Contoh Sticker Makanan | Buat Tempahan di Y.ra Printing | Hai Assalamualaikum semua.. Zaman pandemik sekarang ni ramai orang terpaksa berhenti kerja dan ada yang hilang punca pendapatan disebabkan duduk dirumah.. Jadi apa yang boleh kita buat dirumah adalah dengan memulakan bisnes. Salah satunya adalah bisnes makanan.
Banyak yang whatsapp Y.ra Printing untuk buat tempahan sticker. Disini busyra sertakan beberapa contoh sticker makanan yang pernah customer order. Boleh lah korang tengok, then ambil idea untuk buat pada bisnes sendiri.
Kalau korang nak tengok lain-lain contoh sticker makanan, korang boleh terus ke page busyra tau.. Dekat bawah ni busyra sertakan link.
Cara buat "Awaiting Moderation" di blog - Elakkan spam komen! | Hai korang... Sihat ke tu? Tutorial kali ni busyra nak share macam mana kita nak buat "Comment Moderation" pada blog.. Penting ke kena buat? Kalau korang blogger baru wajib buat tau.. Ada sesetengah blogger tak suka buat.. Terpulang pada diri sendiri. Cuma bila kita buat macam ni lebih secure.
Cara nak setting:
Pergi ke dashboard blog, tekan di bahagian setting. Klik "Comment Moderation" dan tick pada "Always".. Then Save
Mudah kan caranya? Kemudian cara nak lihat komen "Awaiting Moderation" pulak.. tengok gambar dibawah.. Kalau ada komen, korang just approve je la.. Kalau tak suka, boleh delete je komen tu. So that komen tu tak akan appear di entri korang.
Macam mana jadinya bila orang komen di blog kita? Apa yang mereka nampak? Korang tengok gambar dibawah.. haaa selepas mereka komen di blog kita, terus naik macam ni. Maknanya komen mereka dah pun naik di "awaiting moderation" kita..
So korang! yang belum lagi buat macam ni boleh la buat.. Dengan cara ni, tak akan ada spam komen yang mengarut-mengarut sebab kita akan tapis dulu sebelum approve. Busyra pernah dapat komen mengarut dan negatif. Jadi busyra terus delete.. Bukan tak boleh terima cumanya busyra tak suka ada aura negatif disini.. hushhh hushhh buang jauh-jauh yang tak baik.. hehehe.
Oriteee.. semoga bermanfaat kepada korang yang memerlukan ilmu ni..
Tempah T-shirt Printing - Sehelai pun boleh! | Hai korang, sekian lama tak update berkaitan printing di blog ni.. Bisnes printing berjalan seperti biasa. Kenapa busyra nak jugak update di sini? Sebabnya ada jugak customer yang tahu tentang Y.ra Printing melalui media blog.. Alhamdulillah.
Sesiapa saja yang ingin membuat tempahan T-shirt printing, boleh segera whatsapp busyra tau! Dibuka pada semua negeri, tak kisah semananjung atau sabah/sarawak. Cuma harga postage yang berbeza.
✅Tiada had minima order / sehelai pon boleh
✅Tshirt 100% cotton
✅Kain yang selesa dan tak panas
✅FREE design
✅Kualiti confirm tiptop
Siapa je yang boleh buat tempahan? Semua peringkat umur.. Tak kisah la baby ke atau yang bersaiz 2xl sekalipun. InshaAllah kualiti yang dijanjikan adalah terbaik.
✨Baju Family Day
✨Baju Kelas
✨Baju Rewang/Kenduri
✨Baju Birthday
Korang nak whatsapp discuss dulu pun boleh, tiada masalah.. Nanti di akhir entri busyra sertakan no. telefon ye.. Selain daripada tempahan t-shirt, ada pelbagai lagi servis printing yang busyra tawarkan seperti label sticker, banner, keychain badge, bisnes kad, cop getah, buku resit, flyers, kad kahwin dan sebagainya..
PUISI#29 Kamu Anugerah Terindah | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia berbentuk bebas.
