Selagi rumah itu bercahaya, pulanglah..

Wednesday, March 20, 2024

ramadan dengan mak, mak itu syurga,


Tadi scroll Tiktok, ada seseorang kongsikan cerita tentang mak.. Punya lah aku tahan air mata tak mau bagi keluar sebab tadi berbuka dah makan pedas. lepas tu tambah pulak air mata.. hmm. 

Okay jom baca Cerita Suria.

Suria kata malam tadi masa berbuka cakap dekat mak.. tiba-tiba mak dia kata "terima kasih kerana balik berbuka dengan mak"..

Jadi Suria jawab, "Eh apa mak, tak dak nak terima kasih mak, memang orang balik berbuka dengan mak kalau cuti". Mak diam dan teruskan makan.

Tiba-tiba mak cakap, "Terima kasih potongkan rambut mak, mak dah tak sampai tangan nak ikat rambut"... ye mak sama-sama, jawab Suria..

Aku rasa suasana itu hening dan sunyi. Ada perasaan sedih menyelinap dalam hati.. Sedih sebab aku tak sentiasa ada dengan mak. Sampaikan aku balik sekejap itu pun, mak berterima kasih.. Aku ni jenis malu kalau orang cakap terima kasih. Apatah lagi mak, siapalah aku ni mak nak berterima kasih.. Nak banding dengan jasa dan pengorbanan mak, apa sangatlah aku buat untuk mak.. Sikit pun tak dapat balas semua jasa dia.

Mak dah makin tua, banyak benda mak lupa. Mak ayah ni bukan harap kita balik bagi duit. Tapi mak ayah ni harap masa dan perhatian kita untuk mereka.. Mereka pun faham anak-anak ada kehidupan sendiri. Usahalah susah macam mana pun balik jenguk mak ayah..

Apatah lagi dibulan puasa ni. Vibes sedih dan sayu sangat meruntun jiwa. 

Selagi rumah itu bercahaya, pulanglah..

4 comments

  1. Memang sedih sangat . Sementara kedua orang tua ada pulanglah jenguk mereka . Kita xtahu bila waktunya kita akan tatap , sembang gelak ketawa yang terakhir dgnnya

    ReplyDelete
  2. Ya saya pun tertengok juga VTT tu, sedih T_T

    ReplyDelete
  3. Hargai, santuni dan berbaktilah selagi mereka masih ada.
    Rindu bila mereka dah tiada sangat perit :(

    ReplyDelete
  4. Ala sedihnya baca. betul lah tu, selagi ada umur mereka

    ReplyDelete