Luna Selamat Melahirkan 5 Anak!

Sunday, May 31, 2020

LUNA DAH SELAMAT MELAHIRKAN 5 ANAK! | Hai korang. 16 Mei 2020 Luna dah selamat melahirkan 5 anak weiii! I lah bidan terjun dia. hahaha. Alhamdulillah rezeki bulan ramadan. haha. Btw kan ini bukan pertama kali beranak, ini dah second time. Tapi ada yang lainnya cara dia beranak kali ni. Busyra sayang gila dekat Luna, kucing yang sangat-sangat baik. Dari kecil tak pernah pun dia cakar busyra. Lembut gila, That's why I letak nama dia Luna Serra.. Gituuuu! kah kah

cara kucing beranak, kucing melahirkan, kucing sakit ketika melahirkan,

Dia start meraung sakit tu pukul 4.30 pagi semalam. Masa tu busyra dah boleh tau yang dia dah nak beranak. Dulu masa first time Luna beranak busyra tak sempat nak tengok pun, tengok-tengok dah beranak. Busyra baru balik kerja, baring sekejap then dengar ada suara kitten meow.. Tapi kalini kan Luna lain sangat-sangat, dia terlalu manja. Dia nak busyra temankan dia belai-belai sentiasa. Bila busyra bangun pergi dari sangkar dia terus mengiau tapi bila busyra duduk dekat sangkar terus diam. Weiiii tak kan mommy nak kena jadi bidan hang Luna?? hahaha

Pukul 8.10 pagi, masa tu dia dah keluar air dan sedikit darah. Dia dah mula angkat-angkat buntut dia. Busyra kesian tengok dia. Bila tangan busyra belai dia, dia nampak macam lega. Busyra tak tau nak explain macam mana, orang yang ada kucing saja yang dapat baca reaction kucing pada kita. Sampai 8.30 pagi, Luna berjaya keluarkan anak yang pertama. Keluar sekali dengan kantung lendir tu tau. omg ini pertama kali busyra tengok kucing beranak. Setiap anak keluar sekali dengan uri, ala macam manusia. Tapi bezanya kucing ni dia makan uri dia sendiri. Dia jilat darah anaknya sampai bersih. 

cara kucing beranak, kucing melahirkan, kucing sakit ketika melahirkan,

Jangka masa anak pertama, kedua dan ketiga dalam 20 minit macam tu. Yelakan benda ni ambil masa sebab dia nak makan uri lagi, nak jilat darah lagi. Bukan mudah. Anak pertama warna putih, anak kedua warna oren (ada putih sikit pada hidung) dan anak ketiga warna hitam. Bila tiba nak keluarkan anak keempat, dia dah tak larat. busyra bagi dia air sebab kucing ni bila dia beranak dia perlukan air dan tempat sejuk. Dekatkan sangkar dia pada bilik beraircond. Tempat yang panas boleh buatkan dia lagi bertambah penat. 

Jam 10 pagi macam tu dia baru dapat keluarkan anak keempat warna hitam juga tapi ada tompok putih dibelakang. Luna nampak letih sangat-sangat. Busyra ingat dah last dah 4 tu, tapi dia asyik dok jilat lagi buntut dia. Rupanya busyra nampak macam ada lagi. haha. Haihhhh 5 la jawabnya anak dia. 10.45 pagi macam tu keluar anak ke lima warna orennn! 

cara kucing beranak, kucing melahirkan, kucing sakit ketika melahirkan,

Huhhh lepas dia beranak tu busyra asingkan anak dia sekejap ja untuk bersihkan tempat dia beranak tu (busyra alaskan dengan kain, nanti terus basuh dan buang). Tukarkan dengan kain yang baru, supaya dia selesa susukan anak dia dan tempat dia pun sentiasa bersih. Settle semua dalam pukul 12.. Letih wei.. haha. Bila busyra masukkan semula anaknya tu, dia susukan anak dia dan tidur sebab letih sangat. 

Busyra ada 2 ekor kucing (sepasang) Luna & Tuah. So anak mereka tak dikacukkan dari mana-mana kucing lain. Dari benih mereka sendiri. haha. Nak tengok Tuah? Baca di SINI ..Okayyy! nanti busyra update lagi untuk tengok perkembangan anak Luna Serra.. Ehhhh kelas nama kau jahhh. :p


Thank you for reading!

