Burnt Cheesecake Tak Manis Resepi Khairulaming

Thursday, September 16, 2021

resepi burnt cheesecake khairulaming, burnt cheesecake tak manis, resepi khairulaming,

Burnt Cheesecake Tak Manis Resepi Khairulaming | Hai korang! dekat 2 bulan busyra beli barang kek..  tapi buatnya tak. Rajin membeli je.. Kemarin ada la sikit kerajinan tu. hehe. Terhasil lah Burnt Cheese Cake yang super sedappp!. perasan sendiri tak salah kan? haha! nasib lah resepi dia mudah je.


resepi burnt cheesecake khairulaming, burnt cheesecake tak manis, resepi khairulaming,


Bahan-bahan:

250g cream cheese

1/2 cawan gula

1 kotak kecil whipping cream

2 biji telur

1 biji kuning telur

1 sudu kecil esen vanila

2 sudu tepung gandum

Sedikit garam


resepi burnt cheesecake khairulaming, burnt cheesecake tak manis, resepi khairulaming,

Cara Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend je. (tipsnya jangan blend banyak kali tau, cukuplah dalam 2 kali)

2. Nak letak dalam bekas apa tu terpulang pada korang. (busyra letak dalam bekas cupcake sebab senang tak perlu dah nak potong.

3. Bakar dalam suhu 180c selama 20 minit. Siap!

4. Lepas keluarkan dari oven, biarkan sejuk sekejap dan simpan dalam peti sejuk.. layannn makan sambil buat kerja! 

**resepi ni dapat 10 bekas cupcakes besar macam tu.


resepi burnt cheesecake khairulaming, burnt cheesecake tak manis, resepi khairulaming,
p/s: cantik kan model sy.. haha! abaikan meja yang serabut tu, sebab kami tengah kemas bilik. hehe

Selamat Mencuba!


Read More

Main Game Zuma Legend di Solitaire.org teringat zaman dulu-dulu

Saturday, September 11, 2021


Main Game Zuma Legend di Solitaire.org teringat zaman dulu-dulu | Siapa tak kenal game Zuma memang tak legend la. haha! Semalam nak jadikan cerita busyra terjumpa satu laman website Solitaire.org.. Wehhh game dalam ni semua best-best.. tak sangka masih wujud lagi game yang mengimbau zaman kecil dulu.. Rindu nya nak jadi budak-budak balik. Masing-masing berebut nak main.


Dalam entri yang lepas busyra ada story juga pasal game online.. Rupanya ada lagi website lain yang dimana kita boleh main game tanpa ada iklan! nikmat betul.. Lepas tu boleh je nak main dekat memana pun.. laptop, komputer mahupun smartphone. Mudah sangat zaman sekarang. Di Solitaire.org ,korang tak perlu susah-susah nak download masuk ke phone.. just tekan je link dorang di google terus boleh main. tak da la berat phone korang tu kan..


Solitaire.org, game online paling best, game zuma ball, zuma legend, website main game best, game online apa yang best, sudoku, pacman game, mahjong,


Game Zuma Legend ni ada sampai 100 level tau.. kalau betul fokus main mesti boleh sampai level tu. Zaman dulu busyra akan lawan dengan akak busyra. hehe.. main sampai tak ingat dunia. Dapat unlock untuk next level tu rasa huii bestnya lah. Paling takut bila bola dah nak masuk dalam mulut lubang tu.. hahaha. selalunya bila sampai level tinggi mesti laju je bola tu gerak sebab tu kita kena cepat shoot..


Game ni je ke boleh main dalam website ni? Tak... di Solitaire.org ada bermacam jenis game yang korang boleh cuba. Antaranya adalah mahjong games, hidden object games, card games, connect 3 games, or fun online games.. Dalam kategori tu ada lagi subs kategori games. Eh susah la nak cakap sebab banyak sangat. hehe. Korang kena try sendiri baru tau best ke tak..


