Tempahan 30 ribu label sticker untuk Dapur Ammara

Saturday, October 14, 2023

sticker murah, printing alor setar, banner murah,


Tempahan 30 ribu label sticker untuk Dapur Ammara | Alhamdulillah.. order masuk minggu lepas. 30 ribu label sticker untuk Dapur Ammara Caterer. Bersyukur atas rezeki even aku dah lama tak market kan printing. tapi masih ada lagi customer yang whatsapp bertanya. 


Untuk yang tau pasal printing aku. Dulu aku daftar SSM atas nama Yra Printing Enterprise. tapi sekarang aku dah tukar nama. Actually nak tukar nama company dah lama cumanya sayang sebab tempoh SSM masih panjang. Awal bulan 11 nama Yra Printing Enterprise dah nak tamat, kena renew semula. So, alang-alang tu aku tukar terus nama yang baru iaitu B Creative Printing.. InshaAllah aku akan kembali aktif. 


Eh dah lari tajuk dah ni. haha. Aku akan buat entri baru untuk company yang didaftarkan atas nama B Creative Printing. 


sticker murah, printing alor setar, banner murah,


haaa berbalik pada sticker Dapur Ammara. Customer request nak background warna merah. Jadi aku padankan dengan tulisan putih dan hitam.. Alhamdulillah customer setuju.


Untuk korang yang tengok entri ni dan nak buat tempahan, boleh terus whatsapp ke 0146729316

Read More

Makan malam di Lee Garden Night Market Hatyai

Wednesday, October 11, 2023

hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Makan malam di Lee Garden Night Market Hatyai.. | Hai korang.. Siapa dah pernah ke hatyai mesti tau meriahnya Lee Gardan Night Market dorang.. macam-macam jenis makanan ada. haaa time ni lah tekak aku rasa nak beli semua.. haha. semua teringin. tapi bila fikir balik, jangan membazir. beli apa yang rasa nak makan je dan kenyang dek perut tu..


hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Time ni aku belum check in hotel lagi. So kita jalan-jalan cari makan dulu di Lee Garden Night Market. Tahun 2019 aku kesana, depan Hotel Lee Garden memang kosong tiada jualan macam sekarang. tapi sekarang ni dah meriah.. makanan banyak. tinggal pilih je nak makan apa. Aku terlupa berapa harga setiap makanan. tapi sebenarnya harga lebih kurang Malaysia ja.


hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Somtam memang sedap! tak pedas sangat. dan yang paling best betik dorang memang fresh tak layu (keras lagi) dorang guna memang betul-betul betik muda. dekat gerai akak ni, ada macam-macam makanan. Bukan semata somtam.


hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Sebenarnya nak order lagi kerabu maggi tapi disebabkan kami dah makan sebelum sampai sini. perut pun agak kenyang. Tengok udang dan sotong tu memang favorite aku la tu. haha. Semua nampak fresh. Kawasan sini agak padat. kurang sesuai bawak anak kecil. huhu sebabnya nak cari tempat duduk pun susah. 


hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Aku beli daging dan ayam bakar. Sedap juga cuma manis sikit. cicah dengan sos pedas. okay lah. Makan yang ringan-ringan je. Nak rasa makanan hatyai. Ayam bakar jenis ni, dekat alor setar pun ada. memang betul-betul kedai patani. jujur aku cakap lebih sedap dari yang aku makan di sini..


hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Then aku beli air buah. Sempat snap gambar air laici je. Dorang jual pelbagai jenis air. Aku beli laici dan mixberries. dalam tu memang ada buah sebenar. Harga dia seingat aku dalam (4 botol = 350 bath)


hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Haaa korang tengok sendiri lah gambar ni.. padat kan? tempat duduk kena tunggu. macam pasar malam kita je. cuma makanan dorang berbeza dengan kita. time aku pi dalam pukul 8 macam tu. Tutup aku tak sure..

hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Read More

Lunch di Paksu Coconut Shake.. Nasi Ayam Cabai Hijau

Tuesday, October 10, 2023

Lunch di Paksu Coconut Shake.. Nasi Ayam Cabai Hijau | Aku bukan boleh kalau tengok orang viral, confirm nak pi cuba. haha. Lagi-lagi kalau baca komen orang cakap sedap. Kena rasa sendiri baru boleh komen. Nasi ayam cabai hijau ni menu baru di kedai dorang.


Paksu Coconut Shake, Nasi Ayam Cabai Hijau,


Nak basahkan tekak kita order coconut shake diaaa.. wehhh sedapp. dengan ada aiskrim lagi. rasa lah coconut dia blend tu.. Tak rugi aku cuba. Mula tu ingat nak order air biasa ja. tapi rugi lah kalau singgah di Paksu Coconut Shake tapi tak minum kan..


Paksu Coconut Shake, Nasi Ayam Cabai Hijau,

Nasi ni simple je.. Ayam bahagian peha dan cabai hijau.. Aku bagi 4.5/5. memang sedap. cukup rasa dan yang pastinya tak pedas sangat.. rasa pedas dia balance.. Kuah tak kedekut. banyak je..



Paksu Coconut Shake, Nasi Ayam Cabai Hijau,

Korang orang Alor Setar tu wajib cuba.. memang tak rugi. selain dari nasi ayam cabai hijau ni ada lagi menu lain. Nasi ayam gulai panas, ada ulam dan cabai.. Bawal goreng pun ada tau..


Paksu Coconut Shake, Nasi Ayam Cabai Hijau,

Korang kalau nak pergi, maps je Paksu Coconut Shake.

Read More

Melawat pusara ayah.. hampir dua tahun ayah pergi

Sunday, October 08, 2023

pusara ayah, kata-kata tentang ayah,


Melawat pusara ayah.. hampir dua tahun ayah pergi | Assalamualaikum semua.. semalam 8.00 pagi aku ke pusara ayah.. lama juga aku tak singgah di rumahnya yang kekal abadi. Selama ini hanya doa yang aku kirim untuk dia. Rindu yang tiada penghujung.


Sesampai aku disana, tiada seorang pun pelawat. Hanya aku dan rumah-rumah orang kampung. Rasa takut yang menemani. tapi disebabkan rindu yang membuak-buak, aku sampai. Kerinduan mengatasi ketakutan. Masih terngiang-ngiang dialog aku dan ayah :-


Situasi masa dalam kereta dan lalu tepi kubur

Aku : Takutnya kalau lalu tepi kubur, apatah lagi kalau masuk ke kawasan kubur.. memang tak lah.. (sambil gelak kecil)

Ayah : Kenapa nak takut, kita pun akan kembali kesana. Jangan lupa baca doa setiap kali lalu depan tanah perkuburan. 


dan sekarang jawapan nya sudah terjawab. aku tidak lagi takut untuk jejakkan kaki ke sana.. bukan lagi orang lain untuk aku lawat, tapi ayah ku sendiri.. Untuk berjumpa dia, aku kena berani..


kawasan perkuburan ni laluan kampung. ramai ja orang kampung lalu lalang. doaku ketika sendiri agar Allah sentiasa melindungi ku dari perbuatan orang yang tak baik. InshaAllah..


Banyak rumput yang dah naik. tapi mudah untuk aku cabut disebabkan tanah merah yang lembut. Semoga Ayah bahagia di sana. Al-fatihah.. 

Read More