Menu berbuka Asam Pedas Ikan Jenahak

Saturday, March 30, 2024

Setiap weekend mesti fikir menu apa nak masak. Sebab tak mau beli makanan bazar. Terlintas nak buat asam pedas melaka. Resepi dia sangat berbeza dengan asam pedas kedah. Kalau di negeri aku, kuah asam pedas cair je. Dulu arwah ayah memang suka.. Tapi di Melaka pekat kuahnya. So tadi singgah la pasar beli ikan jenahak.. Sebut je ikan jenis ketul macam ni memang aku suka jenahak. Lembut isi dia tu tak payah cakap. Even goreng sekalipun isi tetap lembut..


ramadan, resepi asam pedas melaka, asam pedas ikan jenahak,

Resepi ni aku campak-campak ja. haha. Tak ikut details yang aku tengok resepi di tiktok. Ubah sikit-sikit ikut tekak sendiri. Letak bendi dan tomato.. Macam biasa aku akan simpan untuk sahur juga.. yang penting daun kesum kena ada! baru rasa dia sedap.. Kalau nak lagi sedap kena ada bunga kantan! Ya Allah yang ni memang padu kalau letak. Cuma aku tak jumpa di pasar tadi. 


Nama ja nak tiru asam pedas melaka, tapi aku cairkan sikitttt kuahnya.. haha. Aku blend cili kering, bawang besar, bawang merah, belacan dan halia.. Semua tu dalam kuantiti yang sikit, supaya kuah dia tidak terlalu pekat. Tapi kan kalau betul-betul original melaka, pekat weh! aku pernah makan di melaka..

ramadan, resepi asam pedas melaka, asam pedas ikan jenahak,

Kangkung goreng dengan udang! Sumpah sedap! korang wajib cuba. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili besar, cili padi dan ikan bilis. Tumis bahan tumbuk.. Udang tu korang goreng asing dulu. Lepas tu baru masukkan..

Pejam celik sekejap saja kita dah hampir dihujung ramadan.. 

Read More

Bersahur dengan Sup Ayam. Simple tapi sedap

Thursday, March 28, 2024


Hai korang. Makin hari bersahur makin tak berselera nak makan. Selalunya aku beli makanan di bazar simpan untuk sahur. Tapi semalam, memang tak selera makanan bazar. Decide masak sup ayam, air asam dan ayam goreng.. Haaa barulah berselera sikit. Nasi pun bertambah walaupun sahur. haha.. Kadang-kadang kena ubah selera jugak kan..

Ayam dah memang ada dirumah. Cuma time aku balik dari kerja, singgah kedai beli daun sup, sup bunjut, kiub pati ayam, halia, kentang dan lobak merah.. Masak siap-siap time berbuka then simpan sikit untuk sahur..

Bila dah letak kiub ayam memang tak perlu tambah garam dah. Aku masak dalam periuk kecil je. Cukup la untuk dua orang makan. 

Air asam tu yang penting kena blend cili padi, bawang besar, belacan dan tomato. Baru sedap!




Read More

Air segar tekak di Casacuppas Bazar Aidilfitri Pekan Rabu

Wednesday, March 27, 2024

Passion Iced Tea, Baazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar,

Malam selepas berbuka puasa haritu, kami singgah di Bazar Aidilfitri Pekan Rabu, Alor Setar. Vibes ala-ala zaman dulu.. Cantik sangat. Ada booth makanan dan pakaian. Tempat duduk pun disediakan. Kalau nak lepak situ dulu pun boleh je. Mula tu aku nak beli coffee tapi disebabkan nak rasa fresh, order lah air passion iced.. Aku memang nak air yang masam-masam..

First time aku dengar Casacuppas! Rupanya dorang baru ja buka. Aku ada tengok di Instagram, memang baru nak berjinak-jinak bisnes di Instagram. Semoga bisnes anak muda ni berjaya. Ada tengok customer yang beli coffee dorang, memang bagi rate 4/5.. Nampaknya sedap lah tu.