Solitaire.org, game online paling best, game zuma ball, zuma legend, website main game best, game online apa yang best, sudoku, pacman game, mahjong,


Ada lagi satu game yang busyra tertarik.. Sudoku Math!.. ini pun game yang mengimbau kenangan dulu.. Time busyra tingkatan 5, setiap kali kalau ada kelas math, cikgu akan bagi satu kertas setiap orang dan pastinya kertas tu adalah Sudoku. Selesaikan dan hantar pada dia pada next class.. bestnya sangat, masing-masing sibuk selesaikan. Kena guna pensil lah sebab kejap padam kejap tulis. hehe. but now tak perlu dah nak guna pensil bagai.. Just klik-klik je untuk selesaikan..


Game ni memang betul-betul menguji minda. Macam mana cara nak solve problem, cara kita berfikir dengan bijak.. bagus sangat.. Bukan setakat main sesaja tapi boleh uji minda juga dalam masa yang sama.. Website Solitaire.org memang betul-betul mengingatkan kita zaman kegemilangan dimana kita tak kan boleh kembali lagi dah. Game ni lah yang boleh imbau balik kisah sweet dulu-dulu. Dengan game boleh gaduh manja tau dengan kengkawan. haha!


Baru cuba main kemarin tapi dah banyak dah game yang busyra cuba.. Korang yang ada banyak masa dan maybe tengah stress ke sekarang ni try lah main di website Solitaire.org ..confirm boleh hilangkan kekusutan minda untuk seketika.. hehe. bukan kita ja boleh main. budak-budak pun boleh, tak ada masalah..


Have Fun korang!!

Read More

Officemates Surprise Kek Birthday!! Tak sanggup nak potong

surprise kek birthday, tempahan kek hari jadi, officemates, hadiah birthday,

Officemates Surprise Kek Birthday!! Tak sanggup nak potong | Hai korang.. Alhamdulillah walaupun birthday dah lepas tapi masih ada yang belikan kek.. walaupun ejaan pretty tu salah tapi dimaafkan disebabkan kek terlalu cantik.. hehe! Allah.. semakin meningkat usia ni semakin ramai orang sayang rupanya. haha!


Terharu betul dah besar-besar ni orang masih ingat lagi. Busyra sumpah tak expect sebabnya masa tarikh birthday busyra haritu dorang dah bagi hadiah tapi ni bagi lagi.. hmm. **nangis bucu katil la** huuuu.. how lucky I am.


surprise kek birthday, tempahan kek hari jadi, officemates, hadiah birthday,

Haihhh cair lah tengok kek ni.. warna dia tuuu.. kalau korang tengok yang real punya, bukan dalam gambar la maksudnya.. sumpah cantik! lembut giler warna dia.. Busyra bukannya penggemar kek sangat tapi untuk kek ni sedap jugak.. tak la muak dan yang pentingnya tak manis macam kek-kek yang busyra pernah makan sebelum ni..


Kawan busyra order dekat kawan sekolah dia rasanya. Area Alor Setar.. Nanti busyra update dekat sini nombor penjual tu. Alang-alang kan kita boleh tolong dia dalam bisnes. Mana lah tahu korang pun nak order kek macam ni. Macam-macam lagi design yang dia boleh buat.. Harganya dalam RM50-RM60.. yang penting tak sampai RM100. Okay sangat tu, berpatutan.


surprise kek birthday, tempahan kek hari jadi, officemates, hadiah birthday,

LOVE YOU GUYS!! THANK YOU..


p/s: Pemenang giveaway akan diumumkan pada 13 September 2021


Read More

Bisnes Tepi Jalan pun kena ada Bunting.. baru menarik!

Wednesday, September 08, 2021

bisnes kad murah, tempah bunting murah, bisnes tepi jalan, order banting area alor setar,

Bisnes Tepi Jalan pun kena ada Bunting.. baru menarik! | Tak semestinya kalau korang seorang peniaga tepi jalan tak boleh cantik-cantik kan gerai.. Dengan bunting lah boleh tarik minat pembeli untuk singgah.. Marketing perlu ada walaupun gerai tak besar. Tempahan dengan Y.ra Printing, InshaAllah mampu milik. Harga tak lebih RM50 boleh dapat bunting cun melecun!


