Lot 21 Cafe Hipster di Pekan Cina Alor Setar

Tuesday, December 21, 2021

Cafe Hispter di Kedah, Cafe Sedap di Alor Setar, resepi aglio olio, spaghetti carbonara, homemade meatball, Kedai makan western di alor setar, Cafe Hipster Sungai Petani,

Lot 21 Cafe Hipster di Pekan Cina Alor Setar | Banyak lagi sebenarnya cafe di Alor Setar yang belum pernah sampai.. di area Pekan Cina ni memang banyak cafe hispter. Macam-macam jenis tema yang dorang ketengahkan.. Ada cafe yang warna pastel-pastel gitu.. Tapi untuk Lot 21 Cafe ni memang nampak elegen sebab warna cafe bertemakan hitam dan putih. guna pulak kerusi kayu.. sumpah cantik!


Cafe Hispter di Kedah, Cafe Sedap di Alor Setar, resepi aglio olio, spaghetti carbonara, homemade meatball, Kedai makan western di alor setar, Cafe Hipster Sungai Petani,
sumber foto: google


Biasalah bila sewa lot kedai macam ni memang agak sepit sikit. tapi so far okay je sebab penyusunan kerusi semua kemas. busyra tak ambil banyak sangat gambar cafe. dekat luar cafe pun boleh duduk. cuma masa busyra sampai hujan renyai-renyai. so terpaksa duduk dalam. kalau tak hujan duduk luar lagi best sebenarnya.. sambil pulak minum caramel latte! fuhh layan.. hehe

Cafe Hispter di Kedah, Cafe Sedap di Alor Setar, resepi aglio olio, spaghetti carbonara, homemade meatball, Kedai makan western di alor setar, Cafe Hipster Sungai Petani,

Cafe Hispter di Kedah, Cafe Sedap di Alor Setar, resepi aglio olio, spaghetti carbonara, homemade meatball, Kedai makan western di alor setar, Cafe Hipster Sungai Petani,

Makanan yang busyra & the geng order Aglio Olio, Spaghetti Carbonara & Homemade Meatball! Untuk air pulak tak sempat nak snap proper sebab lapar sangat time ni. hehe.. air caramel latte, latte & ice lemon tea..


Aglio Olio

Cafe Hispter di Kedah, Cafe Sedap di Alor Setar, resepi aglio olio, spaghetti carbonara, homemade meatball, Kedai makan western di alor setar, Cafe Hipster Sungai Petani,

Macam biasa lah seorang busyra akan order aglio olio bila ke mana-mana cafe baru.. hehe. Portion banyak juga cumanya kurang pedas.. maybe next time kalau busyra nak order kena request nak pedas. seafood pun dorang letak banyak.. udang dan sotong. rasa creamy sikit. tapi sedap. dorang tabur cheese..  Rating 7.5/10

Spaghetti Carbonara

Cafe Hispter di Kedah, Cafe Sedap di Alor Setar, resepi aglio olio, spaghetti carbonara, homemade meatball, Kedai makan western di alor setar, Cafe Hipster Sungai Petani,

Sedap! tu je busyra boleh cakap. hehe. sebab kuah dia tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. sedang-sedang je.. macam biasa lah portion dia banyak dan chicken slices pun banyak.. memang spaghetti carbonara orang tak letak real daging kan.. maksud busyra kedai memana pun busyra p semuanya letak chicken slices je. tak tau la pulak kalau korang pernah jumpa yang lain dari lain.. tapi sedap je macam ni pun.. Rating 7/10.. 

Homemade Meatball

Cafe Hispter di Kedah, Cafe Sedap di Alor Setar, resepi aglio olio, spaghetti carbonara, homemade meatball, Kedai makan western di alor setar, Cafe Hipster Sungai Petani,

Ada 6 ketul meatball.. besar-besar juga. Cuma kuah yang diberi sikit, just tuang atas meatball tu je.. agak masin sikit meatball nya.. tapi masih ada rasa sedap tu.. kalau kuah diberi asing, lagi okay.. baru dapat rasa.. daging tu dimasak dengan sempurna.. lembut! Rating 6/10


So far so good.. Ada sedap dan ada kurang sedap tu normal untuk semua kedai makan.. layanan dorang pun bagus je.. cuma kalau nak order kena ke kaunter sendiri.. Harga nya pulak busyra terlupa nak snap pic menu.. hehe.. tapi korang tau je la harga cafe kan.. 


