Resepi Sotong Masak Kari Style Mamak

Saturday, July 31, 2021

Resepi Sotong Masak Kari Style Mamak, Kari Sotong Ala Mamak, Gulai Sotong, Kari Sotong Nasi Kandar,


Resepi Sotong Masak Kari Style Mamak | Sejak duduk dirumah ni, semua resepi masakan nak try..  Busyra suka masak masakan berlauk.. Kalau baking kurang sikit, sebab tak pandai. hehe. Korang boleh lah try resepi ni.. Mudah je tapi sedap! Busyra first time buat..


Bahan-bahan:

3 ekor sotong besar (dipotong)

3 ulas bawang putih (hiris)

2 ulas bawang merah (hiris)

2 tangkai daun kari

1 sudu serbuk cili

3 sudu serbuk kari ikan

Perasa secukupnya


Resepi Sotong Masak Kari Style Mamak, Kari Sotong Ala Mamak, Gulai Sotong, Kari Sotong Nasi Kandar,


Cara Penyediaan:

1. Tuang sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah

2. Bila dah nampak sedikit kekuningan barulah masukkan daun kari

3. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ikan (gaul dulu dengan sedikit air, baru masukkan dalam kuali)

4. Kacau selalu dan biar sampai pecah minyak (tandanya serbuk kari dah masak).. baru sedap!

5. Akhir sekali barulah masukkan sotong.. Kemudian perasakan dengan serbuk perasa ataupun garam.

6. Siap! sedia untuk dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng! sedap sangat.


Resepi Sotong Masak Kari Style Mamak, Kari Sotong Ala Mamak, Gulai Sotong, Kari Sotong Nasi Kandar,


Baca Ini: Tomyam Seafood sedap letak susu cair

Baca Ini: Sangkaya Ala Boat Noodle


Read More

Perkembangan blog yang dulu hinggalah sekarang

Wednesday, July 28, 2021

Perkembangan blog yang dulu hinggalah sekarang | Hai semua.. Pernah tak korang terfikir kenapa blog korang mampu bertahan sampai sekarang? Setiap blog pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Itu terpulang pada setiap blogger untuk buat penambahbaikan pada blog sendiri atau pun tak. Nak cipta sebuah blog tak semudah yang orang diluar sangka.. Ia perlukan kesabaran dan usaha yang berterusan. Apa orang cakap "the more you give, the more you get back".. 


blogging, buat duit dengan blog, Firas Kazma, Celia Abernethy, intellifluence,


Bertungkus lumus kita untuk kejayaan sesebuah blog. Lagi banyak kita curahkan dalam pembinaan blog, lagi banyaklah kita dapat.. Antaranya pendapatan dengan blog. Betul ke orang cakap dengan blog boleh buat duit? Yes! kalau kita betul-betul berusaha. Duit tak kan datang bergolek kalau kita tak cuba melangkah.. Apa yang busyra maksudkan? 


Tahun 2010, busyra start create akaun gmail semata-mata untuk buat blog! That time tak ada langsung dalam fikiran busyra yang buat blog boleh dapat duit. Nope! Dalam entri yang lepas busyra pernah cakap yang blog ini dicipta disebabkan oleh seorang yang bergelar kakak.. Busyra terpengaruh dengan kakak busyra, sebab dia pun ada blog.. haha. Oh lupa.. nama pertama blog busyra adalah "Busyra Takiyudin", which is nama tu memang nama penuh sendiri.


Nama "Itsme Busyra" ni baru je ditukar pada tahun ini.. Walaupun nama blog ditukar tapi domain blog masih tetap sama dengan busyratakiyudin.. Korang tau tak sejak tahun 2010 sehingga 2015, busyra hanya menggunakan platform blogspot saja.. tak penah beli mana-mana domain lagi. Tapi pada 25 Oktober 2015, barulah busyra decide untuk membeli domain sendiri iaitu dot com.. Betul tak apa busyra cakap diawal perenggan tadi.. Kita kena banyak memberi bila kita ambil keputusan untuk jadi seorang blogger. 

