PAKAI BRACES KALI PERTAMA SAKIT KE TAK? #PART 1

Tuesday, January 28, 2020

PAKAI BRACES KALI PERTAMA SAKIT KE TAK? #PART 1 | Hello everyone! I'm going to share with you gais my new friend... heee. Busyra decide nak pakai braces since gigi atas busyra semakin jarang. Keputusan nak pakai braces ni bukanlah di buat dalam jangka yang pendek tau, seriously busyra fikir nak pakai braces sejak 2 tahun lepas. lama kan? So, apa dalam kepala masa tu fikir "pakai braces ni sakit ke tak?" sebab takut.

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah emerald green,
I terpaksa edit muka I sebab the real one is muka tak ready. hahaha

Percaya tak busyra tak pernah jumpa dentist since sekolah menengah. Sakitlah macam mana sekali pun still tahan. Gigi geraham nak tumbuh pun busyra sanggup tak jumpa doktor. Mak cakap busyra ni orang yang tahan sakit. Kalau orang lain dah meraung dah sebab sumpah sakit actually. haha. It's okay, abaikan topik gigi geraham tu. back to braces! 

Banyak klinik gigi yang busyra survey dari aspek kualiti, harga, tempat, doktor & staf okay ke tak.. macam macam lah. Nak buat satu-satu benda kita kena fikir semua tu. Finally, jumpa jugak klinik yang feedback nya positif dari previous patient. Klinik Pergigian Kaseh, Pendang Kedah. Sebelum pergi ke klinik, busyra whatsapp mereka dulu untuk tahu info pasal braces. So, my first appointment pada hari sabtu 9 November 2019

Apa yang busyra buat masa tu?
1. Scaling (Cuci gigi) -RM70
2. Acuan gigi - RM60

Sehari dah siap, buat payment.. guess what apa doktor cakap dekat busyra? "Awak tak jumpa dentist dah lama tapi gigi awak tak ada sangat karang gigi. sikit sangat-sangat. Bagus awak jaga gigi" haha. omg, Doktor jangan puji lebih-lebih sangattt.. :p

Okay, then lepas 5 hari mereka whatsapp untuk pergi ke Klinik Pergigian Beauty Smile, Laguna Merbok Sungai Petani, Kedah. Busyra memang sedia maklum yang klinik di Pendang tak ada alatan untuk buat braces. Memang dari awal busyra dah setuju untuk ke Sungai Petani. Untuk pengetahuan korang, Doktor Norliza ada 3 cawangan klinik.. power kan? sebuah di Pendang dan lagi 2 buah lagi di Sungai Petani. 

Apa yang busyra buat masa tu?
1. X-ray gigi (RM100)
2. Pasang Braces (deposit RM800)

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah emerald green,
Sumber Gambar: Google

Buat x-ray tu sekejap saja. Dalam 5-10 minit saja, doktor nak tengok gigi kita bermasalah ke tidak. Alhamdulillah gigi busyra tak perlu cabut. Masalah gigi busyra ni dikatogerikan minor juga la. Gigi atas jarang dan gigi bawah tak sama. Lepas dah settle x-ray, pembantu doktor suruh busyra pilih warna getah yang nak dipasangkan. So that time busyra pilih warna hijau emerald green. Randomly pilih ja. Tunggu beberapa minit, Dr. Norliza pun sampai dan start pasang braces. 

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah emerald green,

Sakit ke tak masa pasang? Yes rasa jugak la masa Dr tarik dawai braces tu. haha. Time letak bracket okay lagi. Bagi siapa yang tak tahan sakit memang macam errr jugak la. Tapi trust me, sakit tu masa Dr. tarik dawai saja. rasa macam gigi nak tercabut pun ada walaupun hakikatnya tak. hehe. Masa Dr letak getah tu tak rasa apa pun. dalam 30-45 minit macam tu siap!! Masa Dr kata siap tu, sumpah excited gila nak tengok apa jadi dengan gigi aku. anddd masa tu rasa ada benda pelik dalam mulut. nak tutup mulut pun janggal. For the first time pakai, Dr kata memang rasa macam ni. Lepas ni awak akan  terbiasa.