Baca Ini: Lunch Black Canyon, Aman Central | guna Apps Food Panda


Waktu Operasi: 1 tengahari - 11 malam (Tutup Rabu)

Alamat:  No 6 Pekan Cina , Taman Persisiran Tanjung Charli, 05000 Alor Setar, Kedah, Malaysia

Read More

Sedap Betul Soto Ayam di Kesum Art Restaurant, Georgetown Penang

Saturday, December 18, 2021

Soto ayam sedap di Penang, Cafe Kesum Art Restaurant, Cafe Hispter di Penang, Resepi soto ayam, nasi lemak sedap di penang,

Sedap Betul Soto Ayam di Kesum Art Restaurant, Georgetown Penang | Tak sah kalau jalan-jalan di Penang tapi tak food hunting kan? makanan dengan manusia berpisah tiada. haha. tapi macam biasa lah nak masuk ke cafe-cafe macam ni agak susah sebab terlalu mampat kedai dorang sampai nak cari parking pun susah.. huhu. Kesum Art Restaurant ni pun main terjah je masa ni sebab perut dah lapar.. tengok dari luar kecil ja kedainya.

Soto ayam sedap di Penang, Cafe Kesum Art Restaurant, Cafe Hispter di Penang, Resepi soto ayam, nasi lemak sedap di penang,

cute betul design logo dia.. apa yang terfikir mula-mula sekali adalah ni kedai non muslim sebab nampak aura luar kedai macam tu.. then ternampak dekat pintu masuk logo halal, pelanggan dan staff nya pun muslim.. kedainya memang nampak elegan dan auranya pun lain.. dorang pasang pulak lagu zaman-zaman dulu yang syahdu tuu.. hehe

Soto ayam sedap di Penang, Cafe Kesum Art Restaurant, Cafe Hispter di Penang, Resepi soto ayam, nasi lemak sedap di penang,

Selain dari makanan, dorang ada juga menjual kraf tangan (lukisan dan tote bag).. Serius comel sangat.. Harga dalam RM30 keatas rasanya.. busyra tak ingat sangat dah.. semuanya buatan tangan sendiri.. beg tu macam lukisan batik.

Soto ayam sedap di Penang, Cafe Kesum Art Restaurant, Cafe Hispter di Penang, Resepi soto ayam, nasi lemak sedap di penang,

Busyra dan kawan order menu yang mengenyangkan perut sebelum jalan ke tempat lain.. Harga untuk makanan dekat sini bagi busyra berbaloi sebab portion dia banyak! kami order nasi lemak dan soto ayam.. haihhh sampai sekarang masih terasa soto ayam dia.. sedap!

Soto Ayam - RM15.00

Soto ayam sedap di Penang, Cafe Kesum Art Restaurant, Cafe Hispter di Penang, Resepi soto ayam, nasi lemak sedap di penang,

Portion ni sebenarnya untuk 2 orang makan.. serius banyak.. tapi disebabkan busyra lapar jadi macam sorang jelah yang makan! hahaha. ada 4 biji begedil, isi ayam tak payah cakap lah.. banyak sangat. yang penting sambal kicap dia.. uihhh dah la pekat, pedas, manis.. cukup rasa.. busyra sampai mintak tambah sambal kicap tu.. rating 9/10 .. 

Soto ayam sedap di Penang, Cafe Kesum Art Restaurant, Cafe Hispter di Penang, Resepi soto ayam, nasi lemak sedap di penang,

Taugeh dia fresh tau! busyra pernah makan soto ayam dekat cafe lain sebelum ni.. taugeh lembik, rasa pun jadi lemau nanti.

Nasi Lemak Bonda - RM15.00

Soto ayam sedap di Penang, Cafe Kesum Art Restaurant, Cafe Hispter di Penang, Resepi soto ayam, nasi lemak sedap di penang,

Nasi lemak pun sedap! Ada isi ayam disalut dengan tepung, sambal ikan bilis, kangkung rebus, timun, kacang, telur dan keropok.. puas hati makan.. sambal dia pun boleh tahan sedap.. Menu ni hanya available pada hari Sabtu saja.. rating 7/10.


Baca ni: Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake di Gatto Cafe Alor Setar


Masa Operasi: Buka setiap hari kecuali Khamis (11 pagi - 8 malam)

Alamat: 104, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Read More

Kitsui Korean White Skincare Halal untuk kulit yang lebih cerah, bersih, licin dan sihat. Sesuai untuk kulit kering & sensitif.

