Burger Hero Pendang.. Sedap betul homemade patty!
Wednesday, January 31, 2024
Waffle Ais krim di Concubine Lane, Ipoh
Saturday, January 27, 2024
Bukan senang nak konsisten blogging
Hai semua.. Struggle untuk aku update setiap hari.. Azam tahun baru memang nk aktif blogging.. Orang nampak berblogging ni mudah tapi sebenarnya perlu ada strategi, konsisten dan idea.. Even aku dah ada blog since 2010 lagi tapi ada banyak sebenarnya yang aku kena improve. Pendapat orang berbeza-beza dari sudut blogging.. Ada yang buat blog untuk jana income, part time mahupun full time.. dan ada juga yang buat blog hanya sekadar hobi dan suka-suka..
Sebagai blogger setiap hari kena fikir konten apa yang nak ditulis di blog.. Jenis aku tak suka kalau tulis main-main (cincai) bak kata orang kedah.. Aku akan tulis benda yang betul-betul aku rasa kemas.. Aku cuba kemaskan dari segi tulisan dan penyusunan gambar.. Gambar pun penting untuk semua posting blog..
Plan untuk bulan 2 nanti, aku nak buat macam ni..
Selalunya aku main random ja post.. Kali ni nak try tips macam ni.. Cuba untuk khususnya hari Ahad.. Contohnya post topik yang berkaitan tips kesihatan.. dan begitulah hari-hari lain berikutnya.. Kena kaji sendiri apa yang pengunjung suka tengok di blog kita. konten apa antara view tertinggi..
Kemudian aku tengok juga dari segi masa/waktu aku post entri.. Tengok pukul berapa yang bila kita post, view akan tinggi.. Tips lain untuk dapatkan idea dengan cara berblogging.. Korang boleh baca entri blogger lain dan olah dengan cara korang sendiri.. Ambil idea dorang untuk buat entri blog kita.. Bukan tiru tau..
Dulu aku berblogging pada asalnya memang sekadar suka-suka dan hobi.. Aku terjebak dengan kakak sulong yang dulunya dia pun minat blogging.. Tapi sekarang aku jadikan blog jugak sebagai side income.. Selain dari paid article, adsense jugak penyumbang income aku..
Semoga semua blogger terus semangat dalam berblogging kerana selagi ada Google selagi itulah blog masih relevan..
Makan Lontong di Kopi Tonggek Alor Setar
Friday, January 26, 2024
Kedai ni memang antara kedai makan yang aku suka.. Makanan dia semua sedap.. Lokasi berdekatan dengan City Plaza Alor Setar.. Masuk ni dah 3 kali aku repeat disebabkan lontong dia sedap sangat.. Korang tau tak, dorang buka kedai setiap hari tau.. dah la dari pagi sampai malam. Kalau tak sempat pergi pagi, malam pun korang boleh singgah..
Aku kesini time lunch.. Alhamdulillah ada tempat duduk even kedainya tidak terlalu besar tapi selesa.. Korang kena scan barcode untuk order dan buat payment dulu di kaunter..
Inilah yang aku order.. Actually banyak lagi menu lain, cuma yang ini antara yang famous di sini.. Lontong tu aku add on sambal sotong kering dia.. Fuhhh kena beb! sedapppp.. 4.5/5 rate!
Kopi tonggek butter dia pun sedap.. terasa butter tu.. 4/5 rate!
Daging Bakar Danok pulak rasanya sedap cuma daging bakar tu terlalu manis.. mungkin boleh kurangkan sikit rasa manisnya tu.. tapi sos dia sedap! 3.5/5 rate!
Alamat : 45, Jalan Tunku Ibrahim, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi : 8.00 pagi - 11.00 malam
Tomyam Gorang Pan di Dimsum Chabura Hatyai
Siapa yang dah pernah ke Hatyai rugi kalau tak cuba Tomyam Gorang Pan di Dimsum Chabura Hatyai.. Sumpah sedap weh.. Makan dengan nasi panas-panas.. Sangat recommended. Kiranya time aku sampai tu, mostly atas meja customer memang ada Tomyam Gorang Pan..
