Cafe ala-ala English Style, Mansion 28 Cafe Alor Setar

Sunday, September 18, 2022

Mansion 28 Cafe Alor Setar, cafe cantik di alor setar,

Cafe ala-ala English Style, Mansion 28 Cafe Alor Setar | Hai korangg! Ayuh sambung cerita cafe kita.. hehe. banyak lagi entri cafe bakal menyusul.. gambar banyak dalam gallery phone tapi tak sempat nak story satu-satu.. Korang yang suka makan tu jangan skip tau baca semua entri aku.. haha

Mansion 28 Cafe Alor Setar, cafe cantik di alor setar,

Mansion 28 Cafe Alor Setar, cafe cantik di alor setar,
bersama model-model cafe hipster.. haha

Mansion 28 Cafe Alor Setar, cafe cantik di alor setar,


laluan ke cafe ni agak kedalam sikit.. dia bukan bersebelahan jalan utama.. bagi sesiapa yang familiar dengan alor setar, korang mesti tau ktm kan? haaaa Mansion 28 Cafe berdekatan area situ.. first aku tengok cafe ni terus rasa macam zaman english.. warna cafe dan susun atur di dalamnya sangat tenang.. sesuai jugak untuk yang nak siapkan kerja.. minum coffee sambil santai-santai..

Mansion 28 Cafe Alor Setar, cafe cantik di alor setar,


Terikyaki Chicken Rice - RM20 something (terlupa harganya. hehe)
Mansion 28 Cafe Alor Setar, cafe cantik di alor setar,
Menu ni memang tak kena dengan tekak aku.. bahagian bawah ada nasi, telur dan ayam.. telur dia kurang masak sikit.. lembik-lembik gitu.. orang yang tekak boleh telan chinese style.. haaaa boleh try.. rasanya dorang letak teriyaki sos je.. 

Rating: 2/5🌟

Thai Aglio Olio - RM24
Mansion 28 Cafe Alor Setar, cafe cantik di alor setar,

Aglio Olio di cafe kali ni lain sikit sebab dorang letak daun limau purut.. so rasa nak ke tomyam bila gigit daun limau tu.. agak pedas mungkin terlebih chili flakes.. dorang guna fettuccine, bukan spaghetti biasa.. yang aku suka sebab tak terlalu oily..

Rating: 3.5/5🌟


Set Breakfast - RM20 something (terlupa harganya. hehe)
Mansion 28 Cafe Alor Setar, cafe cantik di alor setar,

haaaa yang ni sedap! sangat variety.. semua ada.. sayur, telur, chicken slice.. aku terlupa nama menu ni.. haha.. yang penting dia dalam set breakfast.. tak ada nak komen banyak pun sebab semuanya cukup rasa. kenyang satu pinggan!

Rating: 4/5🌟


bagi aku makanan di sini agak mahal.. mungkin target customer mereka orang yang have-have.. untuk aku yang so-so ni boleh la nak cuba sekali sekala. hahaha.. bukan hanya makanan western yang dorang sediakan tapi, chinese pun ada, dessert pun!


Baca Ini: Sedap betul Nachos Chips di 105°c Coffee Haus Alor Setar 


Waktu Operasi: Buka setiap hari (bergantung pada perubahan semasa) 10:00 a.m - 10.00 p.m

Alamat:  28, Jalan Stesen, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Read More

Frenche Roast Tiramisu Latte sedap cuma tak dapat hilangkan mengantuk

Friday, September 16, 2022

Frenche Roast Tiramisu Latte sedap cuma tak dapat hilangkan mengantuk | Haritu ada baca blog Nina, dia buat review Frenche Roast Tiramisu Latte.. jadi aku teringin nak cuba sebab sememangnya aku coffee lover.. Cari punya cari akhirnya jumpa di Lotus. kalau kedai biasa ataupun pasaraya kecil memang tak ada air ni.. taktau la kalau tempat korang ada kan..


Frenche Roast Coffee

#gunagambarmember.. haha

Ada bermacam jenis perisa yang ada. Aku try yang tiramisu latte ni dulu. kalau yang ni sedap boleh la try yang lain.. betul cakap Nina, coffee dia tak terlalu kuat sebab aku minum di ofis memang tak dapat hilangkan rasa mengantuk. selalunya aku minum coffee di cafe, memang auto tak mengantuk.. nampak sangat coffee yang dorang gunakan memang kuat.. 


Frenche Roast Coffee


untuk bab rasa, tak padu sangat.. tapi still sedap. maksud aku, tak dikategorikan aroma yang kuat.. nanti boleh try yang 3 perisa lain pulak.. aku beli ni RM13.90.. ada promo. tak tau la kalau time harga tak promo nya berapa.. 


Jom baca ni : Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake di Gatto Cafe Alor Setar

Read More

Tetaplah bekerja demi segrande Iced Caramel Latte..

Thursday, September 01, 2022

Tetaplah bekerja demi segrande Iced Caramel Latte.. | Tajuk macam meminta kaki je kan.. hahaha.. haihhh lamanya tak menulis santai macam ni. Mood update blog kelaut sangat. Tahun lepas punyalah buat azam baru nak update blog hari-hari.. tapi sudahnyaaa apo pun tak dak.. disebabkan komitmen kerja hakiki, badan lesu penat, jadi berat tangan nak menaip.


iced caramel latte starbuck


11.25 p.m (Khamis)

Sepatutnya esok aku ada OT macam biasa tapi malas nak pergi kerja. Rasa minggu ni nak rest.. badan dah tak mampu nak buat kerja. badan cakap dekat kaki sudah-sudah la tu tekan pedal minyak drive.. haha! sekarang ni dah pukul 11 lebih, sambil layan blog - lagu relaxing di youtube - minum iced caramel latte.. beli petang tadi sebelum balik kerja. B stand for Busyra.. hehe. mengada!


One of my favorite - ICED CARAMEL LATTE - Starbuck

Rich espresso is gently swirled with flavors of caramel and vanilla, steamed milk and simple syrup, then drizzled with mocha and caramel sauces.


tidak lah daku merungut kerja.. huhu. aku enjoy dengan kerja sekarang. kena set dalam kepala jangan stress dan sentiasa lah happy dalam bekerja. jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 45 minit kalau jem.. kalau tak jem 20-30 minit.. waktu banyak dihabiskan atas jalan je.. tapi bila dapat bos yang baik, alhamdulillah rasa lelah nak ke tempat kerja berkurang.. 


Tajuk entri kali ni hanyalah sekadar tajuk yang di ambil dan diolah dari tiktok.. hehe. pengaruh tiktok kuat nih!.. okay korang.. yang sudi baca blog sendu aku, thank youuuu so muchh! 

InshaAllah semoga aku sentiasa rajin update. walaupun sebenarnya tak rajin.. haha.


Read More