Cerita Tentang Bulan - Kami berlima

Thursday, February 29, 2024

cerita tentang bulan, puisi tentang sahabat,


Bila kita menjadi sahabat sampai bila-bila pun kita tetap sahabat.. Biarpun berpisah dunia kerana masing-masing mengejar kerjaya. Perpisahan dalam persahabatan bukan bermakna berpisah selamanya. 


Adakalanya kita akan duduk semeja berborak ketawa, berkongsi cerita.. Sedih itu lumrah manusia. Sifat yang tak boleh lari dan buang.. Bersedih bukan kerana jauh tapi kerana kehilangan orang yang kita pernah ada.


Muka-muka inilah yang menjadikan aku lebih berjaya dimasa depan. Membantu aku disaat aku tidak punya apa-apa.. Bahkan bukan itu saja, mereka tidak pernah lekang dengan ilmu. Tidak peduli soal kerja atau kehidupan dunia.. 


Aku cerita disini biar dunia tahu mereka adalah orang baik yang sentiasa ada.. Sudah ku anggap seperti abang dan kakak, kini berjauhan sudah.. Berhubung di media hijau tidak sama seperti berborak bertentang empat mata.. Semoga persahabatan kita diberkati.


Terima kasih kerana menerima aku sebagai adik yang tidak punya apa-apa. Perkenalan 3 tahun 9 bulan.


Tamat sudah Februari

29/ 2/ 2024

Read More

Nasihat seorang kakak kepada adik

Tuesday, February 27, 2024

puisi, nasihat kakak untuk adik,


Inilah hakikat dunia yang mana badan berkeras bekerja mencari sesuatu yang halal. Dalam kehidupan pasti kita akan jumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia. Tidak peduli soal cinta, sahabat mahupun saudara sedarah.. Kalini aku menjadi seorang kakak memberi nasihat untuk adiknya meskipun si kakak penuh dosa.. 


Satu kata paling utama "kalau kita ada masalah sekalipun, hidup kena tenang. Jangan biar dunia menguasai hati dan mata. Kalau kau mengikut rasa baran, maka kau akan sengsara hati".. Itu ayat tempias aku buat adikku.


Masalah peribadi, masalah kisah hidup sendiri.. Simpan rapat, cuba kawal perasaan ingin menyebar pada seluruh makhluk dibumi.. Tak selesai masalah.. yang menimbulkan adalah lebih lagi masalah besar.. Kata adikku "Biar aku nak cerita pada dunia, biar semua tahu.. Asalkan hatiku sedikit tenang".. Orang hanya mampu mendengar luahan rasa, tapi apa yang kita buat? hanya puaskan nafsu marah belaka.. Puas bercerita masalah peribadi pada semua. Puas hati, puas segala..


Jadi manusia biar matang dalam melangkah.. Biar usia muda tapi pemikiran, gaya hidup terlihat sudah pandai melonjak sendiri melihat dunia.. Jangan seolah dimata manusia kita matang tapi di dalam pemikiran masih budak belaka.. Aku nasihat kerana kau masih muda, dan masih panjang perjalanan hidup.. Ini baru putus cinta bukan putus semua.. Jaga hubungan dengan Allah, nanti Allah akan jaga orang sekeliling untuk kita..


Tak perlu terkejar soal hati.. Percaya takdir itu ada, maka hati kau tak kan gelisah merana.. Adik, soal hati itu soal ketentuan Illahi.. Larilah kau berpegang tangan tanpa lepas tapi andai ketentuan Illahi bukan milikmu, maka tetap bukan menjadi milikmu.. Jika kau dahulukan Allah, kau tidak akan sekecewa sekarang.. 


Perjalanan masih panjang, bak kata mak.. Teruskan melangkah.. Simpan dalam-dalam baik buruk kehidupanmu.. Jangan sampai meluah merata.. Jangan rasa diri sendiri tak salah, jangan rasa diri kau sentiasa betul.. 

Jika terdetik dihati kau, "Aku tak salah, dia saja yang salah".. Itu sudah dikira kau merasa sempurna.. Jaga-jaga kerana kita semua pendosa..


NASIHAT BUAT ADIKKU.