Wednesday, December 15, 2021

Kitsui Korean White Skincare,  kulit yang lebih cerah dan bersih, Sesuai untuk kulit kering & sensitif, halal skincare,

Kitsui Korean White Skincare Halal untuk kulit yang lebih cerah, bersih, licin dan sihat. Sesuai untuk kulit kering & sensitif | Hai korang.. lama rasanya busyra tak share tentang kecantikan.. Jadi harini ada kesempatan nak bagitau korang satu skincare yang busyra dah cuba dalam masa seminggu.. So far resultnya alhamdulillah, busyra suka! Apa saja yang busyra pernah cuba tak kisah lah bab tempat makan ke makeup ke skincare sekalipun, busyra tak kan pernah lupa korang.. wajib kongsi bersama! hahhh gituww.. hehe


Selalunya apa-apa produk yang busyra pakai dalam masa seminggu, if tak sesuai dengan kulit muka mesti rasa tak selesa.. tapi dengan KITSUI ni rasa kulit segar je.. yes! produk yang busyra maksudkan adalah Kitsui Korean White Skincare Halal! For those yang baru dengar brand ni, teruskan baca penulisan busyra tau sebab tak kan menyesal.. korang yang alami kulit kering dan sensitif lagilah kena ambil tahu.. benda baik untuk kulit jangan persiakan.. hehehe.. Produk ini boleh dikatakan skincare cerah dengan cara pemakaian yang betul dan teratur ia boleh membuatkan kulit wajah cerah, sihat , bersih dan licin.. 


Semua produk KITSUI SKINCARE adalah dijamin HALAL, bebas dari Alcohol  dan hanya menggunakan ESSENTIAL OIL sebagai pewangi semulajadi.


Kitsui Korean White Skincare,  kulit yang lebih cerah dan bersih, Sesuai untuk kulit kering & sensitif, halal skincare,


Kitsui Korean White Skincare,  kulit yang lebih cerah dan bersih, Sesuai untuk kulit kering & sensitif, halal skincare,

Bebas dari bahan berbahaya :
 
- sumber haiwan 
- pewarna tiruan
- paraben
- bahan toksin  
- sulfat 
- perfume
- paraffin 
- silicone


Kitsui Korean White Skincare,  kulit yang lebih cerah dan bersih, Sesuai untuk kulit kering & sensitif, halal skincare,


Korean White Skincare Kitsui ada 2 jenis.. untuk Acne & Oily Skin dan Dry & Normal Skin.. Busyra try yang normal skin punya!  dalam 1 set tu ada 4 produk iaitu Korean White Cleansing Gel, Korean White Toning Lotion, Korean White Moisturizer dan Korean White Essence Serum. 



Korean White Cleansing Gel

Kitsui Korean White Skincare,  kulit yang lebih cerah dan bersih, Sesuai untuk kulit kering & sensitif, halal skincare,


Bahan-bahan:

Niacinamide (Vitamin B3) - Mencerahkan kulit, membantu kulit kekal lembab dan bebas kemerahan
Coenzyme Q10 - Memperlambatkan timbulnya tanda-tanda penuaan
Vitamin E - Meningkatkan penghidratan kulit

Kelebihan:

- Membersihkan kulit tanpa menyebabkan kulit menjadi kering
- Mencegah tanda-tanda penuaan kulit
- Mencerahkan dan membersihkan kulit
- Membantu meneutralkan radikal berbahaya yang merupakan salah satu sebab utama penuaan
- Menghalang kulit daripada kendur dan berkedut
- Melembapkan dan melicinkan kulit


Korean White Toning Lotion

Kitsui Korean White Skincare,  kulit yang lebih cerah dan bersih, Sesuai untuk kulit kering & sensitif, halal skincare,

Bahan-bahan:

Galactomyces (Rice Water) - Membantu mengurangkan saiz liang pori dan mencerahkan kulit
Coenzyme Q10 - Menegangkan dan menganjalkan kulit
Rosemary - Membantu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki tona kulit

Kelebihan:

- Meningkatkan penghidratan kulit
- Membersihkan liang pori yang kotor
- Mencerahkan kulit
- Pengurangan kadar whitehead dan blackhead
- Melembapkan kulit dan menghalang sel kulit yang menyebabkan kedutan
- Mengembalikan keseimbangan kelembapan semulajadi kulit


Korean White Moisturizer

Kitsui Korean White Skincare,  kulit yang lebih cerah dan bersih, Sesuai untuk kulit kering & sensitif, halal skincare,

Bahan-bahan:

Niacinamide (Vitamin B3) - Mencerahkan, melembapkan dan menghaluskan kulit
Coenzyme Q10 - Melambatkan tanda-tanda penuaan, bintik hitam, garis halus dan kedutan
Hyaluronic Acid - Mengurangkan masalah kulit kusam dan warna kulit tidak sekata