Sempat jugak la bergambar dengan Dr.. She's so friendly and soft spoken. Masa dia pasang braces pun lembut saja, tak ganas-ganas. Alhamdulillah, settlekan payment semua. Then every month kena bayar RM150.. Harga bulanan ni depend on klinik. Ada yang mahal dan ada yang murah. Korang kena pandai-pandai survey okay. 

After pakai braces, please take note 3 perkara ni:

1. Jangan terlalu banyak cakap. haha. aduiii iouls dah la jenis cakap banyak. lepas ni kena senyum je la kan.
2. Jangan gigit benda yang keras macam tulang ayam or ketam. Makan makanan yang lembut saja (bubur, pisang)
3. Berus gigi dengan perlahan, jangan terlalu kasar dan guna berus gigi yang khususnya untuk braces.

Lupa pulak nak cakap yang busyra dapat 1 beg comel berisi barang-barang untuk braces seperti berus gigi, ubat tahan sakit, colgate, wax (RM20).. Untuk kali pertama busyra pakai braces, busyra tak makan ubat tahan sakit sebab tak rasa sakit sangat yang tak memudaratkan untuk buat kerja. 

Next appointment untuk tukar getah warna baru pada 6 Januari 2020.. Part 2 coming soon okay? Next entry! Thank you.


Read More

PUISI#28 MENCINTAINYA DARI JAUH

puisi bebas, puisi mencintainya dari jauh, puisi pengubat jiwa,

PUISI#28 MENCINTAINYA DARI JAUH | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 

Puisi Mencintainya Dari Jauh

Ketika aku tahu dia ingin menikah
Aku tidak merasa gundah
Malah aku lega
Kerna aku fikir dapat melupakannya

Kenapa dia yang ada dihati?
Hinanya aku mencintai dia sehingga kini
Seberapa besar aku cuba untuk melupakannya
Lagi besar rupanya rasa cinta itu

Oh Sang Pencipta
Damaikan lah dia dalam ingatanku
Biarkan perasaan ini hanya aku dan kau yang tahu
Biar ia terus menjadi rahsia kita berdua

Biar aku mencintainya dari jauh. Selamanya


-busyratakiyudin-

Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI

Read More

SEDAP BETUL AIS KRIM KELAPA DI SAMILA BEACH SONGKHLA

Thursday, January 09, 2020

food review, travel, samila beach, ais krim kelapa, samila beach songkhla, jalan-jalan thailand, pantai samila,

SEDAP BETUL AIS KRIM KELAPA DI SAMILA BEACH SONGKHLA | Hai korang.. Tahu tak entri untuk trip Hatyai ni dah lama busyra nak buat tapi tak buat-buat.. haha. Asyik tangguh je. Samila Beach ni salah satu tempat persinggahan busyra disana. First time tau sampai sini. Serius cantiknya tempat ni. Rasa tenang dengan pantai, angin sepoi-sepoi. Pastinya siapa yang datang kesini wajib cuba ais krim kelapa dia.. serius sedap!

food review, travel, samila beach, ais krim kelapa, samila beach songkhla, jalan-jalan thailand, pantai samila,

Pantai Samila merupakan salah satu pantai di Mueang Songkhla yang terletak di Thailand Selatan. Pantai Samila memiliki keunikan lagenda iaitu adanya patung puteri duyung yang sedang duduk di atas batu tepi pantai. Puteri Duyung tersebut pernah di kisahkan dalam sebuah karya sastera Thailand berjudul “Prarphaimanee”. Ditulis pada tahun 1809 oleh Soontornpoo, seorang penyair pada zaman Raja Thailand ke 2.. (kredit: website asiawisata)

food review, travel, samila beach, ais krim kelapa, samila beach songkhla, jalan-jalan thailand, pantai samila,