Bak kata Celia Abernethy :


"Apabila anda meminati blog, anda perlu membayar untuk hosting web anda. Begitu juga dengan apa-apa iklan yang anda ingin lakukan.. semuanya perlu dibayar, jika anda ingin blog itu terus terlihat pada semua orang"


Lebih kurang macam tu lah maksudnya.. busyra singkatkan kata-kata dari beliau.. Korang pergi lah baca tentang Celia..  Seronok juga kita baca tentang blogger luar ni. Boleh jadikan satu pembakar semangat.. haaaa. berbalik pada story domain sendiri, busyra spend RM45 untuk setiap tahun.. Okay lah tu kan, bukan untuk sebulan tapi setahun. Maksudnya pada setiap tahun 23 Ogos, busyra perlu membuat pembayaran pada syarikat domain. Kalau tak dalam masa sebulan busyra tangguh bayar, blog tak boleh di akses masuk..


Busyra yakin dah ramai blogger yang bertukar dari blogspot ke dot com.. Tahniah buat semua blogger yang dah berjaya buat macam tu. Maksudnya dah ada satu peningkatan dalam blog korang. Tapi kepada blogger yang masih belum bertukar, tak salah pun dalam dunia blog untuk terus kekalkan blogspot.. Masing-masing ada pendapat sendiri..


Selain dari ada domain sendiri, busyra dah berjaya buat duit melalui adsense. Pada 14 Februari 2017 iklan adsense berjaya keluar di blog busyra.. Happy sangat masa ni.. Mana tak nya, ini adalah impian semua blogger... dan ini jugalah pembakar semangat blogger untuk terus menulis entri.. Alhamdulillah rezeki busyra masa ni, selepas 4 hari request adsense.. berjaya.. Masing-masing blogger ada dugaan dan cabaran sendiri. busyra ada pernah baca sampai sebulan request, ada yang 3 hari je.. Macam-macam situasi. Lain orang lain rezekinya.. 


blogging, buat duit dengan blog, Firas Kazma, Celia Abernethy, intellifluence,


Apa niche blog busyra?


Pernah ada beberapa orang kawan busyra bertanyakan soalan ni. Sebenarnya blog busyra berkisarkan tentang apa? Okay macam ni, dunia blog sebenarnya macam-macam kita boleh cerita. Mungkin ada sesetengah blogger memang betul-betul fokuskan niche.. Tapi untuk busyra apa saja yang terlintas dalam fikiran nak tulis dan ada topik nak berkongsi, busyra terus tulis.. Apatah lagi zaman sekarang waktu pandemik macam ni. semua duduk dirumah, kalau nak fikirkan niche alamatnya tak berupdate lah blog kita kan? 


Busyra akui, busyra memang suka niche food.. rasa satu kepuasan bila busyra dapat update topik ni.. Kata  Firas Kazma "Food Blogging is more than just a hobby" .. busyra setuju sangat.. Ia lebih dari sekadar hobi dimana bila kita dapat tangkap gambar makanan dan terus menulis dalam blog. Busyra seorang suka memasak walaupun terkadang masakan tu biasa-biasa saja.. kita rasa satu nikmat boleh kongsi resepi dengan orang lain.. busyra suka semangat Firas Kazma di mana beliau kata :


"Selepas makanan dirasa dan diambil gambar, Firas menghabiskan banyak masa untuk membuat dan menyempurnakan content. Saya akan mengkaji trend untuk mendapat idea dalam menyunting foto dan membuat video. Beberapa jam saya membuat kajian supaya gambar kelihatan cantik dan kapsyen yang menarik"


Hopefully, one day busyra boleh buat macam beliau.. Ambil gambar yang menarik dan cantik! Gambar yang cantik, salah satu tips yang membuatkan pembaca untuk terus stay di blog kita..