Kelebihan:

- Mengurangkan rasa kekeringan
- Membantu melembapkan kulit dan menghalang sel kulit mati dari mengumpul di permukaan kulit yang menyebabkan kedutan
- Mencerahkan kulit
- Mengembalikan keseimbangan kelembapan semulajadi kulit
- Mengangkat kotoran dari liang-liang pori muka
- Pengurangan kadar whitehead dan blackhead


Korean White Essence Serum

Kitsui Korean White Skincare,  kulit yang lebih cerah dan bersih, Sesuai untuk kulit kering & sensitif, halal skincare,

Bahan-bahan:

Niacinamide (Vitamin B3) - Mecerahkan kulit dan mengurangkan bekas parut
Rosemary - Vitamin C yang tinggi menjadikan kulit kelihatan lebih bersih dan cerah
Coenzyme Q10 - Menjadikan kulit tegang, sihat dan licin

Kelebihan:

- Merawat parut dan tanda-tanda bintik hitam
- Menjadikan kulit lebih bersih dan licin
- Mencerahkan kulit
- Memperbaiki masalah kulit wajah
- Tekstur yang lebih ringan sehingga mudah menyerap ke kulit
- Kandungan konsentrat bahan aktif


Kitsui Korean White Skincare,  kulit yang lebih cerah dan bersih, Sesuai untuk kulit kering & sensitif, halal skincare,

Jadi jom lah korang cuba skincare korea (Kbeauty) ni! Kalau korang pakai secara konsisten, inshaAllah kulit cerah sekata. Macam mana nak dapatkan skincare halal korea ni? follow info dibawah guys!


Kitsui Korean White Skincare,  kulit yang lebih cerah dan bersih, Sesuai untuk kulit kering & sensitif, halal skincare,

Kitsui, Cantik Semulajadi !

Grab your KITSUI now at the pharmacist near you !

Enjoy 10% Off with no min. spend with any purchase of KITSUI Skincare at Kitsui’s Official Website or Shopee today using CODE ‘ KITSKIN ‘ !

Kitsui Website : https://kitsui.com.my/

Kitsui Official Shopee Mall : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

Kitsui Official Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia

Kitsui Skincare Official Instagram : https://instagram.com/kitsuiskincaremy



Read More

More by Arang Coffee | Cafe Hipster Penang

Monday, December 13, 2021

salted egg chicken chop, more by arang coffee, lemon chicken chop, cafe hipster Penang, cafe best di Georgetown,

More by Arang Coffee | Cafe Hipster Penang  | Hari Sabtu lepas busyra ke Penang jumpa dengan kawan time study dulu.. lama sangat tak jumpa dia. so decide jumpa tengah-tengah negeri.. dia orang Perak, busyra orang Kedah.. nasib baik dua-dua orang utara jugak.. kami stay 2 hari 1 malam di sana.. 


Cafe di Penang bukan macam negeri-negeri lain yang sememangnya ada ruang yang luas.. sangat crowded disini.. ikut map pun kadang cari tak jumpa.. haha.. puas jugak mencari, tengok-tengok ehhhh ada dekat sini rupanya.. lalu dah 2 kali.. hehe..


salted egg chicken chop, more by arang coffee, lemon chicken chop, cafe hipster Penang, cafe best di Georgetown,


salted egg chicken chop, more by arang coffee, lemon chicken chop, cafe hipster Penang, cafe best di Georgetown,

Suka sangat tengok design cafe ni, serius cantik! nampak elegan sangat.. berkonsepkan warna hitam dan putih.. Time busyra p ni tak ramai sangat orang, sebab tu nampak kerusi meja kosong je.. besar jugak cafe nya. tapi kalau dari luar tak perasan sangat.. maybe sign board nya kecik..


tapi malangnya, busyra bungkus makan di hotel... disebabkan masa tak mengizinkan . jam pukul 6.30 petang waktu kami sampai.. jadi nak cepat balik ke hotel, terus bungkus je lah.. kami berdua perempuan pulak, tak nak la sampai hotel malam.. tak pe, asalkan dapat rasa menu di cafe ni.. 


Salted Egg Chicken Chop

salted egg chicken chop, more by arang coffee, lemon chicken chop, cafe hipster Penang, cafe best di Georgetown,

Tak ingat dah nama betul untuk menu yang busyra order.. biasa lah kalau menu cafe namanya pelik-pelik sikit.. untuk Salted Egg Chicken Chop ni, mula-mula makan rasa sedap! tapi bila dah ke doploh kali makan terus rasa muak.. haha.. 


