Nasi Ayam Gesek Dua Benua Alor Setar

Sunday, July 10, 2022

ayam gesek dua benua alor setar, nasi ayam penyet,

Nasi Ayam Gesek Dua Benua Alor Setar | Sekarang ni memang famous dengan nasi ayam gesek ataupun penyet.. Tapi yang membezakan kedai mana yang sedap adalah ayam dan sambalnya.. kalau sambal tak padu, tak sedap lah jawabnya.. Kedai ni viral di facebook page jalan-jalan cari makan alor setar.. Aku ingatkan dorang hanya buka gerai tepi jalan untuk bungkus saja.. rupanya memang boleh makan di kedai.. 


ayam gesek dua benua alor setar, nasi ayam penyet,

ayam gesek dua benua alor setar, nasi ayam penyet,

ramai jugak yang makan dekat sini.. aku makan time lunch waktu kerja.. kedai dia agak luas dan selesa.. mudah je nak cari sebab tepi jalan..

ayam gesek dua benua alor setar, nasi ayam penyet,

Sedap sangat! ada dua sambal (sambal merah dan hijau).. portion nya pun sederhana, tak banyak sangat dan tak sikit sangat.. ayam pun dimasak dengan sempurna.. harganya RM8. korang wajib cuba yang duduk kedah.. aku pasti repeat lagi lepas ni..

Rating: 4.5/5🌟


Baca Ini: Lot 21 Coffee & Chill | Cafe Hipster di Pekan Cina Alor Setar


Waktu Operasi: Buka setiap hari (bergantung pada perubahan semasa) 10:00 a.m - 5:00 p.m

Alamat:  Jalan Sultanah Sambungan, 05710 Alor Setar, Kedah

Read More

Sedap betul Nachos Chips di 105°c Coffee Haus Alor Setar

Friday, July 08, 2022

105°c Coffee Haus Alor Setar, cafe best di alor setar,

Sedap betul Nachos Chips di 105°c Coffee Haus Alor Setar | Hai korang, semalam aku ke cafe baru di Alor Setar. Dorang baru lancarkan pada 7 Jun 2022.. memang baru lagi lah.. Tempatnya senang juga nak cari tapi bab parking tu yang aku paling malas.. susah juga nak parking sebab tepi jalan.. tapi alhamdulillah masa aku sampai tu, memang kebetulan ada satu tempat kosong.. kalau tak mesti kena tawaf 10 kali.. hahaa 

105°c Coffee Haus Alor Setar, cafe best di alor setar,

Tengok dari luar pun dah cantik kan? apatah lagi masuk dalam. Cafe ni memang luas dan sangat selesa. suka juga tengok dekorasi dalam dan luar cafe.. pintu masuk dia yang rare tu.. macam nak masuk rumah orang kaya.. hahaha.. gituuu. Bukan makanan western je ada tapi dessert pun ada!.. cuma masa ni aku tak terasa nak makan kek.. tengok macam sedap.. time perut lapar kena order makanan berat.. kalau tak dia akan bunyi sepanjang jalan.. haha.


105°c Coffee Haus Alor Setar, cafe best di alor setar,

105°c Coffee Haus Alor Setar, cafe best di alor setar,

105°c Coffee Haus Alor Setar, cafe best di alor setar,

105°c Coffee Haus Alor Setar, cafe best di alor setar,

time to order!! macam biasa aglio olioooo tak tinggai la orang kedah kata.. haha.. wajib cuba dimana saja cafe yang baru pertama kali sampai.. kita kena survey aglio olio kat mana di kedah paling bommm.. hahaha

Shrimp Aglio Olio - RM24.00
105°c Coffee Haus Alor Setar, cafe best di alor setar,

Rasa dia sedap.. cuma tak macam aglio olio yang selalu kita makan (minyak + chili flakes).. rasa dia dah keluar dari rasa sebenar aglio olio. Ada udang 3 ekor dan bagi aku harganya agak mahal untuk portion macam tu. Dorang letak cheese dan kurang pedas untuk penggemar pedas macam aku..

Rating: 3.5/5🌟

Nachos Chips - RM22.90105°c Coffee Haus Alor Setar, cafe best di alor setar,

Nachos paling sedap aku penah rasa di Alor Setar.. nachos banyak, cheese pun banyak! kalau korang ke sini, wajib try menu ni! cuma satu je la, aku rasa kurang sesuai letak telur dengan nachos tu.. if dorang letak salad lagi okay rasanya.. lama-lama makan rasa muak jugak.. tak sesuai untuk sorang makan. pastikan nak order kena order berdua.. haha.

Rating: 4.5/5🌟


Truffle Spaghetti - RM26.00
105°c Coffee Haus Alor Setar, cafe best di alor setar,

Menu ni sangat tak kena dengan tekak aku.. rasanya pelik.. tak tau nak describe macam mana.. kurang rasa sikit dan rasa blackpepper yang banyak.. maybe lain orang lain taste nya.. dorang letak cheese dan tak ada isi sangat dalam spaghetti ni.. kosong..

