Korang jangan lupa join giveaway busyra tau! Semoga ada rezeki korang nanti..
Morning Wonda Coffee!
Tuesday, August 31, 2021
Resepi Sup Tauhu Telur Paling Sedap
Monday, August 30, 2021
Resepi Sup Tauhu Telur Paling Mudah dan Sedap | Sebelum ni asyik makan dekat cafe ofis je.. Tak pernah masak sendiri.. Haritu busyra ke tesco then terjumpa tauhu telur. Terus ambil sebab nak cuba masak.. Hentam je la resepi ikut tekak sendiri.. Tauhu ataupun Tofu telur diperbuat daripada soya dan telur. Baru google kaji sikit pasal ni. haha!
Bahan-bahan:
1 tiub tauhu telur (dipotong 5 atau 6 bahagian)
Isi ayam
1 biji telur
2 ulas bawang putih (diketuk)
kubis bunga
3 biji cili padi
1 sudu besar sos tiram
tepung jagung (untuk goreng tauhu telur dan untuk pekatkan kuah)
secubit serbuk lada hitam
sedikit garam/ serbuk perasa
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak kemudian goreng tauhu telur yang telah disalut dengan tepung ubi (pastikan minyak betul-betul panas).. bila dah masak, angkat dan ketepikan.
2. Guna je sikit minyak lebihan goreng tauhu telur tadi, tumis bawang putih.. masukkan isi ayam dan cili padi.. Kacau seketika..
3. Kemudian masukkan air, ikutlah korang nak kuah banyak mana.. Bila dah mendidih sikit masukkan serbuk lada hitam dan sos tiram.. Kacau lagi dan masukkan kubis bunga.
4. Perasakan dengan garam/serbuk perasa.. Masukkan bancuhan tepung ubi. Perlahankan api dan mula tuang perlahan-lahan telur dan kacau..
5. Akhir sekali masukkan tauhu telur yang dah digoreng tadi.. Siap!
Baca Ini: Resepi Mudah buat Donut lembut
Baca Ini: Resepi Tauhu Bergedil Rangup cicah Sambal Kicap
4Fingers Crispy Chicken Signature Sedap Sangat!
Friday, August 27, 2021
4Fingers Crispy Chicken Signature Sedap Sangat! | Lama sangat dah kempunan setelah sekian lama tak makan. Satu-satunya tempat yang ada di Aman Central, Alor Setar.. Busyra dah la jenis malas kalau ramai-ramai orang ni. haha.. Tapi disebabkan perut memanggil-manggil, moh ler kita ke sana. Nasib la time busyra pi sana tak ramai orang..
Busyra order 4Fingers Crispy Chicken Signature Drummets & Wings.. Ada 2 flavor which is Hot & Soy Garlic.. Busyra pilih untuk mix, dua-dua flavor ni sumpah sedap! 18pcs untuk 3 orang makan, kenyang alhamdulillah.. Korang boleh order untuk 6pcs / 12pcs/ 18pcs.. Boleh pilih combo (ada air sekali) atau ala carte je..
Flavor dia memang cukup rasa.. Nampak je macam salut sikit kan, tapi shosedap! Cuma rasa untuk kedua-dua flavor ni lebih kurang je. yang hot tu je pedas sikit, itupun tak pedas sangat lah.. orang tak makan pedas pun rasanya boleh makan.. soy garlic pulak masin sikitttt je dari hot.
Busyra lebih suka bahagian sayap.. haihhh sambil tulis ni terbayang pulak yang makan semalam.. hahahha! Part tepung salut ayam tu memang win.. pandai dorang buat. secret recipe 4Fingers lah kan.. lain dari yang lain..
Bukan ayam je ada dekat sana.. Kalau nak lunch nasi pun boleh. Ada nasi + ayam (boleh pilih jugak flavor).. haaa untuk pembelian RM40 keatas korang akan dapat soft cookies. tapi kannnn.. tak sedap mana.. hahaha. bukan mengata tapi honest review.. hihi, sorry 4fingers. tapi okay lah nama pun free kan.. bersyukur.