Portion dia sumpah banyak gila! dalam set ni dapat wedges, sos dan salad! ayam dia besar sangat.. berbaloi la dengan harganya RM26.. kenyanggg.. dan sebenarnya sesuai untuk 2 orang makan.. busyra bagi 3.5/5.. kalau pedas lagi sedap.

Lemon Chicken Chop

salted egg chicken chop, more by arang coffee, lemon chicken chop, cafe hipster Penang, cafe best di Georgetown,

Maaf lerr gambar pun tak clear sangat sebab dalam bilik hotel.. alahai lampu punnn romantik! untuk menu ni busyra tak suka.. haha. cakap terus terang je senang.. sebabbb sos dia terlalu masam.. maybe dorang boleh kurangkan sikit.. masam sangat.. bukan busyra je rasa macam tu. tapi kawan busyra pun cakap benda yang sama.. set ni sama ja macam salted egg chicken chop, cuma bezanya tukar sos..


Rating untuk menu ni 2/5... haihhh memang tak kena lah dengan tekak.. tapi bab portion memang tak dinafikan lah banyak.. harganya RM20.. udah ler masam, disertakan dengan lemon lagi.. huihhh tak tau nak cakap macam mana.. hehehe.. mungkin ada orang yang boleh terima dengan menu ni.. lain tekak lain rasanya..

salted egg chicken chop, more by arang coffee, lemon chicken chop, cafe hipster Penang, cafe best di Georgetown,


Baca Ini: Makan dalam kereta di Aorora Cafe Alor Setar


Masa Operasi: Buka setiap hari kecuali Khamis (11 pagi - 8 malam)

Alamat: 170G-2 Livingston Tower Argyll Road, 10050 George Town, Pulau Pinang

Read More

Kerabu Maggi Viral di bangunan depan Alor Setar Mall

Friday, December 10, 2021

kerabu maggi alor setar mall, kerabu maggi di alor setar, resepi mudah kerabu maggi, cara buat kerabu maggi ala thai,

Kerabu Maggi Viral di bangunan depan Alor Setar Mall | Peminat tegar kerabu maggi memang tak boleh dengar kalau orang cakap dekat mana sedap semua nak cuba.. Dulu ada seorang makcik ni berniaga kerabu maggi di Tesco Stargate Alor Setar, tapi tiba-tiba ja tutup sampai lah sekarang dia dah tak berniaga.. rindu sangat kerabu maggi dia, sumpah sedap gila! lain dari yang lain..


kerabu maggi alor setar mall, kerabu maggi di alor setar, resepi mudah kerabu maggi, cara buat kerabu maggi ala thai,


Kedai ni busyra tak sure buka pukul berapa tapi yang pastinya dia tutup dalam 8.30 malam.. busyra p tadi dalam pukul 4.30 petang. lokasi kedai dia bertentang dengan jalan besar.. bangunan depan alor setar mall.. 


kerabu maggi alor setar mall, kerabu maggi di alor setar, resepi mudah kerabu maggi, cara buat kerabu maggi ala thai,


Ada macam-macam menu makanan thai disini.. sup-sup pun ada.. untuk kerabu maggi dia tak berapa nak kena dengan tekak busyra.. bukan yang betul-betul thai punya rasa.. masam dia terlebih sikit.. huhu.. tapi bab portion busyra puji! sebab banyak bahan. udang tak kedekut.. harga RM7.50 (agak mahal jugak) tapi tetap worth.. 


kerabu maggi alor setar mall, kerabu maggi di alor setar, resepi mudah kerabu maggi, cara buat kerabu maggi ala thai,


Air biscoff dia sedap! harga RM6.50.. terasa biskut dia tuuu.. Air teh ais thai pulak, cup besar RM4 je.. murah betul! busyra jenis kalau bab makan dan minum ni, air selalu tak kan habis. minum sikit sangat.. mak busyra selalu cakap kalau bawak makan kedai rugi je order air... hahaha


Jom Baca: Kerabu Maggi Warna Hijau.. Unik Sangat!


kerabu maggi alor setar mall, kerabu maggi di alor setar, resepi mudah kerabu maggi, cara buat kerabu maggi ala thai,

yang stay alor setar korang boleh cuba! sebelum balik busyra bungkus dekat mak, minta dia kurangkan rasa masam tu.. hehe.. busyra peminat makanan masam jugak tapi untuk kerabu maggi yang dia buat ni masam nya agak kuat sampai hilang rasa pedas tu.. husnuzon je maybe dorang terlebih letak air limau..


