Contoh Sticker Makanan | Buat Tempahan di Y.ra Printing

Sunday, June 27, 2021

contoh sticker makanan, sticker makanan, tempah label sticker,


Contoh Sticker Makanan | Buat Tempahan di Y.ra Printing | Hai Assalamualaikum semua.. Zaman pandemik sekarang ni ramai orang terpaksa berhenti kerja dan ada yang hilang punca pendapatan disebabkan duduk dirumah.. Jadi apa yang boleh kita buat dirumah adalah dengan memulakan bisnes. Salah satunya adalah bisnes makanan.


Banyak yang whatsapp Y.ra Printing untuk buat tempahan sticker. Disini busyra sertakan beberapa contoh sticker makanan yang pernah customer order. Boleh lah korang tengok, then ambil idea untuk buat pada bisnes sendiri.


contoh sticker makanan, sticker makanan, tempah label sticker,


contoh sticker makanan, sticker makanan, tempah label sticker,


contoh sticker makanan, sticker makanan, tempah label sticker,


contoh sticker makanan, sticker makanan, tempah label sticker,


contoh sticker makanan, sticker makanan, tempah label sticker,


contoh sticker makanan, sticker makanan, tempah label sticker,


contoh sticker makanan, sticker makanan, tempah label sticker,


contoh sticker makanan, sticker makanan, tempah label sticker,

Kalau korang nak tengok lain-lain contoh sticker makanan, korang boleh terus ke page busyra tau.. Dekat bawah ni busyra sertakan link.


Fb Page : Y.ra Printing

Whatsapp : 0146729316


Read More

Cara buat "Awaiting Moderation" di blog | Elakkan spam komen!

Saturday, June 26, 2021

awaiting moderation, cara buat comment moderation, macam mana nak approve komen, tutorial blog, newbie blogger,


Cara buat "Awaiting Moderation" di blog - Elakkan spam komen! | Hai korang... Sihat ke tu? Tutorial kali ni busyra nak share macam mana kita nak buat "Comment Moderation" pada blog.. Penting ke kena buat? Kalau korang blogger baru wajib buat tau.. Ada sesetengah blogger tak suka buat.. Terpulang pada diri sendiri. Cuma bila kita buat macam ni lebih secure.


Cara nak setting:

Pergi ke dashboard blog, tekan di bahagian setting. Klik "Comment Moderation" dan tick pada "Always".. Then Save

awaiting moderation, cara buat comment moderation, macam mana nak approve komen, tutorial blog, newbie blogger,


Mudah kan caranya? Kemudian cara nak lihat komen "Awaiting Moderation" pulak.. tengok gambar dibawah.. Kalau ada komen, korang just approve je la.. Kalau tak suka, boleh delete je komen tu. So that komen tu tak akan appear di entri korang.

awaiting moderation, cara buat comment moderation, macam mana nak approve komen, tutorial blog, newbie blogger,

Macam mana jadinya bila orang komen di blog kita? Apa yang mereka nampak? Korang tengok gambar dibawah.. haaa selepas mereka komen di blog kita, terus naik macam ni. Maknanya komen mereka dah pun naik di "awaiting moderation" kita..


awaiting moderation, cara buat comment moderation, macam mana nak approve komen, tutorial blog, newbie blogger,


So korang! yang belum lagi buat macam ni boleh la buat.. Dengan cara ni, tak akan ada spam komen yang mengarut-mengarut sebab kita akan tapis dulu sebelum approve. Busyra pernah dapat komen mengarut dan negatif. Jadi busyra terus delete.. Bukan tak boleh terima cumanya busyra tak suka ada aura negatif disini.. hushhh hushhh buang jauh-jauh yang tak baik.. hehehe.


Oriteee.. semoga bermanfaat kepada korang yang memerlukan ilmu ni.. 



Baca Ini: Cara Mengatasi Gambar Thumbnail Yang Tidak Muncul Di Blog

Baca Ini : Tutorial Standardkan Saiz Gambar Agar Blog Tidak Berat


Read More

Tempah T-shirt Printing - Sehelai pun boleh!

Thursday, June 24, 2021

tempah tshirt murah, tshirt printing, custom tshirt, order tshirt murah, free design, printing murah, label sticker murah, tempah kad bisnes,


Tempah T-shirt Printing - Sehelai pun boleh! | Hai korang, sekian lama tak update berkaitan printing di blog ni.. Bisnes printing berjalan seperti biasa. Kenapa busyra nak jugak update di sini? Sebabnya ada jugak customer yang tahu tentang Y.ra Printing melalui media blog.. Alhamdulillah.