Tempahan kali ni customer request nak tema kuning.. Beliau meniaga roti jala.. Apa yang diminta adalah nak letak gambar "atap warung" (gambar atas sekali dalam bunting) . kemudian nak ada gambar kartun chef perempuan.. Busyra kombinasikan dengan warna merah untuk tarikan mata pembeli.. dan yang pastinya no phone kena besar, jadi bila pembeli lalu naik kereta pun boleh nampak, manalah tahu kan nak order roti jala dalam kuantiti yang banyak.. boleh terus call..


Korang pun nak buat tempahan? boleh terus whatsapp busyra ke 0146729316 ataupun pergi ke page Y.ra Printing..


Dah Baca Ni? : Koleksi Tempahan Bisnes Kad Murah


Read More

Tempahan Bunting Persaraan Guru Sekolah

tempahan bunting, tempah banting area kedah, banting murah alor setar, design bunting, order banting murah,

Tempahan Bunting Persaraan Guru Sekolah | Lama juga rasanya busyra tak update pasal printing.. Even tak post di blog tapi printing masih berjalan macam biasa.. Busyra tak sempat sebab semuanya buat sendiri.. hehe. dari layan whatsapp customer, design, hantar print dan pos. Alhamdulillah rezeki terus mengalir.. 


Tempahan kali ni dari cikgu Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal.. Cikgu ni dah pernah order dengan busyra dulu.. Cuma busyra tak ingat beliau order apa. Rasanya kalendar. Terima kasih sebab percayakan Y.ra Printing Enterprise.. 


Bunting 2x5 kaki, letak paip atas bawah dan tali gantung.. Cikgu request tema warna purple dan ada bunga.. Jadi busyra combine kan dengan warna gold untuk bangkitkan semula design. Alhamdulillah cikgu suka.. 


Untuk yang nak buat tempahan juga boleh terus whatsapp busyra 0146729316 ataupun boleh ke page Y.ra Printing..


Dah Baca Ni? : Tempahan Banner Birthday Murah RM35!


Read More

Job Intellifluence kena reject.. Kena usaha lagi!

Monday, September 06, 2021

job kena reject, intellifluence, fashion and beauty, home and garden, lifestyle blogger, food blogger,

Job Intellifluence kena reject.. Kena usaha lagi! Hai.. Terasa nak share dengan korang story pasal job intellifluence lagi.. kali ni bad news sikit sebab kena reject. haha. Terkadang dengan rejection tu lah boleh buat kita bangkit lagi.. Jangan jatuh terus.. Bukan senang nak senang. kan?


job kena reject, intellifluence, fashion and beauty, home and garden, lifestyle blogger, food blogger,

Setakat sekarang ni busyra dah apply 8 job di Intellifluence.. macam mana korang tengok gambar diatas..

  • 3 completed (which is job yang dah settle payment)
  • 2 send application (dah submit proposal, belum diterima oleh brand)
  • 2 waitlisted (dah submit proposal tapi kena tunggu turn sebab ramai yang mohon)
  • 1 archived by brand (dah submit proposal dan ditolak oleh brand)


Okay, dalam entri kali ni busyra nak story pasal job yang ditolak oleh brand.. Masa busyra submit proposal, busyra kena "join waitlist" .. thats mean job tu dah ramai blogger apply.. Kalau kita nak jugak, boleh je cuma kena sabar menunggu resultnya.. 


  • 22 Ogos 2021 (9.20 malam) - Busyra apply kempen tersebut.. Kempen yang berkaitan dengan beauty & fashion bloggers
  • 27 Ogos 2021 (3.26 pagi) - Brand hantar mesej cakap "Application Declined".. 