Read More

Lunch Nasi Goreng Pattaya, simple tapi sedap!

Thursday, December 09, 2021

nasi goreng pattaya, resepi nasi goreng, nasi goreng simple,

Lunch Nasi Goreng Pattaya, simple tapi sedap! | Bila hari-hari kerja sampai tak tau nak makan apa di ofis ni.. lumrah kehidupan kalau soal makan mesti blur.. kena fikir 10 kali dulu baru boleh hadam soalan tu. hehe.. harini beli nasi goreng pattaya di cafe ofis je.. nasib lah tukang masak cafe ni masakan dia semua sedap!


Jom Baca: Resepi nasi Goreng Kangkung


nasi goreng pattaya ni sebenarnya simple je. nasi goreng putih biasa je, letak ayam.. cuma specialnya dia balut dengan telur.. tapi itulah favorite busyra.. letak pulak sos atas telur tu.. bab sos busyra memilih sikit.. hehe. busyra suka sos brand jagung.. pekat pedas dia tuuu.. tapi tengok jugak lah pada makanan apa kita nak makan tu.. kalau makan ayam goreng kfc tak kena juga cicah dengan sos jagung.. haha.. rasanya lain nauu! 


nasi goreng pattaya, resepi nasi goreng, nasi goreng simple,

p/s: hari ni dh khamis.. tak sabar nak jumpa kawan lama busyra sabtu ni.. nanti akan ada banyak review di Penang menanti.. hehe.. 

Read More

Braces off tak lama lagi.. welcome new friend, Retainer!

Monday, December 06, 2021

pakai braces sakit ke tak, bracess off, retainer, cara jaga gigi selepas pakai braces, warna getah braces,

Braces off tak lama lagi.. welcome new friend, Retainer! | Nak menjaga braces bukan mudah.. Bulan 11/2021 cukup 2 tahun busyra pakai braces.. ada suka ada duka.. haa gituww.. haha.. dukanya bab menjaga kebersihan gigi.. kalau lepas makan tu memang penat sangat sebab kena check gigi, takut ada sisa kotoran yang melekat.. jaga gigi 2x ganda dari orang biasa.. btw korang, tak lama lagi busyra dah nak buka braces dan bermulalah permulaan baru dengan retainer..


busyra banyak kongsi info braces di youtube channel busyra.. yang mana nak tahu lebih pasal braces, korang boleh ke sana.. di platform blog pun busyra ada story cuma tak banyak.. antaranya PAKAI BRACES UNTUK KALI PERTAMA, SAKIT KE TAK? ..for sure yang tengah baca penulisan busyra ni mesti ada niat untuk pasang braces.. inshaAllah akan sampai giliran korang pulak! yang gigi dah cantik semulajadi tu syukur! nikmat yang Tuhan bagi..


Doktor cakap inshaAllah dalam sekali atau dua kali review lagi dah boleh buka braces.. busyra excited sangat nak buka tapi dalam masa yang sama rasa sayang sebab dah lama pakai.. rasa dah terbiasa ada dekat mulut.. pakai braces ni kalau senyum tutup mulut sangat susah.. haha.. lepas ni kena biasakan diri dengan retainer pulak.. kena study pulak bab retainer sebab lain pulak cara pemakaian nya..


dah buka braces nanti busyra akan story dekat sini ok!


**menaip di ofis time lunch.. selfie then terus up entri.. :p


Read More

Cara Withdraw Duit Tabung Mae ke akaun Maybank

Friday, December 03, 2021

Duit Tabung Mae, Mae Maybank, cara withdraw duit mae, cara menabung di Mae,

Cara Withdraw Duit Tabung Mae ke akaun Maybank | Hai! pernah tak korang terfikir nak simpan duit untuk kegunaan masa depan? tapi tak tau caranya.. Busyra pilih Mae Maybank, tempat paling selamat untuk saving duit kita.. Macam-macam jenis tabung yang kita boleh buat.. Macam busyra buat tabung Insurans kereta.. hehe. tak banyak pun cuma boleh lah untuk topup sikit-sikit.. Busyra nak kongsikan macam mana caraya untuk withdraw duit tabung mae ke dalam akaun maybank bila duit dah capai target.


Apa itu Mae Maybank?


Bagi yang belum tau, Mae Maybank adalah satu aplikasi yang memudahkan pengguna maybank untuk segala urusan dari segi kewangan harian dan juga terapkan sifat menabung. Apps Mae ni buatkan kewangan busyra lebih terurus dari sebelumnya.. Kita ada target untuk sesuatu perkara.. 