Busyra tak sempat nak ambil gambar pada patung puteri duyung tu.. tengok dari jauh saja. Ramai juga tourist yang bergambar untuk dijadikan kenangan. Tempat macam ni sangat sesuai untuk korang tenangkan diri disebabkan ada pantai yang cantik. Bermacam-macam aneka gerai yang ada disana. Ada kedai baju, cendermata, makanan dan banyak lagi. 

food review, travel, samila beach, ais krim kelapa, samila beach songkhla, jalan-jalan thailand, pantai samila,
Kin Kinnnn (Makan-makannn)

food review, travel, samila beach, ais krim kelapa, samila beach songkhla, jalan-jalan thailand, pantai samila,
Yeahhhh inilah dia cara pembuatannya.

Sebelum datang ke Thailand ni, busyra memang teringin sangat nak try ais krim kelapa sebab banyak review pengunjung yang datang sini cakap sedap. That's why sendiri mau cuba.. hehe. 

food review, travel, samila beach, ais krim kelapa, samila beach songkhla, jalan-jalan thailand, pantai samila,

Kebetulan busyra dapat gerai yang betul-betul sedap. Banyak tau gerai dekat sini yang jual ais krim kelapa. haha. Tapi mungkin rasa nya lebih kurang saja, yang membezakan adalah kuantiti kacang, aiskrim, isi kelapa.. Harga dalam 40 bath. Kreatifnya dorang buat makanan macam ni, dah la sedap, comel pulak tu! 

food review, travel, samila beach, ais krim kelapa, samila beach songkhla, jalan-jalan thailand, pantai samila,
Sedap tak terkata.. Tambahan pulak cuaca agak panas walaupun ada angin.

food review, travel, samila beach, ais krim kelapa, samila beach songkhla, jalan-jalan thailand, pantai samila,

food review, travel, samila beach, ais krim kelapa, samila beach songkhla, jalan-jalan thailand, pantai samila,
I tak makan berdiri okay.. haha. 

Korang kalau datang kesini jangan lupa cuba tau! okay Assalamualaikum.. Sebelum tu tengok video dibawah ni dulu.. layan lagu thai satu kaliiii.. hehe


Read More

RESEPI AYAM BAKAR SIHAT GUNA AIR FRYER

Wednesday, January 08, 2020

ayam bakar sihat, menu ayam bakar, ayam bakar air fryer, ayam bakar diet,

RESEPI AYAM BAKAR SIHAT GUNA AIR FRYER | Hai korang! Semangat ni, semangat nak share resepi ayam bakar versi sihat.. Yang mana rasa nak diet tu sangatlah disarankan untuk follow. Siapa cakap makanan macam ni tak sedap? Sumpah sedap! Korang wajib try tau! Bahan-bahannya pun senang. Let's!

Bahan-bahan yang busyra gunakan seperti dalam gambar. Sori gambar agak blur sikit sebab busyra ambil guna effect Instagram haritu, then terus share disana..  Harini baru teringat nak kongsi di blog pulak. Ada 5 bahan iaitu Cajun, BBQ seasoning, Chicken seasoning, Garlic, Oregano.. Semua ni adalah bahan perap. Masukkan ikut sesuka hati korang nak banyak mana. tapiii kalau busyra, Cajun letak lebihhh. kurangkan oregano (letak sikit je, manje2. hehe).. Isi ayam sangat sesuai untuk buat menu sihat macam ni.. Mana nak cari bahan-bahan perapan? Korang pergi je Tesco, confirm ada semua bahan ni!

ayam bakar sihat, menu ayam bakar, ayam bakar air fryer, ayam bakar diet,

Bakar menggunakan air fryer selama 20-25 minit (suhu 160c). Korang adjust lah mengikut taste sendiri. Brand Masterfoods memang sedap! Yang garlic dia tu fuhhh.. lepas siap ayam bakar tu, silalah tabur gralic tu atas nasi! Sedapnya lahaiii.. Busyra makan dengan salad segar. Lagi meletop lah menu ni. Selamat mencuba koranggg..