Busyra tak pernah anggap rejection sesuatu perkara yang teruk.. Just chill baru sekali kena reject tak kan terus nak monyok satu hari.. Cuma kaji diri sendiri dulu, maksud busyra itu bermakna content blog busyra tak sesuai dengan beauty.. Halakan sesuatu kearah positif! Bermakna busyra lepas ni kena banyak kan content berkaitan beauty. Itu je solution nya.. Rajin dan terus rajin up entri.


Ingat tau! rejection bukan sesuatu yang perlu disesalkan selamanya.. Busyra bercakap bukan dari sudut job ni je.. Untuk random things. Tak kisah la kena reject dengan apa sekali pun.. terus bangkit dan semangat!


Read More

Buang Broken Links dalam Blog.. Settle!

Sunday, September 05, 2021

kenapa perlu buang broken links, cara buang broken links, broken link dalam blog,


Buang Broken Links dalam Blog.. Settle! | Dah lama sangat dah busyra nak buat benda ni tapi asyik tangguh je sebab tak dak masa.. Nak buang broken links perlukan tahap kerajinan yang tinggi.. haha.. kena tekun betul mengadap laptop.. haaa harini lah masanya, kita kasi buang sampai habis.. sekurang kurangnya tak biarkan tinggi menggunung, nanti lagi penat nak godek satu persatu..


kenapa perlu buang broken links, cara buang broken links, broken link dalam blog,

Okay busyra sampaikan dekat korang apa yang busyra faham la ye. tak pandai sangat nak turun ilmu ni.. ramai blogger dah familiar tapi busyra yakin masih ada blogger yang belum tahu especially blogger baru.. 


Broken links adalah pautan yang dah rosak iaitu error 404.. contohnya broken links pada blogger profile, bermaksud dulu tahun 2020 ada orang komen di entri blog kita menggunakan akaun mereka tapi pada tahun ni akaun dia dah remove.. haaa itulah terjadikan link rosak. Jadi apa yang kita perlu buat adalah delete komen orang tersebut.. simple! Selain dari tu link facebook @ website yang kita pernah masukkan dalam sesebuah entri kita pun boleh jadi link rosak..


Dah Baca Ni? : 3 Sebab Pembaca Tidak Membaca Entri Blog


Contoh lain, ada seorang blogger buat contest di blognya. Kemudian untuk beberapa tahun lepas tu, penganjur dah delete post tersebut.. Jadi link contest dia yang kita masukkan dalam entri kita tu lah akan jadi broken links.. apa yang kena buat? haaa delete je terus entri contest yang kita join tu..


busyra story pendek je.. ramai sangat dah blogger tulis pasal ni. Kalau korang nak tau tutorialnya boleh google “cara buang broken links blog”.. untuk blog busyra ni jenoh jugak la, ada 85 broken links yang busyra kena duduk, hadap, belek, dan buang.. haa gitueww! haha.. 


kenapa perlu buang broken links, cara buang broken links, broken link dalam blog,


3 kali busyra buat.. dah la tunggu loading nak dapatkan result dia pun agak lama.. kali ke-4 barulah 0 broken links.. huhhh. penat berakhir. Kenapa nak kena buang broken links ni? itu busyra tak pasti sangat cuma apa yang busyra baca dari penulisan blogger lain, ia akan effect juga pada seo blog dan boleh mengakibatkan pageview (PV) blog menurun..


Nanti kita godek ilmu lain pulak dalam blog.. banyak sebenarnya ilmu blog yang busyra tak tau lagi.. masih merangkak belajar untuk baikpulih blog sendiri..


Korang jangan lupa join giveaway busyra tau! Ada 5 hari lagi sebelum tarikh tutup ;)


Read More

Self Reward iPad 8th Generation | Semangat Berblogging!

Saturday, September 04, 2021

iPad 8th Generation, wifi cellular, iPad Air, iPad Pro, Self reward, beli di apple education murah, apple switch, machines,

Self Reward iPad 8th Generation | Semangat Berblogging! | Hai koranggg.. so excited nak story untuk entri kali ni.. as u can see the title, yeahhh finally i got my iPad! Penantian selama sebulan berakhir pada tarikh birthday busyra pada 23 Ogos 2021.. why busyra decide nak beli iPad? kenapa tunggu sampai sebulan? 


