Balbuk Haus Cafe tengah bendang di Perlis.. Suasana kampung

Saturday, January 28, 2023

Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,

Balbuk Haus Cafe tengah bendang di Perlis.. Suasana kampung | Hai semua.. Jalan-jalan perlis lagi guys.. banyak lagi sebenarnya list tempat yang aku buat tapi tak terkejar dek masa.. nanti InshaAllah akan ada next trip ke sana untuk habiskan tempat menarik di Perlis. 


Balbuk Haus salah satu tempat viral di instagram dan tiktok.. tengok dalam video nampak menarik betul tempat ni.. then bila sampaiii... betul lah tu apa video tunjuk memang cantik gila.. sumpah cantik. aku suka tempat tenang macam ni..


Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,
tempat parking kereta

Laluan untuk masuk ke Balbuk Haus ni korang kena masuk ke kawasan kampung dulu, baru lah sampai ke situ.. jalan kecil yang hanya memuatkan sebiji kereta saja..  so kena pandai-pandai lah berhenti kalau ada kereta lain nak lalu..

 

Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,
laluan jalan kaki untuk ke Balbuk Haus

time aku sampai ni dalam pkul 5 petang.. cuaca cantik, tak terlalu panas.. 


Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,

haaa sampai pun di pintu masuk.. memang suasana kampung sangat.. rasa macam balik rumah tok kita sendiri.. hehe.. pandai betul owner buat tempat makan macam ni, satu tarikan pelancong untuk negeri Perlis yang tak ada di tempat lain..


Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,

dorang ada buat cute library.. cantik sangat! dalam ni ada buku-buku dan barangan lama.. nak makan dalam ni pun boleh.. banyak kawasan yang boleh korang duduk untuk makan, bukan hanya dalam library ni saja.


Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,

Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,

Jom tengok kawasan lain di seluruh Balbuk Haus ni.. ohhh lupa nak cakap yang staff dorang semua baik-baik. Layanan dorang bagi A plus-plus.. Bagi pendapat aku lah, selain dari tempat yang cantik, layanan yang diberikan juga kena baik.. barulah orang akan suggest kan tempat ni pada orang lain.. 


Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,

Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,

Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,

Lepas dah ambil gambar ni barulah aku order makan, makanan di sini pun sedap! bagi orang yang jauh datang ke Perlis ni, tak sia-sia lah sampai sebab selain tempat yang cantik makanan dia pun tak mengecewakan.. 


Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,


Nasi Lalap Tawau - RM8.50

Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,

Sedap! kombinasi ayam + ulaman + sambal tomat.. ayam dia lembut sangat.. rebus dan goreng.. Nama menu ni sangatlah unik.. sambal dia cukup rasa.. Rating 4.5/5.. Korang kalau sampai sini, wajib cuba menu nasi lalap tawau!

Ropang Ayam Suwir - RM 7.50

Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,

Ropang ayam suwir kombinasi roti panggang + ayam carik + ulaman.. Ini pun sedap! cumanya agak pedas sikit.. peminat pedas wajib cuba.. Rating 4/5.. Makanan lain aku belum try lagi. aku pasti sedap juga..


Balbuk Haus Cafe, Balbuk Haus Perlis, tempat menarik di Perlis,




No telefon: 013-5065625

Alamat: Lorong Long Chin, Kampung Balik Bukit Chuping, 02500 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin (5.00 pm - 12.00 am)

Read More

Oven Rimba Cafe | Cafe Hipster di Perlis

Friday, January 27, 2023

Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,

Oven Rimba Cafe | Cafe Hipster di Perlis | Hai korang.. kembali lagi kita dalam rancangan jalan-jalan cari makan.. hehe. Minggu lepas aku ke Perlis, so macam biasa lah aku akan cari tempat makan menarik.. Korang yang belum baca entri aku sebelum ni boleh baca nanti ye (Ladang Kenaf).. Seronok juga rupanya Perlis ni.. Banyak tempat best.


Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,


Aku sampai di Oven Rimba Cafe dalam jam 12.30 tengahari.. tempat penuh pulak.. Tapi aku dan kawan aku decide untuk tunggu juga tempat disebabkan kita datang jauh kan. rugi lah kalau tak tunggu sekejap.. Mungkin hari kami ke sana tu adalah hari cuti, no wonder ramai macam ni. Tempat makan yang disediakan ada di luar dan dalam kedai..


Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,


Dekat setengah jam juga tunggu, akhirnya kami dapat tempat duduk.. tempat dia sumpah cantik sisturrr.. aku suka sangat hiasan dalaman dia. ada pokok-pokok hiasan yang buatkan tempat tu bertambah cantik.. kami duduk sebelah tingkap, memang lighting on point sangat lah.


Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,

Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,

Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,

Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,


Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,

haaa aku letak gambar cafe dlu, korang boleh cuci mata.. tekak aku rasa nak makan pasta yang creamy gituuu.. so kami order lah seperti dibawah.. caramel macchiato aku tak tinggai okayyy.. haha


Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,

Rimba Pasta - RM15.00

Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,

Rimba Pasta ni seingat aku ada 3 jenis.. aku pilih yang grill chicken.. Sebenarnya yang berkrim macam ni aku tak suka pun.. kalau readers yang kenal aku mesti tau aku ni suka aglio olio (yang pedas-pedas je).. cuma kali ni saja tukar selera.. so far sedap jugak.. rasa dia boleh aku terima. tidak terlalu muak, mungkin juga sebab aku pilih minuman berasaskan kopi dan aku add on chili flakes.. ayam dia bagi banyak! Rating 4/5..


Chicken Buttermilk Rice

Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,

Kuah buttermilk dia agak cair tapi rasa still sedap.. ayam pun banyak. Tahap pedas dia biasa-biasa ja. memang balance bila pedas combine dengan susu.. bagi aku kalau tak bagi sambal merah tu pun okay je. sebab rasa dia dah sedap.. Rating 4/5..


Iced Caramel Macchiato

Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,

Air pulak agak kurang rasanya.. kurang rasa kopi dan caramel, but still boleh minum.. Rating 3/5.. aku ni penggemar kopi jadi bila aku pernah rasa double sedap dari ni sebab tu lah boleh compare.. mungkin dorang boleh perbaiki lagi rasa air kopi.. cuma pendapat aku je.


Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,

Dessert pun ada cumanya aku tak order lah sebab takut tak habis pulak.. dah waktu lunch kan, ambil makanan berat terus.

Oven Rimba Cafe, Cafe Hipster di Perlis, cafe menarik di negeri perlis, oven rimba cafe di mana,



No Telefon: 018-9590018

Alamat: Jalan Santan, Kampung Padang Lati, 02400 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin (11.00 am - 9.00 pm)

Read More

Ladang Kenaf ala Oversea di Perlis jadi tumpuan pelancong

Wednesday, January 25, 2023

Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

Ladang Kenaf ala Oversea di Perlis jadi tumpuan pelancong | Hai korang.. Walaupun aku orang utara dan sangat dekat dengan Negeri Perlis, ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Ladang Kenaf. Tempat ni menjadi daya tarikan di Perlis disebabkan ia disamakan dengan Ladang Bunga Canola di Jeju.. 


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

Ladang Kenaf terletak di Chuping, Perlis.. Sesampainya disini, aku teruja tengok panorama sebab kawasannya sangat luas. Korang boleh ambil seberapa banyak gambar yang boleh dengan percuma. Tak perlu bayar pun.. 


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,


Masa aku sampai tu, bunga kenaf tak berapa banyak sangat.. mungkin aku sampai bukan masa yang betul untuk tengok bunga mekar.. tapi tetap cantik bila bergambar.. Photoshoot pengantin memang cantik dekat sini! 


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,


Pokok Kenaf atau nama saintifik Hibiscus cannabinus L: adalah dalam keluarga Malvaceae , bersifat kuat, berserabut menyerupai pokok bendi dari segi daun dan bunga. Kenaf merupakan tanaman herba, di percayai berasal daripada Afrika. Dan diperkenalkan di Malaysia mulai pada tahun 2000.