Passion Iced Tea, Baazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar,

Untuk air Passion aku beli ni, sedap! Ada daun pudina. cumanya masam level 4.. Mungkin boleh kurangkan masam tu sikit. Maybe dia dengar kot, aku dok cakap dekat kawan aku "Aku nak air yang masam-masam ja. Tak mau manis".. hahaha kan dah kena masam betul..

Passion Iced Tea, Baazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar,

Sempat juga lah aku membeli perfume dan accesories cincin.. Murah gila weh! Perfume RM10. Bauan dia aku ambil vanilla. Of course sebab aku memang suka perfume yang bau manis. Cincin pulak RM3.. hehe. Comel tau!

Ah lagi satu sempat grab tudung Shawlpublika code Jasira! Aku memang dah lama usha dekat Tiktok. Cuma belum payment ja. haha.. Bila dah nampak ni apa lagi terus grab. Tak fikir dua tiga kali lagi dah. haha

Korang dah baca belum entri aku berbuka di Masjid Zahir? Kalau belum go now. haha. Paksa eh!

Passion Iced Tea, Baazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar,


Read More

Berbuka di Masjid Zahir Alor Setar. Cantik sungguh!

Tuesday, March 26, 2024

masjid zahir, dataran alor setar, masjid zahir alor setar,

Minggu lepas plan berbuka puasa dengan sahabat baik aku. Alhamdulillah semuanya Allah permudah. Kami berbuka dan sahur. Bukan senang nak luangkan masa bersama, sebab masing-masing ada jalan hidup sendiri. Tapi dapat juga curi masa.. Kami decide beli makanan di bazar dan berbuka di dataran depan Masjid Zahir. 

Aku spent RM15 untuk membeli di bazar ramadan. Kami beli nasi dan air saja. Alhamdulillah kenyang.. Kenyang dengan gambar dan video sekali. hahah.

masjid zahir, dataran alor setar, masjid zahir alor setar,

Mula tu plan memang nak makan dekat dataran. Tapi tudia aihhh sampai area situ jenoh cari parking. haha.. Ramai orang. Tapi Allah permudahkan urusan kami, dapat parking dan dapat tempat makan betul-betul sebelah masjid, walaupun bukan dekat dataran.

masjid zahir, dataran alor setar, masjid zahir alor setar,

masjid zahir, dataran alor setar, masjid zahir alor setar,

Gambar yang aku kongsi ni tak edit apa-apa filter.. Memang cantik langit semula jadi.. SubhanAllah, ciptaan Tuhan. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk tengok semua ni.

masjid zahir, dataran alor setar, masjid zahir alor setar,

Aku suka sangat gambar berlatarkan masjid. Selalu tengok Masjid Sendayan dan aku teringin nak ke sana.. Untuk yang sekarang kita bergambar masjid dekat-dekat dulu.. Rasa tenang sangat dapat tengok masjid dan langit.

Korang tengok lah sendiri video dibawah. Aku buat time-lapse.. Perubahan warna langit


Read More

Dapat 9 kuntum bunga mawar dari Flower Chimp

Monday, March 25, 2024

flower chimp, fresh flower, tempahan bunga segar,


Hai semua.. Happy betul aku dapat kejutan dari Flower Chimp.. Perempuan kalau dapat bunga tak kan tak suka kan.. Apatah lagi bunga real, fresh pulak tu! Sumpah cantik sangat. Apa yang bestnya tempah bunga di Flower Chimp ni, dorang ada banyak sangat pilihan bunga dan pelbagai range harga.. Dari murah ke paling mahal. 

Korang nak bagi hadiah dekat yang tersayang tapi tak tau nak bagi apa? haa cuba tahun ni bagi bunga pulak! confirm si penerima happy dengan hadiah korang tu. Cara nak order pun mudah je, boleh buat tempahan sehari sebelum. Ada 2 sesi, pagi dan petang.. Pilih ja masa yang korang nak.

Dalam happy tu, ada la story sedih sikit. Flower Chimp tak cover alamat rumah aku di Pendang.. huhu. Nasib baik lah aku cuba alamat rumah kakak aku di Sungai Petani. Rasanya kalau area Kedah, limit dorang delivery sampai Sungai Petani je.

flower chimp, fresh flower, tempahan bunga segar,

flower chimp, fresh flower, tempahan bunga segar,


Ada macam-macam jenis bunga tau, korang pilih je yang mana berkenan dihati. Aku jenis suka bunga mawar. Mula tu aku nak pilih yang warna pastel. Mawar pink dan putih. Tapi scroll punya scroll ternampak yang ni.. Merah kau. hehe..