Busyra order pada 28 Julai 2021 dan estimated sampai pada 27 Ogos 2021.. sebab tu busyra terkejut bila hari birthday busyra tu ada posmen call nak hantar barang atas nama takiyudin.. kenapa nama ayah? sebab shipping ni dari Singapore.. guna surname. busyra ingat barang ubat ayah sebab dia pun ada order2 ni.. langsung tak expect iPad dah sampai. Ayah pun ambil barang tu thennn bila tengok ahhh from Singaporeee! hehe


iPad 8th Generation, wifi cellular, iPad Air, iPad Pro, Self reward, beli di apple education murah, apple switch, machines,

Dorang ni macam tau tau pulak my birthday.. Alhamdulillah. sampai 4 hari lebih awal. Siapa tak excited kan bila barang kita nak dah sampai.. macam biasa la kena setting dulu semua.. create apple id.. sebab busyra bukan pengguna iphone sebelumnya.. Kemudian install apps apa yang patut like telegram, whatsapp, youtube, chrome, facebook and shopee, of course!.. 


iPad 8th Generation, wifi cellular, iPad Air, iPad Pro, Self reward, beli di apple education murah, apple switch, machines,

Busyra beli iPad 8th generation 10.2 inch Wi-Fi 128 - gold.. kenapa tak ambil Wi-Fi + Cellular? maksudnya boleh add simcard.. rasa membazir sebab bukan nak guna untuk call pun and plus harga untuk cellular lagi mahal.. Dalam box ni korang akan dapat sekali dengan charger (cable + adapter).


Kenapa tak beli iPad Air? jawapannya adalah mahal walhalnya benda yang sama je dalam tu.. lebih kurang. before beli busyra tengok youtube dulu, survey orang unboxing.. banyak yang suggestkan 8th generation untuk student ataupun kerja.. yang pasti harga dia murah dari yang lain.


iPad 8th Generation, wifi cellular, iPad Air, iPad Pro, Self reward, beli di apple education murah, apple switch, machines,

Kenapa busyra beli iPad? semestinya untuk blog! busyra rasa sangat mudah nak blogwalking ataupun update. kat mana mana boleh.. tak ada masalah. sekarang pun busyra taip entri ni guna this iPad.. uhhhh sooo mudah. busyra dapat side income banyak datang dari blog, why not busyra laburkan sikit duit untuk dia.. hehe. Selain dari blog, sangat mudah untuk tulis notes seharian.. lagi satu busyra nak belajar buat illustration guna iPad. Pencil nya busyra baru order semalam.. InshaAllah dalam minggu depan sampai.. beli dari tempat yang sama, apple education.


Harganya busyra tak mention disini, korang boleh ke website Apple Education.. dekat sana boleh dapat harga murah dari biasa kalau kita beli di switch atau machines. eh lupa nak cakap yang iPad 8th generation ni ada 3 colors. Space Grey, Silver, and Gold.. Korang boleh add engraving (tulis nama di belakang iPad) . tapi busyra tak nak sebab tak suka.. hehe. Jangan risau kalau tambah nama tu tak ambil masa lama pun.. sama je tetap sebulan proses penghantaran.. 

 

iPad 8th Generation, wifi cellular, iPad Air, iPad Pro, Self reward, beli di apple education murah, apple switch, machines,

Dah mudah nak update blog ni, tak dak alasan untuk tak update kan? hehe. Korang yang ada hasrat nak beli iPad jugak, beli la 8th generation. recommended! tapi if ada duit lebih nak beli yang Air or Pro pun tak ada masalah.. ikut pada kemampuan masing-masing.. 


Okay, jumpa lagi next post!


Read More

Jalan-Jalan Cari Makan Alor Setar | Covid-19 Style!