Sesiapa saja yang ingin membuat tempahan T-shirt printing, boleh segera whatsapp busyra tau! Dibuka pada semua negeri, tak kisah semananjung atau sabah/sarawak. Cuma harga postage yang berbeza. 


✅Tiada had minima order / sehelai pon boleh

✅Tshirt 100% cotton

✅Kain yang selesa dan tak panas

✅FREE design

✅Kualiti confirm tiptop


tempah tshirt murah, tshirt printing, custom tshirt, order tshirt murah, free design, printing murah, label sticker murah, tempah kad bisnes,

Siapa je yang boleh buat tempahan? Semua peringkat umur.. Tak kisah la baby ke atau yang bersaiz 2xl sekalipun. InshaAllah kualiti yang dijanjikan adalah terbaik. 


✨Baju Family Day 

✨Baju Kelas 

✨Baju Rewang/Kenduri

✨Baju Birthday


Korang nak whatsapp discuss dulu pun boleh, tiada masalah.. Nanti di akhir entri busyra sertakan no. telefon ye.. Selain daripada tempahan t-shirt, ada pelbagai lagi servis printing yang busyra tawarkan seperti label sticker, banner, keychain badge, bisnes kad, cop getah, buku resit, flyers, kad kahwin dan sebagainya..


Baca Ini : Tempahan Bisnes Kad Makeup by Syaza

Baca Ini : Tempahan Bookmark SMK Teluk Kumbar


tempah tshirt murah, tshirt printing, custom tshirt, order tshirt murah, free design, printing murah, label sticker murah, tempah kad bisnes,


Fb Page : Y.ra Printing

Whatsapp : 0146729316


Read More

PUISI#29 Kamu Anugerah Terindah

siti elizad, puisi kamu anugerah terindah, siti elizad tabah penantian anak,


PUISI#29 Kamu Anugerah Terindah | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 


Puisi Kamu Anugerah Terindah


Tuhan tolong bantu jiwa ku

Ku merayu padamu

Berikanlah "dia" dalam rahimku

Agar terhenti segala pilu


Saban hari penantian "dia" aku nanti

Puas aku menangis malam hari

Ku telan segala cerca dan maki

Biarpun hati ini terus tersakiti


Andai ada salahku

Berilah aku ruang dan waktu

Yakini jiwa dan hatiku

Agar terus bertahan dengan jalan takdir darimu


Puisi ni busyra tujukan khas untuk Akak Siti Elizad.. Sekarang ni kecoh di facebook ada seorang hamba Allah memaki dan mengata buruk tentang akak Siti Elizad. Busyra tak nak mention disini.. Cuma busyra nak cakap satu je soal jodoh, anak, ajal, kita tak kan pernah tau.. Jadi stop la mempertikaikan peraturan Allah. Allah dah susun baik-baik untuk setiap hambanya. Jadi, jangan sibuk kerja Allah. Semoga hamba Allah yang perangai macam ni cepat-cepat lah sedar.. Jaga mulut, jaga hati..


-busyratakiyudin-

Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI

Read More

Segarnya Air Kelapa Lemon.. Banyak Khasiatnya

Wednesday, June 23, 2021

air kelapa muda, air kelapa lemon, khasiat kelapa muda, khasiat lemon, bagus ke makan lemon,

Segarnya Air Kelapa Lemon.. Banyak Khasiatnya | Hai korang, petang-petang macam ni tekak terasa nak minum air fresh.. tambah pulak sekarang musim covid, kita memang betul-betul rawat diri dari dalam. Bukan saja dah selesaikan suntikan vaksin tapi usaha lain pun kena buat jugak. Mungkin ada sesetengah orang tak percaya pada petua orang tua. Lain orang lain pendapatnya.


Resepi Air Kelapa Lemon

1 biji air kelapa muda

isi kelapa muda

1 sudu besar air gula

1/2 biji lemon

Ais secukupnya


air kelapa muda, air kelapa lemon, khasiat kelapa muda, khasiat lemon, bagus ke makan lemon,

Baca Ini : Resepi Tauhu Bergedil Rangup Cicah Sambal Kicap

Baca Ini : Resepi Cornflakes Telur Masin


Semalam busyra rasa badan lemau sikit sebab kemas bilik kucing. Busyra alergik bulu kucing tapi nakkkk jugak bela kucing. haha.. Hidung terus jadi selsema.. Alhamdulillah la lepas minum 2-3 kali air ni rasa fresh sikit.. Lemon pun bagus untuk badan. 


