Kieslect Lady Calling Watch Lora - Smartwatch Comel untuk Wanita

Saturday, April 15, 2023

Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smart Watch untuk wanita,

Kieslect Lady Calling Watch Lora - Smartwatch Comel untuk Wanita | Hai.. aku nak share sikit ni dengan korang. I'm so excited sebab sebelum ni tak pernah ada. Aku beli smart watch dari Kieslect! dah lama sebenarnya decide untuk beli tapi selalu melambatkan niat tu. Kenapa aku pilih jam tangan dari Kieslect berbanding brand lain? haaa jom tengok kenapa aku tertarik. 


Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smart Watch untuk wanita,


Kieslect berada lebih 60 buah negara dengan lebih 5,000 lokasi runcit . Sejak penubuhan sekitar tahun 2017, Kieslect telah bekerjasama dengan pembekal teknologi terkemuka agar dapat menyediakan produk yang berkualiti.

Kieslect mempunyai lebih daripada 600 orang pekerja di seluruh dunia dan semua  produknya diperakui dengan pensijilan CE, RoHS, FCC, dan UKCA. Ia dapat membuktikan kebolehpercayaan jenama ini dan kualitinya.


Kelebihan Kieslect Lady Calling Watch Lora
💜3D full view colourful display
💜Customizable Watch Faces
💜Magnetic Strap
💜Mudah menerima dan membuat panggilan
💜Stable Bluetooth 5.2 Connection.
💜Boleh check kiraan steps, kalori, heart rate, SPO2
💜Ada 70 sports modes
💜Female Menstrual Reminder

Jam ni sampai minggu lepas tapi aku baru ada masa nak share dekat blog. Kieslect Lady Calling Watch Lora ni memang harga mampu milik dan pastinya nampak comel. Korang akan dapat 2 jenis tali.. satu jenis magnet satu jenis biasa. so boleh lah nak tukar-tukar kan. Mudah sebab boleh tukar sendiri je. just buka dan letak yang baru. Aku suka tukar ikut outfit aku pada hari tersebut. nampak macam pakai jam baru, padahal tukar tali je.


Setiap hari aku pakai sebab ia sangat memudahkan aku menguruskan aktiviti seharian. Contohnya, aku jenis shopping barang dapur untuk sebulan. Jadi aku ada target berapa amaun yang aku akan belanja. Jadi aku akan guna kalkulator untuk buat kiraan.


Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smart Watch untuk wanita,

Kieslect ni ada beberapa jenis model yang dorang keluarkan. Memang khas untuk lelaki dan ada juga untuk wanita. Aku punya ni jenis model LORA (sememangnya khusus buat wanita cantik diluar sana). hehe. Bila pakai je jam ni rasa sempurna dengan kelebihan yang ia ada. Kalau korang tengok di website dorang, nama panjang untuk LORA adalah Kieslet Lady Calling Watch LORA.


Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smart Watch untuk wanita,

Kenapa Calling? Sebabnya memang untuk membuat dan menerima panggilan dari sesiapa saja dengan mudah. Speaker dia pun kuat tau, dari jauh pun dah dengar. Sebab tu aku suka. duduk dalam kereta tak perlu lagi tengok phone. Biar je jam ni ditangan.. segalanya mudah. Susah kan kalau kita nak tengok phone sambil drive. dan pastinya kalau pegang phone membahayakan diri sendiri. 


Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smart Watch untuk wanita,

Aku pilih warna purple sebab nampak soft dan cute.. haa satu lagi, jam ni IP68 water resistant tau. boleh je kalau kena air pun. Kadang kalau balik dari office kan hujan, apa ada hal.. redah je. hehe..


Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smart Watch untuk wanita,


Bluetooth jam Kieslect Lady Calling Watch Lora ni 5.2 dan ia sangat mudah nak connect dengan phone kita. Tapi korang kena download apps "GloryFit" di phone dulu. then baru boleh guna.. Aku suka buka lagu di phone dan dengar lagu di jam ni. 


Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smart Watch untuk wanita,


Aku boleh pilih nak track aktiviti apa.. untuk semalam aku just jalan-jalan je dalam taman.

Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smart Watch untuk wanita,


Fungsi lain, aku boleh kira langkah perjalanan pada setiap hari, boleh kesan denyutan jantung dan tekanan darah aku. So secara automatik, aku boleh tau tahap kesihatan aku sendiri. Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang ada.. Korang kena explore satu-satu.. 


Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smart Watch untuk wanita,

Kieslect Lady Calling Watch Lora

Kod Voucher RM 5  👉  KIESLORA


Kieslect Calling Watch Ks

Kod Voucher RM 10  👉  KIESKS



Untuk pembelian korang boleh beli melalui Shopee

https://shopee.com.my/kieslect.os


Info lanjut:

Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY

Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/

Twitter: https://www.twitter.com/KieslectMY

Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR

Tiktok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia


#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness

Read More

Nuzul Quran 2023 | Cantik sungguh warna langit malam ni

Saturday, April 08, 2023

Peristiwa Nuzul Quran 2023

Nuzul Quran 2023 | Cantik sungguh warna langit malam ni | Nuzul Quran, merupakan satu peristiwa yang diraikan oleh umat Islam setiap tahun pada 17 Ramadan bagi merakam sejarah penurunan ayat pertama Al-Quran iaitu Surah Al-Alaq’ kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Peristiwa ini juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati di mana Allah telah berfirman:


“Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana pada malam yang berkat itu dijelaskan kepada malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar)’’.