Boleh request jugak nak letak notes. Tiada cas tambahan dikenakan.

flower chimp, fresh flower, tempahan bunga segar,

flower chimp, fresh flower, tempahan bunga segar,

Website : Flower Chimp

Read More

Cookies cicah susu! Inspired Aunty Ja Suka Dessert

Sunday, March 24, 2024

cookies cicah susu, suka dessert, soft cookies,


Puasa ni semua benda teringin nak makan. haha. Siang tengok tiktok makan-makan, teringin terus. Nasib lah senang ja nak cuba.. Baru-baru ni Suka Dessert ada keluarkan menu baru, cookies cicah susu.. Kebetulan dekat rumah ada cookies, cuma tadi lepas balik kerja singgah beli susu kotak.. Aku cari farm fresh tapi tak jumpa, hmm dapat goodday pun jadi lah! Asalkan susu..


Letak ais sikit.. Rupanya sedap weh! Tapi korang kalau nak cuba kena cari cookies yang tak manis sangat. yang aku makan ni sea salt cookies. rasa masin-masin sikit. sedap!


cookies cicah susu, suka dessert, soft cookies,

Macam-macam selera lah kan, puasa-puasa ni. hehe. layankan je la tekak nak makan. Nasib simple ja..


cookies cicah susu, suka dessert, soft cookies,


Read More

Selagi rumah itu bercahaya, pulanglah..

Wednesday, March 20, 2024

ramadan dengan mak, mak itu syurga,


Tadi scroll Tiktok, ada seseorang kongsikan cerita tentang mak.. Punya lah aku tahan air mata tak mau bagi keluar sebab tadi berbuka dah makan pedas. lepas tu tambah pulak air mata.. hmm. 

Okay jom baca Cerita Suria.

Suria kata malam tadi masa berbuka cakap dekat mak.. tiba-tiba mak dia kata "terima kasih kerana balik berbuka dengan mak"..

Jadi Suria jawab, "Eh apa mak, tak dak nak terima kasih mak, memang orang balik berbuka dengan mak kalau cuti". Mak diam dan teruskan makan.

Tiba-tiba mak cakap, "Terima kasih potongkan rambut mak, mak dah tak sampai tangan nak ikat rambut"... ye mak sama-sama, jawab Suria..

Aku rasa suasana itu hening dan sunyi. Ada perasaan sedih menyelinap dalam hati.. Sedih sebab aku tak sentiasa ada dengan mak. Sampaikan aku balik sekejap itu pun, mak berterima kasih.. Aku ni jenis malu kalau orang cakap terima kasih. Apatah lagi mak, siapalah aku ni mak nak berterima kasih.. Nak banding dengan jasa dan pengorbanan mak, apa sangatlah aku buat untuk mak.. Sikit pun tak dapat balas semua jasa dia.

Mak dah makin tua, banyak benda mak lupa. Mak ayah ni bukan harap kita balik bagi duit. Tapi mak ayah ni harap masa dan perhatian kita untuk mereka.. Mereka pun faham anak-anak ada kehidupan sendiri. Usahalah susah macam mana pun balik jenguk mak ayah..

Apatah lagi dibulan puasa ni. Vibes sedih dan sayu sangat meruntun jiwa. 

Selagi rumah itu bercahaya, pulanglah..
Read More

Lepak di Art Nature Gallery Cafe Alor Setar

Art Nature Gallery Cafe, pekan melayu alor setar, cafe best di alor setar,


Hai semua.. Cafe hunting lagiii. cuma bezanya aku pergi sebelum ramadan lagi.. Harini baru godek phone gallery. tengok rupanya banyak lagi cafe yang aku belum post. Snap gamabr rajin, laju ja. haha. Kalau nak menaip alahaiii malasnya lah. First time cuba coconut latte disini. Rasa dia lain dari yang lain. Kopi dekat sini strong, bagi aku tak sesuai untuk bukan coffee lover. 