Ini menu baru di restoran dorang.. Aku pernah ke sini tahun 2020, tapi time tu tak ada lagi.. Banyak betul perubahan, yela kan dah 3 tahun.. Korang boleh baca entri lama aku disini. DIMSUM CHABURA TEMPAT MAKAN HALAL DI HATYAI
Lokasi dia betul-betul tepi jalan.. Susah sikit nak cari parking, asyik full ja.. Nasib lah dapat juga disaat dah nak menyerah.. haha.. Sebab penat pusing-pusing. Dah la time tu memang betul waktu lunch, perut pun bunyi pelik-pelik dah. haha.
Alhamdulillah nasiblah dapat tempat duduk. Kerusi meja dorang sediakan memang banyak.. Mana tak nya restoran ni terkenal di Hatyai.. Fokus aku kesini memang nak makan nasi.. Jadi aku tak ambil banyak sangat dimsum, just cuba sikit-sikit saja..
Terasa dekat mulut rasa tomyam gorang pan ni.. sedap sangat.. Kuah dia tak banyak sebab dia buat jenis pekat.. tapi bila rasa tu terus melayang balik kedah.. haha. Aku bagi 5/5 rate.. Ada daun limau, serai, seafood dan mungkin lah dorang letak susu cair.. Aku teka ja ni. hehe.. Secret recipe dorang kita tak tau lah kan.. Paste yang dorang gunakan tu memang original Thai.. Harga 250 Bath / RM33..
Ok izinkan aku menikmati makanan dulu.. haha. Mesti mata korang fokus air teh ais tu kan? haaa itu lagi satu kenikmatan di sini.. Serius sedap gila teh ais dia..
Comel betul packaging diaaa.. Bukan print sticker tampal tau, tapi dorang memang print atas bekas tu.. Puas hati dapat minum.. 5/5 rate! Harga 80 Bath / RM5..
Blogger buat duit dengan Intellifluence
Wednesday, January 24, 2024
Ini adalah skop kerja yang aku kena buat selepas permohonan aku diterima:We're pretty flexible on the topic to write about for this piece. It can be about the recent growth of lifestyle influencers & bloggers (or your own personal growth as an influencer/blogger over the last few years), personalities, influencer/data trends.
Simpan gambar kenangan dengan KPIX Photo Booth
Tuesday, January 23, 2024
Masak Sardin dan telur dadar. Menu simple
Monday, January 22, 2024
Semalam tetiba rasa nak makan sardin dengan telur dadar.. Lama betul tak makan sardin. Menu simple macam ni pun tambah nasi dua kali. hehe. Selalunya kalau kat rumah asyik order foodpanda ja. yela nak masak pun aku dan mak ja ada. lebih baik beli saja. Tapi semalam bagitau mak tak payah beli la kita masak simple macam ni pun sedap.
Haaa goreng pulak telur dadar.. uhhh tak pusing belakang makan.. Apa yang buatkan sardin tu lagi sedap sebab aku masukkan cili kisar.. letak dalam 3 sudu.. pedas semua cukup..
Masuk cili padi dan bawang sikit.. yang penting sardin tu kena goreng dulu.. kalau goreng sardin tu kena tutup kuali tu kalau tidak haaaa kucar kacir dapur menyembur.. haha
Selesa buat kerja di Kedah Digital Library, Alor Setar
Thursday, January 18, 2024
Sekarang ni memang line Digi problem betul.. Sumpah geram lepas dorang gabung dengan Celcom. Padahal bayar every month tak pernah miss.. Aku belum call centre untuk buat aduan.. Sebagai freelance designer kena lah buat design kalau ada order, then bila jadi line kejap okay kejap tak ni.. haaa nak download apa pun slow..
