Makan di Aroi Ver Boat Noodle, sedap macam di Hatyai

Friday, September 29, 2023

Aroi Ver Boat Noodle, cafe alor setar, resepi pad thai, tomyam thai,


Makan di Aroi Ver Boat Noodle, sedap macam di Hatyai | Hai korang.. Ada restoran baru yang viral di Simpang Kuala, Alor Setar.. Aku dah dua kali ke sana. memang semua menu nya sedap dan rasa sama macam di Hatyai! dalam banyak-banyak kedai thai yang aku pernah try, air teh ais dekat sini paling padu.


Bagi aku harga untuk semua menu tersangat lah berbaloi. Paling viral dekat sini adalah tomyam dia.. sumpah sedap weh! Rasa semua cukup, pedas masam manis. 10/10. 


Aroi Ver Boat Noodle, cafe alor setar, resepi pad thai, tomyam thai,


yang uniknya tomyam ni, dorang letak telur.. ikut tekak memasing kalau korang nak telur tu masak penuh, korang boleh bagitau dorang. Sebab untuk menu ni, telur merah memang tak masak sangat.. lepas tu kan, menu ni memang sampai dalam keadaan panas-panas lagi. sebabnya dibawah mangkuk, dorang letak api.. time makan tu berasap-asap lagi. haha


Menu kedua kerabu suhun.. Aku pernah makan kerabu suhun di kedai lain memang tak sama sebabnya suhun tu jadi kembang.. tapi di Aroi Vern ni suhun tak kembang, elok je kejadiannya.. Untuk menu ni, sedap dan ada rasa masam-masam gitu..


Aroi Ver Boat Noodle, cafe alor setar, resepi pad thai, tomyam thai,


Menu ketiga Pad Thai (Kuey Teow Goreng versi thai).. Haaaa yang ni sedappp.. Udang fresh pulak tu.. suka betul plating dorang buat.. ada chili flakes, kucai, taugeh, kacang dan limau nipis.. Aku pernah makan di boat noodle aman central, rasa kurang sikit.. tapi yang ni sesedap rasa.


Aroi Ver Boat Noodle, cafe alor setar, resepi pad thai, tomyam thai,


Menu keempat boat noodle. Bagi aku yang ni pun sedap cuma kena tambah sikit cili sebab kurang pedas. Mana tak nya, aku makan pedas. haha. Macam biasa kalau boat noodle mesti ada ayam dan fish ball.. Aku ni jenis tak boleh kalau ada daun ketumbar, huhu tak boleh nak telan.. yang dorang masukkan ni sama macam daun ketumbar tapi tak ada bau. Tak sure pulak daun apa..


Aroi Ver Boat Noodle, cafe alor setar, resepi pad thai, tomyam thai,

Terlupaa nak snap pic air.. Ada green tea, teh ais dan coffee.. sedap sangat-sangat.. korang wajib cuba ketiga-tiga air ni.. Aku baru tau kalau kita order regular (dapat dalam gelas) tapi kalau order large (dapat dalam bekas takeaway) besar sikit dari dalam gelas..


Aroi Ver Boat Noodle, cafe alor setar, resepi pad thai, tomyam thai,


Alamat : 1016-A, Jalan PSK 2, Kompleks Simpang Kuala, Pekan Simpang Kuala, 

05400 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi : 12.30 pm - 8.30 pm (buka setiap hari kecuali Selasa)

Read More

Sedap ke Chili Pan Mee Pak Raden?

Sedap ke Chili Pan Mee Pak Raden, Chili Pan Mee Pak Raden,


Sedap ke Chili Pan Mee Pak Raden? | Hai korang.. Sekarang ni kan tengah musim hujan, kejap hujan kejap berhenti.. so bila duduk office mesti sejuk gila. dengan pihak technician buka aircond kuat gila. haha. beku terus! tempat korang macam mana pulak? cuaca okay ke?


Sedap ke Chili Pan Mee Pak Raden, Chili Pan Mee Pak Raden,


Harini rasa malas sangat nak keluar beli makanan. Jadi order saja.. tetiba teringin nak rasa Chili Pan Mee Pak Raden. Aku ada baca review di food panda, dorang cakap sedap.. moh ler kita cuba. 


Yesss memang sedap! untuk sesiapa yang tak makan pedas langsung, aku rasa boleh je makan, sebab bagi aku tahap kepedasan dia 1/10 je.. 


Sedap ke Chili Pan Mee Pak Raden, Chili Pan Mee Pak Raden,


Read More

Inflatable zon gelembong sesuai untuk pesta hari jadi

Monday, September 25, 2023

Inflatable, white bounce house, mini white bounce house, inflatable nightclub,


Inflatable zon gelembong sesuai untuk pesta hari jadi | Selain dari sambut hari jadi diluar, ibu bapa boleh raikan pesta hari jadi anak-anak hanya dirumah.. Dorang pun boleh main dengan adanya Inflatable.. sangat mudah dan selamat digunakan tanpa pengawasan ibu bapa.


