Marrybrown Egg-Stra Ong Burger | Burger Warna Pink?

Saturday, January 30, 2021

Marrybrown Egg-Stra Ong Burger | Burger Warna Pink? | Hai korang! Dah rasa belum Marrybrwon (MB) Egg-Stra Ong Burger? Wehhh sedap gila.. Maybe sebab busyra suka salted egg kot. hehe. Apa yang buatkan dia lain dari yang lain? Berbaloi ke tak dengan harganya? Eh bukan dapat diskaun ke untuk Chinese New Year?


marrybrown, burger pink marrybrown, food review, burger terbaru marrybrown, Marrybrown Egg-Stra Ong Burger


Yang lainnya tu roti dia... huiii lembut sangat. Even warnanya pelik pink-pink gitu.. Dulu pun MB pernah buat dah yang burger salted egg macam ni cuma sekarang mereka buat satu kelainan dengan rotinya.. For me lah harga yang mereka letak dah berbaloi dengan rasa kesedapan tu.. Tapii.. haaa ada tapi. haha, kalau letak lagi banyak salted egg tu lagi sodapp! RM15.00 untuk harga set burger (dapat air pink lemonade, fries dan burger pink)..


Untuk diskaun tu, ye memang ada tapi sangat limited. Kena buat pre-order dalam apps shopee pada 16 Januari 2021 / RM8.80 sahaja. Murah betol! tapi Busyra pun tak sempat nak grab. haha. Yang bestnya ia valid dari 18 Jan - 28 Feb 2021. Satu voucher untuk seorang pemilik akaun shopee sahaja. 


Eh susah lah nak cerita panjang-panjang dekat sini.. haha. Nahhh busyra bagi korang video. Boleh tengok dekat youtube busyra makan burger pink ni! Jangan lupa subscribe tau! heee




Read More

Template Blog Baru 2021, Semangat Baru!

Friday, January 29, 2021

Template Blog Baru 2021 | Setelah sekian lama busyra tak ambil peduli pasal blog. Ada satu masa tu rasa macam nak delete ja tapi bila difikir balik, sayangnya tu eshhh Tuhan ja la yang tau.. haha, yang ada blog saja memahami. Busyra start blog since 2010 lepas habis spm, yang mana follow busyra dari dulu mesti tau. hampir 11 tahun.. Kalau busyra rasa stress confirm akan buka blog. Harini busyra ambil keputusan untuk edit template blog sendiri. "Amboi hang busyra, besaq sangat ka keputusan nak edit blog tu sampai tulis disini?".


template blog, seo friendly, mobile friendly, responsive, template blog 2021,

Yes! Edit blog perlukan kesabaran yang tinggi.. Kalau rasa tak mampu baik jangan usik langsung coding html tu, kang tak pasal-pasal template lama hilang kemana.. haha. Busyra ambil masa untuk edit lebih kurang 24 jam. Start dari buat memilihan template, bukan main rembat ja template yang mana ada. Mestilah nak buat ikut pilihan hati. "Pandainya hang edit blog".

 

Tak pandai pun, serius busyra tak reti edit blog.. Sumpah serabut tengok coding, huhu. masa study dulu bukan belajar coding. Tapiii hendak seribu daya kan orang cakap. Sekarang ni apa yang tak dak dekat mr. google / mr. youtube. Search ja semua keluar. Contohnya busyra tak reti nak buat scroll untuk sidebar bloglist, apadahal google ja lah.. simple! tapi ingat, tak semestinya google terus jumpa jawapannya. Kena renung satu-satu coding tu samaada sesuai ke tidak dengan template kita. Setiap template mesti ada coding yang berbeza.. Kena bijak mengatur strategi coding. haha! "Kiranya hang pandai la tu sebab boleh siap dan tak ada error".

 

Ehhhh siapa cakap tak ada error, ada tau tapi kena cari solution nya lah.. cari sampai dapat.. Allah kan cakap kalau kita usaha mesti kita dapat. Sampai berbinau la tengok coding. Satu tips busyra nak bagitau kalau korang nak cari template blog, JANGAN cari yang ada slider (apa itu slider?) macam gambar dibawah;


template blog, seo friendly, mobile friendly, responsive, template blog 2021,

Slider adalah salah satu benda yang susah nak edit tau. Mesti ada ja yang tak keluar bila kita preview.. So benda tu sangat menyusahkan dan ada yang cakap kalau slider ni akan beratkan blog untuk loading. Slider adalah post yang bergerak dibawah header. (in real bergerak lah, yang aku tunjuk dekat atas tu just a picture) Memang nampak cantik tapi sulit.. haaa gittuewww. hehe.. "habis tu apa yang paling penting dalam pemilihan template?".


PERTAMA ; Mobile Friendly      KEDUA ; Seo Friendly      KETIGA ; Responsive


Alhamdulillah, template baru sudah pun siap.. huh, lega! Semoga semangat yang terkubur kembali bersinar. hehe. okehhh bye guys! Jumpa korang dalam entri seterusnya.

Read More

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Mudah

Sunday, January 24, 2021

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA CARA MUDAH | Lamanya tak update. Blog pun dah berhabuk.. Bukan tak ada idea nak update cuma malas. hehe.. Ini post pertama untuk tahun 2021! Alhamdulillah, ada semangat sikit nak menaip.. Harini busyra lunch ikan siakap 3 rasa.. huhhh! kenyang dia tuuu. hehe. so nahhh resepi simple tapi sodappp.

resepi siakap 3 rasa, resepi mudah, siakap 3 rasa, siakap masam manis, resepi masakan siakap, ikan siakap,


Bahan-Bahan untuk ikan:

1 ekor ikan siakap
3 sudu tepung jagung
Sedikit serbuk kunyit & garam

Bahan-Bahan untuk kuah:

Bahan Tumis:

3 ulas bawang putih (diketuk)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)

Bahan Lain:

6 biji cili padi (dipotong kecil)
3 helai daun limau nipis
1 batang serai (diketuk)
1 ulas bawang besar (dipotong dadu kecil)
2 biji tomato (dipotong dadu kecil)
1 tin nenas (kalau nak guna nenas original lagi padu) *busyra guna yang tin je sebab nak mudah.. hehe*
6 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
3 sudu sos tiram
Sedikit serbuk perisa


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak
2. Gaul ikan bersama garam, serbuk kunyit dan tepung jagung, kemudian goreng.
3. Untuk kuah pula, ambil sedikit minyak yang sama dengan goreng ikan tadi.. Tumis bawang merah dan bawang putih
4. Bila sudah naik bau, masukkan serai.. 
5. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram
6. Kacau seketika.. Masukkan pula air secukupnya..
7. Masukkan tomato, sos ikan, daun limau nipis, cili padi dan bawang besar.. *Yang suka kuah banyak boleh tambah air lagi*
8. Kacau sehingga mendidih.. Kemudian masukkan nenas tin.
9. Kuah siap! Tuang kuah ke atas ikan goreng tadi.

*busyra tak letak garam sebab sos ikan dah masin*

Selamat Mencuba!

Read More