Overall puas hati 4.9/5 starrrrr
Baca Sini : Cara Order Air Starbucks Butterbeer Frappucino
Baca Sini : Chicken Mango Tersedap di Alor Setar.. Sos dia padu!
Lunch Black Canyon, Aman Central | guna Apps Food Panda
Sunday, August 22, 2021
Lunch Black Canyon, Aman Central | guna Apps Food Panda | Sejak dah boleh dine-in ni, makin rasa takut pulak.. Siapa je kan tak rindu nak makan dekat luar.. Even busyra dah complete 2 dose tapi still tak berani. Kedepan nanti tak tau la macam mana. Berdoa supaya keadaan kembali pulih macam biasa. Food Panda memang antara pilihan pertama busyra kalau nak buat tempahan. Tak kisah la samaada di rumah atau di office..
Lunch minggu lepas terasa nak makan Black Canyon disebabkan dah lama sangat tak makan menu favorite busyra. Pad Kra Praw! Korang yang tak pernah makan, should try! seriously busyra suka sangat.. Boleh je kalau nak terus ke aman central dan order kat sana.. Jimat. Tapi kalau fikir balik sama je sebenarnya.. minyak nak ke sana dan malas nak gerak. hahahha. kalau food panda dia sampai depan mata. hehe
"Pad Kra Paw" Minced Chicken with Hot Basil and Fried Egg served with Rice
Set nasi putih, telur mata & lauk isi ayam, cili padi dan daun basil..Pedas, Manis, Masin (semua cukup).. Portion banyak, kenyang untuk seorang makanRating : 9/10Harga : RM13.09
Combination of Stir-Fried Prawn and Chicken, with Chili Gravy served with Rice
Set nasi putih & lauk isi ayam, udang dan dicampur dengan telur pecah..Rasa semua cukup, ada rasa herba sikit je but still sedap.. Portion banyakRating : 8/10Harga : RM14.19
Mangga muda yang tak masam.. ada kacang tanah dan gajus. Rasa kuah yang masam, manis, masin.. Perfect! Portion banyak.. Rasa dia kalah kedai pattani tau!Rating : 9.5/10Harga : RM14.19
Rasa ikan masin campur pedas cili, Memang kena! disertakan dengan bawang dan kacang. tapi busyra terlupa nak snap pic.. Korang kalau nak pedas kena request tau! Those yang tak suka masin, jangan order.. heheRating : 8/10Harga : RM14.19
Overall memang puas hati.. harga kena dengan rasa! memang akan repeat & repat lagi.
p/s: harga yang busyra nyatakan tu adalah harga dari food panda. Maybe kalau beli sendiri lebih murah.
Baca Ini : Chicken Mango Tersedap di Alor Setar
Baca Ini : Salted Caramello Cappuccino Iced di Richiamo Coffee
Job dari Intellifluence untuk semua Blogger | Buat Side Income!
Thursday, August 19, 2021
Job dari Intellifluence untuk semua Blogger | Buat Side Income! Hai.. mesti korang masuk sini sebab baca tajuk kan? Yes busyra nak kongsi dengan korang macam mana nak dapatkan job dari Intellifluence! Actually bulan lepas lagi busyra nak bagitau, tapi tak sempat disebabkan sibuk kerja.. Sekarang ni baru ada masa sikit nak menaip. Busyra akan story dari A sampailah Z.. Macam mana cara sign up, dapatkan job dan payment. Korang yang berminat boleh teruskan membaca.
Busyra lupa dah busyra dapat tau pasal Intellifluence ni dari siapa.. yang pastinya dari blogger jugak. Busyra yakin Platform Lubuk Duit ni dah banyak blogger yang tau tapii masih ramai jugak yang belum tau kan? Kalau korang salah satu daripada, dalamilah platform ni sebab ia betul-betul boleh buat duit. Dulu sebelum sign up, busyra pun macam 50-50 nak buat ke tak dan akhirnya buat jugak. alhamdulillah berjaya!