Khasiat Air Kelapa

1. Menjaga kesihatan jantung

2. Mengimbangkan kadar gula dalam darah

3. Membantu menurunkan berat badan

4. Mengandungi zat antivirus / penawar racun

5. Mampu mengurangi minyak di wajah

6. Melancarkan pencernaan

7. Mengatasi dehidrasi

8. Mencegah penuaan

9. Menguatkan sistem imun


Read More

Macam mana nak ada semangat dalam berblogging?

Tuesday, June 22, 2021

sign up blog, cara buat blog sendiri, buat duit dengan blog, update sehari satu entri, community blogger, blogging,


Macam mana nak ada semangat dalam berblogging? | Hai, Assalamualaikum korang.. Huh soalan berat ni. Susah sangat nak jawab. Sebab busyra sendiri pun selalu hilang semangat. haha.. Kalau time x dak mood tu memang blog tak akan update. nak tengok blog sendiri pun malas.. Tapi busyra nak share 1 benda ni yang memang kalau kita amalkan, semangat tu akan berkobar-kobar nak menulis blog.


Ini pendapat busyra sendiri tau.. Lain orang lain pendapat nya. Masa bulan 2 haritu, busyra rasa nak delete blog ni. Semangat yang dulunya beria nak ada blog, hilang macam tu ja.. Busyra yakin mostly blogger pernah rasa macam ni. Tapi bila fikirkan balik tak jadi lah.. Penat tau aku bina blog ni dari dulu lagi.. "monolog sendiri".. 


Baca Ini : 50 Idea nak Update Blog

Baca Ini : 6 Perkara yang perlu dibuat pada 3 bulan pertama menjadi blogger


Bila rasa tu hadir, busyra cepat-cepat baca blog orang lain.. Busyra blogwalking. Ada blog yang sehari dia boleh update 3-4 posting.. Weyhhh mana dia dapat semangat macam ni? Sedangkan ada blogger yang dah ada anak pun boleh konsisten update kenapa tak aku? Busyra selalu motivate diri bila tengok semua tu. Blog adalah side income busyra. Sayang kalau tinggalkan macam tu ja. 


sign up blog, cara buat blog sendiri, buat duit dengan blog, update sehari satu entri, community blogger, blogging,

Sekurang-kurangnya update lah 1 post 1 hari.. Busyra cuba buat benda tu tapi kadang tewas.. haha. Idea tak ada tu biasa.. Sebab tu busyra kata tadi selalu lah blogwalking.. Dengan cara tu, kita bukan saja dapat timbulkan semula semangat tapi idea nak update post pun dapat. Bukan suruh copy paste sebiji sebulat entri blogger lain.. Tapi ambil topik mereka, kemudian olah menjadi entri sendiri, ayat sendiri dan cara penyampaian dari diri korang sendiri..


Siapa pun awak yang bergelar blogger.. Jom teruskan menulis blog, even terkadang semangat tu hilang seketika.. Jangan biarkan ia hilang selamanya.. Sedih tengok, blog yang dulunya busyra follow, sekarang blog dah pun tiada.. dah delete. 


Read More

Resepi Kubis Bungkus Inti Ayam / Chicken Cabbage Rolls

Sunday, June 20, 2021

Resepi Kubis Bungkus Inti Ayam,  Chicken Cabbage Rolls, kuah pencicah thai, sos thai, kobis bungkus isi ayam,


Resepi Kubis Bungkus Inti Ayam / Chicken Cabbage Rolls |
Hai korang! Bertemu lagi kita dalam rancangan Aku masak kau teringin.. hehe.. Ala-ala azfar heri gituww. Okay, untuk entri kali ni aku nak try this resepi.. First time buat alhamdulillah jadi sebab mudah sangat. Korang pun boleh buat!