Friday, September 03, 2021

kerabu maggi, cendawan goreng cheese, mix berry yogurt, spicy popcorn chicken, jalan-jalan cari makan alor setar,

Jalan-Jalan Cari Makan Alor Setar | Covid-19 Style! | Minggu lepas, habis je kerja rasa lapar.. Nak dine in memang tak la kan.. So busyra decide makan dalam kereta je.. Banyak sebenarnya gerai-gerai tepi jalan yang sedap! Apa yang bestnya, beli satu makanan then terus makan.. Habis je, teruskan jalan lagi dan cari makanan lain.. hehe. Busyra dengan officemate memang jadi kerja. but benda tu la boleh buat kita happy!


Empat makanan je yang kami sempat makan disebabkan dah petang kan.. beli satu je then kongsi.. Allah nikmat tuuu, makanan bertambah sedap bila benda sikit kan.. hehe. Siapa stay alor setar tau la betapa banyaknya makanan tepi jalan.. kadang tu makanan tepi jalan lebih sedap dari restaurant. Alhamdulillah semua makanan busyra makan ni semua sedap.. recommended!


Kerabu Manggi

kerabu maggi, cendawan goreng cheese, mix berry yogurt, spicy popcorn chicken, jalan-jalan cari makan alor setar,
Sedap giler! itu je busyra boleh cakap.. masam, manis, masin.. kena dengan tekak. Selalunya kerabu maggi letak udang kan? tapi di kedai ni tak letak. yang busyra order ni special punya.. ada meatball. lain dari yang lain sebab dia letak ikan bilis. Masin-masin ikan bilis tu yang sedap.
Rating : 8/10
Harga : RM5.00


Cendawan Goreng Cheese

kerabu maggi, cendawan goreng cheese, mix berry yogurt, spicy popcorn chicken, jalan-jalan cari makan alor setar,
Macam over je kan bagi rating sampai 10.. tapi itulah hakikatnya sebab sedap.. haha. dari segi cendawan dia besar-besar, tepung yang digunakan pun sedap rangup. tapi make sure makan dekat situ terus. kalau bawak balik rumah mungkin rasa dah jadi lain.. dia letak sos cili, mayonis dan cheese.. cheese dia tu memang betul-betul rasa cheese.. Ada sesetengah penjual kadang tu hanya letak kunyit pada mayonis.. 
Rating : 10/10
Harga : RM4.00


Mix Berry Yogurt

kerabu maggi, cendawan goreng cheese, mix berry yogurt, spicy popcorn chicken, jalan-jalan cari makan alor setar,
Okay yang ni bukan gerai tepi jalan.. hehe. sebab busyra teringin nak minum yogurt. Dekat kedah ada 2 cawangan. Petronas Jalan Pegawai dan Aman Central. Busyra main pilih je flavour nya. so ambil yang mix berry yogurt. Campuran buah lychee dan berry.. Sedap tu sedap, ada rasa lemak manis dia dan bila kita tergigit berry tuuu.. haihhh layannn! tapi satu je kurang. tak berapa masam. maybe lepas ni busyra kena try strawberry yogurt pulak!
Rating : 7.5/10
Harga : RM13.50

Spicy Popcorn Chicken

kerabu maggi, cendawan goreng cheese, mix berry yogurt, spicy popcorn chicken, jalan-jalan cari makan alor setar,

Ada tiga jenis popcorn chicken masa busyra beli ni.. yang lain tu macam creamy-creamy gitu.. busyra suka pedas, so ambil lah yang ni.. Rasa pedas dan manis sikit.. Sos warna putih dia tu yang masam.. Kena cicah dengan sos putih tu baru kena.. Sedap dan boleh diterima dek tekak. Cuma harga dia agak pricey.. hehe
Rating : 7/10
Harga : RM15.00


Yeahhh.. itu je makanan yang sempat grab! Best moment macam ni. Makan santai dalam kereta.. InshaAllah tak tumpah.. hahaha.. tapi kann kuah kerabu maggi hampir tertumpah.. jadi satu hal pulak nak kena cuci kereta.. haha. Ada masa nanti boleh sambung jjcm lagi!


Read More