Puisi Kamu Anugerah Terindah
Tuhan tolong bantu jiwa ku
Ku merayu padamu
Berikanlah "dia" dalam rahimku
Agar terhenti segala pilu
Saban hari penantian "dia" aku nanti
Puas aku menangis malam hari
Ku telan segala cerca dan maki
Biarpun hati ini terus tersakiti
Andai ada salahku
Berilah aku ruang dan waktu
Yakini jiwa dan hatiku
Agar terus bertahan dengan jalan takdir darimu
Puisi ni busyra tujukan khas untuk Akak Siti Elizad.. Sekarang ni kecoh di facebook ada seorang hamba Allah memaki dan mengata buruk tentang akak Siti Elizad. Busyra tak nak mention disini.. Cuma busyra nak cakap satu je soal jodoh, anak, ajal, kita tak kan pernah tau.. Jadi stop la mempertikaikan peraturan Allah.Allah dah susun baik-baik untuk setiap hambanya. Jadi, jangan sibuk kerja Allah. Semoga hamba Allah yang perangai macam ni cepat-cepat lah sedar.. Jaga mulut, jaga hati..
Segarnya Air Kelapa Lemon.. Banyak Khasiatnya | Hai korang, petang-petang macam ni tekak terasa nak minum air fresh.. tambah pulak sekarang musim covid, kita memang betul-betul rawat diri dari dalam. Bukan saja dah selesaikan suntikan vaksin tapi usaha lain pun kena buat jugak. Mungkin ada sesetengah orang tak percaya pada petua orang tua. Lain orang lain pendapatnya.
Semalam busyra rasa badan lemau sikit sebab kemas bilik kucing. Busyra alergik bulu kucing tapi nakkkk jugak bela kucing. haha.. Hidung terus jadi selsema.. Alhamdulillah la lepas minum 2-3 kali air ni rasa fresh sikit.. Lemon pun bagus untuk badan.
Macam mana nak ada semangat dalam berblogging? | Hai, Assalamualaikum korang.. Huh soalan berat ni. Susah sangat nak jawab. Sebab busyra sendiri pun selalu hilang semangat. haha.. Kalau time x dak mood tu memang blog tak akan update. nak tengok blog sendiri pun malas.. Tapi busyra nak share1 benda ni yang memang kalau kita amalkan, semangat tu akan berkobar-kobar nak menulis blog.
Ini pendapat busyra sendiri tau.. Lain orang lain pendapat nya. Masa bulan 2 haritu, busyra rasa nak delete blog ni. Semangat yang dulunya beria nak ada blog, hilang macam tu ja.. Busyra yakin mostly blogger pernah rasa macam ni. Tapi bila fikirkan balik tak jadi lah.. Penat tau aku bina blog ni dari dulu lagi.. "monolog sendiri"..
Bila rasa tu hadir, busyra cepat-cepat baca blog orang lain.. Busyra blogwalking. Ada blog yang sehari dia boleh update 3-4 posting.. Weyhhh mana dia dapat semangat macam ni? Sedangkan ada blogger yang dah ada anak pun boleh konsisten update kenapa tak aku? Busyra selalu motivate diri bila tengok semua tu. Blog adalah side income busyra. Sayang kalau tinggalkan macam tu ja.
Sekurang-kurangnya update lah 1 post 1 hari.. Busyra cuba buat benda tu tapi kadang tewas.. haha. Idea tak ada tu biasa.. Sebab tu busyra kata tadi selalu lah blogwalking.. Dengan cara tu, kita bukan saja dapat timbulkan semula semangat tapi idea nak update post pun dapat. Bukan suruh copy paste sebiji sebulat entri blogger lain.. Tapi ambil topik mereka, kemudian olah menjadi entri sendiri, ayat sendiri dan cara penyampaian dari diri korang sendiri..
Siapa pun awak yang bergelar blogger.. Jom teruskan menulis blog, even terkadang semangat tu hilang seketika.. Jangan biarkan ia hilang selamanya.. Sedih tengok, blog yang dulunya busyra follow, sekarang blog dah pun tiada.. dah delete.
Resepi Kubis Bungkus Inti Ayam / Chicken Cabbage Rolls | Hai korang! Bertemu lagi kita dalam rancangan Aku masak kau teringin.. hehe.. Ala-ala azfar heri gituww. Okay, untuk entri kali ni aku nak try this resepi.. First time buat alhamdulillah jadi sebab mudah sangat. Korang pun boleh buat!