Bahan-bahan:

Isi ayam (dikisar)

1 biji bawang besar (dipotong dadu kecil)

6 helai kubis (di celur)

Sedikit lada hitam

Sedikit garam




Resepi Kubis Bungkus Inti Ayam,  Chicken Cabbage Rolls, kuah pencicah thai, sos thai, kobis bungkus isi ayam,


Cara Penyediaan:

1. Untuk buat inti nya, campurkan isi ayam, lada hitam, bawang dan garam.. Gaul sebati

2. Sementara itu, panaskan air dan celur kubis.

3. Bila kubis dah hampir layu, angkat.


Resepi Kubis Bungkus Inti Ayam,  Chicken Cabbage Rolls, kuah pencicah thai, sos thai, kobis bungkus isi ayam,


4. Letak isi ayam diatas kubis dan balutkan. Ikutlah korang nak buat berapa, macam busyra buat 6 biji je.. itu pun dah kenyang

5. Kukus selama 30 minit.. 


Resepi Kubis Bungkus Inti Ayam,  Chicken Cabbage Rolls, kuah pencicah thai, sos thai, kobis bungkus isi ayam,


Cara nak buat sos pencicah mudah je.. Tumbuk 2 biji cili padi dan 2 biji bawang putih.. Kemudian masukkan 1 sudu sos tiram dan sedikit air + gula perang.. akhir sekali perahkan asam limau.. 


Resepi Kubis Bungkus Inti Ayam,  Chicken Cabbage Rolls, kuah pencicah thai, sos thai, kobis bungkus isi ayam,


Resepi Kubis Bungkus Inti Ayam,  Chicken Cabbage Rolls, kuah pencicah thai, sos thai, kobis bungkus isi ayam,

Selamat Mencuba!

Read More

Drama Love Elsa - Episod 1-24 Astro Ria

drama love elsa, love elsa astro ria, drama arahan micheal ang, zul ariffin, uyaina arshad,

Drama Love Elsa - Episod 1-24 Astro Ria | Busyra jarang post drama dalam blog tapi untuk kali ni rasa tertarik pulak kisah drama arahan Micheal Ang. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Uyaina Arshad dan Neera Azizi. Siri drama ni ditayangkan di Astro Ria bermula 15 Jun 2021 menggantikan Rindu Awak Separuh Nyawa. Sekarang dah episod 3, jadi siapa yang belum start tu boleh la tengok bosan-bosan dekat rumah.


Pelakon Love Elsa

Zul Ariffin sebagai Ridza Kim

Uyaina Arshad sebagai Ammara

Zeera Azizi sebagai Sofea

Ramona Zamzam sebagai Ramona

Mona Allen sebagai Madam Qistina

Badrul Muhayat sebagai Elyas

Ku Faridah sebagai Nenek Ammara

Nasz Sally sebagai Habsah

Iman Suhana sebagai Hamidah

Azhar Amir sebagai Tuan Elias

Ikhram Juhari sebagai Imran

Riz Amin sebagai Kamarul

Mustapha Kamal sebagai Wahid

Nina Juren sebagai Mak Ammara


drama love elsa, love elsa astro ria, drama arahan micheal ang, zul ariffin, uyaina arshad,


Sinopsis Love Elsa

Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.


Kemunculan Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu. 


Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim dan lahirnya perasaan cinta.


Korang yang tak sempat tengok drama ni di tv, boleh terus ke Youtube Astro Gempak



Read More

Tutorial Bold kan Tulisan di bahagian About Me/ Author

Saturday, June 19, 2021

cara bold kan tulisan di blog, tutorial about me, tutorial hitamkan tulisan di bahagian author atau about me,


Tutorial Bold kan Tulisan di bahagian About Me/ Author | Hai korang.. Lama rasanya tak buat entri tutorial. Semalam busyra baru edit layout untuk Author, jadi terasa nak share dengan korang.. Entri ni memang busyra khusus kan pada newbie. Yang baru start buat blog tapi masih tercari-cari caranya.. Meh sini busyra tunjukkan.. Mudah saja, kena faham coding html.. Asas je. Kalau yang susah-susah busyra pun tak pandai.. haha


Korang boleh tengok di sebelah kanan sidebar blog busyra ni, ada bahagian "Author" kan? Ini untuk view laptop atau komputer.. If korang buka melalui phone "Author" berada pada bahagian bawah.. Di situ busyra bold kan tulisan "Welcome to my Online Diary" dan email. Haaaa itulah tutorial kita kali ni. Busyra akan ajarkan macam mana nak hitam kan tulisan tu..