Read More

PUISI#27 BIMBANG JAUH

Saturday, January 04, 2020

puisi bebas, puisi bimbang jauh, puisi pengubat jiwa,

PUISI#27 BIMBANG JAUH | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 

Puisi Bimbang Jauh

Mataku masih terbuka melihat motor di jalan raya
Sama saja, tiada lainnya
Terus aku capai air untuk siram bunga
Malangnya layu, hitam, mati.. oh jiwa!

Tiada lain untuk pengubat duka
Masih sama aku simpan walau kini tinggal kelopak bunga
Takut aku buang semua
Bimbang jauh mencari merata

Bunga satu-satunya pengubat jiwa
Terpaksa menahan lara
Menunggu kamu pulang membawa bahagia
Sungguh aku bimbang jauh denganmu, ya aku mengakuinya

-busyratakiyudin-


Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI
Read More

KOPI CIK TUN VIRAL DI JITRA KEDAH

Friday, January 03, 2020

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,

KOPI CIK TUN VIRAL DI JITRA KEDAH | Semalam busyra ke Jitra untuk merasai sendiri kopi Cik Tun yang viral sekarang ni.. Busyra seorang yang sukakan kopi. Bagi lah kopi apa pun, semua bedal. haha. Siapa sini pernah minum kopi plus milo?? Kalau belum pernah, try lah ke kedai memana dan cuba. Serius sedap kombinasi air tu. Tapi kedai Cik Tun tak ada lah. hehe. Jom-jom berbalik pada tajuk utama kita.

Busyra dapat tau pasal Kopi Cik Tun ni dari officemate. Dia yang cakap kopi ni padu gila tak jumpa dekat tempat lain. Haishh dengar ja macam tu memang terus teringin nak try. Pencinta kopi mana boleh dengar then ignore kan? haha. Wajib cuba okay! Nama kedai dia bertemakan kopi tapi ada saja minuman lain. Antara yang famous air milo pisang dan air mangga.

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,

Kedai Kopi Cik Tun ni adalah gerai biasa tepi jalan saja tapi dia punya air tu level-level starbucks.. Eh! haha. bawah sikitttt.. Korang boleh pilih nak minum situ atau nak bungkus ikat tepi.. Yang bestnya kerusi dan meja memang banyak disediakan. Sampai saja dekat kedai tu jangan terus duduk sebab korang kena order sendiri.. 

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,
Bersebelahan Kolej Komuniti

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,

Busyra order 3 jenis minuman:

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,
1. Air Kopi - Rasa kopi dia tu memang kaww! Rasa susu semua cukup. 8.5/10

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,
2. Air Mangga - Mission utama ke kedai ni nak cuba kopi sebenarnya. Tapi rupanya air mangga dia lagi sedappp! haha. serius wehh. Korang wajib try. 9/10

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,
3. Air Milo Pisang - Satu kombinasi yang menarik. tak semua orang boleh buat air macam ni. Rasa pisang melebihi rasa milo. Recommended kepada penggemar pisang. Kalau busyra kurang sikit. Sebab tak suka pisang. Tapi for the first time try, sedap! 8/10

Harga sangat-sangat berpatutan. Hanya RM2 saja. Sesiapa nak cuba boleh la datang ke Kopi Cik Tun.. Teguran positif dari busyra, Tuan kedai kena senyum sikit.. hehe. takut kami sebagai pembeli. Cengei orang kedah panggil. Overall, semua sedap. servis tip top!

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,

Waktu Operasi: 7.00 a.m - 4.30 p.m (Jumaat Sabtu tutup)
Landmark : Gerai Koperasi Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra
Read More

HIKING BUKIT MOK CUN MENCABAR TAPI BEST!

Wednesday, January 01, 2020

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

HIKING BUKIT MOK CUN MENCABAR TAPI BEST! | Hai korang.. harini 1.1.2020 .. Happy New Year! Hampir 2 bulan busyra tinggalkan dunia blog.. Sumpah rindu! tapi disebabkan kekangan masa yang tak mengizinkan, terpaksalah tolak tepi dulu.. So, kali ni nak share dengan korang kenangan dapat hiking Bukit Mok Cun. First time ni nak hiking!