Sumpah aku suka vibes dekat sini.. Cantik. Ala-ala vintage. Kombinasi warna putih, hijau pokok dan coklat lembut.. Ruang cafe sangat luas. Korang boleh ja pilih nak duduk dekat mana. Banyak tempat dan kerusi yang santai, layan kopi.


Art Nature Gallery Cafe, pekan melayu alor setar, cafe best di alor setar,

Art Nature Gallery Cafe, pekan melayu alor setar, cafe best di alor setar,

Aku order Coconut Latte dan Caramel Latte.. Sampai lah ke cafe mana pun caramel latte aku tak kan tinggal. haha. Maka dengan itu busyra takiyudin dapat compare kan dengan semua cafe. yang mana palinggg sedap!


Caramel Latte - RM11
Coconut Latte - Rm17

Art Nature Gallery Cafe, pekan melayu alor setar, cafe best di alor setar,


BACA SINI: B CAFE BANDAR SRI PERMASURI, KUALA LUMPUR

Makanan disini pricey bagi aku.. Plant Meat Burger antara menu popular (RM22.90). Sedap! 4/5. Rasa sos dia tu yang lain dari lain.. Lepastu kongsi pulak dengan kawan aku, memang berebut la. haha.


Art Nature Gallery Cafe, pekan melayu alor setar, cafe best di alor setar,


📍Pekan Melayu, 46, Jalan Sultan Muhammad Jiwa, 05000 Alor Setar, Kedah

⏰Buka setiap hari kecuali Rabu (12.00 tengahari - 8.00 malam)

Read More

Doa Rasulullah SAW ketika berbuka puasa

Sunday, March 17, 2024

koleksi doa, doa nabi bulan puasa,


Untuk bulan Ramadan ni, aku decide nak kongsi doa-doa untuk semua.. Semoga bermanfaat buat semua yang membaca dan sama-samalah kita membaca.. Baru terlintas idea nak buat koleksi doa macam ni. 


Baca Kisah Nabi

Nabi Muhammad Memenangkan Perang Badar

Mustafa Murrad dalam buku 'Umar ibn al-Khaththab sebagaimana diterjemahkan Ahmad Ginanjar Sya'ban dan Lulu M. Sunman mengisahkan bahwa Perang Badar terjadi pada suatu senja di hari ke-8 bulan Ramadan tahun ke-2 Hijriah. Umat Islam meninggalkan rumah mereka dan menyatakan ikut membela Rasulullah SAW melawan kaum Quraisy.

Suara gemuruh dan ringkik kuda bercampur aduk dengan suara pedang, tombak, perisai yang silih beradu. Debu lembah berpasir Badar membumbung meliut-liut bersamaan dengan muncratan darah.

Perang dahsyat itu akhirnya dimenangkan oleh pasukan Muhammad SAW. Mereka berhasil memukul mundur dan menjadikan pasukan Makkah terpecah dan lari kocar-kacir. Dari Perang Badar inilah, umat Islam memperoleh kemenangan pertamanya sekaligus menjadi tonggak eksistensi dakwah Islam.

Hal itu dapat dibuktikan dengan kekuatan umat Islam yang setelah lebih dari tiga belas tahun ditindas oleh kaum Quraisy akhirnya menang. Tentu saja kemenangan ini mendorong umat Islam untuk semakin mengukuhkan dakwah dan meraih kemenangan-kemenangan berikutnya.

Read More

Tempahan flyers murah tapi kualiti tiptop

Friday, March 15, 2024

Hai semua.. yang mana tengah mencari kedai untuk buat tempahan flyers, haaa meh sini.. Team becreative printing akan guide korang. Dari A sampai Z.. Tak ada design? Tak pe, kita bagi design percuma. Dapat edit sebanyak 3 kali..