Read More

Minum Latte Ais di Kopi Tamu Sungai Petani

Saturday, February 24, 2024

kopi tamu sungai petani, resepi grill chicken, cafe hipster di sungai petani,

Sungai Petani memang kaya dengan cafe.. Banyak sangat sampaikan tak tersusun satu persatu.. Seronok dapat tengok vibes cafe masing-masing.. Ada yang ala vintage, ada pula yang berkonsepkan modern. Minggu lepas aku singgah di Kopi Tamu. Mostly yang aku pergi mesti sumbernya dari Tiktok. Kalau review cakap okay, aku pun cubalah sendiri.


kopi tamu sungai petani, resepi grill chicken, cafe hipster di sungai petani,

kopi tamu sungai petani, resepi grill chicken, cafe hipster di sungai petani,


kopi tamu sungai petani, resepi grill chicken, cafe hipster di sungai petani,


Aku suka vibes di sini.. Rasa tenang je. Kalau malam korang boleh duduk diluar. Lagi best! Cumanya time aku datang sini masih panas. Jadi duduk la dalam dapat rasa aircond. Nak access ke sini aku sampai 2 kali pusing sebab cafe ni agak tersembunyi. Kena masuk dalam sikit.


kopi tamu sungai petani, resepi grill chicken, cafe hipster di sungai petani,

Zoom in sikit guys! Aku pilih Latte, add on syrup.. Sedap! 4/5.. Rasa creamy dan tidak terlalu pahit. Warna dia pun cantik! Cup dia jenis kecil. Jadi bila korang minum tu, cukup-cukup je rasa..

Selain dari minum, aku juga ada order makanan.. Mostly harga makanan dalam RM20 ke bawah. Mahal bagi aku. tapi sebab sedap, boleh cover! Rate untuk makanan 4/5..


kopi tamu sungai petani, resepi grill chicken, cafe hipster di sungai petani,

📍No 20B, Kompleks Perkim, Jalan Pegawai, Kampung Teroi, 08000 Sungai Petani

⏰Buka setiap hari kecuali Isnin (4.00 petang - 10.30 malam)


Read More

CP Tom Yum Chicken Popcorn, sedap sangat!

CP Tom Yum Chicken Popcorn, chicken popcorn sedap,


CP Tom Yum Chicken Popcorn, makanan wajib ada dalam freezer selain dari nugget tempura First Pride! Kalau habis je mesti restock.. Sumpah sedap gila. Korang pernah rasa tak Chicken popcorn brand CP? Kalau belum, kena cuba.. Aku suka yang tomyam punya! dia ada original juga. rasa tomyam combine pulak dengan sos cili.. Sedap ui! 


CP Tom Yum Chicken Popcorn, chicken popcorn sedap,


Ada brand yang aku beli, ayam dia keras dan sampaikan kena masak lama. Ada pulak yang rasa hanyir ayam tu.. Tapi untuk brand CP terbaik betul.. perfect lah orang cakap. 

CP brand tolong lah sponsor aku selama sebulan. haha!


CP Tom Yum Chicken Popcorn, chicken popcorn sedap,


Read More

Kerabu Maggi Goncang Akishraa

Friday, February 23, 2024

Kerabu Maggi Goncang Akishraa, resepi kerabu maggi,


Hai semua!


Petang tadi aku ke Food Festival di Pendang. Dekat sangat dengan rumah aku.. Makanan yang ada di sana mostly makanan yang viral di Tiktok.. Dah alang-alang dekat kan, singgah lah kejap nak merasa.. Suasana petang tadi tak panas sangat dan tak ramai orang. Maybe ramai time malam. Aku pun dapatlah beli kerabu maggi goncang Akishraa.


Kerabu Maggi Goncang Akishraa, resepi kerabu maggi,

Harga dia mahal bagi aku. yang biasa RM10.. Kalau ada seafood RM16. Maybe disebabkan viral dan dorang memang tour ke tempat-tempat yang ada festival.. Time aku sampai ni seafood habis. Jadi ambil yang ada sosej dan crabstick je.


BACA INI : KERABU MAGGI DI BOAT NOODLE AMAN CENTRAL


Sebelum goncang

Kerabu Maggi Goncang Akishraa, resepi kerabu maggi,

Selepas goncang!

Kerabu Maggi Goncang Akishraa, resepi kerabu maggi,

Honest review dari aku. Rate 4/5.. Cuma agak masin, mungkin time letak kuah dia tu kena kurangkan.. Sebab kuah dia banyak. Manis dan pedas dah cukup.. Patutlah aku tengok ada customer yang mintak dorang tambah air rebusan maggi. Mungkin nak bagi cair sikit kuah tu. Maggi ni rasa dia memang betul-betul tekak melayu.. Bukan maggi yang rasa thai. Dorang buat sendiri kuah tu. secret recipe!