Alhamdulillah, overall busyra beryukur dengan kejayaan blog busyra dari dulu hinggalah sekarang.. Sedikit demi sikit perubahan tu busyra nampak. InshaAllah kedepan akan ada banyak lagi yang busyra akan perbaiki. yang penting, usaha dan berdoa pada DIA..


Read More

Sempat Bercuti di KL sebelum adanya Covid.. Rindu!

Tuesday, July 27, 2021

Staycation KL, Hotel Hard Rock Penang, Silka Hotel Kuala Lumpur, bercuti di KL, booking hotel di Traveloka,

Sempat Bercuti di KL sebelum adanya Covid.. Rindu! | Bila dah lama duduk dirumah, pasti ada banyak masa nak buka balik gallery lama dan mulalah mengimbau kenangan lama.. Allahhh.. serius rindu. Dalam hati ni, bilalah dapat bercuti lagi.. Sweet moment 2018 ni busyra tak akan lupa sampai bila-bila. Akan selalu terpahat dihati.. haaa gituuu.. hehe


Ceritanya kami berlima plan macam-macam tempat nak bercuti disebabkan masa tu kami dah lama tak jumpa selepas habis degree.. Yela masing-masing rindu kan.. Antara negeri yang dicadangkan adalah Terengganu, Penang, Kuala Lumpur dan Perak.. Plan punyalah lama akhirnya kami pilih untuk Staycation KL.. hehe. biasalah bila ada banyak kepala ni, maka idea pun banyak.. Last-last pilih negeri tengah-tengah jugak.. Mana tak nya, masing-masing duduk berlainan negeri.. 


Staycation KL, Hotel Hard Rock Penang, Silka Hotel Kuala Lumpur, bercuti di KL, booking hotel di Traveloka,


Bila dah decide KL. Hahhh timbul masalah lain pulak, nak duduk mana? hehe.. itulah perempuan kan. Dalam otak asyik fikir macam-macam.. Jadi kami mulalah survey hotel di online website.. Busyra book dengan Traveloka.. Finally, kami pilih hotel Silka Kuala Lumpur.. Harga boleh tahan jugak masa tu.. tapi serius busyra cakap, hotel ni best! sangat selesa.. Toilet dia pun dah cantik. boleh jugak kalau nak tidur dalam tu.. haha


Staycation KL, Hotel Hard Rock Penang, Silka Hotel Kuala Lumpur, bercuti di KL, booking hotel di Traveloka,


Pendapat busyra lah kalau waktu pandemik sekarang ni mesti harga dah turun.. Korang yang duduk area sana boleh la try usha, mana tau dah bosan duduk rumah boleh la lepak hotel pulak. Asalkan tak rentas daerah.. yang bestnya masa tidur di sini boleh lah tengok view luar dari atas, betapa pesatnya Kuala Lumpur.. Busyra kan stay kampung di kedah.. Jadi bila tak pernah tengok view macam ni nampak cantik pulak.. Mungkin untuk orang sana dah muak asyik tengok kereta je.. 


Staycation KL, Hotel Hard Rock Penang, Silka Hotel Kuala Lumpur, bercuti di KL, booking hotel di Traveloka,


Busyra bukan lah kaki travel tapi bila dapat keluar jenjalan macam ni rasa best.. Sebab tu sekarang bila duduk dirumah rasa tepu sangat otak.. Kalau nanti kes dah semakin turun dan kita semua dah boleh rentas negeri.. siapa tau kan? Kita sama-sama lah berdoa.. Busyra nak sangat pergi Hard Rock Hotel Penang.. Dulu pernah tau kami berlima nak stay di sana. Tapi korang mesti tau kan harga hotel Hard Rock agak mahal.. Hopefully nanti dapat lah booking.. hehe.. Boleh kumpul duit dari sekarang. Semangat nih! Busyra pernah kesana dan bergambar depan hotel tu.. Nak share gambar tapi busyra cari tak jumpa dah.. sebab dah lama sangat. Masa tu bergambar depan tugu guitar Hard Rock penang.. Huhhh sumpah cantik!