Surah Ad-Dukhan: Ayat 3-4


Peristiwa Nuzul Quran 2023
13 Pro Iphone | Halaman Rumah

Pada malam ni, aku tengok MashaAllah cantiknya langit. macam waktu siang. cerah dengan ada kilat. gambar diatas dan dibawah tanpa edit.


Peristiwa Nuzul Quran 2023
13 Pro Iphone | Halaman Rumah

Korang nampak tak ada kilat. tapi kilat hanya disitu saja dan menerangi seluruh kawasan situ.. SubhanAllah indahnya ciptaan Allah.. 

Read More

Tempahan Banner Set Keceriaan Kelas 2023 (Parrot Theme)

Banner Set Keceriaan Kelas, banner kelas murah,


Tempahan Banner Set Keceriaan Kelas 2023 (Parrot Theme) | Hai. Untuk para guru yang jadi guru kelas tahun ni dan nak cantikkan kelas mengajar, boleh lah order dengan Y.ra Printing.. Tempahan kali ni, request dari seorang guru sekolah di Pulau Pinang.


Aku akan design mengikut permintaan customer. Kalau nak ready made design pun ada (boleh terus print selepas pembayaran).. tetapi kalau nak custom design (ambil masa 2-3 hari bekerja). Customer aku kali ni nak tema parrot. Nak ada warna merah.


Banner Set Keceriaan Kelas, banner kelas murah,

Lepas siap design ni, aku terus masukkan dalam koleksi pakej. Jadi pada siapa yang nak order tema parrot, design dah ready made. InshaAllah nanti akan ada entri menyusul pasal koleksi pakej ye.. Senang sikit korang nak pilih. 

Untuk pakej ni RM80, akan dapat 6 banner. Free pos lagi! Saiz banner yang besar dan kualiti banner memang super cantik..


Banner Set Keceriaan Kelas, banner kelas murah,

Untuk tempahan, boleh terus whatsapp di 014-6729316direct message di page facebook Y.ra Printing

Read More

Puisi #31 Tak Sama

Friday, April 07, 2023

koleksi puisi cinta, kata pujangga,

Puisi #31 Tak Sama | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 


Puisi Tak Sama


Jauh aku berlari, harapnya kita sama sekata

Tapi masih sama, aku nun jauh dibelakang sana

Suara liar berkata, "kamu bila?"

Aku terkedu diam tanpa suara


Kenapa bertanya?

Takdir ku berkata akan tiba waktunya

Aku juga tak sabar

Berjalan seiring mereka


koleksi puisi cinta, kata pujangga,
13 Pro Iphone | Taman Ular Perlis

Pada akhirnya, aku sedar kita tak sama

Seperti bunga, mekar bila tiba masanya

Jadi kamu jangan bertanya lagi

Mungkin kematian dulu yang datang menyapa

Read More

Kelebihan Malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan

Kelebihan Malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan, 10 malam terakhir ramadan,


Kelebihan Malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan | Semua umat Islam mesti teringin bertemu ‘Lailatul Qadar’ iaitu malam seribu bulan dengan penuh rahmat dan kemuliaan darinNYA. Malam yang ada banyak kelebihan dari malam-malam yang lain, sebabnya ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan. Allah...


**Sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.


Kelebihan Malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan, 10 malam terakhir ramadan,

✅Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.


✅ Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.


✅ Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.


✅Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.


Kelebihan Malam Lailatul Qadar, malam seribu bulan, 10 malam terakhir ramadan,


Betapa mulia dan agungnya malam Lailatul Qadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan. InshaAllah sama-sama kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh. Mari sama-sama kita isikan dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa. 


Semoga kita semua meraih malam Lailatulqadar. Aamin.

Read More

Udang goreng kunyit dengan daun limau | Menu simple berbuka

Udang goreng kunyit dengan daun limau, Menu simple berbuka,

Udang goreng kunyit dengan daun limau | Menu simple berbuka | Hai korang.. Aku sampai tak selera dah nak beli makanan di bazar. Sampai tak tau nak makan apa. Biasanya kalau hari khamis, jumaat dan sabtu, aku akan masak lauk sendiri di rumah. Cuma kalau hari kerja saja tak sempat. Balik kerja penat.


Aku nak share menu simple ni dengan korang. Actually menu ni aku olah sendiri. main campak je letak, rupanya sedap juga. Korang kena try nanti, tak kisah lah untuk berbuka or sahur.


Udang goreng kunyit dengan daun limau, Menu simple berbuka,

Bahan-bahan:

Udang (terpulang nak letak berapa pun)

Garam & Kunyit (gaul udang)

2 ulas bawang putih (kalau suka, boleh letak lebih) ** tumbuk

2 biji cili padi hijau **tumbuk

2 sudu sos tiram

3 helai daun limau

garam secukup rasa


Tak ada idea nak masak sahur? tengok resepi ni > RESEPI SAMBAL KETUK


Caranya:

1. Letak minyak dan goreng dulu udang sekejap, kemudian angkat, ketepikan.

2. Guna minyak yang sama, tumis bahan tumbuk.

3. Bila dah nampak bawang kekuningan, masukkan daun limau, sos tiram dan udang.

4. Perasakan, siappp! bau daun limau tu naikkan selera makan.


Udang goreng kunyit dengan daun limau, Menu simple berbuka,

Mudah tapi sedap!

Read More