Read More

Design Blog mempengaruhi minat pembaca. Betul ke?

Thursday, February 22, 2024


Hai guys!


Terdetik nak kongsi dekat semua blogger baru yang ingin berkecimpung dalam dunia blog. First sekali masa korang nak create account, mesti terlintas jugak "Adakah blog masih relevan bila aku buat?"

Of course my dear.. Mesti lah relevan. Banyak pendapat dari blogger-blogger berpengalaman yang dimana dorang masih kekal berblogging. Yang penting minat yang mendalam perlu ada dalam jiwa!


Aku nak tanya korang bila korang masuk dalam sesebuah blog, Adakah design blog memainkan peranan penting dalam pembacaan korang? Kalau aku ya! Sorry aku cakap kalau blog yang memeningkan kepala untuk aku baca, auto aku akan klik pangkah dan tak perlu fikir dua tiga kali untuk terus membaca.


Zaman sekarang pembaca lebih mahukan blog yang clean dan minimalis.. Tak perlu crowded kan blog dengan warna yang menyakitkan mata dan widget yang tak penting.. Macam mana nak cari design blog yang kemas dan cantik? Korang pergi je mana-mana website yang menyediakan template free ataupun berbayar.. SoraTemplates, BTemplates, gooyaabitemplates dan banyak lagi.



BACA SINI : BUKAN SENANG NAK KONSISTEN BLOGGING


Aku laburkan duit sikit untuk blog.. Beli template yang berbayar.. dalam RM60-100 harganya.. Tapi kalau masih belum mahu dan mampu, korang pakai saja dulu template blog yang free.. Cari yang betul-betul bersesuaian dengan niche blog korang. 


Selain daripada penulisan yang baik, orang akan tetap berada di blog kalau blog kita nampak clean dan menenangkan.. So far sekarang ni aku tengok blogger memang dah banyak pakai template yang clean dan kemas. Tak serabut lagi macam zaman dulu..


Pendapat korang macam mana pulak?

Read More

Tempahan Label Sticker Makanan

label sticker, sticker murah,

Hai semua.. Tempahan label sticker dibuka kepada semua yang ada bisnes kecil-kecilan ataupun yang semakin meningkat naik.. Rugi tau kalau korang tak grab sebab sekarang tengah ada promosi! Kualiti tak payah cakap lah memang terbaik dari kilang. dijamin.. Design korang yang cadangkan sendiri.. yang pasti akan puas hati..

Design ambil masa 2-3 hari bekerja mengikut tahap kesukaran untuk design.




Untuk tempahan, boleh terus whatsapp ke 0146729316
Read More

Mamee Chef perisa Tomyam sedap sangat, kuah pekat

Mamee Chef perisa Tomyam, Mamee Chef,


First time aku cuba Mamee Chef.. Sumpah sedap sangat! kenapa sebelum ni tak pernah cuba eh. haha.. Selalunya aku beli Maggi brand. Tapi sebab boikot kena lah tukar pada yang lain. Kuah dia pekat dan ada rasa creamy! Macam korang masak sendiri tomyam tu. Patutlah dulu kawan aku pernah bagitau yang lontong flavor pun sedap. Next time nak try yang tu pulak.


Aku tak beli yang dalam paket banyak-banyak tu.. Cuba yang cup dulu. Kalau sedap boleh lah beli yang banyak terus. Tapi kan korang tau tak yang kalau maggi dalam cup lagi sedap dari yang dalam paket plastik?


Rate 4/5

Mamee Chef perisa Tomyam, Mamee Chef,


Read More

Menu Kampung Sambal Udang Petai

Wednesday, February 21, 2024

resepi sambal udang petai, air asam picit, udang goreng kunyit, sambal tumbuk mangga udang,


Lamanya tak makan ramai-ramai dengan family.. Rindu vibes kecil-kecil dulu.. Harini kakak ada dirumah, kita pergi beli barang basah untuk masak sama-sama. Seronok dapat makan bersama.. Meskipun lauk yang simple tapi sedap, sampai tambah nasi..