Rating: 2.5/5🌟


105°c Coffee Haus Alor Setar, cafe best di alor setar,

bahagian belakang luar cafe ada banyak lagi tempat duduk. cuma time aku sampai tu memang betul-betul tengahari.. di luar sesuai untuk sebelah malam je, or maybe petang redup boleh lah..


Baca Ini: Makan Nasi Daun Pisang di BananaBro Alor Setar


Waktu Operasi: Buka setiap hari (bergantung pada perubahan semasa) 8:00 a.m - 12.00 a.m

Alamat:  642, Jalan Pintu Sepuluh, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah

Read More

Minum Teh Tarik di Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands

Friday, July 01, 2022

Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands,  teh tarik di ladang teh boh cameron highlands, boh tea cameron highlands,

Minum Teh Tarik di Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands | Cuti Jumaat & Sabtu je la masanya untuk diri sendiri.. luangkan masa untuk tenangkan diri dari penat kerja. Aku dah book hotel awal, tak sangka pulak nak demam minggu nak ke sana.. huhu. peritnya Tuhan je tau.. Bila kita demam, suhu badan naik turun.. tak kan nak cancel pulak kan. 


Aku bertolak pagi jumaat dalam pukul 10.30 pagi macam tu.. jem ke tak? memang jem lah jawabnya.. sampai disana dalam pukul 6.00 petang macam tu.. jem yang tak bergerak langsung.. haha.. sumpah penat. jadi, malam tu aku tak kemana-mana.. cuma di bilik dan selimut. berharap esoknya badan kebah.. dannnn alhamdulillah esok tu badan rasa kuat dari semalam. dapatlah berjalan seperti yang diinginkan.. hehe. ke ladang Teh Boh Brinchang! yeayyy..

Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands,  teh tarik di ladang teh boh cameron highlands, boh tea cameron highlands,

Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands,  teh tarik di ladang teh boh cameron highlands, boh tea cameron highlands,

Nak masuk ke sini ambil masa sejam juga disebabkan jem.. maybe kalau tak jem akan lebih cepat.. jalan nak masuk memang mencabar sebab lorong kecil je dan berbukit.. ramai juga orang masa aku sampai ni. mana tak nya hari cuti kan. Nak berjalan naik ke cafe atas bukit tu pun jauh juga.. tapi aku masih kuat.. haha. sampai juga la kat atas tu.. dah sampai atas tu satu hal pulak, kena beratur untuk order..

Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands,  teh tarik di ladang teh boh cameron highlands, boh tea cameron highlands,

Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands,  teh tarik di ladang teh boh cameron highlands, boh tea cameron highlands,

Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands,  teh tarik di ladang teh boh cameron highlands, boh tea cameron highlands,

suasana dekat atas, biasa ja maybe sebab orang ramai. crowded sangat.. so dekat atas tu just makan2 ja.. 

Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands,  teh tarik di ladang teh boh cameron highlands, boh tea cameron highlands,

Burnt cheese cake dia super sedap!.. tak manis dan tak tawar.. teh tarik pun aku suka sebab tak manis sangat.. tapi mungkin juga sebab aku makan kek tu, then rasa manis pada teh tarik pun berkurang.. aku lupa berapa total harga untuk semua.. yang penting bawah rm50..


Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands,  teh tarik di ladang teh boh cameron highlands, boh tea cameron highlands,

Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands,  teh tarik di ladang teh boh cameron highlands, boh tea cameron highlands,

kenyang juga lah walaupun hanya makan kek.. 

Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands,  teh tarik di ladang teh boh cameron highlands, boh tea cameron highlands,

masa nak turun aku dengan kawan nak snap pic dekat logo teh boh tu, tetiba ada sorang uncle chinese terus mintak phone aku untuk dia ambilkan.. padahal masa tu dia nak ambil pic wife dia.. dia dah tua tapi still nampak sihat dan kuat.. siap betul-betulkan position kami berdiri lagi tau.. hahaha.. mungkin dulu dia photographer.. hehe. gurau!


Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands,  teh tarik di ladang teh boh cameron highlands, boh tea cameron highlands,

sempat juga lah kami berhenti tepi-tepi lereng teh boh ni untuk ambil gambar.. terus rasa feeling2 macam cerita my heart.. hahaha. love sangat gambar dekat sini.. hijau je.. tenang!

Ladang Teh Boh Brinchang Cameron Highlands,  teh tarik di ladang teh boh cameron highlands, boh tea cameron highlands,

ini saja entri untuk kali ni.. ada lagi story pasal cameron! doakan seorang busyra rajin untuk menaip lagi.. hehehe..

Read More