So aku decide nak try buat keja dekat Kedah Digital Library. Sebelum ni aku selalu ke Starbuck sebab selesa, tapi dah boikot ni kena cari tempat baru..
Actually aku tak ambil gambar awal-awal nak masuk tu. Pintu utama.. Aku datang sini pun agak lewat dah.. so so so aku pun rushing takut tempat tak ada. haha.. Nak cepat nak cepat nak cepat..Library ni luas gila korang.. Ada ruangan meeting.. Bilik meeting besar, kecil, semua lah.. Ikut pada korang nak sewa yang mana..
Macam aku ni just nak buat keja ja, kena bayar RM3 untuk unlock charger.. Kena buat bayaran dan ambil kunci yang dorang lock pada tempat plug..
Tempat dia comel macam ni.. tapi selesa ja korang untuk duduk sorang.. Ada lagi tempat yang luas dari tempat aku duduk ni tapi dah penuh orang.. Depan aku tu stranger ja tu.. haha. tak kenal beb.. baru kenal dekat situ.. baik orangnya.. sempat bercakap jugak lah aku dan dia.
Untuk pengetahuan korang, Toilet dan Surau disediakan disini.. Surau dia tersangatlah selesa.. Cantik pulak tu.. Jadi tak risau lagi lah kalau nak stay dari pagi sampai petang pun..
Alhamdulillah settle lah jugak keja aku.. Even tak settle semuanya, tapi half pun jadi lah.. Dapat download apa yang nak sebab line sini laju gila.. Pakai wifi dorang.. Sambung balik story bab line phone aku tu.. sebelum ni line okay tau before dorang upgrade.. Arghh aku rasa bukan aku ja alami benda ni.. orang lain yang pakai Digi pun rasa apa aku rasa.. Hopefully lepas ni line akan okay.
Ehhh sempat lah buat videooo.. hehe.. Aku sejenis suka bab editing video. Rasa best dan enjoy.
Sampai ja tengahari, terasa la perut tu lapar sikit.. Moh ler kita turun ke OldTown White Coffee.. Keluar ja dari library terus nampak OldTown.. Jalan dua tiga tapak ja.. haha.. Aku first time cuba roti bakar kaya butter dorang.. sumpah sedap gila! Ada 4 dalam 1 pinggan tu.
Aku nak try lah buat sendiri nanti.. Roti dia rangup dan yang penting kaya dia tak manis.. Pernah ja sebelum ni makan roti kaya butter macam ni, tapi yang jadi tak sedapnya bila kaya tu manis sangat sampai hilang rasa butter..
Nahhh aku zoom sikit..
Alamat Kedah Digital Library: No.1, 5350, Jalan Menteri, Taman Jubli Perak, 05350 Alor Setar
Waktu Operasi : Buka Setiap Hari (tutup Khamis & Jumaat) / 9.00 pagi - 6.00 petang
Pastri dan Kopi paling sedap di Simpol Cafe, Alor Setar
Wednesday, January 17, 2024
Hai.. Petang semalam aku singgah beli pastri dan kopi di Simpol Cafe, Alor Setar.. Lokasi cafe ni kurang startegik sikit disebabkan kedudukannya betul-betul tepi dan simpang jalan.. Al maklum lah kalau pekan cina lama memang kedainya agak kecil dan sempit.. Tapi disebabkan pastri dorang sedap, orang sanggup beli walaupun kena park kereta jauh sikit. dan orang tu termasuklah aku.. haha.
Ini kali kedua aku beli di Simpol.. Sebelum ni beli tak sempat nak tulis di blog. Korang boleh tengok di Tiktok aku. kat situ aku ada buat video.. Jujur aku cakap, pastri dekat Simpol ni paling sedap aku pernah rasa pastri di cafe-cafe yang lain.. Dorang buat dan bakar panas-panas, terus serve dekat customer..