1. Di dashboard blog, klik "Layout", kemudian "Add a Gadget"

cara bold kan tulisan di blog, tutorial about me, tutorial hitamkan tulisan di bahagian author atau about me,


2. Tulis "Title" dan copy & paste coding di bawah ni, masukkan di bahagian "Content"

cara bold kan tulisan di blog, tutorial about me, tutorial hitamkan tulisan di bahagian author atau about me,


------------------------------------------------------------------

<center><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHzEL6hdavbMKbH0tACj_xU7mIG-w3uVlzjdyXOwJj-OykQOKZ0XHpKkcdjKQdwvbN_Cyrybasf2YfAVnwxonl2Eei60aCLxTi8ASd9N3AsHf_HuHHHHWxzcj-Dy90K0r3A_7g_lk96cRA/s1323/profile+baru.png"/><center>


<center><strong>Welcome to my Online Diary</strong></center>

<center>Freelance Designer | Part time Youtuber</center>

<center>Writing is the best way to talk without being interrupted</center>

<center>For any enquiries & collaboration,</center>

<center><strong>itsmebusyra.work@gmail.com</strong></center>


Purple = link gambar profile

Merah = Info tentang diri

Hijau = coding untuk hitamkan tulisan


------------------------------------------------------------------


korang boleh tambah sendiri coding <strong> di mana-mana bahagian yang korang nak.


Selesai! Selamat Mencuba.. Semoga entri kali ni tambah selesai kan problem korang dalam menjadi coding.. InshaAllah akan datang busyra share lagi.. 


Read More

Resepi Kuey Teow Goreng Seafood

Friday, June 18, 2021

kuey teow goreng basah, resepi kuey teow goreng seafood, udang, sotong goreng,

Resepi Kuey Teow Goreng Seafood | Hai, Assalamualaikum.. Musim pandemik macam ni, apa yang boleh buat stay dekat rumah je la kan. Maka skill memasak akan terus keluar dengan jayanya. haha! Kita masak apa yang ada je.. Korang macam mana duduk rumah? okay ke tu? Jom lah tengok resepi dari busyra.. Esok-esok korang boleh try resepi ni.


kuey teow goreng basah, resepi kuey teow goreng seafood, udang, sotong goreng,


Bahan-Bahan:

1/2 bungkus kuey teow

3 ulas bawang putih (diketuk)

Sedikit taugeh

Udang & Sotong (kuantiti terpulang)

1 sudu besar cili kering (kisar)

2 sudu besar sos cili / sos masam manis

2 sudu besar kicap manis (jalen)

1 sudu besar kicap abc

1 sudu besar sos plum (kalau tak ada boleh skip)

garam/ perasa secukupnya




kuey teow goreng basah, resepi kuey teow goreng seafood, udang, sotong goreng,


Cara Penyediaan:

1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih

2. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar

3. Kemudian masukkan semua jenis sos dan kicap

4. Kacau sebati dan masukkan sedikit air.. Perasakan dengan garam

5. Masukkan udang dan sotong.. Biarkan seketika..

6. Perlahankan api, masukkan kuey teow.. 

7. Akhir sekali, baru masukkan taugeh. Masak jangan sampai layu.. Siappp! Korang boleh hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup..


Read More

Resepi Butter Chicken Tak Guna Daun Kari Pun Sedap

resepi butter chicken, resepi mudah ayam buttermilk, butter chicken letak cili,


Resepi Butter Chicken Tak Guna Daun Kari Pun Sedap | Hai korang, nak dijadikan cerita busyra teringin gila nak makan butter chicken lepas tengok video dekat youtube. haha. pengaruh youtube! Tapi memandangkan tak ada daun kari terpaksa lah skip. Try tengok sedap ke tidak.. Jom tengok resepi!


Bahan-bahan Ayam:

2-3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Air secukupnya


Bahan-Bahan:

Ayam 
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih - hiris halus
2 sudu besar mentega
4 biji cili padi - dipotong




resepi butter chicken, resepi mudah ayam buttermilk, butter chicken letak cili,


Cara Penyediaan:

1. Gaulkan kesemua (bahan-bahan ayam) sehingga sebati. Kemudian masukkan ayam dalam bancuhan tersebut. Biarkan seketika supaya bahan perapan masuk kedalam ayam.

2. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

3. Untuk kuah pula, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili sehingga naik bau. 

3. Masukkan susu cair. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. 

4. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siappp! 