1. Untuk buat inti nya, campurkan isi ayam, lada hitam, bawang dan garam.. Gaul sebati
2. Sementara itu, panaskan air dan celur kubis.
3. Bila kubis dah hampir layu, angkat.
4. Letak isi ayam diatas kubis dan balutkan. Ikutlah korang nak buat berapa, macam busyra buat 6 biji je.. itu pun dah kenyang
5. Kukus selama 30 minit..
Cara nak buat sos pencicah mudah je.. Tumbuk 2 biji cili padi dan 2 biji bawang putih.. Kemudian masukkan 1 sudu sos tiram dan sedikit air + gula perang.. akhir sekali perahkan asam limau..
Drama Love Elsa - Episod 1-24 Astro Ria | Busyra jarang post drama dalam blog tapi untuk kali ni rasa tertarik pulak kisah drama arahan Micheal Ang. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Uyaina Arshad dan Neera Azizi. Siri drama ni ditayangkan di Astro Ria bermula 15 Jun 2021 menggantikan Rindu Awak Separuh Nyawa. Sekarang dah episod 3, jadi siapa yang belum start tu boleh la tengok bosan-bosan dekat rumah.
Pelakon Love Elsa
Zul Ariffin sebagai Ridza Kim
Uyaina Arshad sebagai Ammara
Zeera Azizi sebagai Sofea
Ramona Zamzam sebagai Ramona
Mona Allen sebagai Madam Qistina
Badrul Muhayat sebagai Elyas
Ku Faridah sebagai Nenek Ammara
Nasz Sally sebagai Habsah
Iman Suhana sebagai Hamidah
Azhar Amir sebagai Tuan Elias
Ikhram Juhari sebagai Imran
Riz Amin sebagai Kamarul
Mustapha Kamal sebagai Wahid
Nina Juren sebagai Mak Ammara
Sinopsis Love Elsa
Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.
Kemunculan Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu.
Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim dan lahirnya perasaan cinta.
Korang yang tak sempat tengok drama ni di tv, boleh terus ke Youtube Astro Gempak
Tutorial Bold kan Tulisan di bahagian About Me/ Author | Hai korang.. Lama rasanya tak buat entri tutorial. Semalam busyra baru edit layout untuk Author, jadi terasa nak share dengan korang.. Entri ni memang busyra khusus kan pada newbie. Yang baru start buat blog tapi masih tercari-cari caranya.. Meh sini busyra tunjukkan.. Mudah saja, kena faham coding html.. Asas je. Kalau yang susah-susah busyra pun tak pandai.. haha
Korang boleh tengok di sebelah kanan sidebar blog busyra ni, ada bahagian "Author" kan? Ini untuk view laptop atau komputer.. If korang buka melalui phone "Author" berada pada bahagian bawah.. Di situ busyra bold kan tulisan "Welcome to my Online Diary" dan email. Haaaa itulah tutorial kita kali ni. Busyra akan ajarkan macam mana nak hitam kan tulisan tu..
1. Di dashboard blog, klik "Layout", kemudian "Add a Gadget"
2. Tulis "Title" dan copy & paste coding di bawah ni, masukkan di bahagian "Content"
Resepi Kuey Teow Goreng Seafood |Hai, Assalamualaikum.. Musim pandemik macam ni, apa yang boleh buat stay dekat rumah je la kan. Maka skill memasak akan terus keluar dengan jayanya. haha! Kita masak apa yang ada je.. Korang macam mana duduk rumah? okay ke tu? Jom lah tengok resepi dari busyra.. Esok-esok korang boleh try resepi ni.
Resepi Butter Chicken Tak Guna Daun Kari Pun Sedap | Hai korang, nak dijadikan cerita busyra teringin gila nak makan butter chicken lepas tengok video dekat youtube. haha. pengaruh youtube! Tapi memandangkan tak ada daun kari terpaksa lah skip. Try tengok sedap ke tidak.. Jom tengok resepi!
1. Gaulkan kesemua (bahan-bahan ayam) sehingga sebati. Kemudian masukkan ayam dalam bancuhan tersebut. Biarkan seketika supaya bahan perapan masuk kedalam ayam.
2. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kuah pula, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili sehingga naik bau.
3. Masukkan susu cair. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
4. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siappp!
