


foto kredit: google

perkataan "andainya" ni memang senang untuk di ungkap tapi bila nak jadi kenyataan tu, uishh susah sangat. kadang tu ada perkara yang tak menjadi pun ada. yang tak logik dek akal manusia. tapi aku memang suka dengan ayat andainya sebab aku suka berangan! :p

okay 5 perkara kan, so let's!
Read More

Puisi#17 Selangkah

Thursday, November 03, 2016


Selangkah aku maju ke depan
Selangkah kau undur ke belakang
Selangkah aku cuba untuk pertahankan
Selangkah kau cuba untuk leraikan

Langkah yang kau cuba lenyapkan itu akan hilang seperti yang kau mahukan
Kau hanya perlu sabar
Jangan salahkan aku jika langkah itu ditiup badai
Kerna badai itu kau sendiri yang cipta
Read More

Masalah Template Hilang Semua Widget

3.10 a.m


Hai semua. 

dari pukul 8 sampai lah sekarang baru siap edit semua balik. ni pun ada yang belum settle lagi. pening lah. huhu. aku tak pernah tukar template sendiri. before ni semua hire blogger bila nak tukar template. tapi kali ni terpaksa buat sendiri. google sendiri semua. sebab tu ada lagi yang still tak okay. aku jenis kalau tengok blog kacau bilau memang tak senang duduk la. haha
Read More