Alhamdulillah dapat makan hari ni menu ikan goreng, sambal udang petai, air asam picit dan ulam, udang goreng kunyit, sambal tumbuk mangga udang..


resepi sambal udang petai, air asam picit, udang goreng kunyit, sambal tumbuk mangga udang,

resepi sambal udang petai, air asam picit, udang goreng kunyit, sambal tumbuk mangga udang,

resepi sambal udang petai, air asam picit, udang goreng kunyit, sambal tumbuk mangga udang,

resepi sambal udang petai, air asam picit, udang goreng kunyit, sambal tumbuk mangga udang,

Menu sambal tumbuk mangga dan udang tu aku tengok di tiktok. Sedap sangat! Korang wajib cuba. Bahan dia senang saja. Mangga muda, cili padi, bawang putih, belacan dan udang yang digoreng. Tumbuk semua bahan.. Rasa masam-masam mangga tu, bertambah nasi!

Read More

B Cafe Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur

B Cafe Bandar Sri Permaisuri, Almond Latte,


Macam biasa kopi dan aku tak boleh dipisahkan. Apatah lagi kalau drive jauh.. Sebelum balik ke Kedah aku sempat singgah di B Cafe Permaisuri.. Awalnya nak ke Salmonly Cafe, tapi cari punya cari tak jumpa-jumpa. Walhal nya cafe tu dalam Bandar Sri Permaisuri juga.. 


B Cafe Bandar Sri Permaisuri, Almond Latte,

Staff dia okay. Manis dengan senyuman. Cafe ni sangat selesa. Nak buat kerja or lepak santai memang tenang.. Ruang yang luas.


B Cafe Bandar Sri Permaisuri, Almond Latte,

Selain dari coffee, pastri pun ada guys! Kek dia comel-comel je. Geram tengok. Cumanya harga dia agak pricey.. Cuma untuk coffee harga dia standard cafe yang lain..


B Cafe Bandar Sri Permaisuri, Almond Latte,

Donut gula dia sedap!


B Cafe Bandar Sri Permaisuri, Almond Latte,

Iced Almond Latte memang terasa aroma kopi dia. dan ada sedikit rasa lemak susu almond! Untuk penggemar kopi macam aku, memang akan love! Rate 4/5.. Lepas minum ni mata pun segar dan tak mengantuk nak drive.


📍No. 83, Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur

⏰Buka setiap hari (8.30 pagi - 10.00 malam)

Read More

Day 3 - Jalan KL ke Pusat Sains Negara & Ayam Gepuk Top Global

Monday, February 19, 2024

Pusat Sains Negara,  Ayam Gepuk Top Global,

Untuk yang follow entri aku dari day 1 mesti tau aku datang dengan family. Jadi biasalah bila bawak budak-budak ni, dorang nak ke Pusat Sains Negara.. Best juga rupanya ye. Sebelum ni biasa masuk dekat Alor Setar je. Tapi yang ni memang besar. Penat berjalan..


Pusat Sains Negara,  Ayam Gepuk Top Global,


12.00 tengahari : Kami bertolak keluar dari homestay. Sarapan roti dan air je sebab nak keluar terus cari lunch di Restoran d'Limau Nipis Ikan Bakar Segar Bangi.. Sedap juga disini. Ikan dia fresh dan perapan dia kena dengan tekak. Alhamdulillah dapat meja sebab orang ramai sangat, yela time lunch kan..


Pusat Sains Negara,  Ayam Gepuk Top Global,


1.30 petang : Terus ke Pusat Sains Negara.. Pusing 2 kali juga lah sebab tak ada parking.. Budak-budak happy bila sampai. Dorang main sampai lah puas. Sampai penat,. Maklang dorang pun tak mau kalah lah bergambar.. haha


Pusat Sains Negara,  Ayam Gepuk Top Global,


4.00 petang : Keluar dari Pusat Sains terus balik ke rumah kakak di Cheras. Malam nanti nak keluar ke Sate Kajang.. Tapi sebelum tu aku ke Top Global dulu.


Pusat Sains Negara,  Ayam Gepuk Top Global,


Kalau boleh semua makanan yang tak ada di Kedah aku nak cuba. Tapi tula masa tak mengizinkan nak makan semua.. Try yang mana sempat je.. Dalam list aku ada 2 jenis ayam gepuk.. Pak Gembus dan Top Global. Tapi disebabkan dah pernah try Pak Gembus masa di Ipoh dulu. So tak payah la.. 