Mae adalah e-wallet dan ia ada no akaun tersendiri, jadi kalau nak transfer duit ke akaun bank lain pun boleh tak jadi masalah.. mudah kan? lagi mudah kalau korang memang pengguna maybank sebab lagi banyak kelebihan yang kita dapat..


Cara Withdraw Duit Tabung Mae ke dalam akaun Maybank


Untuk pengetahuan korang, kita boleh pilih sama ada nak withdraw ke akaun Mae itu sendiri ataupun withdraw ke akaun personal maybank.. Sama je konsepnya.. Macam busyra transfer ke akaun Mae.. so jom tengok caranya! duit terus masuk tanpa tunggu hari bekerja.


Busyra buat sebulan - RM50 je.. So total RM500 untuk 9 bulan.. sebab hujung tahun ni kena bayar insurans! haha


Duit Tabung Mae, Mae Maybank, cara withdraw duit mae, cara menabung di Mae,

1. Buka apps Mae

2. Pilih icon "Tabung"

3. Disitu menunjukkan Tabung kita dah penuh.. Dah capai target


Duit Tabung Mae, Mae Maybank, cara withdraw duit mae, cara menabung di Mae,

4. Klik pada gambar tersebut

5. Akan terus naik macam ni.. (Klik 3 dot diatas penjuru sebelah kanan), pilih Withdraw Funds.

6. Klik Withdraw


Duit Tabung Mae, Mae Maybank, cara withdraw duit mae, cara menabung di Mae,


7. Pilih dulu korang nak transfer ke akaun Mae ataupun akaun personal maybank.. 
Klik "Withdraw Funds" bawah sekali tu..

8. Taraaa dah berjaya! boleh tekan "share receipt" kalau nak tengok transaksi.

9. Kemudian, korang boleh lah remove tabung kosong tu.. tapi andai tak nak remove pun tak ada masalah!


Mudah je kan? Rasa seronok pulak bila duit dah full dalam tabung.. busyra nak buat tabung barulah "tabung travel" ! hehe.. berangan dulu. tabung travel kena simpan banyak sikit untuk sebulan.. Hujung tahun depan boleh collect! Jom korang kita menabung.. sikit-sikit je, sedar sedar hujung tahun dah penuh..



Read More

Kerabu Maggi Sedap Warna Hijau di Alor Setar.. unik sangat!

Friday, November 26, 2021

kerabu maggi city plaza alor setar, kerabu maggi sedap di kedah, daun ketumbar, dekat mana kerabu maggi sedap di alor setar,

Kerabu Maggi Sedap Warna Hijau di Alor Setar.. unik sangat! | siapa suka kerabu maggi baik mengaku cepat… busyra memang tekak thai, tak kisah la mana-mana kedai yang singgah kalau ada menu kerabu maggi confirm akan cuba.. benda wajib! then akan compare dengan semua kedai yang pernah cuba..


kerabu maggi city plaza alor setar, kerabu maggi sedap di kedah, daun ketumbar, dekat mana kerabu maggi sedap di alor setar,

korang yang stay di kedah tapi belum pernah try kerabu maggi di City Plaza, Alor Setar, wajib p cuba sekarang. hehe. tak tau la kalau rasa tekak kita tak sama kan.. busyra boleh cakap dekat sini antara yang tersedap di Alor Setar.. korang boleh request nak pedas ke tak.. selalunya busyra ambil yang biasa je, sebab kalau pedas jenoh menahan air mata turun.. haha.

busyra terlupa nak ambil gambar kedai.. kedainya kecik je dalam City Plaza ni haaa. orang Alor Setar kalau tak tau CP tu tak tau nak cakap lah.. hahah. famous dari zaman sekolah lagi, dulu mai sini naik bas.. adoi laaa teringat zaman budak-budak dulu.. haishhh. rindu! 


kerabu maggi city plaza alor setar, kerabu maggi sedap di kedah, daun ketumbar, dekat mana kerabu maggi sedap di alor setar,

busyra jenis yang tak makan daun ketumbar.. so kena request tak nak letak.. makcik ni punya la baik siap cakap lagi kalau tak mau ketumbar, daun sup ada.. bagus betul dia! bukan setakat ada udang, tapi sotong, fish ball, crab stick.. memang banyak bahannya.. harganya RM6.. rating busyra bagi 8/10 .. tips makan kerabu maggi, jangan bungkus bawak balik.. haha confirm dah tak sedap, maggi jadi kembang!
Read More