Korang tak perlu ke kedai pun, just cerita dalam whatsapp, tunggu flyers sampai depan pintu rumah.. InshaAllah kualiti yang kita janjikan memang terbaik.. Ada dua jenis kertas (Gloss dan Matte).


tempah flyers, flyers murah alor setar,

tempah flyers, flyers murah alor setar,

tempah flyers, flyers murah alor setar,

Untuk Tempahan - 0146729316
Read More

Resepi Kerabu Mangga paling mudah

resepi kerabu mangga, mangga epal,


Hai korang.. Alhamdulillah harini Jumaat pertama bulan puasa.. Masak simple je. Tak ke bazar ramadan pun. Sebab malas sangat, dengan cuaca panas sekarang ni.. Semalam aku beli barang basah ketam dan udang, simpan buat stok.. Jadi harini buat ketam masak lemak cili padi dan kerabu mangga. Itu pun dah kenyang.. Bertambah nasi.


Bahan-bahan:

1. 2 biji mangga epal (dihiris cincang)

2. 4 biji cili padi (ditumbuk)

3. 1 atau 2 ulas bawang putih

4. 2 biji bawang merah (dihiris)

5. Segenggam ikan bilis (digoreng)


resepi kerabu mangga, mangga epal,


Cara-caranya:

1. Goreng ikan bilis dan ketepikan.

2. Tumbuk cili padi, bawang putih dan ikan bilis goreng.

3. Gaul semua bahan tumbuk dengan mangga dan bawang merah.

4. Masuk sedikit penambah rasa (pilihan).. kalau tak nak letak pun boleh. Tak perlu tambah garam sebab ikan bilis dah masin.

Selamat Mencuba!

Read More

Sedap betul Sambal Tumis Segera Kak Yang Gulai Temenung

Sambal Tumis Segera Kak Yang Gulai Temenung, Sambal Udang,


Hai semua.. Sahur 15 Mac 2024, masak masakan cepat je. Sambal udang menggunakan pes sambal tumis segera Kak Yang Gulai Temenung.. Haaa siapa je orang alor setar tak kenal kan. Kak Yang ada kedai makan di Kuala Kedah.. Terkenal dengan gulai ikan temenung, makan dengan nasi panas-panas.. 

Aku baru tau yang Kak Yang ada buat pes sambal tumis.. Sumpah sedap weh!


Sambal Tumis Segera Kak Yang Gulai Temenung, Sambal Udang,


Kawan pejabat aku bagi pes ni suruh masak dan rasa sendiri.. Tak perlu masukkan apa-apa lagi bila guna pes ni.. Gula ke garam ke, sekalipun penambah rasa.. haaa dah tak perlu.. jujur aku cakap. Sesuai semua jenis makanan laut.. Macam aku ni guna udang, if korang nak guna sotong atau ketam pun boleh.. Sambal telur pun sesuai.


Memang sedap. 5/5.. Untuk orang yang baru nak belajar masak ataupun nak masak dengan cepat. Gunalah pes ni korang..


Sambal Tumis Segera Kak Yang Gulai Temenung, Sambal Udang,

Kak Yang ada banyak lagi pes yang dia keluarkan.. InshaAllah nanti aku nak cuba yang lain pulak.. Untuk harga aku lupa pulak nak tanya kawan aku. Maklumlah orang bagi free. haha..


Read More

Kurma Butter Viral.. Sedap! tapi tak boleh makan banyak

Thursday, March 14, 2024

kurma butter viral, buttercup,


Hai semua.. Aku paling lambat kalau nak cuba makanan viral.. Bukan nak ikut trend sangat tapi nak rasa apa yang orang cakap sedap tu betul ke tak.. Aku suka cuba sendiri baru komen.. Banyak yang cakap tak elok untuk kesihatan kalau makan berlebihan. Jadi kita cuba sebiji dua jela ye. haha. Bagi habis rasa keinginan nak makan tu..


Kurma memang dah ada dirumah.. Tadi beli buttercup je.. Alang-alang aku nak buat spaghetti. Kadang time sahur tak lalu nak makan nasi, so buatlah benda lain yang boleh gantikan nasi..


kurma butter viral, buttercup,


Rate aku bagi 4.5/5.. memang sedap! tapi korang kena guna yang betul-betul butter. Bukan mentega yang digempar gempur kan di media sosial tu.. 