Pusat Sains Negara,  Ayam Gepuk Top Global,


Top Global ni selalu sangat naik fyp di tiktok. Ada yang cakap sedap dan ada yang tak. Katanya di Selayang lagi sedap dari tu.. Tapi tak pe kita cuba yang mana jumpa dulu. Then baru review. Rate 4/5.. Kalau makan di kedai lagi sedap sebab ayam confirm panas-panas. Ini aku bungkus, itu yang dah sejuk dah tu.. Aku suka sambal cili yang ada kacang dia.. sedap! Rasa lebih kurang Ayam Gepuk AG..


8.30 malam : Keluar nak makan Sate Kajang Hj Samuri. yang ni aku tak sempat ambil gambar. Sebab orang ramai gila dan agak kalut disitu.. haha. Dengan budak-budak lagi. Masing-masing buat perangai..

Hari ni 19/2 baru nak bertolak balik ke Kedah.

Read More

Day 2 - Jalan KL dapat rasa baby pancake Suka Dessert

Sunday, February 18, 2024

Suka Dessert, baby pancake, shopping di bangi,


Hai korang.. update lagi untk day 2.. Korang tau tak yang bestnya aku dapat rasa Suka Dessert!! tapi yang sedihnya apa yang aku nak rasa tu rupanya tak ada di Suka Dessert hq.. Croissant with hot choc. Hanya ada di tour Auntie Ja sahaja.. 


Suka Dessert, baby pancake, shopping di bangi,


9.00 Pagi : Keluar dari rumah kakak di Cheras dan menghala ke Bangi untuk cuci mata. Rupanya bukan sekadar cuci mata tapi terbeli. haha.. kami sampai memang ngam pukul 10 pagi. Orang buka kedai. Sebab dekat sini kalau lewat sikit parking dah full.


Suka Dessert, baby pancake, shopping di bangi,


12.30 tengahari : Settle membeli. Beli awal tak kalut. nanti malas dah nak shopping.. Dekat sini kalau bawak budak kecil/ anak-anak memang dorang akan stress sebab panas dan kena jalan lama. Disini online shopping yang viral di instagram semua ada.. 


Suka Dessert, baby pancake, shopping di bangi,

1.00 Petang : Sampai di kedai Auntie Ja.. Time aku sampai tak ramai sangat.. haaa bila masing-masing dah beratur, makin ramai yang datang.. Memang syurga dessert lah disini.. Dekat sini ada jual nasi goreng, western food dan macam-macam lagi..


Suka Dessert, baby pancake, shopping di bangi,

Expectation aku agak tinggi untuk baby pancake.. Tapi lepas makan aku bagi 3/5.. Sebab rasanya biasa saja.. Untuk penggemar coklat maybe suka.. Tapi korangg, untuk Chocstick Cookies 4/5.. Sedap plus rangup! Aku lebih prefer pistachio flavor..


Suka Dessert, baby pancake, shopping di bangi,

3.00 Petang : Kami sampai homestay di Bangi.. Alhamdulillah.. Malam tu keluar makan dan balik rest.. 


Jumpa day 3 nanti!

Read More

Day 1 - Jalan KL lepas rindu makan Wong Solo

Saturday, February 17, 2024

ayam penyet wong solo, Harold's Bread Hentian Behrang,

Dah lama tak jalan ke KL.. Last tahun lepas. Isunya sebab malas nak drive jauh-jauh.. Plan ni pun last minit dengan family. Rasanya inilah paling jauh boleh pergi pun bila bawak mak. Sebab mak dah tak boleh jalan jauh. Jadi kita bawak pusing KL jela. Asalkan dia happy dengan anak cucu.. Aku pun apa lagi ambil kesempatan untuk lepas rindu makan di Wong Solo. Favorite place kalau ke sini.