Inflatable, white bounce house, mini white bounce house, inflatable nightclub,


Korang pernah dengar Inflatable? 

haaa kalau belum meh sini aku nak share.. Ia seperti zon gelembong angin yang sesuai digunakan untuk semua orang, bukan hanya untuk anak-anak bahkan untuk buat wedding pun sesuai. Korang boleh tengok white bounce house (seperti gambar dibawah)


Inflatable, white bounce house, mini white bounce house, inflatable nightclub,
Romantic white wedding bouncy house outdoor party


Inflatable, white bounce house, mini white bounce house, inflatable nightclub,
White Wedding Jumpers Inflatable Bouncy Castle

Cantik betul bila Inflatable warna putih digabungkan dengan belon warna grey!. Nampak sangat eksklusif. Korang boleh lah ambil idea ni untuk weeding/ event di luar. Boleh tidur sekali atas tu. haha. Ditambah pulak dengan vibes nature, memang cantik!


Inflatable ni ada juga saiz kecil iaitu mini white bounce house.. Korang boleh je survey dulu di website mereka. Serius nampak comel sangat kalau pasang depan rumah.. Biar anak-anak beriadah waktu petang.


Inflatable, white bounce house, mini white bounce house, inflatable nightclub,
White bounce house with slide mini white bounce house 

haaa tengok tu, siap ada slide lagi.. anak-anak boleh gelongsor sama seperti main di playground. tak perlu risau sebabnya ia lembut. boleh lompat-lompat lagi. haha.. ish tetiba rasa nak beli satu lah letak depan rumah. Kalau korang tengok sendiri di website mereka, confirm rambang mata sampai tak tau nak pilih yang mana. 


Inflatable, white bounce house, mini white bounce house, inflatable nightclub,
Aku suka sangat yang ni sebab warna pastel nya tu, rasa lembut sangat. Bentuknya pun berbeza dari yang lain.. 


Ada satu lagi yang menarik perhatian aku iaitu inflatable nightclub.. Sama macam khemah! Korang memang boleh tidur dalam tu.. Main khemah-khemah dengan anak-anak, mesti mereka suka. Ada bermacam-macam jenis saiz khemah gelembong, saiz sebesar 26 kaki pun ada tau..


Inflatable, white bounce house, mini white bounce house, inflatable nightclub,
Inflatable Night Club Inflatable Cube Wedding Tent


Inflatable, white bounce house, mini white bounce house, inflatable nightclub,
Inflatable nightclub inflatable party tent blow up tent house


Korang pula suka yang mana? Mesti rambang mata macam aku jugak kan? heee.. Sebab semuanya cute. If korang nak tengok lebih lanjut, boleh terus ke sini website mereka..


Read More

Tasneem HOME Centre : Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah

Sunday, September 17, 2023

Tasneem HOME Centre, produk tasneem, cari duit dengan tasneem,


Tasneem HOME Centre : Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah | Hai korang.. Aku ada good news ni nak share! Korang pernah dengar tak tentang produk Tasneem? haaa sekarang ni dorang tengah mencari orang ramai yang nak join team untuk jana pendapatan hanya dari rumah.. Tasneem Business Legacy melancarkan sebuah inisiatif terbaru untuk pengedar sah dorang melalui program yang dinamakan Tasneem HOME Centre.


Baru-baru ni, dorang anjurkan event Hi-Tea & Soft Launch Tasneem HOME Centre dan seramai 21 orang agen berdaftar sebagai Tasneem telah hadir untuk sesi penyerahan marketing tools percuma dimana Marketing Tools PERCUMA ini akan diberikan apabila korang berdaftar di bawah Program Tasneem HOME Centre.


Tasneem HOME Centre, produk tasneem, cari duit dengan tasneem,


Tasneem HOME Centre, produk tasneem, cari duit dengan tasneem,


Untuk pengetahuan korang, Tasneem HOME Centre merupakan satu inisiatif perniagaan yang menyasarkan pembukaan pusat jualan perniagaan Tasneem Naturel yang beroperasi dari rumah sama ada di lokasi bandar atau luar bandar. Setiap Tasneem HOME Centre berdaftar akan diberikan bahan pemasaran PERCUMA terdiri daripada bunting, catalog, flyers, car window sticker, beg plastik berlogo dan kad perniagaan dengan memaparkan wajah pemilik Tasneem HOME Centre itu sendiri.



Tasneem HOME Centre, produk tasneem, cari duit dengan tasneem,


Selaras dengan objektif syarikat untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Naturel mengalu-alukan kepada korang yang berminat untuk mendaftar sebagai pengedar sah Tasneem Naturel secara percuma dan bergerak ke hadapan menjana pendapatan yang lebih baik. 