Read More

"Saya Sudah Lengkap Dos Kedua" Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer

Wednesday, June 16, 2021

"Saya Sudah Lengkap Dos Kedua" Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer | Hai, Assalamualaikum.. Thanks korang sebab sudi baca entri ni. Tujuan busyra tulis adalah untuk berkongsi pengalaman buat semua orang yang belum mendapatkan vaksin. Mungkin ada yang dah daftar tapi belum dipanggil, InshaAllah soon. Okay marilah kita mula sesi taklimat tak formal kita.. hehehe


vaksin dos kedua, vaksin dos pertama, sakit ke tak cucuk vaksin, vaksin pfizer, sinovac, astrazeneca, panadol actifast, panadol extend,


Pada 23 Mei 2021, busyra  ke Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar untuk mendapatkan vaksin dos pertama. Masa yang dinyatakan pada pukul 10 pagi. Semua maklumat ni busyra check dalam aplikasi MySejahtera. Sesampai saja di situ, macam biasa kena check suhu dan mereka akan bagi beberapa helai borang yang perlu diisi. Maklumat dalam borang tu semuanya berkaitan dengan diri kita,  kita ada sakit ke, penah dijangkiti covid ke sebelum ni.. semua pasal masalah kesihatan dannn yang paling penting tandatangan kita untuk persetujuan dicucuk. Selesai isi borang, nurse akan check tekanan darah. If normal, tak ada masalah apa-apa boleh terus ke bilik vaksin. 


Untuk vaksin dos pertama, pengalaman busyra sendiri tak rasa sakit time nurse cucuk tu.. rasa biasa. tiberrr ehhh dah siappp. Selepas cucuk kita akan diarahkan untuk ke satu ruangan untuk berehat lebih kurang 30 minit. Then, nurse check lagi tekanan darah.. kalau dah okay, boleh balik! (Korang akan diberi satu kad vaksin, alaa macam kad nama gitu)


Selepas beberapa jam cucuk, time tu tangan dah mula rasa lenguh-lenguh.. Nak angkat tinggi tak boleh dan bengkak sikit di tempat cucuk. Alhamdulillah busyra tak ambil panadol dan kepala pun tak pening. Memang tak ada effect yang teruk masa dos pertama.. Selesai.. 


Korang boleh tengok video untuk dos pertama!


Selepas 21 hari iaitu pada 13 Jun 2021, sampailah masa untuk dos kedua.. Tempat tak sama, kali ni bertempat di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim, Kota Setar.. Jujur busyra cakap, dekat sini agak crowded. Step semua sama saja macam dos pertama cuma kena banyak bersabar menunggu turn sebab ramai. Check tekanan darah sebelum masuk, cucuk vaksin dan check lagi tekanan darah before balik.. (Korang jangan lupa bawak kad vaksin tau!)  Alhamdulillah semuanya selesai. 


vaksin dos kedua, vaksin dos pertama, sakit ke tak cucuk vaksin, vaksin pfizer, sinovac, astrazeneca, panadol actifast, panadol extend,


Masa busyra balik memang tak rasa apa-apa.. ohhhh lupa nak cakap yang time nurse cucuk tu memang sakit, terasa jarum tu masuk.. maybe salah satu punca sebab busyra tak rilex masa tu.. Busyra tak ambil apa-apa panadol lagi sampailah jam pukul 11 malam, badan dah rasa lain. rasa seram sejuk.. kaki dan tangan mula sejuk. Time tu baru busyra telan panadol.. start dari situ, busyra menggigil, aircond pun tak buka.. sejuk sampai merengkok dan berselimut satu badan termasuk muka.. tak tergambar rasanya.. sejuk dalam orang tua-tua cakap..


Busyra salah sebab tak ambil panadol terus selepas cucuk.. even busyra dah selimut dan badan dah keluar banyak peluh tapi still rasa tak kebah.. Sampailah esok pagi tu, rasa tak okay jugak.. kena air sikit rasa seram sejuk.. Jam 5 petang busyra ambil lagi panadol. Terpaksa untuk kesihatan, kalau tak ambil tak larat.. Alhamdulillah lepas ambil panadol kali kedua, baru badan okay dan tak sejuk dah. Huhhh memang busyra takut sangat nak sampai waktu malam masa tu sebab busyra tak nak dah alami kejadian badan menggigil.


Itulah pengalaman yang boleh busyra kongsikan, lain orang lain tindak balas vaksin dalam badannya.. Macam kawan busyra dia ambil terus panadol sesampai ja dekat rumah. So korang, busyra sarankan ambil panadol cepat tau.. Jangan tunggu lama-lama..


Jangan takut untuk ambil vaksin, kita usaha selebihnya serahkan pada Pencipta


Tahniah anda berjaya baca entri ni sampai habis.. hehehe. thanks! Korang dah vaksin ke belum? kalau belum tapi dah daftar selalu lah check MySejahtera, manalah tau dah sampai tarikhnya.. Kalau yang dah vaksin, share lah pengalaman korang pulak! 


Read More