Aku tak suka kurma sebenarnya.. Dulu arwah ayah wajibkan untuk makan kurma dulu before makan nasi.. Jadi aku kena makan. haha.. Sampailah skrng benda tu jadi wajib.. Semua sebab ayah.. Terima kasih untuk arwah ayah yang ajar semua benda-benda yang baik untuk anak-anak dia.. 

Then jadi pulak trend kurma butter ni, cubalah! Rasa kurma yang manis tu jadi kurang dan lebih kepada rasa lemak manis butter. Sebab tu lah jadi sedap.. Aku makan dua biji je.. Jangan makan berlebihan ye korang..
Read More

Puisi #34 Tak Terulang

koleksi puisi cinta, kata pujangga, puisi busyra takiyudin,


Puisi #34 Tak Terulang | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian.. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 


Puisi Tak Terulang

Berlari aku di tepi taman

Asyik seronok bersama teman

Aku toleh kiri dan kanan, senyum terasa nyaman

Sekilas lagi, rupanya 5 tahun lalu tinggal kenangan


Temanku sayang

Ini dunia, ada yang masih kekal, ada yang sudah hilang

Dulu aku pernah kata, jangan sampai masa terbuang

Kerana semalam pasti menjadi kenangan yang tak lagi terulang


-busyratakiyudin-

Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI

Read More

Tempahan Sticker Murah Area Alor Setar

Tuesday, March 12, 2024

Hai semua! Ada tak dekat sini buat bisnes kecil-kecilan? tak kisah lah bisnes makanan, pakaian atau apa-apa sekalipun. Masih tak ada sticker sendiri untuk orang nampak bisnes korang? Walaupun bisnes kita kecil, sticker tu sangatlah penting untuk orang kenal dari awal.. Contoh lah kan korang bisnes kek lapis tapi jual dekat orang tak ada sticker? Macam mana orang nak contact korang untuk tempahan seterusnya..

Tempahan sticker serendah RM25 untuk 100pcs yang bersaiz 3cm.. Kalau korang just nak letak no phone je, aku suggest order saiz ni.. Mudah untuk permulaan..


sticker murah, tempah sticker murah alor setar,

sticker murah, tempah sticker murah alor setar,

sticker murah, tempah sticker murah alor setar,

sticker murah, tempah sticker murah alor setar,

sticker murah, tempah sticker murah alor setar,

sticker murah, tempah sticker murah alor setar,

sticker murah, tempah sticker murah alor setar,

sticker murah, tempah sticker murah alor setar,

sticker murah, tempah sticker murah alor setar,

Disini aku sediakan beberapa contoh sticker untuk korang ambil inspirasi bisnes sendiri.. Design kena cas ke? tidak korang.. Aku design free saja.. Tiada cas tambahan.


Untuk Tempahan - 0146729316
Read More

Bubur Berlauk di P10 Kopitiam Alor Setar

Bubur Berlauk, P10 Kopitiam Alor Setar,


Aku tak tau lah berapa kali dah aku repeat bubur berlauk dekat abang ni.. Sedap sangat! Aku pernah rasa bubur dekat tempat lain tapi tak kena dengan tekak.. P10 Kopitiam ni lebih kurang sama macam Kopitiam Ukir Mall.. Untuk orang Alor Setar mesti tau.. Dorang buka banyak gerai-gerai, so pembeli ni banyaklah pilihan nak makan apa..


Bubur Berlauk, P10 Kopitiam Alor Setar,

Harganya pricey sikit tapi bagi aku okay lah sebab semangkuk tu memang banyak.. Aku selalu request nak letak bubur separuh je.. Itupun dah kenyang.. Bubur dia tak pekat sangat dan tak cair sangat.. sedap-sedap je.. 


Bubur Berlauk, P10 Kopitiam Alor Setar,

Aku ambil lauk daging bulgogi, RM10.. Korang boleh request nak lauk apa.. Ada 4 jenis.. Lauk basic yang memang akan ada dalam bubur adalah ayam carik, kacang, ikan bilis, telur masin, chili oil, lobak masin dan kangkung goreng. Rating 4.5/5..


Bubur Berlauk, P10 Kopitiam Alor Setar,


📍10, Jalan Tengah, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah

⏰Buka setiap hari (7.30 pagi - 2.30 petang)

Read More