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

Omg I'm so excited nak naik atas bukit. Tak sabar nak naik kemuncak untuk tengok indahnya Ya Allah ciptaanMu.. Sebelum ni asyik tengok hikers post di Instagram and Facebook je.. Diri sendiri belum pernah sampai. Memang nekad nak naik dengan kawan-kawan nak rasa sendiri experience bila dapat tengok sawah hijau dari atas.. Fuh! tenang sangat.

Korang yang datang kesini jangan risau sebab ada tempat parking kereta, ia bagi memudahkan pendaki untuk meletakkan kenderaan. Kadar bayaran RM2 untuk sebuah kereta. Sesampai saja kami disini, rasa tenang sangat sebab kawasan ni memang betul-betul kena masuk dalam sikit, iaitu kawasan kampung. tepi kiri kanan sawah padi dan rumah penduduk kampung. Alhamdulillah cuaca pada hari tu pun baik, tak panas sangat dan tak hujan.

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

Bagi yang belum tahu, Bukit Mok Cun terletak di Negeri Kedah iaitu berada dalam mukim Kodiang. Dari Bukit Mok Cun kita dapat lihat view terbaik jelapang padi di Kedah. Start naik pukul 8.30 pagi.. Sejam juga kami mendaki disebabkan masing-masing masih baru belajar.. haha. Sekejap-sekejap berhenti.. hehe. Cuma ada dikalangan kami yang dah biasa hiking, dorang yang banyak membantu bagi insan-insan lemah macam I yang tak pernah mendaki. hahaha.

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

Tali disediakan untuk pendaki bagi memudahkan untuk naik keatas. Cumanya nanti tangan kita akan sakit sikit sebab terlalu bergantung pada tali.. Tapi tanpa tali, mustahil untuk kita sampai ke kemuncak. Terlupa pulak nak mention, sebelum nak masuk ke tempat orang jangan lupa baca doa mintak perlindungan dari yang Maha Kuasa.

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

Tinggi: 460 kaki (140 meter)
Lokasi: Berdekatan Kampung Kodiang Lama (Stesen Kodiang KTM)
Masa: 30-60 minit untuk sampai ke puncak

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

Alhamdulillah tak banyak rintangan yang kami hadapi cuma ada beberapa saja. Contohnya tangga merah yang kedudukannya 90 darjah tinggi.. Serius wehh takut.. haha. Mulanya macam tak mau naik dah. tapi fikir sayangnya bila dah nak sampai tu, sikit ja lagi. Ku gagahi jua! huhu. Selain tu, ada tanah yang kami pijak agak licin terhakis. Jadi tangan memang tak boleh lepas dari tali. risau takut terjatuh..

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

Finally, kami sampai keatas. yeayyy! Puas rasa bila dapat tengok sendiri view dari atas.. rasa tenang, dapat lupakan masalah, rasa happy.. semua lah! Nikmatnya tu, serious best. Apa tunggu lagi, selfie la yang kita mahukan. Dari bawah sampailah keatas, tangan tak henti pegang phone.. Gambar setiap sudut nak ambil.. haha.

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

hiking, bukit mok cun, kodiang, sawah padi, jalan-jalan kedah,

Lebih kurang 20 minit macam tu kami dekat atas.. Sudahhhh nak turun pulak.. haha. Honestly, turun 2x susah dari naik. Sebabnya kita kena turun hulur kaki dulu, batu pulak tinggi-tinggi. Perlukan mental dan kesabaran yang maksimum.. Tapi please jangan stress-stress, hayati setiap moments susahnya tu. Surely rasa best!

Alhamdulillah selamat turun semuanya.. Lepas turun tu, sempat lagi la p makan.. hahaha. Okay thank you guys sudi baca entri kali ni. Tunggu upcoming entry okay?? Assalamualaikum :)

Read More