Hotel Hard Rock Penang memang besar.. Bukan setakat busyra bergambar di luar je.. Tapi dibenarkan untuk masuk ke dalam even tak booking pun hotel di situ.. Hanya sekadar nak ambil gambar di lobi hotel.. Bayangkan lobi pun dah besar apatah lagi bilik kan.. mesti lah boom! Ishhh tak sabar nak bercuti di Penang.. Okay lah tu dekat je dengan Kedah. Tak sempat nak lenguh-lenguh dalam kereta, eh dah sampaii... Sometimes tak faham kenapa suka sangat ke Penang. Mungkin disebabkan dekat dan suka pantai.. tenangnya tengok view air laut.. 


Korang nanti kalau dah boleh rentas negeri, nak kemana? share la dengan busyra.. Kita berangan dulu sebelum jadi kenyataan.. Walaupun tak tau bila akan capai mimpi tu.. huhu.. Nak kita fikir panjang pun tak sudah covid ni.. Yang penting korang kena sentiasa jaga diri dan kita semua jangan pernah berhenti berdoa untuk kes turun.. Terkejut jugak kes di kedah dah capai 1k.. hurm. dan untuk korang yang belum daftar vaksin, moh ler sama-sama daftar.. yang dah daftar tapi belum dapat sabar k.. InshaAllah soon.. 


Stay safe semua!


Read More

Resepi Daging Masak Kicap Sedap Giler!

Monday, July 26, 2021

resepi daging masak kicap, selamat hari raya aidiladha, resepi daging masak sos,

Resepi Daging Masak Kicap Sedap Giler! | Biasalah lepas Aidiladha ni, confirm daging banyak dekat rumah kan.. Harini rasa malas sikit.. So kita masak masakan yang simple je la. Asal boleh tapi sedap.. Serius weh korang kena cuba.. Resepi ni boleh tambah nasi.


Bahan-Bahan:

Daging (hiris nipis)

Garam dan kunyit

1 sudu sos cili maggi

1 sudu sos tiram

1 sudu kicap

4 biji cili padi (terpulang nak hiris atau tak) 

2 helai daun limau purut

1 biji bawang besar (hiris bulat)


resepi daging masak kicap, selamat hari raya aidiladha, resepi daging masak sos,

Cara Penyediaan:

1. Gaul daging bersama garam dan kunyit

2. Letak minyak dan goreng daging

3. Bila daging dah nampak masak, masukkan cili padi dan daun limau purut

4. Goreng sebentar dan masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.

5. Goreng sehingga garing.. (sementara tu masukkan air sikit-sikit.. sebab tak nak segala jenis sos tadi hangit)

6. Akhir sekali masukkan bawang besar.. Siap!



Baca Ini: Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

Baca Ini: Resepi Ayam Bakar Sikat Guna Air Fryer


Read More

Cara Order Air Starbucks Butterbeer Frappucino

Monday, July 19, 2021

 

Butterbeer Frappucino, Cara Order Air Starbucks Butterbeer Frappucino, air viral starbucks,


Busyra order ni saiz Venti (Besar).. Ada juga yang saiz medium (Grande).. Harganya RM20 lebih untuk saiz besar.. Flavor ni memang kena dengan tekak.. Tak manis sangat dan tak tawar sangat.. eh sedap lah! sedang2 gitu rasanya.. Manis caramel tu dah cukup.. 


Di bawah ni, cara untuk korang order air Butterbeer Frappucino:


-Cream frappucino with milk

-Caramel syrup & Hazelnut syrup

-Whipped Cream

-Caramel drizzle upside down


Butterbeer Frappucino, Cara Order Air Starbucks Butterbeer Frappucino, air viral starbucks,

p/s: Busyra pernah order green tea frapp. Tapi maybe masa tu barista terlebih letak serbuk green tea.. haha. bau dia tu terlalu strong.. padahal busyra peminat green tea.. 