Malam dah packing barang. Aku kalau bab pack barang ni memang details sikit.. Semua benda aku akan bawak, even tuala.. haha. Rasa lebih selesa guna tuala sendiri. Siap kemas barang termasuk laptop, benda wajib bawak kalau pergi lama.


ayam penyet wong solo, Harold's Bread Hentian Behrang,

9.00 pagi : Bertolak dari Sungai Petani.. Sarapan pagi semua baru keluar rumah. Sampai di Taiping, jalan jem.. tapi jem yang bergerak. Cuma sangat lambat. Panjang jugak lah jem nya tu. Sampai kebas kaki aku dekat sejam lebih.. Rupanya orang buat jalan. Alhamdulillah lepas tu jalan okay dah.


ayam penyet wong solo, Harold's Bread Hentian Behrang,


BACA SINI : SEDAP BETUL HAROLD’S COFFEE HARGA RM3.90 JE

2.00 Petang : Berhenti sekejap di R&R Hentian Sebelah Behrang. Beli roti dan coffee.. Memang tak tinggal lah coffee aku. Tak kisah apapun asalkan coffee.. Aku nak beli air yang selalu aku beli di Harold's Bread. Air kopi yang pure kopi tuu. Macam kopi kampung.. Tapi tak ada pulak di situ. Habis katanya.. Jadi aku try Hazelnut Cafe Latte. Boleh tahan sedap. Nak bagi mata segar!


ayam penyet wong solo, Harold's Bread Hentian Behrang,

4.30 Petang : Exit Plaza Tol Jalan Duta.. Alhamdulillah tapi belum sampai di rumah kakak aku lagi di Cheras.. Sampai KL ni faham-faham la memang jem. Nak pulak aku pergi time hari kerja.. Sampai pulak waktu dorang pun sesak nak keluar pejabat.


6.00 Petang : Sampai juga di rumah kakak.. Penat betul, Rest kejap.. Solat jamak dan lepas tu baru keluar cari makan..


ayam penyet wong solo, Harold's Bread Hentian Behrang,


6.45 Petang : Dapatlah makan Wong Solo mengidam aku tu. hahaha.. Sumpah weh memang puas rasa bila dapat makan.. Alhamdulillah.


Sekarang pukul 11.59 malam.. Baru siap menaip.. Mata pun dah nak layu. Aku nak tidur dulu.. 

Jumpa esok guys! Day 2..


First time aku buat diari macam ni.. Seronok juga ye. Dapat kongsi penulisan dengan readers.. dan untuk semua blogger boleh buat macam ni.. Idea untuk blog! Dalam sehari korang buat apa je. haaa tulis semua di dalam satu entri..

Read More

Tempahan Bisnes Kad terlajak murah di Alor Setar

Thursday, February 15, 2024

 

bisnes kad murah, tempah kad nama,

Hai semua.. Tempahan kad nama/ bisnes kad dibuka kepada semua yang ada bisnes kecil-kecilan ataupun yang semakin meningkat naik.. Rugi tau kalau korang tak grab sebab dapat harga murah untuk 3 kotak. Kualiti tak payah cakap lah memang terbaik dari kilang. dijamin.. Design korang yang cadangkan sendiri.. yang pasti akan puas hati..

Design ambil masa 2-3 hari bekerja mengikut tahap kesukaran untuk design.




Untuk tempahan, boleh terus whatsapp ke 0146729316
Read More

Laksa Tepi Sungai, Alor Setar.. Healing Time

Laksa Tepi Sungai Alor Setar, resepi laksa kuah pekat,


Lama sebenarnya nak pergi makan Laksa tepi sungai ni tapi tak berkesempatan sampailah minggu lepas tercapai juga. Agak susah nak ikut lokasi dalam maps sebab kedai dia kena masuk jalan kecil.. Teringin punya pasal, dua kali juga lah pusing mencari. haha.. Time aku kesini dah lewat, dalam pukul 5.30 petang. tapi orang masih ada yang datang. Parking struggle sikit sebab jalan sempit..


Zoom in laksa pleaseee! Rate 4/5.. layannn.. sebab dia letak cili padi banyak, memang umphhh! telur sebelah. Kuah dia pekat.. Minum pulak laicikang.. Haishhh apa nak kataa! 


Laksa Tepi Sungai Alor Setar, resepi laksa kuah pekat,

Sumpah layan gila petang-petang makan tepi sungai.. Dengan kuah laksa panas-panas. Tolong lah korang bayangkan. hehe.


BACA SINI : BURGER HERO PENDANG.. SEDAP BETUL HOMEMADE PATTY!


Laksa Tepi Sungai Alor Setar, resepi laksa kuah pekat,


📍121, Jalan Seberang Perak, Kampung Piew, 05050 Alor Setar, Kedah

⏰Buka setiap hari.. Jumaat Sabtu tutup (12.00 tengahari - 6.30 petang)

Read More