Cornetto Dark Chocolate Brownie & Brown Sugar Boba Cheese

Friday, November 19, 2021

Cornetto Dark Chocolate Brownie, Cornetto Brown Sugar Boba Cheese, Cornetto baru sedap ke,

Panas tengahari memang sedap kalau basahkan tekak dengan aiskrim kan.. Busyra dah terpengaruh dengan beberapa blogger yang buat review pasal cornetto rose.. Terus esoknya pergi 7E nak beli aiskrim tu... ehhhh alih-alih ternampak aiskrim baru dari cornetto jugak.. lain kali lah beli yang cornetto rose tu.. hehe. terus grab cornetto dark chocolate brownie dan cornetto brown sugar boba cheese.. 


Cornetto Dark Chocolate Brownie, Cornetto Brown Sugar Boba Cheese, Cornetto baru sedap ke,


packaging dari Wall's memang tak pernah mengcewakan, cantik betul design dorang! banyak sebenarnya flavor aiskrim yang dah dorang keluarkan.. busyra grab mana yang sempat je ni.. masa busyra sampai di 7E memang banyak sangat aiskrim cornetto, mungkin baru topup masuk.. rambang mata nak pilih flavor.


Harga untuk 1 aiskrim RM3.60.. Busyra tak tau la kalau tempat korang harga berapa.. sebab lain tempat rasanya lain harga.. harga 7E memang akan mahal sikit dari kedai biasa.. 


Cornetto Dark Chocolate Brownie, Cornetto Brown Sugar Boba Cheese, Cornetto baru sedap ke,


Cornetto Dark Chocolate Brownie

Terasa sangat dark chocolate dia tu.. dicampur pula dengan ketulan brownies. yang penting dia tak manis sangat. cuma kalau makan lebih dari 1 mesti akan rasa muak.. 8/10


Cornetto Brown Sugar Boba Cheese

Rasa cheese dan masin-masin sikit.. ketulan kecil-kecil atas aiskrim tu pun rasa cheese.. rasa macam makan keropok super ring.. haha. 7/10..


Korang dah try ke belum?


Read More

Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake di Gatto Cafe Alor Setar

Tuesday, November 16, 2021

Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,

Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake di Gatto Cafe Alor Setar | Minggu lepas dekat timeline facebook busyra ada orang share minuman menarik di Gatto Cafe.. apa lagi terus ke sana sebab nak rasa sendiri sedap ke tak.. Nama Gatto memang tak asing lagi dengan busyra disebabkan owner yang sama menjual makanan kucing dan buat servis gromming.. haaaa kaya tak kaya owner nya.. sekarang buka cafe pulak!


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,


Gatto Cafe telah dibuka pada bulan Mei lepas, tahun ni.. baru lagi lah kan.. bila tengok menu di kedai dia terus rasa nak beli semua.. tapi setelah berbincang dengan perut dan hati, dua jenis minuman je yang termampu.. tak pasal-pasal perut kembung.. hehe


Nasib baik lah time ke sini orang tak ramai, ada dalam 3 orang macam tu je.. tak da la nak menunggu terlalu lama kan.. yang bestnya dekat cafe ni, kita boleh scan bar code di kaunter untuk tengok list menu.. sangat memudahkan customer.. nak order dari situ pun boleh or nak terus order di kaunter.. 


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,


Review🌟


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake memang betul-betul terasa biskut biscoff tu.. Dengan campuran susu pulak lagi lah bertambah sedap.. cuma agak manis sikit.. maybe kalau kurangkan sikit lagi manis tu akan buatkan rasa dia bertambah padu.. busyra memang dah suka rasa biskut dalam minuman tu.. lain dari yang lain.. 8/10


Iced Blended Salted Caramel Cappucino kena sangat dengan tekak.. sebab busyra suka rasa pahit-pahit.. Bila dicampur dengan salted caramel.. haihhh syahdu! serius sedap.. yang ni busyra suka, tak manis sangat.. rasa cukup.. 9/10


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,

Waktu operasi pada 11.00 a.m - 8.00 p.m dan buka pada setiap hari kecuali selasa.. Korang yang stay alor setar tu cepat kaihh p try! serius tak rugi.. rasa berbaloi sangat dengan harga.. Nanti busyra nak repeat lah kali kedua dannnn yang pastinya nak try pulak menu air yang lain.. Untuk pengetahuan korang, dorang bukan saja menyediakan minuman tapi makanan pun ada, western..


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,


Read More