Apa itu Intellifluence?
Berdasarkan pemahaman busyra, Intellifluence ni adalah satu website dimana semua blogger boleh dapatkan job dan pembayaran yang lumayan (USD). Bukan saja blogger malah Influencer pun boleh! Cuma dalam entri ni penceritaan busyra lebih kepada blogger.. Korang faham-faham la kan kalau job dari negara luar mesti banyak.. Kita boleh pilih sendiri job yang ada di sana berdasarkan apa yang kita suka. Hantar proposal, tunggu mereka approve dan laksanakan tugasan.
Cara Daftar Akaun Intellifluence?
1. Masuk ke website Intellifluence
2. Klik "Register An As Influencer"
3. Isi dan lengkapkan "My profile"
4. Masuk ke bahagian "Marketplace".. Cari lah job yang korang suka.
Ini Penting!!!
Pastikan di bahagian "My Profile" diisi dengan baik. Banyak juga yang perlu diisi.. Busyra dah tak boleh nak tunjuk disebabkan haritu lupa nak screenshoot. If korang nak tanya apa-apa mengenai "My Profile" boleh tanya busyra di ruangan komen okay.
Cara dapatkan Job Intellifluence
Korang tekan bahagian "Marketplace" ..tengok job yang available dan "Apply to Campaign" .. Masa ni korang kena bagi tau brand kenapa korang sesuai untuk kempen tersebut. Korang karang lah ayat apa pun asalkan masuk akal.. hehe
Dekat bawah ni contoh-contoh job yang ada.. Pilih lah mana yang bersesuaian dengan blog korang. Ambil masa tak untuk tunggu dorang approve proposal kita tu? yes, ambil masa juga.. Tunggu je, kita akan dapat jugak notification di email kalau dorang send pitch. Haaa masa tu berbunga hati ni. haha.
- 21 Julai 2021 (9.18 malam) - Busyra apply kempen tersebut.. Bina la ayat yang bersesuai supaya brand terima proposal kita
- 27 Julai 2021 (2.37 pagi) - Brand hantar pitch berkaitan dengan topik dan beberapa syarat yang perlu dibuat.
- 27 Julai 2021 (9.51 pagi) - Busyra baca semua syarat dan tekan terima pitch
- 28 Julai 2021 (7.13 malam) - Busyra send link entri yang telah dipublish di blog.. Korang tak perlu pun hantar draf dulu.. Just post je di blog terus. Tapi masa tu busyra cakap la dekat brand yang kalau ada apa-apa kesalahan yang busya buat, let me know.
- 31 Julai 2021 (7.47 pagi) - Brand telah terima job yang busyra hantar tu dan alhamdulillah tak ada kesalahan yang perlu dibetulkan. Kena tunggu 15 hari untuk duit masuk ke dalam akaun Paypal..
Salted Caramello Cappuccino Iced di Richiamo Coffee boleh tahan sedap!
Monday, August 16, 2021
Salted Caramello Cappuccino Iced di Richiamo Coffee boleh tahan sedap! | Busyra salah seorang penggemar coffee.. Tapi tak semua jenis kopi la, kalau kopi tak ada gula tak boleh telan dek tekak jugak! haha. macam americano, huh tak boleh. pernah rasa tapi tak boleh dipaksa.. hehe
Hari ni tangan macam biasa la akan tekan food panda kalau perut berkata-kata.. Sebenarnya dah lama tengok Richiamo Coffee ni, cumanya biasa lah kalau cafe ni kan, confirm harganya agak mahal.. Tapiii bagi busyra cafe Richiamo ni tidak lah harga yahudi.. terlalu mahal sampai tak setanding dengan makanan.. Harga dia pun sedang-sedang je. okay lah.