Pihak Tasneem Naturel berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pengedar Tasneem Naturel yang berjaya dan menjadikan program Tasneem HOME Centre ini lebih berkembang dan menjadikan ramai pengedar Tasneem lebih mudah dicari seterusnya produk Tasneem lebih mudah didapati.


Kelebihan Menjadi Tasneem HOME Centre

1. Mudah

Dengan menjadi salah satu Tasneem HOME Centre, ia akan dapat memudahkan pelanggan Tasneem Naturel mendapatkan produk secara terus dan cepat di kawasan terdekat korang.


2. Jimat

Menjadi Tasneem HOME Centre akan menjimatkan masa dan kos penghantaran kepada pelanggan kerana belian boleh dibuat secara bersemuka seperti pembelian di kedai.


3. Senarai

Pihak HQ akan senaraikan lokasi Tasneem HOME Centre yang berdaftar di website rasmi untuk memudahkan pelanggan mencari lokasi Tasneem HOME Centre yang hampir dengan korang.


4. Pamer

Semua lokasi Tasneem HOME Centre yang berdaftar akan dipamerkan di dalam Google Maps dan aplikasi Waze bagi memudahkan pelanggan mencari dan ke lokasi Tasneem HOME Centre terdekat.


5. Hadiah

Hadiah menarik ditawarkan kepada setiap Tasneem HOME Centre yang berjaya mencapai nilai restock tertentu bagi membantu lagi perniagaan.


6. Bimbingan

Setiap Tasneem HOME Centre akan dapat bimbingan dan bantuan dari semasa ke semasa oleh Founder dan pihak pengurusan HQ bagi membantu menaikkan lagi perniagaan.


7. Pemasaran

Marketing Tools PERCUMA untuk Tasneem HOME Centre berdaftar sebagai alat untuk pelanggan mengetahui kewujudan Tasneem HOME Centre berdekatan dengan korang..


Tasneem HOME Centre, produk tasneem, cari duit dengan tasneem,


Kelebihan yang dorang tawarkan memang sangat membantu bagi sesiapa saja yang join. Korang jom lah ramai-ramai join Tasneem HOME Centre, daftar sebagai Pengedar Sah Tasneem Naturel! ..Aku pun rasa teringin pulak nak join. hehe




Senarai  dan Lokasi Tasneem Home Centre
www.tasneemnaturel.com/tasneemhomecentre


Read More

Tumbler Starbucks Hadiah Birthday kali ni!

Wednesday, September 13, 2023

Tumbler Starbucks, Starbucks Alor Setar, hadiah harijadi,


Tumbler Starbuck Hadiah Birthday kali ni! | 23 Ogos 2023 yang lepas genaplah usia 30 tahun. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas. Tahun ni adalah tahun kedua tanpa Ayah. Rindu sangat! Tapi masih ada yang tersayang disisi (Mak)..


Kali ni dapat hadiah banyak juga. Even umur dah tua ni. haha.. Antaranya Blouse, Jersey, Set sudu garfu kayu. Tak terungkap satu persatu pemberian dari sahabat dan adik beradik.. Appreciate sangat semua pemberian mereka. Cumanya aku buat tajuk Tumbler Starbuck disebabkan aku dah lama teringin nak beli cuma rasa macam nantilah beli.. dan sampai kesudah tak beli. haha



Tumbler Starbucks, Starbucks Alor Setar, hadiah harijadi,


Tumbler Starbucks, Starbucks Alor Setar, hadiah harijadi,


So bila ada yang memberi, Alhamdulillah rezeki.. Thank you sahabat..


Tumbler Starbucks, Starbucks Alor Setar, hadiah harijadi,



Read More

Rasa semangat nak memasak lepas main games di culinaryschools.org

Wednesday, September 06, 2023

culinaryschools.org, main game memasak,


Rasa semangat nak memasak lepas main games di culinaryschools.org | Hai korangg.. Semalam nak jadikan cerita aku bosan then rasa macam nak main games. Tapi malas nak download dekat phone. Dah berat sangat dah phone ni kalau nak download games. 



Tetiba aku terfikir pasal games online yang aku pernah share dulu (Game Zuma).. So aku cari lah games baru, yang boleh main secara online je, tak perlu dah nak download beratkan phone. Kebetulan aku memang jenis suka sangat tengok makanan kannn.. Maka dengan ituuuu carilah games yang dapat tengok makanan.. haha. Jatuh cinta betul dengan website culinaryschools.org 



culinaryschools.org, main game memasak,


Games dekat sini bukan saja budak-budak boleh main.. kita yang dah tua ni pun boleh join sekali. haha. sebab games dia semua best-best. Jom tengok game apa aku main. 