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

Cuaca masa ni tak menentu.. kejap hujan kejap panas.. so, time panas tu kena cepat-cepat snap gambar.. aku suka sangat tempat ni.. view yang terbentang luas.. yang ada cuma warna langit, pokok dan tanah.. tenang sangat.. ramai juga time aku sampai ni.. kereta selisih juga sebab laluan jalan yang disediakan agak sempit..


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

View gambar di atas rasanya pokok kenaf yang dah mati.. mungkin dorang nak buat penanaman semula.. tak tahu la yang tu.. cuma ada satu side yang mati macam ni.. walaupun jadi macam ni, tetap nampak cantik disebabkan gabungan warna hijau dan biru..


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

pokok kenaf ni jenis tinggi.. kalau budak-budak berdiri sebelah dia memang tenggelam lah jawabnya.. hehe.. aku ni kalau boleh bergambar, mungkin sampai penuh gallery phone tu. haha.. sebab cantik sangat! kalau korang perasan, setengah gambar langit nampak cerah, setengah gambar langit nampak gelap sikit.. haaa itu lah yang aku bagitau tadi.. cuaca yang kejap cerah kejap gelap.. huhu..


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

time bergambar ni, angin kuat juga.. rasa macam kat oversea pulak!.. tak sampai oversea, sampai sini pun jadi lah! haha.. tenanggg ributttt jiwaaaa dia tuuu.. sumpah best! gambar di bawah ni adalah laluan untuk masuk ke Ladang Kenaf..


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,
Read More

Edit gambar ala-ala aplikasi Lemon8.. style gila!

Saturday, January 21, 2023

Edit gambar ala-ala aplikasi Lemon8.. style gila! | Hai semua! korang pernah cuba tak aplikasi Lemon8 ? Aku baru je download di Ipad. rupanya best juga ye. boleh tengok macam-macam info.. Orang lain dah lama ada di phone, aku je yang masih terkedek baru nak guna.. haha. 


Aku tertarik dengan cara dorang edit gambar dan post di Lemon8.. sumpah cantik sangat! Jadiii aku pun cuba lah asah skill yang tak berapa nak ada ni.. haha. 


Edit gambar ala-ala aplikasi Lemon8, best ke apps Lemon8,

Kena ada base gambar dulu.. So aku pilih 3 gambar dibawah, maka terhasil lah gambar yang diatas ni.. Apps yang digunakan untuk edit gambar ala-ala Lemon8 ni adalah GoodNotes dan Canva.. Untuk tulisan aku guna Canva, untuk conteng-conteng macam pensel tu (love gan garisan) aku guna GoodNotes..


Edit gambar ala-ala aplikasi Lemon8, best ke apps Lemon8,

Aku gunakan gambar air Zus Coffee. Then cari background gambar di Pinterest.. Lastly, aku ambil logo Zus di Google.. 3 elemen yang aku gunakan untuk digabungkan dalam 1 gambar.. Best sebenarnya dapat edit macam ni. Boleh jadikan sebagai hobi.. What's next? 

Read More

Velvet Coffee Malaysia viral di Tiktok.. sedap betul perisa Mocha!

Sunday, January 15, 2023

Velvet Coffee Malaysia viral di Tiktok, Velvet Coffee perisa Mocha, latte, cappucino,

Velvet Coffee Malaysia viral di Tiktok.. sedap betul perisa Mocha! | Hai.. korang pernah tengok tak Tiktok Tun Laila? Kalau pernah layan semua video dia mesti korang akan tau kopi Velvet kan? semuanya ada 4 flavour tapi yang aku tertarik adalah Mocha!.. Tun Laila punya review pun dia cakap Mocha paling sedap.. No 2 adalah Latte.. 


Aku beli di Shopee dan dalam masa 2-3 hari ja dah sampai dirumah.. teringin jugak nak cuba sebab mostly review semua cakap sedap.. kopi ni lain dari yang lain.. So, kita cubalah sendiri.. Harganya sekarang tengah promosi RM33.20.. harga asal RM36.90.