"Saya Sudah Lengkap Dos Kedua" Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer | Hai, Assalamualaikum.. Thanks korang sebab sudi baca entri ni. Tujuan busyra tulis adalah untuk berkongsi pengalaman buat semua orang yang belum mendapatkan vaksin. Mungkin ada yang dah daftar tapi belum dipanggil, InshaAllah soon. Okay marilah kita mula sesi taklimat tak formal kita.. hehehe
Pada 23 Mei 2021, busyra ke Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar untuk mendapatkan vaksin dos pertama. Masa yang dinyatakan pada pukul 10 pagi. Semua maklumat ni busyra check dalam aplikasi MySejahtera. Sesampai saja di situ, macam biasa kena check suhu dan mereka akan bagi beberapa helai borang yang perlu diisi. Maklumat dalam borang tu semuanya berkaitan dengan diri kita, kita ada sakit ke, penah dijangkiti covid ke sebelum ni.. semua pasal masalah kesihatan dannn yang paling penting tandatangan kita untuk persetujuan dicucuk. Selesai isi borang, nurse akan check tekanan darah. If normal, tak ada masalah apa-apa boleh terus ke bilik vaksin.
Untuk vaksin dos pertama, pengalaman busyra sendiri tak rasa sakit time nurse cucuk tu.. rasa biasa. tiberrr ehhh dah siappp. Selepas cucuk kita akan diarahkan untuk ke satu ruangan untuk berehat lebih kurang 30 minit. Then, nurse check lagi tekanan darah.. kalau dah okay, boleh balik! (Korang akan diberi satu kad vaksin, alaa macam kad nama gitu)
Selepas beberapa jam cucuk, time tu tangan dah mula rasa lenguh-lenguh.. Nak angkat tinggi tak boleh dan bengkak sikit di tempat cucuk. Alhamdulillah busyra tak ambil panadol dan kepala pun tak pening. Memang tak ada effect yang teruk masa dos pertama.. Selesai..
Korang boleh tengok video untuk dos pertama!
Selepas 21 hari iaitu pada 13 Jun 2021, sampailah masa untuk dos kedua.. Tempat tak sama, kali ni bertempat di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim, Kota Setar.. Jujur busyra cakap, dekat sini agak crowded. Step semua sama saja macam dos pertama cuma kena banyak bersabar menunggu turn sebab ramai. Check tekanan darah sebelum masuk, cucuk vaksin dan check lagi tekanan darah before balik.. (Korang jangan lupa bawak kad vaksin tau!) Alhamdulillah semuanya selesai.
Masa busyra balik memang tak rasa apa-apa.. ohhhh lupa nak cakap yang time nurse cucuk tu memang sakit, terasa jarum tu masuk.. maybe salah satu punca sebab busyra tak rilex masa tu.. Busyra tak ambil apa-apa panadol lagi sampailah jam pukul 11 malam, badan dah rasa lain. rasa seram sejuk.. kaki dan tangan mula sejuk. Time tu baru busyra telan panadol.. start dari situ, busyra menggigil, aircond pun tak buka.. sejuk sampai merengkok dan berselimut satu badan termasuk muka.. tak tergambar rasanya.. sejuk dalam orang tua-tua cakap..
Busyra salah sebab tak ambil panadol terus selepas cucuk.. even busyra dah selimut dan badan dah keluar banyak peluh tapi still rasa tak kebah.. Sampailah esok pagi tu, rasa tak okay jugak.. kena air sikit rasa seram sejuk.. Jam 5 petang busyra ambil lagi panadol. Terpaksa untuk kesihatan, kalau tak ambil tak larat.. Alhamdulillah lepas ambil panadol kali kedua, baru badan okay dan tak sejuk dah. Huhhh memang busyra takut sangat nak sampai waktu malam masa tu sebab busyra tak nak dah alami kejadian badan menggigil.
Itulah pengalaman yang boleh busyra kongsikan, lain orang lain tindak balas vaksin dalam badannya.. Macam kawan busyra dia ambil terus panadol sesampai ja dekat rumah. So korang, busyra sarankan ambil panadol cepat tau.. Jangan tunggu lama-lama..
Jangan takut untuk ambil vaksin, kita usaha selebihnya serahkan pada Pencipta
Tahniah anda berjaya baca entri ni sampai habis.. hehehe. thanks! Korang dah vaksin ke belum? kalau belum tapi dah daftar selalu lah check MySejahtera, manalah tau dah sampai tarikhnya.. Kalau yang dah vaksin, share lah pengalaman korang pulak!