Farm Town (klik link untuk main)


culinaryschools.org, main game memasak,


Burger Maker (klik link untuk main)


culinaryschools.org, main game memasak,


Chocolate Shop (klik link untuk main)


culinaryschools.org, main game memasak,


Donut Slam Dunk (klik link untuk main)


culinaryschools.org, main game memasak,


Waffle (klik link untuk main)


culinaryschools.org, main game memasak,


Ada beratus-ratus lagi games yang ada di culinaryschools.org ..Dengan satu klik je boleh terus main.. Rasa enjoy betul main, zaman kanak-kanak dulu tak dapat main online games macam ni.. Sekarang lah dapat merasa walaupun dah tua.. haha.



Game Donut dan Game Waffle paling best setakat ni.. Those yang suka cari perkataan tu boleh cuba game Waffle. Rasa nak gigit ja phone tuuu.. Awas kalau tengah lapar jangan main game ni. hehe





Selain dari main game ada beberapa info lain yang korang boleh tengok di website ni.. 

Antaranya:

https://www.culinaryschools.org/blog/weight-loss/

https://www.culinaryschools.org/blog/body-fat-calculator/

https://www.culinaryschools.org/blog/workout-calories/

https://www.culinaryschools.org/career-info/conversion/

https://www.culinaryschools.org/tip-calculator/


Read More

Teringin nak makan pasta yang sedap? Cuba Pasta Port Aman Central!

Saturday, September 02, 2023

Pasta Port Aman Central, resepi creamy buttermilk pasta,


Teringin nak makan pasta yang sedap? Cuba Pasta Port Aman Central! | Hai korang. Semalam plan nak tengok wayang filem Rahsia tapi tengok online tiket tak ada pulak slot sebelah malam.. So decide makan je la. haha. Kebetulan Pasta Port baru buka dekat Aman Central..


Pasta Port Aman Central, resepi creamy buttermilk pasta,

haaa dia nak sangat kan bergambar depan Pasta Port! hahaha.. Kami berdua try menu Creamy Buttermilk dan Carbonara.. portion banyak gila, puas makan sorang. yang bestnya packaging dia tuuu, cute!



Creamy Buttermilk Seafood Pasta - RM22


Pasta Port Aman Central, resepi creamy buttermilk pasta,

Harganya memang berbaloi dengan rasa dan portion.. Sotong besar! ada seafood lain lagi.. sangat creamy.. sedap dan ada rasa pedas-pedas sikit. Rating 4/5 .. Even packaging dia cute tapi susah nak makan. sebab bekas kecil. hehe..


Carbonara Beef Pasta - RM14


Pasta Port Aman Central, resepi creamy buttermilk pasta,

Untuk Carbonara Beef ni rasa dia betul-betul creamy.. tak ada pedas langsung.. So those yang tak boleh pedas, boleh try yang ni.. Sesuai juga untuk anak-anak.. Rating 4/5. Kalau aku repeat nanti, nak try aglio olio pulak!



Pasta Port Aman Central, resepi creamy buttermilk pasta,

Korang boleh tengok MENU PASTA PORT if nak order.. Sebab banyak sangat menu sampai tak terpilih.. hehe. Orang Penang mesti dah biasa dengan Pasta Port kan? Banyak cawangan di Penang.



Dah Baca Ni? Kuey Teow Sup Chinese Style di Morning Kedah Restaurant


Read More

1st Ranking Google untuk entri Bakul Cheh Cha Alor Setar

Friday, September 01, 2023

bakul cheh cha alor setar, dimsum alor setar,


1st Ranking Google untuk entri Bakul Cheh Cha Alor Setar | Rasa happy bila entri yang kita buat ada di ranking pertama google.. Semestinya ia satu kepuasan untuk seorang blogger. Review Bakul Cheh Cha ni juga aku ada post di tiktok.



bakul cheh cha alor setar, dimsum alor setar,


Entri ni aku post pada bulan 2.. Memang tak tinggi views tapi boleh la kan.. hehe. Aku jenis orang kalau tak sedap, memang aku cakap tak sedap.. tapi dimsum di Bakul Cheh Cha memang terbaik. Aku dah repeat untuk kali kedua pada bulan 7, kalau tak salah aku la, ingat-ingat lupa..


bakul cheh cha alor setar, dimsum alor setar,


bakul cheh cha alor setar, dimsum alor setar,


keyword (Bakul Cheh Cha).. Ada lagi entri lain yang berada di ranking pertama, tapi entri ni paling aku suka. Happy bila orang baca apa yang kita tulis.. Alhamdulillah. Selain dari makan, menulis adalah satu kepuasan yang dapat happy kan diri. hehehe..



bakul cheh cha alor setar, dimsum alor setar,


Korang dah baca belum entri Bakul Cheh Cha?


Read More