Velvet Coffee Malaysia viral di Tiktok, Velvet Coffee perisa Mocha, latte, cappucino,


Dalam 1 kotak ada 14 paket.. weyhhh memang sedap sangat! creamer dia tuuuu.. lain dari lain, dorang guna coconut creamer.. selain dari tu ada dark chocolate dan roasted coffee beans.. Syarikat dorang nama Velvet Coffee Malaysia.. Ini review terpaling jujur. haaa bak kata Tun Laila..


Velvet Coffee Malaysia viral di Tiktok, Velvet Coffee perisa Mocha, latte, cappucino,
Read More

Kena dengan citarasa Ayam Gepuk Utaqa, Sungai Petani

Saturday, January 14, 2023

Ayam Gepuk Utaqa Sungai Petani, ayam gepuk paling sedap di kedah, resepi ayam gepuk, ayam gepuk pak raden,

Kena dengan citarasa Ayam Gepuk Utaqa, Sungai Petani | Hai korang.. Aku memang penggemar ayam gepuk.. Kat mana ada ayam gepuk disitu la ada busyra.. haha. macam biasa aku akan compare kan ayam gepuk kat mana yang sedap.. so that aku boleh share dengan korang.. Dah lama sebenarnya kedai ni buka cuma aku ja yang belum sampai.. 


Ayam Gepuk Utaqa Sungai Petani, ayam gepuk paling sedap di kedah, resepi ayam gepuk, ayam gepuk pak raden,

Macam biasa lah, kalau nak buat food review mesti terlupa nak snap gambar kedai.. sebab selalunya kalau aku sampai kedai untuk nak lunch time tu mesti aku terlalu lapar.. so tak menyempat nak makan sampai lupa semuanya.. haha.


Ayam Gepuk Utaqa Sungai Petani, ayam gepuk paling sedap di kedah, resepi ayam gepuk, ayam gepuk pak raden,

sambal gepuk dia yang power! aku suka even dorang letak kacang.. aku alergik kacang! yang kenal aku tau la cuma akan jadi sesak nafas bila makan dalam kuantiti yang banyak.. sikit okay je. ayam dia pun okay sedap! rating 4.5/5.. nak bagi full star sebenarnya.. haha

korang dah pernah try?


Ayam Gepuk Utaqa Sungai Petani, ayam gepuk paling sedap di kedah, resepi ayam gepuk, ayam gepuk pak raden,


Read More

Kek tak manis boleh cuba Starbucks Vegan Mocha Coconut

Friday, January 13, 2023

Starbucks Vegan Mocha Coconut, apa nama kek sedap di starbuck,

Kek tak manis boleh cuba Starbucks Vegan Mocha Coconut | Hai korang.. samalam lepas balik dari office aku ke Starbucks untuk beli air favorite aku, Caramel Macchiato! tapi bila sampai di drive thru tu tetiba nampak pulak kek dekat skrin.. terus order! memang kena lah dengan air kopi plus kek.. makan time petang-petang hujan pulak kan.. haha


ini kali pertama aku cuba kek dari Starbucks.. Sebelum ni kalau nak makan pun aku akan ambil croque monsieur je. itu lah yang paling aku suka.. Nak makan kek kena ikut mood dan selera juga.. sebab selalunya kek manis kannn.. Tak da la tekak ni setiap hari nak makan manis-manisan..


Starbucks Vegan Mocha Coconut, apa nama kek sedap di starbuck,

Starbucks Vegan Mocha Coconut Cake ni rasanya tak manis sangat.. sesedap rasa kek je.. Cuma aku tak berapa suka.. haha. boleh nak makan tapi kelapa dia tu agak kuat.. Rasa mocha tu dapat balance kan bau kelapa.. tapi aku tak cakap lah tak sedap langsung.. kalau rating aku bagi 6/10.. harganya RM17 something..


Starbucks Vegan Mocha Coconut, apa nama kek sedap di starbuck,


Patut la akak barista tanya aku "cik pernah order ke kek ni sebelum ni?" aku cakap "tak, ini first time"... then dia cakap "next time cik try order ...bla~bla~bla.. haha sebab aku tak fokus kek apa dia bagitau.. cuma yang aku tau kek coklat yang dia cuba sampaikan tu..


Starbucks Vegan Mocha Coconut, apa nama kek sedap di starbuck,
Read More