RESEPI NASI GORENG KAMPUNG SUPER SEDAP!

Monday, March 30, 2020

resepi nasi goreng kampung, perencah nasi goreng, sawi, ayam, sotong, telur,

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG SUPER SEDAP! | Hai korang, waktu dirumah ni kerja apa saja yang boleh kita buat? Bosan wei, maka moh ler kita memasak. Penuhkan entri blog dengan resepi masakan. Jangan cakap "kita tak pandai masak" tapi cakaplah "saya akan cuba masak dan masak lagi sampailah pandai" haaa gituuu. Baru betul, always positive. hehe. 

resepi nasi goreng kampung, perencah nasi goreng, sawi, ayam, sotong, telur,

Bahan-bahan korang boleh tengok dalam gambar diatas ye..

Cara-caranya:

1. Tumbuk bawang putih dan cili padi, kemudian tumiskan
2. Masukkan ayam dan sotong
3. ketepikan dalam kuali dan masukkan telur. Jangan campurkan telur dengan ayam dan sotong lagi ye.
4. Bila dah masak ayam dan sotong masukkan nasi
5. Perasakan dengan perencah nasi goreng kampung
6. Masukkan sayur sawi, kacau sehingga sebati. Siappp!

resepi nasi goreng kampung, perencah nasi goreng, sawi, ayam, sotong, telur,

Kalau korang nak masukkan garam pun boleh tapi bagi busyra perencah nasi goreng tu dah sesedap rasa. cukup sempurna! Nama nasi goreng kampung kan? tapi tak ada kangkung dan ikan bilis? tak pa la kita buat new version. hehe. Janji guna perencah nasi goreng. Serius sedap! Resepi ni korang boleh lah masak kalau dah bosan makan nasi putih berlauk. Busyra kalau masak nasi goreng tak suka kosong, mesti letak banyak bahan melainkanlah memang dah tak ada. hahaha.

Selamat Mencuba Resepi Nasi Goreng Kampung!

Read More

BLUEBERRY SMOOTHIE CAIR MACAM NI PUN SEDAP TAU!

Blueberry Smoothie, resepi sihat, madu, cornflakes, pisang,

BLUEBERRY SMOOTHIE CAIR MACAM NI PUN SEDAP TAU! | Hai korang. Harapnya kita semua dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang musim Covid-19 ni. Jaga kesihatan, kerap basuh tangan, dan bila terpaksa keluar jangan lupa pakai mask, guna hand sanitizer dan selebihnya #stayathome ..Huhu mukadimah panjang betul.. Okay. So, jom tengok resepi Blueberry Smoothie! Actually busyra terlebih air then jadi cair sikit. haha. but it's sokay gaisss. Yang penting sedap dan sihat!

Bahan-Bahan:

1. 2 cawan air Bliss
2. 3 sudu besar madu
3. Blueberry (ikut korang nak letak banyak mana pun)
4. 3 sudu besar cornflakes (perisa pisang) **sepatutnya letak pisang tapi pisang tak ada so busyra gantikan dengan cornflakes.. Rasa juga pisang tu.
5. 1 cawan ais

Blueberry Smoothie, resepi sihat, madu, cornflakes, pisang,

Cara-caranya semudah abc, hehe.. korang blend la semuanya. Serius sedap! rasa masam-masam buah blueberry dan rasa manis cornflakes pisang. Memang superb! Lagipun resepi ni baik untuk kesihatan tubuh badan kita..

Blueberry Smoothie, resepi sihat, madu, cornflakes, pisang,

Antara Khasiat Blueberry

Blueberry mengandungi Vitamin C dan pengambilan Blueberry dari awal usia mampu mengurangkan tahap kolestrol, menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko kanser.
➤ Anti Penuaan
➤ Anti Oksidan
➤ Mencegah jerawat
➤ Akar rambut subur
➤ Melambatkan rambut beruban

Read More

SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK MICELLAR SHAMPOO

Friday, March 06, 2020

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK MICELLAR SHAMPOO | Sejak dari dulu lagi busyra memang tak pernah berpaling dari Safi Shayla. Setia wa cakap lu.. hehe. Betul lah kata mereka yang syampu ini sangat sesuai untuk wanita bertudung. Dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ni kita perlukan syampu yang mampu menyegarkan kulit kepala sepanjang hari.

Alhamdulillah selama busyra gunakan syampu dari Safi Shayla ni memang kulit kepala tak ada kelemumur dan rambut kekal wangi walaupun selepas balik kerja. Sebab tu lah bila Safi ada keluarkan produk syampu terbaru busyra excited untuk cuba.. Penjagaan rambut tersangatlah penting buat wanita meskipun yang bertudung ataupun tak.. 

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Safi Shayla Botanical Silk Micellar Shampoo adalah produk terbaru yang dikeluarkan oleh Safi.. Serius menarik! Ia diformulasikan dengan 100% Botanikal Aktif dan 0% Paraben. Tambahan lagi, ia kaya dengan nutrien untuk memanjakan rambut dari akar ke ujung dengan aroma segar yang unik serta tahan lama sehingga 48 jam. Dengan adanya minyak argan, rambut lebih lembut dan terurus. Kulit kepala pun rasa segar dan sejuk selepas penggunaan. 

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Kandungan Safi Shayla Botanical Silk Micellar

Air, Natrium Lauryl Ether Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Fragrance, Natrium Klorida, Decyl Glucoside, Starch Corn Terhidrolisis, PPG-3 Caprylyl Ether, Glyceryl Caprylate / Caprate, Panthenol, Asam Citric, Polyquaternium-10, Natrium Citrate, Menthol,

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Busyra suka sangat packaging nya.. Botol besar dan berbentuk lut sinar. Lain dari yang lain. Nampak unsur kesegaran yang nak disampaikan buat pengguna Safi Shayla. 


Organik Habbatus Sauda
Kaya dengan sumber nutrien untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala.
Minyak Argan
Menjadikan rambut lebih lembut, sutera, lebih mudah diurus dan bertambah bersinar, sihat dan menarik
Minyak pokok teh
Berkesan membersihkan folikel rambut yang tersumbat untuk rambut ringan & fleksibel.


product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Cara Penggunaan

1. Picit syampu dan letakkan diatas rambut basah.
2. Urut perlahan-lahan di sekitar rambut sehingga berbuih.
3. Akhir sekali bilas rambut dengan air bersih dan keringkan. 
4. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan Safi Shayla Scalp Mask/ Conditioner rambut selepas syampu.

product review, safi shayla botanical silk micellar shampoo, 100% bahan botanikal, tahan 48 jam, argan oil, organic habbatus sauda, tea tree oil,

Saiz produk: 480 gram
Harga: RM 22.41

Boleh dapatkan SAFI SHAYLA Botanical Silk Micellar Shampoo di mana-mana pasaraya besar berdekatan seperti Tesco, Giant, Watson, Guardian di seluruh Malaysia.

Maklumat Lanjut:


Read More