Lepas beli, kami terus ke Taman Rimba, Alor Setar.. orang kesana nak jogging tapi kami kesana membina lemak. haha.. Asal bahagia jela dik. Makan boleh buat kita happy.. Sebenarnya aku nak beli croissant dorang tapi habis pulak.. Kami sampai dikedai pun dah lewat dalam 5.30 petang.. Jadi dorang pun dah tak buat lagi, nak habiskan apa yang ada ja masatu..
Aku terlupa nama untuk kedua-dua pastri ni.. gambar diatas ni lebih sedap berbanding gambar dibawah.. dan lebih lembut.. yang bawah ni agak keras sikit. pastri ni macam-macam jenis. Aku pun tak kenal sangat.. makan ja tau.. haha. Rating 4/5 untuk keduanya.. masing-masing ada rasa tersendiri..
Korang yang stay di Kedah wajib cuba pastri di Simpol Cafe.. Serius sedap..
Makan sambil tengok orang jogging, rasa insaf sekejap.. sekejap je la. lepas tu tak rasa apa dah. hehe.. Seronok petang-petang datang Taman Rimba.. Suasana pulak redup dan tak panas..
Alamat : Jalan Penjara Lama, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi : Buka setiap hati (Jumaat tutup) / 12.30 tengahari - 6.00 petang
Update terkini : Tempat baru Simpol Cafe
Kenapa Blogger perlu ada Rate Card? Penting ke?
Monday, January 15, 2024
Assalamualaikum.. Dah lama sebenarnya aku nak share tentang Blogger Rate Card. Harini baru berkesempatan. Ramai kawan aku bertanya adakah blogger masih relevan zaman sekarang? Jawapan aku selagi masih ada Google, maka selagi itulah blogger masih relevan.. ye kan? Jujur aku katakan sampai sekarang aku masih dapat job dari blog. Banyaknya dari luar negara..
Untuk memudahkan aku berhubung dengan client, pastinya aku akan menggunakan rate card.. Dengan adanya rate card, korang tak perlu lagi nak explain panjang lebar kepada client. Apa yang korang perlu buat hanya beri rate card korang untuk client tengok dan nilai sendiri..
Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu
Hai korang.. Entri ni dah lama aku nak post, tapi belum sempat nak tulis panjang lebar.. Aku ke Kuala Terengganu tahun lepas dengan trip office.. Banyak juga tempat di Terengganu yang aku singgah. InshaAllah nanti aku kongsikan semua.. Ini adalah kali pertama aku sampai di sini..
Tak sangka ada nasi dagang sesedap ini.. Aku sebenarnya tak suka ikan tongkol sebab isinya terlalu padat.. Tapi kali ni makan di nasi dagang atas tol, sedap pulak.. Sesampai ja disini, uishh ramai betul orang. yela kan pergi pulak time cuti, of course lah ramai orang.. Kena beratur panjang jugak lah time nak order..
Sebelum ni dengar orang cakap nasi dagang kat sini sedap.. Haaa dapat juga sampai kesini.. Untuk harga aku terlupa nak snap gambar sebab office yang bayarkan..
Ayam goreng berempah pun ada guyss.. Bukan ikan saja. Tak semua orang makan ikan kan, so dorang sediakan ayam juga.. Nasi dia tak banyak dan tak sikit. sedang-sedang ja.. sesuai untuk sorang makan.. Simple! Ada nasi, lauk, acar timun dan gulai ikan..
Rating 4/5.. Cuma manis sikit gulai dia.. tapi still okay.. Ada keropok lekor juga.. Sedap sangat, original Terengganu kan... yang uniknya nasi dia letak daun pisang, lagilah bertambah aroma sedap tu..
Paling padu, teh ais diaaa! sedap sangat tapi aku tak habis. haha.. banyakk! Korang kalau datang sini wajib cuba teh ais dia. Overall puas hati makan di sini.
Gambar kena ada, tanda hadir. hehe