Harga : RM13.29
Rating : 8/10
Busyra ambil Salted Caramello Cappuccino Iced disebabkan review dari kawan busyra yang pernah order.. Banyak sangat menu air dia sampaikan busyra sendiri tak tau yang mana kena dengan tekak.. Air ni tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit.. tengah-tengah.. so gooddd.. Korang yang stay area kedah boleh try air ni.. Cafe ni banyak jugak di area kedah.. Macam busyra stay Pendang.. Alor Setar dan Jitra pun ada! Untuk negeri lain, Penang dan Perlis.. Negeri tu busyra tak sure.
Harga : RM13.29
Rating : 5/10
Selain dari air, busyra try order Chicken Lasagna.. rasanya biasa saja.. busyra review jujur eh.. hehe. Busyra suka tau lasagna tapi bila makan yang ni ashe ashe jee. but okay lah! tak ada la macam tak boleh telan langsung.. Cumanya dorang kena banyakkan ayam sikit. sebab busyra tak rasa ayam tu.. namanya Chicken Lasagna kan. tapi cheese dia letak kat atas tu banyak jugak.
Packaging dia busyra puji! semua ada label sampaikan tisu pun ada.. serius nampak mahal.. Cantik pulak tu.. mereka dah banyak cawangan jadi wajarlah buat marketing macam ni.. Busyra simpan tisu dia, tak guna pun sebab cantik sangat. hehe..
Ramai juga yang cakap Food Panda sekarang semakin menjadi-jadi.. Cas penghantaran agak mahal.. Itulah busyra pun perasan. Tapi apakan daya, kita stay dekat rumah kan.. Rider siap hantar depan rumah. Kita tak perlu keluar pun.. Bersyukurlah.. Paling mahal cas penghantaran busyra pernah kena RM4.99 .. itupun kalau jarak km jauh. Untuk Richiamo Coffee ni nasib murah RM1.99 je. hehe..
Thank you sudi baca sampai habis.. love!!
Chicken Mango Tersedap di Alor Setar.. Sos dia padu!
Friday, August 13, 2021
Chicken Mango Tersedap di Alor Setar.. Sos dia padu! | Busyra memang suka tengok food delivery dalam facebook.. Dah lama sebenarnya teringin nak makan chicken mango. Tapi area Pendang dekat rumah ni susah nak jumpa.. Kebetulan harini busyra kena masuk ofis.. ternampak lah satu post di facebook ada yang jual chicken mango..
Rasanya sis ni ada jual sos pencicah jugak.. Busyra cakap awal-awal ye, ni bukannya paid review ke apa.. Ikhlas dari hati, apa yang busyra suka busyra akan share dengan korang.. Sesiapa area alor setar boleh la cuba dan rasai sendiri. Korang kena whatsapp sehari sebelum, so that akan memudahkan penjual dan runner.. Busyra sertakan link no whatsapp di bawah ye.. Semoga bisnes sis Hartina Lee maju jaya.. Maaf kalau salah ejaan nama.. hehe.
HL Food Empire: +60198758604
Nasi Goreng Kangkung Paling Mudah Tapi Sedap!
Sunday, August 08, 2021
Nasi Goreng Kangkung Paling Mudah Tapi Sedap! | Kalau boleh nak je setiap hari kongsi resepi dengan korang tapi macam biasa lah bila malas menguasai, hancur semua entri! hehe.. Kadang tu siap masak 1 masakan, beria ni dalam hati kejap lagi nak up entri di blog.. hahhh walhalnya sampai kesudah gambar makanan tersimpan dalam gallery phone..
Semalam makan nasi jam 4 petang.. haha. punyalah malas nak masak dan rasa bosan asyik order food panda.. Jadi kita tengok apa yang ada dalam peti sejuk.. resepi ni paling sempoi, just campak-campak je.. tak perlu nak tumis bagai.. bahan-bahan yang busyra nyatakan di bawah, tergantung pada korang nak letak atau gantikan dengan yang lain.. maksudnya kalau tak ada udang tak perlu la letak.. just letak apa yang ada.. tapiii yang penting kangkung wajib ada la.. nama pun nasi goreng kangkung.