Read More

Tempahan Banner Kedai Makan Burger

Saturday, July 10, 2021

Tempahan Banner Kedai Burger | Hai korang.. Alhamdulillah, banner customer order selamat print dan delivery dekat dia. Customer ni buka kedai berdekatan rumahnya.. Banyak juga menu yang disediakan.. Kalau dah namanya burger makan lah waktu bila pun kan, mesti berselera.. tambah lagi kalau malam.. hehe. misi menggemukkan badan!


banner kedai makan, banner murah, banting murah, tempah banner murah, banner kedai burger,


Customer request nak tema warna hitam dan oren.. dengan sekali edit dia berpuas hati.. Gambar burger dalam banner tu pun adalah gambar asal dari tuan kedai.. Bukan dari google.. Ukuran banner lebih kurang 7x2 kaki.. 


Untuk customer baru yang nak buat tempahan dengan busyra.. Syaratnya adalah selepas pembayaran dibuat, customer perlulah menyatakan warna tema terlebih dahulu.. Sebabnya busyra tak akan mengubah keseluruhan tema yang telah di request selepas design pertama dibuat.. Tapi perubahan minor boleh je.. Contohnya, nak ubah tulisan, nak tambah gambar ataupun nak ubah hal-hal yang kecil..


Baca Ini : Tempahan Banting Dari Sheitah Bzye Cafe

Baca Ini : Tempahan Banner / Banting Rm2 Sekaki


Nak buat tempahan? Boleh terus klik link dibawah


Fb Page : Y.ra Printing

Whatsapp : 0146729316


Read More

Cara buang background gambar guna Removebg.. Mudah sangat!

Thursday, July 08, 2021

belajar photoshop, cara edit gambar mudah, remove gambar guna removebg, adobe photoshop,

Cara buang background gambar guna Removebg.. Mudah sangat!   | Hai korang.. entri kali ni busyra nak share satu website yang memudahkan kerja korang buang gambar background .. Boleh jimat masa untuk edit gambar dalam adobe photoshop atau illustration. Busyra bukan sekadar share tapi diri sendiri pun guna. Yang belum tau pasal website removebg ni jom tengok!


Okay, first sekali korang pergi ke website remove.bg .. klik button upload tu. macam gambar dibawah

belajar photoshop, cara edit gambar mudah, remove gambar guna removebg, adobe photoshop,


Busyra pilih gambar ni untuk remove background belakang dia..

belajar photoshop, cara edit gambar mudah, remove gambar guna removebg, adobe photoshop,

Kemudian, dia akan remove kan untuk kita. Gambar akan jadi bentuk png. Then, klik je download.. Haaa ini yang tak best sikit sebab saiznya agak kecil.. tapi okay lah kalau nak edit biasa-biasa kan.. Kalau nak saiz besar kena buat bayaran bulanan.. for me dah okay dah saiz yang dorang bagi ni.. tak perlu nak bazirkan duit untuk langgan. 



belajar photoshop, cara edit gambar mudah, remove gambar guna removebg, adobe photoshop,


Bila dah remove background, boleh la korang insert background cantik-cantik untuk buat quote! Mudah je kan? gambar dibawah ni busyra edit dalam photoshop.. Kalau korang berminat nak belajar nanti busyra ajarkan eh..


belajar photoshop, cara edit gambar mudah, remove gambar guna removebg, adobe photoshop,

Semoga bermanfaat buat semua!


Read More

Puisi#30 Tegang

Tuesday, July 06, 2021

koleksi puisi cinta, puisi bahagia, puisi derita

PUISI#30 Tegang | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 


Puisi Tegang


Petang yang tak menyenangkan

Aku seolah bertemu dengan jiwa baru

Aku kira ini hanya satu gurauan manja

Ternyata ia suatu yang nyata


Tegang!

Ya kita berbalah

Puas aku tanya kenapa dia

Tapi tak ada satu kata, diam seribu bahasa


"Dia faham aku segala"

Akhirnya kamu berkata!