Read More

Selepas 2 Bulan Pakai Braces #Part 2

Sunday, May 17, 2020

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah braces, gold color,

SELEPAS 2 BULAN PAKAI BRACES #PART 2 | Hai korang, I'm back!! Braces story part 2.. Busyra malas gila nak menaip pasal braces, actually. Tapi disebabkan ini adalah satu content maka ayuhh update! haha. Entri pasal braces jadi lambat walhalnya busyra dah masuk kali ke empat appointment. But it's okayy. Slowly but surely. Entri akan menyusul even terlambat beberapa bulan. hihi.

Bagi busyra entri ni sangat berguna bagi sesiapa saja yang baru nak pakai braces, so that dia boleh refer disini. okay untuk appointment kedua busyra pada 6 Januari 2020. Selepas 2 bulan pakai braces, busyra datang lagi jumpa doc. Jangan harap la lepas ni nak lari dari jumpa doc. haha. For those yang belum baca entri pertama busyra boleh baca di SINI ..

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah braces, gold color,

2 minggu pertama saja lepas pakai tu busyra makan bubur. Lepas dari tu bedal segala macam makanan. tak tahan oiii.. hahaha. Busyra dah la sejenis yang tak suka bubur tapi apakan daya kena telan juga. lepas 2 bulan pakai, rasa kedudukan braces tu dah sesuai dengan mulut. Tak rasa janggal lagi. Rasa normal. Cuma sometime tu, dawai yang hujung gigi ni terkena dinding isi mulut. korang faham tak maksud busyra. macam tercucuk. Tapi tak adalah sakit yang melampau, cuma rasa pedih sikit. Doc memang dah sediakan lilin untuk kita letak pada dawai yang terbuka, cuma busyra malas nak letak lilin tu. rasa leceh.. So tahan la sikit.

Busyra jumpa Doc jam 2.30 pm. Masa ni proses untuk tukar warna getah baru.. Excited wei! Busyra kena bagi kad appointment untuk tunggu giliran. Tapi alhamdulillah, busyra orang first. Pembantu Doc suruh busyra pilih warna apa yang nak dan dia yang buang getah yang lama pada gigi.. Time buang getah tu tak rasa sakit cuma ada la rasa goyang-goyang gigi tu sebab nak tarik getah tu keluar. Then tunggu sekejap Doc masuk untuk cabut dawai dan gantikan dawai baru andd of course getah warna yang baru. 

Okay perasaan masa Doc letak getah baru tu tak sakit tapiiii masa ending dia tuuuuu, kan kena tarik dawai untuk simpulkan di hujung gigi, huhhh.. sakitnya tu tak boleh nak describe. haha.. Dont worry sakit dia tu beberapa saat ja masa Doc tarik dawai. Lepas tu dah okay. Siap dalam 30 minit macam tu.. Busyra tersalah pilih warna getah baru, sebab tak cantikkk.. omg nak nangis. huhu. Tapi apakan daya sebab dah terpilih. Busyra tak tau kenapa boleh terpilih warna ni. Entah! haha. Redha je la. nani tukar lagi kan. Gold? Yesss Gold! tapi nampak macam kuning. 

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah braces, gold color,

Time to payment! RM150. Ini kali pertama busyra buat bayaran bulanan. Busyra tak pakai cash tapi transfer. Lebih mudah. Sekali lagi busyra puji Doktor Norliza. Dia sangat baik. Alhamdulillah busyra tak salah pilih Klinik Gigi. Korang yang baru nak buat or tengah survey, busyra recommend klinik ni. Yang stay di kedah la ye. 

Lepas balik tu, Busyra tak boleh nak makan makanan macam selalu, rasa macam baru first pakai dulu, sakit untuk kunyah makanan. Maybe masa Doc tarik dawai untuk kejapkan gigi. Sehari je tak dapat makan macam orang normal, huhu. second day dah okay. yehuuu.. and one more thing lupa pulak busyra nak share, untuk kali ni busyra terpaksa telan panadol tahan sakit yang Doc bagi disebabkan sakit dia tu lagi sakit dari kali pertama pasang. Lain orang lain rasa sakitnya. Masa first dulu busyra tak telan panadol tau.. **muka bangga. hahhaha.. haaa nah ambekkk kali kedua terus outtt! Harapnya kali ketiga nanti okay la kan? okay ke? next appointment pada 9 Mac 2020 ..tunggu part seterusnya nanti busyra share lagi story. 

braces review, pakai braces, experience pakai braces, klinik pergigian beauty smile, getah braces, gold color,

Thank you sudi habiskan masa untuk membaca!

**ramai tanya kenapa busyra pakai braces?**
1.Gigi atas tengah-tengah makin hari makin jarang (terbuka). bukan tengah saja, 
tepi-tepi semua ada gap yang luas. 
2. Gigi bawah busyra tak sama.

Read More