Bahan-bahan :
Udang
1 biji telur (pecahkan dan kacau)
2 tangkai cili padi (dihiris)
Kangkung
Nasi
Sedikit minyak
Sedikit garam dan perasa (kalau nak letak serbuk nasi goreng pun okay je)
Cara Penyediaan :
1. Letak sedikit minyak dan masukkan telur.. Goreng sekejap dan masukkan udang.
2. Masukkan nasi dan cili padi
3. Bila dah sebati barulah masukkan kangkung.. Jangan biar lama sangat. Perasakan garam dan sebagainya.. Siapp!
Baca Ini : Resepi Nasi Goreng Cili Kering
Baca Ini : Resepi Nasi Goreng Kerabu Simple
Main Game Free di plays.org boleh hilangkan stress
Sunday, August 01, 2021
Main Game Free di plays.org boleh hilangkan stress | Mesti korang bosan kan duduk dirumah sekarang ni? Sampai dah tak ada aktiviti dah dekat rumah.. terlalu lama sangat kita terperuk disebabkan pandemik.. Busyra sendiri pun rasa benda yang sama even kadang ada hari kena kerja. Busyra kerja gilir-gilir, jadi bila hari dirumah tu rasa macam apa yang aku nak buat ni selain makan dan tidur.. hehe. haaaa.. so harini busyra nak share dengan korang satu website yang boleh hilangkan stress dan bosan!
Mungkin plays.org ni korang dah pernah dengar tapi masih belum cuba.. hah! silakan cuba. serius best.. busyra first time dengar website ni rasa macam malas lah nak main, sebab busyra bukan jenis kaki game. tapiii.. lepas je try buka, haaa sekali tak nak bangun dari kerusi.. hehe. banyak sangat game, kalau boleh semua nak cuba. Ni pun busyra tak habis lagi explore.. terus taip entri share dengan korang!
Game ni sesuai ke untuk budak-budak?.. sesuai sangat.. tak kisah la budak ke dewasa ke, semua generasi boleh layan.. apatah lagi budak-budak kan. mesti dorang terhibur main, hilanglah sikit bosan dorang asyik dirumah je..
play.org games menyediakan lebih dari 500 permainan dan mereka akan tambah lebih banyak lagi games pada setiap hari.. korang tekan je website dorang terus boleh pilih game dan start.. ada bermacam-macam jenis kategori game.. tak perlu nak sign up.. yang paling bestnya ia percuma dan tak ada iklan yang mengganggu masa kita tengah main.. baru la senang hati kan kalau tak ada iklan..
Dekat bawah ni ada beberapa game yang busyra dah try.. korang boleh tekan "new games"..
dekat situ bermacam game yang korang boleh cuba dan explore.. malas cakap banyak, korang kena cuba dulu baru korang tau best ke tak.. hehe.. busyra share ni supaya korang ada aktiviti jugak dekat rumah.. boleh la hiburkan hati yang sendu tak boleh keluar rumah tu.. hehe..
Bugs Bunny Carrot Chase: River Crossing Game
Main Games sambil belajar
Apa yang lagi best bilamana para ibu boleh ajarkan anak belajar melalui game.. Tak ada lah main game sesaja je kan.. Boleh belajar matematik juga rupanya dalam website ni.. Macam mana nak cari? korang boleh taip "math" dibahagian search.. busyra dah try game Math Bee: Timed Addition Quiz Game for Kids .. boleh menguji ketangkasan otak kita mengira.. busyra suka math, tapi tak power math.. cemana tu.. hehe..
Busyra ada bagitau akak busyra pasal game ni.. boleh la anak sedara busyra main dekat rumah.. for sure dia happy! korang tengoklah video dekat bawah.. video ni akak busyra yang send..
Alang rindu ahmad! bila lah kita boleh jumpa ...
Okay lah korang.. busyra nak sambung main! haha. korang pun jom lah join.. klik je website dorang plays.org ..