Aku yang tadinya tegang

Sekarang tersenyum semula


Kamu akhirnya jujur

Aku tenang saat itu, bersyukur

Kini kamu punya dia

Pergilah, kejar dia yang faham segala


Ya, aku bersyukur kerna dijauhkan dengan orang yang salah



-busyratakiyudin-

Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI

Read More

Deco Bilik Tidur | Guna Pokok Hiasan Viral

Sunday, July 04, 2021

deco bilik tidur, pokok hiasan viral, pkp 2021, deco bilik tidur utama, tema bilik minimalis, pokok hiasan dalam bilik tidur,

Deco Bilik Tidur | Guna Pokok Hiasan Viral | Hai korang, rasanya bilik tidur adalah tempat paling penting untuk semua orang kan? Cantiknya sebuah bilik tidur tu boleh beri ketenangan pada kita. Tambah pula sekarang ni pkp, bilik tidur tu lah bilik kerja. hehe.. So kena lah ada bilik tidur yang cantik.


Dulu bilik busyra warna lain, sejak pkp 1.0 busyra decide untuk cat semula. Warna putih adalah warna pilihan sebab nak nampakkan minimalis.. busyra cat sorang-sorang tau.. lenguh satu badan masa tu.. haha gigih!


deco bilik tidur, pokok hiasan viral, pkp 2021, deco bilik tidur utama, tema bilik minimalis, pokok hiasan dalam bilik tidur,


Bilik busyra tak dak la besar mana tapi cukup lah untuk seorang duduk. banyak lagi yang busyra nak buat.. beli sikit-sikit dari shopee.. Busyra dah lama nak tambah pokok hiasan viral tapi tu lah busyra tak nak beli dalam shopee untuk pokok.. Haritu sebelum pkp jadi teruk macam sekarang, busyra ada lah ke kaison. Masa tu dah tengok ada pokok yang busyra nak. dalam hati nanti lah dulu.. hahaha. haaaa kang sekarang dah tak boleh ke aman central. itulah degil lagi.. hehe.


deco bilik tidur, pokok hiasan viral, pkp 2021, deco bilik tidur utama, tema bilik minimalis, pokok hiasan dalam bilik tidur,


Bila ditambah pokok dalam bilik tidur, suasana tu lebih naik sebab warna hijau.. Elemen dalam bilik pun memain peranan penting jugak. Apa je yang busyra beli dalam shopee? cadar, comforter, ring light, kerusi, lampu, karpet, tu semua beli dalam shopee je.. Alhamdulillah semua sampai dalam keadaan baik.


Nanti kalau dah dapat beli pokok hiasan viral tu, busyra update eh.. itu pun kalau ada la yang nak baca.. haha.. Okay bye!



Baca Ini : Dekorasi Ruang Tamu Berkonsepkan Warna Tiffany Blue

Baca Puisi : Selangkah

Baca Puisi : Betapa


Read More

Hai Julai! Awak okay ke tu?

Saturday, July 03, 2021

idea update blog, covid19, graphic designer, julai 2021, struggle, cari pendapatan sendiri,


Hai Julai! Awak okay ke tu? | Pejam celik tahun ni dah masuk bulan Julai tapi keadaan masih sama macam awal tahun.. Dulu masa bulan Januari, busyra ingat pertengahan tahun 2021 ni keadaan Malaysia kembali normal atau setidaknya semakin membaik.. 


hmm.. Sebaliknya pula yang jadi. Allah.. Sesungguhnya semua manusia ada masalah masing-masing.. Kuatkan kami semua dengan dugaan ni.. Kita hanya mampu berdoa, Allah yang mengetahui segalanya..


---------------------------

Beberapa minit kemudian  ...zzzzzzzz




Eh malas la nak fikir, hahaha.. sebab kalau fikir pun tak tembus jugak.. fikir blog lagi bagus! Semoga seorang manusia yang bernama Busyra Takiyudin ada banyak idea nak update blog. tak pernah lagi la pecah record, dapat update penuh untuk satu bulan.. hehehe.. 


Busyra harap semua orang kuat hadapi masalah sekarang :( terus kuat okay? ;)







Read More